You are on page 1of 9

Tajuk

Mengkaji Sistem Fisiologi Haiwan

Tujuan

Mengkaji sistem pencernaan tikus

Pengenalan

Sistem pencernaan antara tikus dengan manusia adalah berbeza walaupun kedua-duanya

adalah mamalia. Tikus merupakan haiwan rodensia manakala manusia adalah tidak.. Walaupun

ianya berbeza tetapi kedua-dua sistem pencernaan ini mempunyai sedikit persamaan. Jadi

dengan melakukan eksperimen pembedahan tikus ini, para pelajar dapat mengenalpasti

persamaan dan perbezaan antara sistem pencernaan tikus dengan sistem pencernaan manusia

Bahan

Tikus,

Radas

Alat pembedahan,

papan pembedahan,

kanta pembesar,

sarung tangan, pin


Prosedur

1. Tikus diletakkan di atas papan pembedahan dan jarum digunakan untuk memegang tikus

di atas papan pembedahan.

2. Tikus dibedah dengan dimulakan pada bahagian ventral pada garisan tengah dan dipotong

hingga ke bahagian rahang tikus kemudian diteruskan sehingga ke bahagian dubur.

3. Tisu perantara dikeluarkan dengan memegang kulit menggunakanf forseps. Kemudian kulit

ditarik dan dipinkan di atas papanpembedahan.

4. Dinding toraks dipotong secara menegak dan sisi supaya rongga toraks terdedah.

5. Otot dan tisu pada bahagian leher dipotong untuk mendedahkan esofagus.

6. Kesemua jantung, trakea, esofagus dan laring dikeluarkan serentak dengan berhati-hati.

dan di pinkan diatas papan pembedahan

7.Pemerhatian dibuat dan direkodkan dengan melukis gambarajah berlabel


Keputusan
Perbincangan

Proses pencernaan pada tikus adalah lebih kurang dengan manusia tetapi terdapat

sedikit perbezaan antara keduanya. Perbezaan yang paling ketara dapat dilihat adalah pada

bahagian sekum. Tikus mempunyai sekum yang lebih beza untuk sistem pencernaannya

kerana tikus merupakan haiwan rodensia yang memerlukan enzim untuk mencernakan

sellulosa dengan lebih berkesan. Pada sistem pencernaan manusia juga terdapat sekum tapi

ianya tidak jelas kelihatan kerana biasanya manusia tidak memerlukan sellulosa untuk

dicernakan.

Proses pencernaan tikus bermula di mulut. Mulut merupakan bahagian awal untuk

proses pencernaan tikus. .Mula-mula sekali tikus akan menyunyah makanan di mulut.

Seterusnya bahan makanan yang dikunyah akan bergerak ke perut melalui orofarink dan

esofagus. Pada bahagian perut terdapat mukus, asid hidroklorik, pepsin(protease) yang

dihasilkan. Pada bahagian perut ini merupakan tempat bermula berlakunya proses pencernaan

protein. Keadaan berasid dalam perut menyahaktifkan saliva yang melakukan proses

penguraian karbohidrat.

Selepas itu, bahan pencernaan akan bergerak ke usus kecil dan perlu melalui injap

pylori yang berfungsi untuk mengawal pengeluaran bahan daripada perut. Usus kecil terbahagi

kepada tiga iaitu duodenum, jujenum dan ileum. Pada bahagian duodenum jus pankreas

dirembeskan untuk menguraikan lemak, protein dan karbohidrat dan proses penguraian akan

menjadi lebih lengkap di ileum.

Diantara ileum dan kolon terdapat satu pundi besar yang dikenali sebagai sekum jelas

kelihatan. Sekum ini berfungsi untuk menguraikan sellulosa yang terdapat pada tumbuhan oleh

oleh bakteria yang hidup dalam sekum ini. Bakteria ini akan menghasilkan enzim sellulase yang

akan menguraikan sellulosa kepada glukosa.


Di kolon pula berlakunya proses penyerapan semula air dan ion serta mukus dihasilkan

untuk memudahkan sisa pencernaan bergerak ke rektum. Sisa pencernaan akan bergerak ke

dubur melalui rektum. Dubur akan mengawal penyingkiran sisa pencernaan.

Jadi tikus perlu memakan balik najisnya untuk mendapatkan nutrien yang cukup kerana

tikus tidak mendapat glukosa yang terhasil daripada penguraian sellulosa di sekum kerana

proses penyerapan glukosa berlaku pada ileum manakala sellulosa diuraikan di sekum iaitu

bahagian yang terletak selepas ileum.


