You are on page 1of 17

STRUKTUR KULIT

Kulit
- Melapisi tubuh keseluruhan tubuh dan
berkesinambungan dengan lapisan luar - orifis
tubuh
- Berfungsi :-
1. Melindungi struktur di bawahnya dari
tercedera dan serangan (invasi) mikrob)
2. Mempunyai hujung saraf sensori (sakit ,
sentuhan & suhu)
3. Merupakan salah satu dari sistem kumuhan
4. Mengawal suhu badan
5. Membantu dalam pembentukan / sintesis
Vitamin D
STRUKTUR KULIT
Terbahagi kepada 2 bahagian :-

1. Epidermis –
Lapisan luar
2. Dermis atau
‘Corium’ –
Lapisan dalam

* Di antara kulit dengan struktur di bawahnya terdapat –


Lapisan lemak subkutis
STRUKTUR KULIT
Epidermis

- Lapisan superfisial
- Tiada bekalan salur darah dan tiada hujung saraf
pada lapisan epidermis
- Terdiri dari tisu Epitelium berstratum – Berkeratin
- Mempunyai ketebalan yang berbeza pada
bahagian badan yang tertentu (Tapak tangan &
kaki – Paling tebal)
- Pada bahagian dalam (lapisan epidermis)
mengandungi cecair intersitial atau cecair limfa
STRUKTUR KULIT

Terdapat beberapa lapisan sel di bahagian


Epidermis :-

1. Lapisan
Bersisik
(‘Horny Zone’ /
Stratum
Corneum)
2. Lapisan
Janasel
(‘Germinative
Layer’)
STRUKTUR KULIT

1. Lapisan Bersisik (‘Horny Layer’)

- Sel mati yang tiada bernukleus


- Berbentuk leper
- Lapisan yang paling luar
- Protoplasma yang bertukar menjadi bersisik
(Horny substance) dikenali sebagai keratin
- Mudah rosak apabila tergeser dan akan
digantikan oleh lapisan di bawahnya (lapisan
janasel)
STRUKTUR KULIT
2. Lapisan Janasel (‘ Germinative Layer’)
- Sel di bahagian bawah berbentuk bulat dan
mempunyai nukleus
- Sel di bahagian ini sentiasa membiak dan
membentuk sel baru yang akan menggantikan
sel yang mati dan rosak di bahagian luar
• Untuk menjamin lapisan epidermis yang sihat
bergantung kepada 3 proses berikut :-
1. Lapisan luar yang mati / rosak
2. Diganti sel yang baru dari bawah
3. Pembahagian sel yang berterusan dari
bahagian dalam ke bahagian superfisial
STRUKTUR KULIT

Permukaan Epidermis

- Terdapat rambut , sebum – dari kilang sebum


dan peluh – dari kilang peluh
STRUKTUR KULIT
Dermis
- Merupakan lapisan kulit sebenar
- Terbentuk dari tisu perantara – (Tisu Fibrous & tisu
elastik)
- Pada / dalam lapisan ini terdapat struktur-struktur
berikut :-
1. Salur Darah
2. Salur Limfatika
3. Hujung Saraf
4. Kilang peluh & duktusnya
5. Rambut
6. Kilang Sebum
7. Otot – ‘Errector Pillorum’
STRUKTUR KULIT
STRUKTUR KULIT
Salur darah
- Arteriol yang membentuk cabang-cabang kapillari
- Membekal kilang peluh , kilang sebum , rambut
dan dermis
- Tiada bekalan darah pada epidermis kerana ia
menerima nutrien dan oksigen dari cecair
intersitial – hasil daripada salur darah

Salur Limfatika
- Membentuk rangkaian yang luas pada bahagian
dermis dan lapisan dalaman dermis
- Berfungsi menyalir cecair limfa
STRUKTUR KULIT
Penghujung Saraf

- Penghujung saraf sensitif pada suhu , sakit ,


tekanan & sentuhan
- Terdapat dengan banyaknya di lapisan dermis
- Impuls yang diperolehi dari hujung saraf dihantar
korda spina oleh saraf sensori dan kemudian ke
otak (di bahagian sensori di serebrum) untuk
diinterpretasikan
STRUKTUR KULIT
Kilang peluh & duktusnya
- Banyak terdapat di tapak tangan & kaki , dahi dan
ketiak
- Terbina dari tiub yang berlingkar dan dibekal
dengan salur darah
- Dari kilang peluh – salur / duktusnya naik
menembusi kulit dan dikenali sebagai liang peluh
- Peluh – merupakan bahan kumuh tubuh berasal
dari darah – mengandungi air & natrium klorida
- Kilang peluh dirangsang oleh saraf simpatetik
yang bertindak terhadap perubahan cuaca &
ketakutan
STRUKTUR KULIT
Rambut

- Terdapat di seluruh permukaan kulit kecuali di


bahagian tapak tangan & kaki
- Setiap helai rambut tumbuh dari umbai rambut di
dalam lapisan dermis dan dibekalkan salur darah
- Dengan pembiakan sel-sel yang baru di bahagian
akarnya – ia tumbuh menjadi batang rambut
- Sel batang rambut yang baru tumbuh menolak
sel-sel lama ke atas (menjadi panjang)
- Seperti lapisan bersisik (horny) , rambut juga
merupakan sel mati (Epitelium berstrata –
Berkeratin)
STRUKTUR KULIT
Kilang sebum

- Terdapat di seluruh tubuh


- Banyak di bahagian muka , kepala dan bahagian
kulit berbulu
- Menghasilkan sebum – membasah &
melembutkan kulit dan menjadikan rambut – tidak
kering dan rapuh
- Kilang sebum yang istimewa didapati:-
1. Lubang telinga – Kilang serumen
2. Kelopak mata – Kilang meibomian
STRUKTUR KULIT
Otot ‘Errector Pillorum’

- Merupakan kumpulan otot berserat tak voluntari


(luar kawal) yang melekat pada follikel rambut
- Kontraksi otot ini akan menyebabkan rambut
berdiri tegak dan menaikan kulit berhampiran
- Otot ini dirangsang oleh saraf simpatetik seperti
dalam kesejukan dan ketakutan
- Walaupun otot ini kecil – kontraksi dalam jumlah
yang banyak boleh menghasilkan haba badan
(bergetar)
STRUKTUR KULIT

You might also like