You are on page 1of 8

50 AKTIVITI PAK 21

1. I See, I Think, I Wonder (Saya lihat, Saya fikir dan saya bertanya)

Dengan menggunakan gambar / objek murid diminta :

a) Senaraikan / bincang apa yang mereka lihat (see)

b) Fikirkan apa yang mereka lihat dan kaitkan dengan kehidupan seharian / lain-lain perkara (think)

c) Bertanya soalan-soalan berkaitan apa yang telah dipelajari sebelum ini.(wonder)

2. Recap Group (Mengulangi / mengingat semula)


Kumpulan murid memberi laporan kepada kelas secara lisan apa yang telah dipelajari
sebelum ini.

3. Rocket writing (Penulisan pantas)


Jangka masa diberi (contohnya 5 minit) untuk murid menulis apa yang mereka tahu
berkenaan dengan topik / soalan yang diberi.

4. Galery Walk (Lawatan ke galeri)


Murid berjalan / bergerak ke sekeliling bilik / dewan untuk :
a) Melihat
b) Berfikir dan
c) Berbincang dengan rakan-rakan kumpulan berkenaan hasil kerja rakan-rakan lain yang
ditampal

5. Time capsules (Kapsul Masa)


Guru mengambil hasil kerja / pandangan murid pada awal tahun (contohnya) dan membuka
jawapan tersebut beberapa bulan kemudian untuk murid membaca semula apa yang telah
mereka tulis.

6. Survey (Tinjauan )
Murid membuat tinjauan untuk mendapat maklumat yang lebih terperinci bagi tujuan
membuat analisis berkenaan topik / isu.
7. Presentations (Persembahan)- individu, berpasangan, berkumpulan.
Persembahan murid dalam bentuk:-
a) Lisan
b) Video
c) Powerpoint
d) Pameran
e) Nyayian
f) Tarian
g) Lakonan
h) Lain-lain yang kreatif

8. Qudrat Activity (Aktiviti Berempat)


a) Satu bulatan dilukis ditengah-tengah kertas yang besar. Di luar bulatan guru
membahagikan kertas kepada 4 bahagian (Satu bahagian untuk 1 murid).
b) Setiap murid menulis pandangan/ jawapan kepada soalan yang diberikan.
c) Murid berbincang dengan ahli kumpulan dan menulis jawapan yang telah dipersetujui
semua ahli kumpulan dalam bulatan.

9. Chunking (Gabungan)
Menggunakan pengetahuan sedia ada murid yang digabungkan dengan pembelajaran baru
untuk mempertingkatkan pemahaman mereka.

10. Café (Kedai Kopi)


Seperti di kafe pelajar duduk secara berkumpulan di sebuah meja dan berbincang mengenai
soalan / topik yang diletakkan di atas meja (table cloth)
11. SWOT
Murid mengemukakan soalan / sitiuasi / isu untuk dibincangkan dan mereka dikehendaki
mengisi borang yang mempunyai empat petak :
S: Strengths (Kekuatan)
W: Weaknesses (Kelemahan)
O: Obstacles (Halangan / Cabaran)
T: Thoughts (Soalan-soalan untuk tindakan / kajian seterusnya)

12. Checklist (Senarai Semak)


Murid dikehendaki menanda item-item tertentu dalam senarai semak mereka untuk
mengetahui kefahaman mereka tentang tajuk/topik-topik tertentu.

13. Bus Stop (Hentian Bas)


a) Soalan / topik ditampal didinding di beberapa tempat di dalam kelas / dewan
b) Murid bergerak dari satu hentian ke satu hentian secara berkumpulan dan
berbincang tentang soalan / topik yang berkenaan
c) Murid berkongsi pendapat dan merekodkan komen dan maklumat yang diperolehi.

14. Table Talkers (Perbincangan di meja)


Kad-kad yang mengandungi topik / isu diletakkan di atas meja untuk perbincangan
kumpulan secara lisan atau bertulis.

15. Brainstorming (Sumbangsaran)


Cara yang terbaik untuk mendapatkan idea-idea yang bernas daripada murid.

