You are on page 1of 26

BAB 4

Hasil Penemuan dan Analisis Data

Dalam bab ini pengkaji akan membincangkan tentang hasil kajian yang telah
diperolehi melalui set soalan yang telah diedarkan kepada 30 orang
responden. Dalam setiap set soalan tersebut mengandungi 25 soalan yang
terbahagi kepada tiga bahagian iaitu bahagian A, Bahagian B dan Bahagian
C. Bahagian A adalah mengenai demografi responden iaitu mengenai
maklumat peribadi, Bahagian B pula mengenai pengetahuan responden
tentang kajian yang dijalankan manakala Bahagian C pula mengenai
pendapat responden. Selepas set-set soalan tersebut telah dijawab, pengkaji
akan mengumpulkan set soalan tersebut dan memulakan analisa data melalui
maklumat yang telah diberikan oleh responden, data-data yang telah
diperolehi dikumpulkan dan diubah kepada bentuk peratusan (%) dan
dilampirkan dalam bentuk jadual dan pelbagai carta seperti bar, pie, silinder
dan lain-lain jenis carta dengan menggunakan program excel. Bilangan
responden yang dikaji berdasarkan nisbah jumlah populasi golongan remaja
yang menetap dibandar Kempas Johor Bahru.

20
Bahagian A (Latar Belakang)

4.1 Jantina responden

Jantina Bilangan Peratus(%)


Lelaki 20 66.7
Perempuan 10 33.3
Jumlah 30 100

Jadual 4.1

Jadual 4.1 diatas menunjukkan bilangan dan peratus jantina responden yang
dikaji. Kebanyakan jantina responden yang dikaji terdiri daripada kaum lelaki
iaitu sebanyak 66.7% iaitu 20 orang dan hanya 33.3% sahaja iaitu 10 orang
responden perempuan yang diperolehi.

21
4.2 Bangsa responden

Bangsa Bilangan Peratus(%)


Melayu 15 50
Cina 6 20
India 6 20
Lain-Lain 3 10
Jumlah 30 100

Jadual 4.2

Jadual 4.2 diatas menunjukkan jenis bangsa telah dipilih secara rawak oleh
pengkaji. Didapati responden yang teramai ialah melayu iaitu 50% (15 orang)
diikuti dengan bangsa cina iaitu 20% (6 orang) dan bangsa india iaitu 20% (6
orang) manakala lain-lain bangsa seperti Iban, dan Indonesia ialah 10% (3
orang).

22
4.3 Umur responden

Umur(Tahun) Bilangan Peratus(%)


15 – 17 7 23.3
18 – 20 6 20
21 – 23 12 40
24 – 25 5 16.7
Jumlah 30 100

Jadual 4.3

Merujuk kepada jadual 4.3, sebanyak 40% (12 orang)yang berumur 21 hingga
23 tahun, sebanyak 23.3% (7 orang)yang berumur 15 hingga 17 tahun,
sebanyak 20% (6 orang) yang berumur 18 hingga 20 tahun dan 16.7% (5
orang) yang berumur 24 hingga 25 tahun.

23
4.4 Pekerjaan responden

Pekerjaan Bilangan Peratus(%)


Awam 4 13.3
Swasta 7 23.3
Belajar 15 50
Lain-Lain 4 13.3
Jumlah 30 100

Jadual 4.4

Jadual 4.4 diatas menunjukkan responden yang masih belajar iaitu 50%
(15 orang) manakala yang telah bekerja dalam sektor swasta dan awam
ialah 23.3% (7 orang) dan 13.3% (4 orang) masing-masing. Sementara itu
yang lain-lain iaitu masih menganggur, bekerja sendiri dan tidak bekerja ialah
13.3% (4 orang) sahaja.

