You are on page 1of 23

BAB2:

NUTRISI

(PROSES PENGAMBILAN MAKANAN YANG SESUAI


UNTUK KESIHATAN DAN PERTUMBUHAN BADAN)

KELAS MAKANAN

KARBOHIDRATE
PROTEIN
LEMAK
VITAMIN
MINERAL
PELAWAS
AIR

Makanan :
Membekalkan Tenaga
Membina,membaiki,
memelihara Tisu-tisu
Badan
Membantu
Mengawalatur ProsesProses Badan
Menjaga Kesihatan

KARBOHIDRAT

Bahan makanan yang mengandungi karbon, hidrogen dan


oksigen. Nisbah H : 0 dalam molekul karbohidrat ialah 2 : 1.

Termasuk gula, kanji, glikogen dan selulosa.

Fungsi-fungsi karbohidrat:
- fungsi utama - membekalkan tenaga untuk proses-prose
s badan
- menggantikan protein utk membina dan membaiki tisu
badan
- pengoksidaan lemak utk menghasilkan tenaga

PROTEIN

Bahan makanan yang mengandungi karbon, hidrogen, oksigen dan


nitrogen

Terdiri daripada unit asas yang dikenali sebagai asid amino.

Cth: - Daging, ikan dan telur (protein haiwan)


- Kekacang dan biji benih (protein tumbuhan)

Fungsi :
- pertumbuhan dan pembaikan tisu-tisu badan yang rosak
- mensintesis enzim dan sesetengah hormon
- membentuk antibodi yang membantu badan melawan jangkitan
dan penyakit
- suatu sumber tenaga

Kekurangan protein menyebabkan kwasyiorkor

LEMAK

Lemak mengandungi karbon, hidrogen, dan oksigen. (berbeza dengan


karbohidrat, nisbah oksigen kurang berbanding hidrogen).

minyak lemak berbentuk cair

Setiap molekul lemak terdiri drpd 1 molekul gliserol dan 3 molekul asid
lemak.

Makanan kaya lemak- mentega, marjerin, minyak masak dan daging


berlemak.
Lemak drpd haiwan mengandungi kolesterol. Lemak
tumbuhan tidak mengandungi kolesterol.

drpd

Fungsi :- satu sumber dan simpanan tenaga yang cekap.


Setiap gram lemak
membekalkan 2 kali ganda
jumlah tenaga lebih daripada yang
dibekalkan oleh
karbohidrat atau protein.
- Lemak berlebihan disimpan sebagai tisu lemak di
bawah kulit dan sekeliling organ dalaman spt ginjal dan jantung utk
melindungi organ organ itu
drpd pergerakan secara tiba- tiba
atau hentaman
luar.
- Bertindak sebagai pelarut vitamin larut lemak iaitu vitamin A,D,E dan K
- Komponan penting membran sel
-Lemak bawah kulit- menebat haba dan membantu mengekalkan suhu
badan yang normal.

VITAMIN

Sebatian organik yang diperlukan dalam kuantiti yang


sedikit untuk mengekalkan kesihatan yang baik.

Bukan makanan pembekal tenaga

Vitamin larut air dan larut lemak

Vitamin B & C-larut air

Vitamin A,D,E,K-larut lemak

Kekurangan vitamin- penyakit kekurang vitamin

MINERAL

Unsur kimia bukan organik- diperlukan dlm kuantiti sedikit

Diperlukan untuk membina sel- sel baharu dan mengawal


atur proses-proses badan

Kekurangan menyebabkan penyakit kurang zat

PELAWAS

Terdiri daripada selulosa yang tidak dapat dicernakan

Buah- buahan & sayuran kaya dengan pelawas.

Fungsi- fungsi :- menurunkan aras kolesterol darah dan mengawal gula


darah
- menyerap air di dalam usus dan menbantu bahan
buangan bergerak dengan
lebih pantas
- mencegah masalah pencernaan seperti sembelit

AIR

Sgt penting dlm kehidupan krn 60% hingga 70% berat badan
kita adalah air.