16. Personal Learning Experiences (Pengalaman Peribadi)


Murid dikehendaki berkongsi pengalaman peribadi mengenai isu/topik yang dibincangkan.

17. Think – Pair – Share (Fikir-Pasang – Kongsi)


a) Murid dikehendaki memikirkan topik / soalan yang diberi secara individu
b) Murid dikehendaki berbincang dengan rakan / pasangan
c) Mereka perlu berkongsi maklumat /hasil perbincangan dengan pasangan
lain/kumpulan/kelas

18. Games (Permainan)


Permainan boleh dijadikan strategi yang berkesan untuk refleksi / perbincangan.

19. Learning Trios A-B-C (Tiga serangkai A-B-C)


Satu kaedah pengurusan perbincangan dalam kalangan murid.
a) Pelajar A bercakap, pelajar B dan C mendengar dan bertanya soalan.
b) Pelajar B bercakap, pelajar A dan C mendengar dan bertanya soalan.
c) Pelajar C bercakap, pelajar B dan A mendengar dan bertanya soalan.
d) Murid juga perlu membuat catatan tentang hasil perbincangan mereka.

20. Read and highlight (baca dan tanda)


Satu strategi membaca yang berpandu. Murid diberi bahan bacaan dan dikehendaki
mengenalpasti dan menanda ayat-ayat/isi penting/utama.

21. Puzzle it Out (Selesaikan)


Murid diberi maklumat yang tidak mengikut susunan. Murid dikehendaki berbincang dan
menyusun maklumat.

22. Cloze Procedures (Isikan tempat kosong)


Murid di beri helaian tugasan di mana mereka perlu mendengar dengan teliti dan mengisi
tempat-tempat kosong dengan maklumat yang sesuai / tepat.
23. KWL Chart ( Carta KWL)
Carta diberikan kepada murid sebelum PdP dan diminta untuk mengisi ruang-ruang seperti :
a) Know (What I know about / Apa yang saqya tahu tentang) pengetahuan sedia ada
b) What (What I want to know / Apa yang saya mahu tahu lebih lanjut) – Soalan-soalan
murid
c) Learned (What I haved Learned / Apa yang telah saya pelajari) – Penilaian sumatif.

24. Quick Quiz (Kuiz Cepat)


Kuiz yang digunakan untuk menilai kefahaman murid tentang pengetahuan sedia ada atau
apa yang telah mereka pelajari (Awal/akhir PdP).

25. Mind Map (Peta Minda)


Satu strategi untuk memberi peluang kepada murid untukmenunjukan kefahaman mereka
tentang sesuatu topik yang diajar. Mind map mempunyai pelbagai bentuk. Ia boleh berubah
mengikut kreativiti, citarasa dan mood murid.

26. Jigsaw Reading (Susun Suai)


Murid diberi keratan atau perenggan di mana mereka dikehendaki menyusun semula ayat-
ayat / perenggan mengikut kesesuaian/idea/jalan cerita/ kronologi.

27. Chart and Share (Catat dan kongsi)


Borang chart and share diberikan kepada murid dan mereka berbincang dan mengisi borang
serta berkongsi maklumat/idea dengan kumpulan yang lain.

28. Table Cloth (Alas Meja)


Guru menyediakan soalan di atas kertas yang besar yang diletakkan di atas meja. Murid
bergilir-gilir untuk menulis jawapan mereka di atas kertas tersebut.

29. Colaboration (Kolaborasi)


Murid diberi tugasan untuk disiapkan mengikut kumpulan dan mereka mesti bekerjasama
dengan kumpulan lain untuk melengkapkannya/menyiapkan.

30. Stretch to Sketch (Lukis mengikut kreativiti)


Guru memberi arahan/maklumat untuk membantu murid melukis (secara individu) tetapi
mereka juga dikehendaki menggunakan kreativiti masing-masing untuk berbuat demikian.
Hasil kerja murid ditampal dan guru akan membuat pengiktirafan/hadiah kepada lukisan
yang paling kreatif.