24
4.5 Pendapatan bulanan responden

Pendapatan bulanan Bilangan Peratus(%)


Kurang RM 499 6 20
RM 500 – 999 13 43.3
RM1,000-1,999 10 33.3
RM 2,000 keatas 1 3.3
Jumlah 30 100

Jadual 4.5

Pendapatan Bulanan

RM 2,000 keatas RM 2,000 keatas; 10

RM1,000-1,999 RM1,000-1,999; 30
Pendapatan Bulanan Responden
RM 500 - 999 RM 500 - 999; 40

Kurang RM 499 Kurang RM 499; 20

Peratus

Jadual 4.5 diatas menunjukkan pendapatan bulanan bagi 30 responden.


Responden yang berpendapatan sebanyak RM 500 hingga RM 999 sebanyak
43.3% (13 orang), sementara itu responden yang berpendapatan RM1,000
hingga RM 1,999 sebanyak 33.3% (10 orang) dan pendapatan yang melebihi
RM 2,000 dan kurang RM 499 masing-masing ialah 3.3% (1 orang) dan 20%
(6 orang).

Bahagian B (Tabiat merokok dan pengetahuan merokok)

25
4.6 Status merokok responden

Bilanga
Status n Peratus(%)
Ya 25 83.3
Tidak 5 16.7
Kurang Pasti 0 0
Jumlah 30 100

Jadual 4.6

Jadual 4.6 diatas menunjukkan status responden yang merokok atau tidak
merokok. Didapati sebanyak 25 orang responden daripada 30 responden iaitu
83.3% (25 orang) yang merokok manakala yang tidak merokok adalah
sebanyak 16.7% (5 orang).

26
4.7 Umur mula merokok responden

Umur mula merokok Bilangan Peratus(%)


Bawah 12 0 0
13-14 3 12
15-17 11 44
18-20 7 28
21-23 3 12
23 keatas 1 4
Jumlah 25 100

Jadual 4.7

Umur responden mula merokok

15-17; 44
Responden
Peratus 18-20; 28
13-14; 12 21-23; 12
Bawah 12; 0 23 keatas; 4

Bawah 12 13-14 15-17 18-20 21-23 23 keatas

Jadual 4.7 menunjukkan umur responden mula merokok. Kebanyakan


responden mula merokok adalah yang berumur diantara 15 – 17 tahun iaitu
sebanyak 44% (11 orang) diikuti 28% (7 orang) yang mula merokok berumur
18 – 20 tahun. Sebanyak 12% (3 orang) mula merokok berumur 13 – 14
tahun dan 21 hingga 23 tahun masing-masing. Hanya seorang merokok iaitu
4% sahaja yang mula merokok apabila berumur 23 tahun keatas dan tiada
seorang pun didapati merokok sebelum berumur 12 tahun.

4.8 Kuantiti rokok dihisap sehari responden

Kuantiti rokok Bilanga Peratus(%)

27
n
Kurang 5 5 20
6 hingga 10 9 36
11 hingga 15 7 28
Lebih 16 4 16
Jumlah 25 100

Jadual 4.8

Kuantiti Rokok Dihisap Sehari

Peratus 6 hingga 10; 36


11 hingga 15; 28
Kurang 5; 20
Lebih 16; 16

Kurang 5 6 hingga 10 11 hingga 15 Lebih 16

Jadual 4.8 menunjukkan kuantiti rokok yang dihisap oleh responden dalam
sehari. Sebanyak 20% (5 orang) responden yang menghisap rokok kurang
daripada 5 batang. Responden yang menghisap rokok sebanyak 6 hingga 10
batang sebanyak 36% (9 orang) manakala 28% (7 orang) yang merokok
sebanyak 11 hingga 15 batang dan hanya 16%(4 orang) responden yang
merokok lebih daripada 16 batang rokok.

4.9 Perbelanjaan sebulan responden untuk membeli rokok

Perbelanjaan Bilangan Peratus(%)


Kurang RM100 4 16
28
RM101-200 11 44
RM201-300 7 28
Lebih RM301 3 12
Jumlah 25 100

Jadual 4.9

Jadual 4.9 menunjukkan perbelanjaan untuk sebulan bagi responden


membelanjakan duitnya untuk membeli rokok. Sebanyak 16%(4 orang)
membelanjakan duit tidak melebihi RM100 manakala 44% (11 orang)
membelanjakan sebanyak RM101-200 dan 28% (7 orang) membelanjakan
sebanyak RM201-300 dan 12% (3 orang) membelanjakan lebih daripada
RM301.

