You are on page 1of 4

Struktur Telinga

Pengenalan
- sbg organ deria pendengaran, tanpa deria ini, manusia tidak dapat mendengar dan
melaksanakan aktiviti berkaitan pendengaran dalam kehidupannya
- setiap manusia mempunyai sepasang telinga yg akan mengumpul gelombang bunyi dan
disalurkan ke otak utk interpretasikan

Struktur Telinga
- telinga dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu
- telinga luar (external ear)
- telinga tengah (middle ear)
- telinga dalam (internal ear)

a) Telinga Luar
- bahagian telinga luar terbahagi kepada 2

1) Kelopak telinga
- bahagian yg menyerupai hujung trompet yg terlekat di sisi kepala
- rawan elastik kuning membina struktur ini dan kulit mengelilingi
- cuping telinga yg lembut terletak di bahagian bawah struktur ini, terdiri dari tisu lemak
dan tisu pengikat yg terlitup dgn kulit tubuh
- tugas kelopak telinga ialah mengumpulkan elombang bunyi dari luar badan dan
menyalurkan gelombang ini ke dalam liang luar telinga
- kelopak telinga tidak dapat digerakkan dgn mudah walaupun terbentuk dari otot jalur
yg kecil

2) Liang luar telinga


- ia merupakan satu terusan yg masuk dari kelopak telinga ke gegendang telinga
- panjang terusan ini bagi org dewasa ialah 1.25 inci
- ia bukan satu terusan yg lurus ttp berbentuk S
- lapisan terusan ini terdiri daripada

i) Kulit tubuh
- kulit tubuh yg mengelilingi kelopak telinga berlanjutan ke dalam dinding luar telinga
lalu membentuk lapisan atasnya
- bulu telinga yg terdapat di lapisan ini melindungi terusan itu daripada habuk, debu dan
ungas2 kecil
- terdapat kilang serumen di dalam kulit ini yg menghasilkan serumen (tahi telinga)
bertujuan melindungi terusan ini daripada dimasuki bendasing, ungas dan benda2 kecil.

ii) Rawan
- rawan yg membina kelopak telinga berlanjutan ke dalam liang luar telinga lalu
membentuk lapisan tengahnya

iii) Tulang
- lapisan bawah yg membentuk terusan luar telinga ialah tulang, iaitu tulang temporalis

2) Bahagian telinga tengah


- ia juga dikenali dgn nama ruang tempanum kerana terdapat bentu kotak di dalam
bahagian petros di dalam tulang temporalis
- terdiri daripada

a) 3 tulang kecil
- ruang ini mengandungi 3 tulang kecil iaitu
- tukul (malleus) – bentuknya menyerupai tukul
- andas (incus) – bentuknya menyerupai alat andas tukang besi
- rakap (stapes) – bentuknya menyerupai rakap atau besi tempat meletak kakiketika
menunggang kuda
- batang malleus terikat kpd permukaan dalam gegendang
- kepalanya berartikulasi dgn tulang incus yg mana ia pula berartikulasi dgn tulang stapes
- dasar tulang stapes itu terikat kepada selaput yg melitupi fonestra ovalis (tingkap bujur)
yg berhubung dgn bahagian di dalam telinga
- tugas ialah membawa getaran dari gegendang ke bahagian dalam telinga
- gerakkan tulang2 ini dikawal oleh 2 otot kecil iaitu

i) otot tensor timpanii – yg terikat kepada batang tulang malleus


ii) otot stapedius – yg terikat kepada kepala tulang stapes (rakap)

b) Timpanium
- ia adalah satu selaput yg didapati di hujung liang bahagian luar telinga
- ia menyempadani bahagian luar telinga dan bahagian tengah telinga
- kedudukannya menyerong dan bahagian atasnya terlebih dekat ke kelopak telinga
manakal bahagian bawahnya lebih jauh
- lapisan luarnya terdiri dari lanjutan kulit tubuh dan lapisan dalamnya adalah dari
selaput mukosa yg melapisi seluruh ruang tengah telinga
- diantara lapisan2 ini terdapat sedikit tisu fiber
- gelombang bunyi yg sampai ke membran timpanum menggetarkannya dan getaran
tersebut akan dialirkan ke bahagian dalam telinga melalui ruang tengah telinga
- membran timpanum tidak membenarkan udara sari luar masuk ke dalam ruang telinga
tengah