31. Traffic Lights (Lampu Isyarat)


Satu cara penilaian kendiri di awal, semasa atau di akhir PdP. 3 warna digunakan.
a) Green – (Hijau ) Saya yakin saya tahu
b) Yellow – (Kuning ) Rasa-rasa saya tahu
c) Red – (Merah) Saya tidak tahu

32. Talk Partners ( Rakan Berbual)


Murid diberi peluang berbual/berbincang mengenai isu / topik yang dipelajari dengan rakan
mereka.

33. Make Predictions ( Membuat andaian)


Murid diminta membuat andaian / jangkaan sebelum demo/ujikaji dijalankan. Selepas
demo/ujikaji dijalankan murid diminta berbincang mengenai andaian mereka sebelum
ujikaji tersebut adakah tepat atau kurang tepat.

34. Snow Balling (Bola Salji)


Guru menyatakan satu soalan/pernyataan kepada semua murid.
a) Setiap murid menyatakan satu jawapan mereka secara individu
b) Kemudian murid akan berkongsi jawapannya dengan rakan. Jadikan dua jawapan yang
ada kepada satu jawapan yang dipersetujui bersama.
c) Ulang proses yang sama. – Cara ini boleh mensentisiskan 4 jawapan kepada 1 jawapan.

35. Hot Seating (Kerusi Panas)


Seorang murid dipilih ke hadapan kelas. Dia bertindak untuk menjawab soalan atau
menyatakan pendangan daripada pertanyaan rakan-rakannya di dalam kelas berkaitan
dengan tajuk yang diperbincangkan.
36. Goldfish Bowl (Mangkuk ikan emas)
Sama seperti hot Seating tetapi yang tampil ke hadapan ialah satu kumpulan untuk
menyatakan pandangan dan menjawab soalan. Murid lain boleh bertanya soalan kepada
kumpulan murid ini.

37. Free Discussion (Perbincangan Bebas)


Ini dilakukan dengan kumpulan-kumpulan yang lebih kecil. Oleh kerana ianya tidak
berstruktur perbincangan ini memerlukan guru @murid yang berpengalaman sebagai
pemudah cara.

38. Listerning Triad (Pendengaran bertiga)


a) 3 orang murid dalam satu kumpulan. Seorang murid sebagai penyoal, seorang menjawab
dan seorang pencatat.
b) Pencatat akan membuat laporan selepas perbualan berakhir
c) Untuk keseterusnya peranan seseorang itu akan bergilir.

39. Role-Play (Main peranan)


Gunakan cerita, drama. Main peranan untuk menjauhkan (menyesuaikan) murid dengan
topik sensitif dan emosi. Contohnya minta murid membincangkan perasaan mereka tentang
perkabungan. Guru boleh menggunakan drama daripada orang yang berkabung dan
kemudian meminta murid untuk membincangkan bagaimana perasaan orang yang
mengalami situasi tersebut.

40. Round Table


Murid duduk dalam kumpulan dan guru mengemukakan satu topik. Secara bergilir, murid
memberi dan mencatat satu idea dengan menggunakan pen dan kertas yang sama. Hasil
dapatan dirujuk dan dibentang.

41. Three Stray, One Stay


Kaedah alternatif pembentangan kumpulan. Hasil kerja ditampal. Seorang ahli kumpulan
akan tinggal di situ untuk memberi penerangan. Ahli lain boleh bergerak ke kumpulan lain
untuk melihat dan menyoal hasil kumpulan lain.

42. Frog VLE learning


Persekitaran Pembelajaran Maya Frog (VLE) adalah satu system pembelajaran berasakan
web yang menyerupai dunia pembelajaran sebenar dengan mengintegrasikan konsep
pendidikan konvensional dengan kaedah maya. Sebagai contoh, guru memberi tugasan,
ujian dan menyemak tugasan secara maya, sementara pelajar dapat menghantar tugasan
dan menyemak markah menerusi VLE.

43. I-Think Map – Peta Bulatan


44. I-Think Map – Peta Buih
45. I-Think Map – Peta Buih Berganda
46. I-Think Map – Peta Pokok
47. I-Think Map – Peta Dakap
48. I-Think Map – Peta Alir
49. I-Think Map – Peta Alir Berganda
50. I-Think Map – Peta Titi

You might also like