29
4.10 Punca pendapatan responden untuk membeli rokok
Punca Pendapatan Bilangan Peratus(%)
Gaji Bulanan 10 40
Ibu Bapa 6 24
Biasiswa 7 28
Lain-Lain 2 8
Jumlah 25 100

Jadual 4.10

Punca Pendapatan Membeli Rokok

Gaji Bulanan; 40 Responden


Peratus
Biasiswa; 28
Ibu Bapa; 24

Lain-Lain; 8

Gaji Bulanan Ibu Bapa Biasiswa Lain-Lain

Merujuk kepada jadual 4.10 diatas menunjukkan punca pendapatan


responden untuk membeli rokok. Kebanyakan punca pendapatan untuk
membeli rokok adalah daripada gaji bulanan sebanyak 40%(10 orang).
Kemudian daripada wang biasiswa pula adalah sebanyak 28% (7 orang) dan
daripada wang perbelanjaan yang diberikan oleh ibu bapa adalah 24%(6
orang) sahaja manakala lain-lain punca pendapatan adalah seramai 8%(2
orang).

4.11 Status ahli keluarga yang merokok

30
Status Keluarga Bilanga Peratus(
Merokok n %)
Ya 20 66.7
Tidak 6 20
Kurang Pasti 4 13.3
Jumlah 30 100

Jadual 4.11

Daripada jadual 4.11 menunjukkan status ahli keluarga merokok atau tidak
merokok. Sebanyak 66.7% (20 orang) yang mengatakan ahli keluarga juga
merokok dan 20% (6 orang) yang tidak merokok dan 13.3% (4 orang) yang
kurang pasti ahli keluarga mereka merokok atau tidak

31
4.12 Faktor yang mempengaruhi responden untuk merokok

Faktor Bilangan Peratus(%)


Pengaruh rakan 10 40
Pengaruh Ahli Keluarga 11 44
Rasa Ingin Tahu 1 4
Lain-Lain 3 12
Jumlah 25 100

Jadual 4.12

Jadual 4.12 diatas menunjukkan faktor utama responden mula terjebak


dengan tabiat merokok. Sebanyak 44% (11 orang) mengatakan pengaruh
daripada ahli keluarga dan pengaruh rakan pula adalah 40% (10 orang)
manakala rasa ingin tahu, macho dan lain-lain pengaruh adalah sebanyak
16% (4 orang).

32
Bahagian C(Tahap Pengetahuan dan Langkah-Langkah)

4.13 Pengetahuan responden tentang rokok dan tabiat merokok

Status Pengetahuan Bilangan Peratus(%)


Berpengetahuan 12 40
Kurang Berpengetahuan 15 45
Tidak Berpengetahuan 3 15
Jumlah 30 100

Jadual 4.13

Peratus
Responden

Berpengetahuan; 40Kurang Berpengetahuan; 45


Tidak Berpengetahuan; 15

Status Pengetahuan

Daripada jadual 4.13 diatas yang diperolehi daripada kajiselidik. Hanya 16


orang responden iaitu 40% (16 orang) berpengetahuan tinggi dalam
kandungan kimia dalam rokok dan kesan-kesan daripada merokok manakala
45% (18 orang) kurang berpengetahuan kerana dapat menjawab setengah
betul dan hanya 15% (6 orang)yang menjawab hampir kesemua salah.

4.14 Pendapat responden mengenai langkah-langkah mengurangkan tabiat


merokok

33
Pendapat Responden Ya Peratus Tidak Peratus
Perbanyakkan promosi 29 96.7 1 4.3
Mengetatkan undang-undang 18 60 12 40
Menaikkan cukai rokok 16 53.3 14 47.7
Perbanyakkan klinik berhenti merokok 29 96.7 1 4.3
Lain-lain Cadangan(Jika ada) 0 0 30 100

Jadual 4.14

Daripada jadual 4.14 diatas, dapat disimpulkan bahawa sebanyak 96.7% (29
orang) bersetuju memperbanyakkan lagi promosi, 60% (18 orang) bersetuju
mengetatkan undang-undang, 53.3% (16 orang) bersetuju menaikkan cukai
rokok, 96.7% (29 orang) bersetuju memperbanyakkan klinik merokok.