Struktur Dinding Tengah Telinga


- dinding dibahagian tengah telinga terbina dari tulang dan selaput
- selaput mukosa yg terbina daripada tisu epithelium melapisi keseluruhan ruang tengah
telinga dan ia berlanjutan lalu bersatu dgn selaput mukosa yg melapisi salur eustachia ,
ruang mastoid dan ruang2 tengah mastoid
- dinding sisi luar dibentuk oleh selaput yg membentuk gegendang
- dinding atas dan bawahnya terdiri daripada tulang
- dinding sisi dalamnya terbina dari tulang dan selaput, selaput ini menutup tingkap bujur
dan tingkap bulat diantara bahagian tengah telinga dan dalam telinga
- dinding depannya mempunyai satu lubang utk salur eustachia
- dinding belakangnya berhubung dgn ruang mastoid dan sel2 udara mastoid di tulang
temporalis

Salur Eustachia
- salur ini merupakan satu tiub, lebih kurang 1.5 inci panjang dimana ia menghubungkan
faring hidung ke ruang tengah telinga
- selaput mukosa melapiskan saluran ini
- tugas salur eustachia ialah mengimbangkan tekanan udara luar dgn didalam ruang
tengah telinga
- lubang salur eustachia dibhgn faring hidung biasanya tertutup. Ia akan terbuka semasa
menelan dan menguap, membenarkan udara di faring masuk ke dalam telinga tengah
utk proses pengimbangan

c) Telinga dalam
- telinga ini mengandungi organ pendengaran dan pengimbangan
- ia dibahagikan kepada

1) labirin bertulang
- kaviti ini terletak didalam tulang temporal dan dilapisi dgn periostium
- ia lebih besar daripada labirin bermembran, bentuk nya sama dgn labirin bermembran
ttp ia duduk ke dalam labirin bermembran
- diantara kedua labirin ini terdapat cecair yg dikenali sbg perilymph
- didalam labirin bermembran pula terdapat cecair yg dikenali sbg endolymph
- labirin bertulang mengandungi
- 1 vestibul
- ia mengandungi tingkap bulat dan tingkap bujur
- bhgn yg kembang dari bhgn yg terdekat dgn telinga tengah
- 1 koklea
- menyerupai bentuk kulit siput
- dasarnya luas dimana ia bersambungan dengan vestibul
- ia berpusar disekeliling satu kolumn tulang tengah
- 3 kanal semibulat
- ia merupakan susunan 3 tiub
- setiap satu berkedudukan di ruangan plana labirin bertulang
- kanal ini bersambungan dari vestibul

2) labirin bermembran
- sama bentuk dgn labirin bertulang dan disempadani oleh cecair perilymph
- labirin bermembran mengandungi endolymph
- ia terbahagi kepada bhgn yg sama iaitu
- vestibul – yg mengandungi urikel dan sakul
- 1 koklea
- 3 kanal semibulat
- didalam labirin ini sel neuroepithelial dan fiber bersaraf duduk diatas membran basilar
- kebanyakan sel2 neuroepithelial adalah berbentuk panjang dan sempit dan tersusun
sebelah menyebelah
- sel ini dan saraf berfiber membentuk organ sebenar pendengaran
- saraf2 berfiber bergabung utk membentuk saraf vestibulokoklea bhgn auditori yg akan
melalui satu foramen tulang temporal untuk sampai ke pusat pendengaran didalam
lobus temporal serebrum

You might also like