You are on page 1of 18

11.

2 AGAMA DAN KEPERCAYAAN
11.2.1 Menyatakan Pelbagai Agama Dan
Kepercayaan Masyarakat Malaysia.
VIDEO TENTANG AGAMA DAN KEPERCAYAAN DI MALAYSIA

11.2.2 Menjelaskan Kedudukan Agama


Islam Sebagai Agama Persekutuan.
 

KEDUDUKAN ISLAM DALAM PERLEMBAGAAN


 

Islam sebagai Agama Persekutuan


 

Berdasarkan kepada Perkara 3(1) Perlembagaan, agama Islam ternyata diberi kedudukan yang istimewa berbanding agama-
agama lain di negara ini. Ini terbukti apabila undang-undang tertinggi ini menyatakan bahawa Islam adalah agama Persekutuan
manakala agama-agama lain pula bebas untuk dianuti dan dipraktikkan oleh penganut-penganutnya. Dalam konteks negeri-
negeri pula, hampir kesemua Perlembagaan negeri-negeri memperuntukkan bahawa Islam adalah agama rasmi negeri di samping
jaminan kebebasan beragama terpelihara sebagaimana dalam perlembagaan. Peruntukan seumpama ini merupakan
kesinambungan kepada apa yang wujud dalam perlembagaan bertulis negeri-negeri Melayu sebelumnya seperti Perlembagaan
Negeri Johor 1895 dan Negeri Terengganu 1911. Apa yang menarik untuk diberi perhatian ialah peruntukan mengenai Islam ini
diberi keutamaan dari segi urutan peruntukan dalam perlembagaan.
 

Walaupun Perlembagaan persekutuan ini telah diiystiharkan sebagai undang-undang tertinggi negara, namun peruntukan
mengenainya hanya diletakkan pada Perkara 4. Manakala, bagi Islam pula, kedudukannya yang istimewa telah diberi keutamaan
tertinggi dari segi urutan apabila ia diletakkan lebih awal dalam Perkara 3. Meletakkan Agama Islam di awal bahagian dalam
Perlembagaan membawa makna yang besar dari segi peranan dan kedudukannya. Perlu diingat bahawa, walaupun Perlembagaan
itu adalah undang-undang utama dan tidak ada yang dapat mengatasinya, namun harus diingat bahawa Islam yang meliputi
undang-undang Islam juga merupakan sebahagian dari undang-undang yang diliputi dan diiktiraf oleh perlembagaan itu sendiri.
Dengan kata lain, undang-undang Islam itu adalah sebahagian dari kandungan  Perlembagaan itu sendiri.

Kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan menunjukkan bahawa agama Islam telah diberi keistimewaan dalam
perlembagaan berbanding agama-agama lain di negara ini. Kedudukan Islam yang istimewa ini tidak harus dipertikaikan
memandangkan peruntukan mengenainya ditunjangi oleh Perlembagaan. Perlembagaan Persekutuan itu pula adalah hasil
kompromi dan permuafakatan bersama pemimpin-pemimpin negara dan masyarakat yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama
semasa Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957.

Kedudukan Istimewa Islam ini juga telah mengambil kira elemen-elemen tradisional penduduk asal Tanah Melayu iaitu orang-
orang Melayu ratusan tahun sebelumnya yang terus menerus dipertahankan . Contohnya, agama Islam telah menjadi anutan
sejak ratusan tahun bagi orang-orang Melayu. Kerajaan Melayu Melaka yang bertapak kukuh selama lebih kurang 100 tahun
pada kurun ke-15 telahpun memperkenalkan undang-undang Islam yang dikenali Hukum Kanun Melaka. Walaupun undang-
undang tersebut dikatakan mengandungi unsur-unsur adat, namun sebahagian besar kandungannya merupakan undang-undang
Islam sebenar meliputi perkara-perkara sivil dan jenayah.
 

Oleh yang demikian, tidaklah menghairankan mengapa Islam menjadi agama Pesekutuan. Sebagai Agama Persekutuan, Islam
menjadi agama yang dominan dan mendapat banyak keistimewaan di negara ini berbanding agama-agama Islam. Apa yang
penting dalam hal ini ialah, betapa pentingnya seluruh warga Malaysia yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama ini
menghayati sejarah negara. Tujuannya, agar setiap peruntukan penting dalam undang-undang di negara kita dapat difahami
mengapa ia berlaku sedemikian rupa. Pemahaman mendalam mengenai sejarah negara dan undang-undang tidak syak lagi dapat
mengikis rasa ketidakpuas hati mana-mana pihak terhadap suatu peruntukan undang-undang itu.

11.2.3 Menjelaskan Kedudukan Agama


Lain Dalam Perlembagaan.
 

KEDUDUKAN AGAMA LAIN DALAM PERLEMBAGAAN


 
 Perkara 11 menerangkan kebebasan beragama dalam peruntukan perlembagaan Malaysia.
 Seluruh rakyat berhak memilih agama yang dianuti tetapi untuk kaum Melayu, mereka wajib menganuti agama Islam.
 Terdapat beberapa klausa dalam perlembagaan yang menerangkan konsep sebenar kebebasan beragama yang dibenarkan
di negara ini.
 Setiap orang adalah berhak menganuti dan mengamalkan agamanya serta tertakluk kepada Fasal (4), iaitu
mengembangkan agamanya.
 Undang-Undang Negeri dan mengenai wilayah-wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan, Undang-Undang
Persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa iktikad atau kepercayaan agama antara orang-orang
yang menganuti agama Islam.
 

11.2.4 Menyenaraikan Rumah-Rumah


Ibadat Di Malaysia.
 
 

K11.2.5 Menyatakan Keperluan


Memahami Adab Ketika Berada Di
Rumah Ibadat.
 
 
 

K11.2.6    Menghubung Kait Kepentingan


Amalan Beragama Dan Kepercayaan
Dalam Kehidupan.
 
 
K11.2.7 Menilai Kepentingan
Menghormati Kepelbagaian Agama Bagi
Mewujudkan Keharmonian.
 

You might also like