Soalan Perbincangan

Apabila seseorang itu memakan nasi ayam dia perlu tahu bahawa dalam makanan itu

ada karbohidrat, protein dan lemak serta mungkin sedikit vitamin. Mula-mula sekali proses

pencernaan akan berlaku pada bahagian mulut. Gigi kan mengunyah makanan tersebut untuk

menambahkan jumlah luas permukaan supaya proses penguraian menjadi lebih cepat dan lebih

efektif. Di mulut terdapat amilase liur yang akan menguraikan karbohidrat pada nasi menjadi

maltosa manakala ayam tidak diuraikan di perut. Selepas itu makanan akan ditelan dan akan

bergerak ke perut melalui esofagus melalui proses peristalsis iaitu proses pengecutan dan

pengenduran otot pada dinding esofagus yang berlaku untuk menolak bolus bergerak ke perut

Pada bahagian perut, asid hidroklorik dirembeskan untuk menyediakan medium yang

sesuai untuk ezim yang dirembeskan di perut untuk bertindak balas dengan bolus tadi. selain

itu, ia juga berfungsi untuk membunuh kuman dan menyahaktifkan proses penguraian

karbohidrat pada bolus tersebut. Di perut, enzim protease dan renin dirembeskan. Jadi semasa

di perut ayam yang dimakan tadi akan diuraikan oleh enzim protease menjadi polipeptida atau

pepton. Untuk renin ia hanya berfungsi untuk mengentalkan susu sahaja. Seterusnya kim akan

bergerak ke duodenum dan pergerakan keluarnya dari perut dikawal oleh injap pylori.

Pada bahagian duodenum ini, pankreas akan merembeskan jus pankreas yang terdiri

daripada 3 enzim iaitu amilase, lipase, tripsin. Ianya adalah untuk melengkapkan lagi

pencernaan sebelum kim tersebut memasuki ileum dan jujenum. Amilase dirembesakan untuk

menguraikan karbohidrat kepada maltosa, tripsin menguraikan protein kepada pepton atau

polipeptida dan lipase menukarkan lemak kepada asid lemak dan gliserol. Hati akan

merembeskan jus hempedu untuk mengimulsikan lemak kepada titisan lemak

Seterusnya bahan yang dicernakan tadi akan bergerak ke ileum. Disini merupakan

tempat terakhir berlaku proses penguraian makanan dan disini juga berlakau proses
penyerapan hasil pencernaaan. Di ileum jus usus dirembeskan dan dalam jus usus terdapat 5

jenis enzim iaitu erepsin, maltase, sukrase, laktase dan lipase. Erepsin akan menguraikan

pepton dan polipeptida kepada asid amino, maltase menukarkan maltosa kepada glukosa,

lipasae menukarkan lemak kepada asid lemak dan gliserol, sukrase menguraikan sukrosa

kepada glukosa dan fruktosa dan laktase menguraikan laktosa kepada glukosa dan galaktosa.

Jadi hasil pencernaan yang terhasil daripada nasi ayam ini ialah asid amino, glukosa, asid

lemak dan gliserol. Hasil pencernaan ini akan diserap kedalam badan pada bahagian vilus

yang terdapat pada ileum

Glukosa, asid amino, asid lemak, gliserol dan garam mineral akan meresap masuk

secara pengangkutan aktif. Vitamin larut air diserap kedalam sel epitelium manakala vitamin

tidak larut air diangkut oleh titisan lemak. Asid lemak dan gliserol bersepadu dalam sel epitelium

untuk menjadi titisan lemak dalam sel epitelium. Glukosa, asid amino, asid lemak, gliserol,

garam mineral dan vitamin larut air(B,C) yang diserap oleh sel epitelium akan memasuki sistem

peredaran darah melalui kapilari darah. Vena portal hepar akan mengangkut hasil pencernaan

ke hati. Titisan lemak dari sel epitelium dan vitamin larut lemak(A,D,E,K) pula kan meresap

masuk kedalam lakteal. Nutrien ini akan diangkut ke dlam sistem limfa melalui salur limfa yang

besar iaitu duktus toraks. Duktus toraks akan mengalirkan bahan-bahan ini kedalam vena
subklavikel kiri. Dengan itu, asid lemak dan gliserol akan dikembalikan dalam sistem peredaran

darah

Sisa Pencernaan yang tidak dapat dicerna di ileum pula akan terus bergerak ke kolon.

Di kolon berlaku proses penyerapan semula air dan mukus dirembeskan untuk melancarkan

pergerakan sisa pencernaan ke rektum. Rektum merupakan tempat penimpanan sisa

pencernaan. Apabila rektum dah dipenuhi sisa pencernaan ia akan menyingkirkan bahan

tersebut melalui anus atau dubur

Kesimpulan

Sistem pencernaan tikus hampir sama dengan sistem pencernaan manusia. Tikus mempunyai
sekum yang besar untuk mencernakan sellulosa kepada glukosa
Rujukan :

Chang T. K. (t.t). Laporan Amali 04: Sistem Pernafasan Ikan Serangga Dan Mamalia.
Diakses pada 28 Julai 2017 daripada
https://www.academia.edu/32444902/Laporan_Amali_04_Sistem_Penafasan_ik
an_serangga_dan_mamalia.

Mahadiah Muda, (2014). Xpress Tuntas SPM Biologi, Cheras, Kuala Lumpur: Sasbadi Sdn.
Bhd.

Mansya Sal. (2013). Prosedur Dan Etika Kajian Mengenai Haiwan (Tikus). Diakses pada 28
Julai 2017 daripada http://mansyas.blogspot.my/2013/02/pengenalan-kajian-
mengenai-sistem_25.ht ml.

Science ASSIST. (2016). Standard Operating Procedure (SOP): Performing a rat dissection.
Diakses pada 27 Julai 2017 diperoleh daripada
https://assist.asta.edu.au/sites/assist.asta.edu.au/files/SOP%20Performing%20a %20rat
%20dissection-ver2%200%20Sept%202016.pdf

You might also like