Fungi-fungsi :-

a) Bertindak sebagai pelarut bahan kimia


b) Bertindak sebagai agen pengangkutan bagi makanan
tercerna, hasil perkumuhan, hormon dan antibodi
c) Terlibat dalam tindak balas biokimia (misalnya: pencernaan)
d) Komponen utama darah, bendalir badan, jus pencernaan, dan
air kencing
e) Mengawal atur suhu badan melalui penyejatan air peluh
daripada kulit

UJIAN MAKANAN
UJIAN

PEMERHATIAN

Ujian Benedict utk


glukosa

Mendakan merah bata


terbentuk

Ujian iodin untuk


kanji

Larutan bertukar warna


biru tua

Ujian Millon untuk


protein

Gumpalan merah
terbentuk

Ujian emulsi untuk


lemak

Larutan keruh terhasil

KEPENTINGAN GIZI SEIMBANG


Gizi jenis, zat dan kuantiti pelbagai makanan yang kita
makan dan minum.
Gizi seimbang gizi yang sihat yang mengandungi semua
tujuh kelas makanan
dalam jumlah
yang betul.

Saiz Badan
Umur
FaktorFaktor Yang
Menentukan
Gizi
Seimbang
Seseorang

Jantina

Iklim

Aktivi fizikal dan


jenis pekerjaan
Keadaan
kesihatan

NILAI KALORI MAKANAN

Kandungan tenaga makanan ditunjukkan oleh nilai kalori atau


nilai tenaga makanan

Karbohidrat, lemak & protein bekalkan tenaga

Nilai tenaga diukur dengan kalorimeter.

Unit tenaga kalori (cal) / joule ( J)


1 cal = 4.2J

Kelas Makanan

Nilai Tenaga (kJ g-1 )

Karbohidrat

17.2

Protein

17.2

Lemak

38.5

SISTEM PENCERNAAN MANUSIA


Maksud pencernaan
- Proses penguraian molekul makanan yang
kompleks kepada molekul yang lebih ringkas
yang boleh larut dan sedia diserap oleh badan.

Mengenal pasti bahagian sistem


pencernaan

Kalenjar
liur

Pengaliran makanan
dalam salur
alimentari
lidah
esofagu
s

hati
Pundi
hempedu
duodenu
m

perut
pankrea
s
Usus kecil
Usus
besar
rektu
m
dubur

Mulut
Esofagus
Perut
Duodenum
Usus kecil
Usus besar
Rektum
Dubur

Fungsi organ dalam sistem pencernaan


Mulut
dengan gigi

- mengunyah makanan dan mengisar makanan

Kalenjar liur
untuk

- merembes air liur yang mengandungi enzim amilase liur


menguraikan kanji

Esofagus

- membawa makanan dari mulut ke perut

Perut

- merembes asid dan enzim protease untuk mencernakan


protein

Hati

- menghasilkan hempedu

Pundi hempedu - menyimpan hempedu


Pankreas

- menghasilkan jus pankreas

Duodenum
dari

- menerima makanan separa tercerna dari perut, hempedu


pundi hempedu dan jus pankreas dari pankreas.

Usus kecil

- merembes jus usus dan menyerap nutrien dan mineral

Usus besar

- menyerap air yang tinggal dan mineral

Rektum

menyimpan tinja

Dubur

- menyingkirkan tinja melalui penyahtinjaan

Pencernaan makanan ke bentuk yang lebih kecil


dan ringkas melibatkan dua proses iaitu
pencernaan fizikal dan pencernaan kimia.

Pencernaan fizikal - pemecahan mekanikal


makanan kepada cebisan kecil. tindakan
mengunyah oleh gigi & tindakan peristalsis yang
menolak makanan menuruni salur alimentari

Pencernaan kimia - melibatkan penggunaan


enzim utk menguraikan makanan.

