You are on page 1of 6

PAK 21

KAEDAH : BUS STOP

M/PELAJARAN : PEND ISLAM TING.4


BIDANG : ULUM SYARIYYAH : BAHAGIAN SIRAH & TAMADUN ISLAM
TAJUK : PEL 20: KERAJAAN KHULAFA AL-RASYIDIN

MASA: 80 minit

OBJEKTIF PEMBELAJARAN :
Murid dapat :
-Menyatakan riwayat hidup 4 orang khalifah daripada Khulafa Al-Rasyidin
-Menerangkan cara perlantikan 4 orang khalifah daripada Khulafa Al-Rasyidin
-Menjelaskan sumbangan 4 orang khalifah daripada Khulafa Al-Rasyidin
-Menjelaskan polisi 4 orang khalifah daripada Khulafa Al-Rasyidin

KAEDAH YANG DIGUNAKAN


(ARAS TINGGI DAN SEDERHANA)

1. KAEDAH BUS STOP


- Lakaran peta minda yang ditampal di dinding kelas.

- Murid bergerak secara berkumpulan dari satu hentian ke hentian yang lain
sambil berbincang tentang topik berkenaan dan mengingat fakta -fakta penting

- Murid merekod komen dan maklumat yang diperolehi.

2. PERMAINAN PADANKAN KAD IMBASAN.

PETA ALIR KAEDAH BUS STOP

1. Murid dipecahkan kepada 4 kumpulan

2. Setiap kumpulan diberikan sub topik dalam bentuk peta minda.

3. Murid berbincang dan melengkapkan peta minda dalam kumpulan.

4. Murid menampal peta minda kumpulan di sudut (hentian) yang telah


ditetapkan.

5. Setiap kumpulan bergerak ke setiap hentian (5-7 minit) dan pelajar berbincang
serta mencatat maklumat di setiap hentian.

BAHAN BANTU MENGAJAR


1. Video nasyid khalifah
2. 4 set kertas A4 yang mengandungi peta minda kosong
3. 4 set soalan penilaian ringkas
4. Poket khalifah dan kad imbasan

SET INDUKSI (5 MINIT)


1. Guru memperdengarkan lagu nasyid Khalifah
2. Murid mencatat isi penting daripada lagu yang didengar secara sepintas lalu
3. Guru bertanya secara umum tentang isi lagu tersebut.

LANGKAH 1 (3 MINIT)

1. Guru membahagikan murid kepada 4 kumpulan.

2. Setiap kumpulan diberikan satu sub topik dalam bentuk Peta Minda yang
berkaitan dgn Khulafa Ar Rasyidin:
- K1: Riwayat hidup
- K2: Cara Perlantikan
- K3: Polisi
- K4: Sumbangan

LANGKAH 2 (10 MINIT)

1. Murid berbincang dan melengkapkan Peta minda dalam kumpulan masingmasing sehingga mereka dapat menguasai tajuk berkenaan.

2. Peta minda yang telah siap, ditampal pada dinding di dalam kelas.

3. Tempat yang ditampal peta minda merupakan hentian (bus stop).

LANGKAH 3 (20 MINIT)

1. Setiap kumpulan akan bergerak ke setiap hentian selain hentian hasil


pembincangan mereka.

2. Mereka akan berbincang, memerhati, mencatat isi penting dan cuba untuk
mengingat setiap fakta yang dipaparkan.

3. Selepas 5-7 minit, semua ahli kumpulan akan bergerak ke hentian berikutnya.

4. Akhir sekali, ke tempat asal.

Yasirah Yazid, [23.01.16 08:08]


[Forwarded from Yasirah Yazid]
LANGKAH 4 (18 MINIT)

1. Sebagai penilaian, setelah semua murid kembali ke tempat masing-masing,


guru akan mengedarkan 4 set soalan penilaian ringkas kepada semua
kumpulan.Setiap ahli dalam kumpulan akan berbincang untuk menjawab soalan
dalam masa 10 minit.

2. Setelah 10 minit, setiap kumpulan akan kembali ke setiap hentian untuk


menyemak jawapan.

LANGKAH 5 (20 MINIT)

1. Guru menyediakan bahan aktiviti untuk pengukuhan murid iaitu


- Paparan Induk (Kad Manila)
- Kad Imbasan

2. Guru memilih seorang murid sebagai wakil daripada setiap kumpulan. Wakil
daripada kumpulan 1 akan bekerjasama dengan wakil daripada kumpulan 2
(Kumpulan A). Manakala wakil daripada kumpulan 3 akan bekerjasama dengan
wakil kumpulan 4 (Kumpulan B).

3. Setiap kumpulan gabungan ini akan diberikan satu set kad imbasan yang
bercampur aduk untuk empat orang khalifah. Kumpulan A diberi set kad imbasan
polisi dan kumpulan B pula set kad imbasan sumbangan.

4. Murid perlu mengklasifikasikan kad-kad imbasan ini mengikut 4 khalifah


dalam khulafa Al-Rasyidin pada paparan induk yang ditampalkan di papan putih.

5. Guru menyemak jawapan bersama-sama murid.

6. Setelah selesai, guru memilih 4 orang lagi pelajar lain untuk mewakili
kumpulan A dan kumpulan B. Kumpulan A diberi set kad imbasan sumbangan
dan kumpulan B pula set kad imbasan polisi.

7. Guru menyemak jawapan bersama-sama murid.

REFLEKSI (4 MINIT)

Guru mengemukakan soalan-soalan secara lisan berkaitan topik yang dipelajari


dan membuat kesimpulan.

SEKIAN. TERIMA KASIH

Sumber Asal :
Folder Modul PDP Pendidikan Islam oleh Team JU Pahang @ CD BPI KPM 2015

Semoga bermanfaat dan menjadi jariah utk para panel n kita semua. Aamin.

23 Januari 2016

SELAMAT MENCUBA.
BUKTIKAN GPI BOLEH

You might also like