BAB 5
34
5.1 Perbincangan Hasil Kajian

5.1.1 Kaitan hasil kajian dengan objektif kajian

Kajian telah dilakukan dan responden yang dipilih terdiri daripada lelaki dan
perempuan dalam nisbah 7:3 kerana tabiat merokok majoritinya terdiri
daripada kalangan lelaki. Jadual 4.1 menunjukkan kebanyakan jantina
responden yang dipilih adalah terdiri daripada lelaki iaitu sebanyak 20 orang
iaitu 66.7% dan perempuan adalah 10 orang iaitu 33.7%. Hasil daripada
penyelidikan ini dapat menyatakan bahawa tabiat merokok ini dipelopori oleh
golongan lelaki. Walaupun begitu, seramai 20% iaitu 6 responden daripada
10 responden perempuan didapati merokok manakala 100% iaitu 19
responden lelaki daripada 20 orang merokok. Oleh itu kita tidak boleh
memandang rendah tabiat merokok dikalangan wanita kerana kini merokok
dikalangan wanita semakin bertambah kerana merokok dianggap sudah
menjadi trend golongan remaja diseluruh dunia. Menurut kajian KKM (2006)
dari tahun 2000 - 2004, bilangan remaja perempuan yang merokok
bertambah dari 4% ke 8% manakala remaja lelaki ialah 30.2%. ini jelas
menunjukkan remaja perempuan di Malaysia sudah mula berani merokok.

Secara amnya, tabiat merokok banyak terdiri daripada bangsa melayu


iaitu seramai 15 orang iaitu 50% diikuti bangsa cina seramai 6 orang iaitu
20% dan india seramai 6 orang iaitu 20% manakala lain-lain ialah seramai 4
orang iaitu 10%. Mengikut keratan Berita Harian (2004), dalam peratusan
mengikut etnik, orang melayu adalah kategori paling tinggi dalam merokok di
Malaysia iaitu hampir 50% manakala masyarakat cina mencatatkan 21.2%

35
dan india ialah 9.2% dan ini menyokong hasil kajian saya. Mengikut
pendapat saya, merokok banyak terdiri daripada kalangan melayu kerana
kebanyakan daripada orang melayu bekerja sebagai pekebun, penoreh
getah, dan pekerjaan lain yang menggunakan tenaga yang banyak, oleh itu
mereka mengatakan merokok akan memberikan mereka tenaga dan
menghilangkan rasa bosan ketika bekerja. Menurut Klinke dan Meeker (1997)
mengatakan bahawa motif perokok adalah memberikan ketenangan. Dengan
merokok akan mengurangkan tekanan, memudahkan melakukan sesuatu dan
menyenangkan fikiran.

Merujuk kepada jadual 4.5, hanya 36.6% iaitu 11 orang responden


yang mempunyai pendapatan yang tinggi manakala 19 orang iaitu 63.3%
yang mempunyai pendapatan rendah dan ini dapat dikaitkan pada jadual 4.9
yang menunjukkan jumlah perbelanjaan responden dalam sebulan untuk
membeli rokok. Sebanyak 16% (4 orang) membelanjakan duit tidak melebihi
RM100 manakala 44% (11 orang) membelanjakan sebanyak RM101-200
dan 28% (7 orang) membelanjakan sebanyak RM201-300 dan 12% (3 orang)
membelanjakan lebih daripada RM301. Kebanyakan responden yang
merokok mempunyai pendapatan bulanan yang besar dan punca bagaimana
seorang perokok menjadi perokok aktif. Menurut WHO (2002) menyatakan
kira-kira 15 bilion rokok dijual setiap hari atau 10 juta rokok dijual pada setiap
minit. Dapat dikatakan bahawa rokok dibeli setiap minit oleh perokok
diseluruh dunia walaupun harga rokok telah dinaikkan kerana perokok
mempunyai kewangan yang stabil walaupun yang berpendapatan rendah.