Enzim - bahan protein yang bertindak sebagai


mangkin yang mempercepatkan tindak balas.

Enzim yang menguraikan bahan makanan di


dalam salur makanan disebut enzim pencernaan.

terdapat 3 jenis enzim percernaan utama :


(a) amilase menguraikan karbohidrat
(b) Protease menguraikan protein
(c ) Lipase - menguraikan lemak dan minyak

PROSES PENCERNAAN DALAM PROSES


ALIMENTARI
1.Di dalam mulut
- Proses pencernaan bermula
- Makanan dihancurkan kepada cebisan
yang lebih kecil oleh gigi dan
bercampur dengan air liur
- Amilase liur menguraikan kanji kepada
maltosa
- Mukus dalam liur melincirkan makanan
- Lidah menggaul makanan sehingga
menjadi gumpalan yang digelar bolus
untuk ditelan.

PROSES PENCERNAAN DALAM PROSES


ALIMENTARI
2.

Di dalam esofagus

- Esofagus menggerakkan bolus ke dalam


perut melalui proses peristalsis
* Peristalsis pergerakan berombak
yang disebabkan oleh pengecutan dan
pengenduran otot secara berturutan
pada dinding esofagus

PROSES PENCERNAAN DALAM PROSES


ALIMENTARI
3.

Di dalam perut

- Perut

satu kantung otot yang besar yang dapat menyimpan


makanan selama 2-6 jam

- Jus gastrik yang dirembeskan oleh dinding perut mengandungi


protease dan asid hidroklorik.
- Protease menguraikan protein menjadi polipeptida atau pepton.
- Asid hidroklorik menghentikan tindakan amilase & membunuh
bakteria dalam makanan.
- membekalkan medium berasid yg sesuai untuk
tindakan protease dan menukarkan protease
yang tidak aktif kepada aktif.
- Mukus melindungi dinding perut daripada keasidan jus gastrik.
- Makanan separa tercerna yang bercampur dengan asid perut
dipanggil kim.
- Kim ditolak ke dalam duodenum.

PROSES PENCERNAAN DALAM PROSES


ALIMENTARI
4.

Di Dalam Duodenum

-Makanan memasuki bahagian pertama usus kecilduodenum


-Hempedu dan jus pankreas mengalir masuk ke dalam
duodenum semasa pencernaan.
-Hempedu - mengemulsikan lemak kepada titisan
minyak untuk
ditindakkan oleh lipase.
- meneutralkan kim yang berasid.
- jus pankreas mengandungi amilase, protease dan
lipase.
(a) amilase- menguraikan kanji kepda maltosa
(b) protease- menguraikan protein kepada
polipeptida
(c) lipase menguraikan lemak menjadi asid lemak
dan gliserol.

PROSES PENCERNAAN DALAM PROSES


ALIMENTARI
5.

Di dalam Usus Kecil

- Makanan memasuki jejunum dan


kemudian ke ileum, iaitu bahagian
terakhir usus kecil.
- Ileum merembes jus usus yang
mengandungi maltase, protease, dan
lipase.
(a) maltase - maltosa menjadi glukosa
(b) protease
- polipeptida menjadi
asid
amino
(c) lipase lemak menjadi asid lemak
&
gliserol.

PROSES PENCERNAAN DALAM PROSES


ALIMENTARI
6.

Di Dalam Usus Besar

- Makanan yang tidak tercerna disalurkan


ke dalam usus besar.
- Sesetengah bahan kimia dan air
disingkirkan daripada makanan yang
tidak tercerna untuk membentuk bahan
buangan separa pepejal.
- Bahan buangan separa pepejal itu
bergerak sepanjang usus besar.
- Pada akhir proses , bahan buangan
separa pepejal disimpan di dalam
rektum dan disingkirkan melalui dubur.

You might also like