You are on page 1of 2

Nama: Aisyah bt Abdullah

No. Matrik: M20132001871

PENGLIBATAN KELUARGA MENGENDALIKAN


BEKAS PENAGIH DADAH: KAJIAN KES

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk meneroka penglibatan keluarga mengendalikan bekas


penagih dadah di Negeri Sembilan. Objektif kajian adalah bertujuan untuk
meneroka penglibatan keluarga mengendalikan bekas penagih dadah, cabaran dan
strategi keluarga dalam mengendalikan bekas penagih dadah. Kaedah kajian ini
menggunakan kajian kes kualitatif. Prosedur pengumpulan data dijalankan dengan
menggunakan protokol temu bual separa berstruktur. Seramai 7 orang peserta
kajian yang terdiri daripada 4 orang ahli keluarga dan 3 orang bekas penagih
dadah dipilih dengan menggunakan kaedah sampel bertujuan. Hasil kajian
mendapati penglibatan keluarga merupakan satu proses penyesuaian bagi
mengendalikan bekas penagih dadah. Keluarga juga menempuhi cabaran dalam
mengendalikan bekas penagih dadah disebabkan pengaruh dalaman dan luaran.
Bagi mengatasi cabaran tersebut, keluarga mempunyai strategi tersendiri iaitu
membentuk intervensi psikososial yang terdiri daripada tingkah laku, personaliti
dan persekitaran. Sebagai kesimpulannya, keluarga perlu mendekatkan diri
dengan bekas penagih dadah bagi memotivasikan mereka untuk meneruskan
hidup. Implikasi kajian ini juga dapat meningkatkan kefahaman dan intervensi
keluarga bagi mengendalikan bekas penagih dadah.

.
Nama: Aisyah bt Abdullah
No. Matrik: M20132001871

THE INVOLVEMENT OF FAMILIES INVOLVED IN HANDLING


FORMER DRUG ADDICTS: STUDY CASE

ABSTRACT

The purpose of this study is to explore the involvement of families in handling former
drug addicts in Negeri Sembilan. The objectives of this study are to explore the
involvement of family members in handling former drug addicts, understanding the
challenges and strategies in handling former drug addicts. The method of this study is
using qualitative case study. The procedure of data collection was carried out by
utilizing the semi-structured interview protocol. Seven participants consist of four
family members and three former drug addicts are selected by using the purposive
sampling. The result indicated that the involvement of families in handling former
drug addicts is an adaptation family process. Families are finding themselves facing
challenges in handling former drug addicts usually caused by the internal and
external influences. To overcome the challenges in handling former drug addicts,
every family has their own strategy which is creating the psychosocial interventions
including behavior, personality and environment. As a conclusion, the family has to
be closer to former drug addicts to give them motivation in order to continue living
their life. The implication of the study could enhance the understanding and family
interventions in handling former drug addicts.

You might also like