Hasil daripada kajian yang telah dilakukan, penyelidik telah


mengenalpasti tahap pengetahuan remaja. Daripada 25 soalan yang
diberikan, terdapat 10 soalan yang menilai tahap asas pengetahuan remaja
tentang kesan dan bahan kimia didalam rokok. Setelah dianalisa, didapati 16
orang iaitu 40% yang mempunyai pengetahuan mengenai rokok dan 18 orang
iaitu 45% yang kurang berpengetahuan manakala tidak berpengetahuan ialah

36
seramai 6 orang iaitu 15%. Mengikut pendapat penyelidik, punca orang ramai
kurang mendapat info mengenai bahaya rokok ialah kurang keberkesanan
kempen anti merokok yang dilancarkan serta sikap perokok yang
mementingkan diri sendiri tanpa menghiraukan orang lain dan
persekitarannya. Jenifer (1991) menyatakan pendidikan kesihatan yang jelas
adalah penting dalam mencapai tujuan untuk memberikan perkhidmatan yang
terbaik kepada klien. Penyampaian maklumat dan pendidikan kesihatan
perlulah berterusan dan sistematik. Menurut Profesor Dzulkifli (2002) klinik-
klinik berhenti merokok perlu lebih banyak mengambil langkah dalam
memainkan peranannya untuk meningkatkan kesedaran terhadap kesan
buruk merokok.

37
5.1.2 Kaitan hasil kajian dengan literature review

Didalam bab ini, perbincangan antara hasil kajian penyelidik serta kajian
semula akan dikaitkan. Merujuk kepada jadual 4.6, daripada 30 orang
responden didapati 25 orang responden iaitu 83.3% dikenalpasti merokok.
Daripada 25 orang perokok tersebut, 11 orang responden iaitu 44% adalah
perokok yang dikategorikan perokok aktif. Kajian oleh Kandel (2000)
menyatakan bahawa kadar kebergantungan nikotin berbeza-beza menurut
kumpulan umur dimana kadar kebergantungan nikotin adalah tinggi di
kalangan perokok muda berbanding dengan perokok tua. Kebergantungan
nikotin adalah ketara di kalangan orang yang merokok kurang 15 batang
sehari berbanding dengan orang yang merokok lebih daripada satu atau 2
batang sehari. Mereka menghadapi risiko penyakit yang tinggi disebabkan
ketagihan yang dialami. Menurut Akhbar Nanyang Siang Pau (Okt 2006)
dalam setiap kes serangan sakit jantung di Malaysia untuk setiap 5 lelaki,
seorang akan mati disebabkan oleh serangan sakit jantung, manakala untuk
setiap 6 wanita, seorang akan mati disebabkan oleh penyakit ini.

Apabila seseorang merokok, dia bukan hanya menjejaskan kesihatan


dirinya sendiri untuk mendapat risiko penyakit kanser, penyakit jantung dan
penyakit lain disebabkan asap rokok tetapi juga mendedahkan bahayanya
kepada orang disekelilingnya atau ‘secondhande smoke’. Kesan langsung
asap rokok hangat diperbincangkan dan diketahui umum tetapi yang masih
kurang jelas ialah kesan perokok pasif.

Merujuk jadual 4.7, kebanyakan remaja mula merokok diantara umur


15 hingga 20 tahun iaitu seramai 18 orang iaitu 72%. Mengikut kajian KKM,
pada setiap hari, lebih kurang 45 hingga 50 remaja dibawah umur 18 tahun
mula merokok. Kebanyakan perokok mula merokok pada usia ini kerana
proses perkembangan mereka untuk mencari identiti serta pengaruh luar
yang mempengaruhi mereka untuk merokok. Menurut Erikson dan Gatchel
(1989) menyatakan remaja mulai merokok berkaitan dengan krisis psikososial
yang dialami semasa perkembangannya untuk mencari identiti diri. Selain itu,

38
remaja juga terpengaruh daripada rakan sebaya dan ibu bapa yang merokok.
Kamaruddin (1996) mengatakan remaja lebih cenderung untuk memilih rakan
sebaya mengikut kelakuan mereka dan Sufian (2004) menyatakan bahawa
merokok boleh didorong atau desakan daripada rakan sebaya supaya
diterima didalam ahlinya. Dan ini dapat dikaitkan dengan kajian saya pada
jadual 4.12 yang menunjukkan faktor utama responden mula merokok oleh
pengaruh rakan sebaya adalah seramai 10 orang iaitu 40% manakala
pengaruh ahli keluarga ialah 11 orang iaitu 44%.

Merujuk kepada jadual 4.11, dapat dianalisa bahawa ahli keluarga


memainkan peranan yang penting untuk seorang remaja. Sebanyak 20 orang
iaitu 66.7% terdiri daripada ahli keluarga yang merokok dan 6 orang iaitu 24%
yang tidak mempunyai ahli keluarga yang merokok. Dengan keputusan diatas
membuktikan terdapat kaitan tabiat merokok dengan ahli keluarga, penyelidik
mendapati antara faktor remaja mula merokok disebabkan pengaruh ahli
keluarganya sendiri. Ini dapat dibuktikan dengan kajian Theodorus (1994)
mengatakan bahawa keluarga perokok sangat mempengaruhi tingkah laku
anak-anaknya jika dibandingkan dengan keluarga yang tidak merokok. Dalam
hal ini,menurut pandangan ‘social cognitive learning theory’, merokok bukan
hanya satu proses pengikutan atau pembelajaran tentang apa yang dilihatnya
terhadap ahli keluarganya tetapi wujudnya pengukuh yang positif dari orang
tua dan kebaikan merokok yang difikirkan mempunyai kebaikan oleh remaja
itu.

Mengikut hasil kajian semula kandungan kimia didalam rokok didalam


bab 2 dengan soalan 14 kajiselidik (lihat lampiran), kandungan kimia didalam
rokok mengandungi lebih daripada 4000 bahan kimia berbahaya dan terdapat
diantaranya beracun yang mampu merosakkan sistem tubuh badan dalam
jangka masa yang lama. Menurut Dr. Aini B HJ Murni (2004) terdapat kira-kira
4000 bahan kimia yang toksik kepada tubuh badan seperti ammonia, tar,
tolodium, bahan radioaktif (polonium-201), asid stearilik (lilin), cadmium

39
(bateri), formaldehid (pengawet bahan), aseton (bahan untuk menanggalkan
pengilat kuku), arsenik (racun), naftalena (ubat gegat), karbon monoksida
(asap dari ekzos kereta) dan mengandungi dadah iaitu nikotin yang
menyebabkan ketagihan dan kesannya jika digunakan berpanjangan akan
merosakkan sistem saraf.

Terdapat banyak kesan yang negatif akibat daripada tabiat merokok.


Mengikut kajian pada soalan (lihat lampiran) yang menunjukkan pelbagai
bahan kimia didalam rokok untuk disoal selidik kepada responden, menurut
Institut Kefahaman Islam Malaysia Official Website,IKIM (2007), bahan kimia
didalam asap rokok dapat menyebabkan kanser, penyempitan arteri,
kerosakan pada saluran pernafasan, menyebabkan tekanan darah tinggi dan
strok pada peringkat teruk. Selain itu, ia juga menjadi penyebab penyakit
sekatan pulmonari kronik (COPD) serta penggalak kepada penyakit
miokardium infaksi (MI) serta menggalakkan penyakit semput kronik
(bronchiol asthma). Pada kalangan bayi atau ibu yang hamil, asap rokok akan
menyebabkan kelahiran pramatang, bayi yang kurang berat dan mungkin
akan mengalami kecacatan dalam perkembangan fizikal dan mental serta
mengalami masalah penyakit yang lain dan kajian ini adalah sama hasilnya
dengan kajian Davidson & Neale (1990).

40
5.2 Cadangan

Penyelidik mengutarakan beberapa cadangan bagi mempertingkatkan tahap


pengetahuan dan maklumat kepada perokok, ahli keluarga dan orang ramai.
Pengetahuan dan kefahaman perlulah difokuskan kepada pengawalan dan
pencegahan tabiat merokok serta langkah-langkah untuk berhenti merokok.
Ada di antara cadangan ini sememangnya tersedia ada tetapi perlu
dikemaskini bagi memberi kesan yang lebih efektif.

1. Mengadakan kursus-kursus berkaitan dengan merokok kepada


pekerja di sektor awam dan swasta tentang hal ehwal terkini mengenai
statistik perokok didunia umumnya dan perokok di Malaysia khususnya
dan memberikan info yang terperinci mengenai bahaya dan kesan
merokok dari semua aspek seperti sosial, fizikal, ekonomi dan lain-lain.

2. Risalah yang dibuat oleh unit promosi kesihatan mestilah kelihatan


menarik, mudah difahami dan padat dengan maklumat-maklumat untuk
menarik minat remaja membacanya serta berkerjasama dengan pihak
media dan agensi lain dalam program-program yang dianjurkan seperti
program di TV3, dan program yang dianjurkan Kementerian Kesihatan
itu sendiri.

3. Menguatkuasakan secara tegas perintah larangan merokok di


kawasan larangan umumnya di tempat awam, terutamanya di hospital,
sekolah-sekolah, didalam bas, perhentian bas, bangunan-bangunan
kerajaan dan menambah kawasan larangan merokok serta mendenda
dengan kadar yang tinggi jika mengingkari arahan yang telah
dimaklumkan.

4. Pegawai perubatan dan penolong pegawai perubatan berperanan


penting dalam memberikan promosi kesihatan kepada orang ramai
serta bergiat aktif dalam mengesan perokok yang datang mendapatkan
rawatan dengan mengesyorkan langkah-langkah untuk berhenti
merokok.
41
5. Memberikan insentif kepada pegawai perubatan dan paramedik yang
bekerja diluar waktu pejabat dalam menjayakan sesuatu promosi
kesihatan yang diadakan dikawasan pedalaman serta memberikan
hadiah sebagai penyuntik semangat untuk terus bekerja dengan tekun.

6. Perkemaskan sistem penyampaian maklumat anti merokok dan


mempromosikan program yang dianjurkan oleh klinik berhenti
merokok. Melibatkan golongan ibu atau isteri yang berfungsi sebagai
pendorong kepada anak-anak atau suami untuk berhenti merokok.
Libatkan juga golongan agama untuk menyampaikan pesanan dan
nasihat-nasihat berkenaan bahaya merokok serta bahaya merokok
yang boleh memudharatkan perokok dan orang sekelilingnya.

7. Perkhidmatan kaunseling juga harus diberikan kepada golongan


wanita dengan menerangkan tentang bahaya kepada bayi dalam
kandungan jika ibu merokok atau terdedah kepada asap rokok. Ini
kerana terdapat juga wanita yang merokok dalam penemuan kajian ini.

42
BAB 6

6.1 Kesimpulan

Tabiat merokok melibatkan pelbagai lapisan masyarakat tidak kira jantina,


umur, bangsa, pekerjaan dan pendapatan seseorang. Tabiat merokok ini
majoritinya terdiri daripada kaum lelaki. Namun begitu, merokok dikalangan
wanita tidak boleh dipandang rendah. Walaupun begitu, ia tetap menjadi
masalah yang besar kerana perokok dikalangan wanita semakin bertambah
dari semasa ke semasa kerana merokok dikalangan wanita boleh
menyebabkan kesan yang teruk kepada generasi yang akan datang dimana
bayi yang dilahirkan oleh ibu yang merokok mempunyai masalah kesihatan
dari segi fizikal, mental dan menganggu proses perkembangannya. Selain itu,
ibu bapa yang merokok akan mempengaruhi anak mereka untuk merokok
seawal usia remaja yang boleh menjurus kepada pelbagai masalah gejala
sosial pada zaman ini seperti mencuri, menipu dan memeras ugut semata-
mata untuk mendapatkan rokok. Lebih teruk dari itu, perokok yang
sememangnya perokok aktif akan mula mendekati najis dadah untuk
mendapatkan kepuasan disebabkan oleh bahan kimia didalam rokok tidak
sehebat bahan kimia yang terkandung didalam dadah.

Keadaan ini sangat membimbangkan kerana pada usia remaja ini,


mereka seharusnya menumpukan perhatian didalam pelajaran dan bukan
melibatkan diri dengan kegiatan negatif. Jika perkara ini tidak dibendung
negara akan memiliki generasi yang tidak boleh memimpin negara
sebaliknya generasi yang akan menjatuhkan negara. Oleh itu, perhatian
yang lebih harus diberikan kepada remaja dengan mengadakan ceramah-

43
ceramah kesihatan disekolah oleh pegawai yang terlatih, kaunseling kepada
remaja yang merokok dan memberikan pendedahan yang awal kepada
golongan pelajar sekolah rendah mengenai bahaya rokok dan kesannya. Ibu
bapa juga memainkan peranan dalam memantau aktiviti anak-anak mereka
dari semasa ke semasa serta mengambil tahu siapa rakan sebaya dia. Ini
kerana pada usia remaja ini, mereka senang terpengaruh dengan rakan
sebaya. Faktor pendapatan bulanan responden juga berkait dengan jumlah
perbelanjaan sebulan responden membeli rokok. Kebanyakan perokok
mempunyai purata pendapatan dari RM 1,000 hingga RM 2,000 sebulan dan
membelanjakan lebih daripada RM200 sebulan dalam membeli rokok.

Walaupun terdapat responden yang berpengetahuan tinggi tetapi


mereka masih mengamalkan tabiat merokok, ini mungkin kerana kesedaran
mereka masih kurang terhadap bahaya-bahaya yang dihadapi oleh seorang
perokok. Oleh itu, cadangan seperti yang disarankan boleh digunakan dan
dicadangkan kepada pihak Kementerian Kesihatan Malaysia untuk
menambahkan lagi kesedaran para perokok dengan memberikan contoh-
contoh kesan daripada merokok agar perokok dapat berhenti daripada
merokok.

Sepanjang penyelidikan dilakukan, penyelidik menghadapi pelbagai


masalah. Antara masalah yang dihadapi ialah semasa membuat penyelidikan
ini, penyelidik terpaksa membahagikan masa dengan latihan klinikal di klinik
dan ini membuatkan penyelidik terpaksa bertungkus-lumus dalam
menyiapkan kajian ini. Masalah yang lain pula ialah responden yang kurang
memberi perhatian dalam menjawab soalan serta kurang memberi kerjasama
namun begitu, setelah penerangan diberikan dengan terperinci barulah
responden memberikan sepenuh kerjsama. Selain itu, penyelidik menghadapi
masalah untuk berhubung dengan penyelia dan pengajar kerana berada
dikawasan latihan amali yang jauh daripada kolej. Walaupun begitu masalah
ini boleh diatasi dengan menggunakan alat perhubungan seperti menelefon
dan memberi kajian yang dilakukan dalam bentuk e-mail kepada penyelia
untuk diperiksa dan dapat disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan.

44
Setelah keseluruhan kajian selesai dibuat, penyelidik berpuas hati
kerana mencapai objektif kajian yang dikehendaki. Dengan ini, kesimpulan
yang dapat dibuat ialah tahap pengetahuan dan tahap kesedaran remaja
mengenai bahaya merokok masih lagi kurang dan dengan kajian ini dan
langkah-langkah yang dinyatakan dapat memberi sedikit sebanyak mengenai
tahap pengetahuan remaja masa kini tentang rokok.

45

You might also like