You are on page 1of 3

TEORI MONTESSORI

Menurut Montessori, kanak- kanak akan menunjukkan minat kepada sesuatu aktiviti
pembelajaran apabila mereka cukup matang dan bersedia mempelajarinya. Montessori telah
mengemukakan beberapa konsep asas dalam pembentukan kurikulum kanak- kanak pada
peringkat awal. Antaranya konsep yang dikemukakan oleh Montessori adalah seperti berikut:

Penggunaan sensori-deria
Menurut Montessori, minda kanak- kanak mudah menyerap sesuatu maklumat yang diterima
melalui deria mereka, sebelum mereka bersedia untuk diajarkan konsep tersebut. Dalam erti
kata lain, segala apa yang dilihat dan didengari oleh seorang kanak-kanak dari
persekitarannya merupakan satu pendidikan tidak formal kepadanya.

Penerokaan kepada persekitaran


Montessori dalam pendapat beliau turut menyatakan bahawa persekitaran yang menggalakkan
perkembangan kanak- kanak adalah persekitaran yang lengkap dengan pelbagai bahan yang
akan menyokong pembentukkan konsep dan pengetahuan kanak- kanak apabila mereka
memerlukannya. Di samping itu, dalam erti kata lain pendidikan bagi seseorang kanak-kanak
adalah merangkumi segala aktiviti dan pengalaman pembelajaran yang telah disediakan oleh
orang dewasa, aktiviti yang difikirkan oleh kanak-kanak itu sendiri dan juga bahasa atau
teknik komunikasi yang diamalkan oleh mereka dalam kehidupan seharian.

Belajar melalui aktiviti bermain


Bagi kanak-kanak yang sedang membesar, bermain adalah satu keperluan. Melalui bermain
kanak-kanak dapat belajar pelbagai perkara dan keadaan ini dikenali sebagai pembelajaran
tidak formal. Menurut pendapat Montessori, apabila seseorang kanak- kanak itu bermain,
secara tidak langsung mereka dapat belajar dan mengalami sesuatu pengalaman yang baru
apabila melalui proses pembelajaran yang menarik dan bermakna. Keadaan ini membuktikan
bahawa bermain merupakan satu proses belajar secara semula jadi dan juga spontan. Melalui
aktiviti bermain, secara tidak langsung ibu bapa turut membenarkan kanak-kanak melakukan
aktiviti yang kreatif.

Tempoh sensitif
Montessori menyatakan bahawa kanak- kanak yang berusia enam tahun dan ke bawah
mempunyai minda yang mudah menyerap jika dibandingkan dengan kanak- kanak yang
berumur enam tahun dan ke atas. Tempoh masa ini dikenali sebagai tempoh masa sensitif,
iaitu merupakan tempoh masa yang sangat sesuai untuk mereka belajar dan memahaminya.
Pada tahap ini, kanak- kanak perlu dipupuk minat untuk belajar dan pembelajaran ini akan
berjaya jika mereka dibimbing untuk meneroka kepada bahan dan juga persekitaran yang
tepat.

TADIKA IDAMAN SAYA


Dengan menggunakan semua teori tersebut, saya ingin membina tadika sendiri dengan
memberi nama Tadika Impian Si Kecil. Tapi bagi saya, saya nak mewujudkan tadika idaman
untuk semua kanak-kanak, tadika lebih kepada berasaskan main 'play-based approach' sebab
bermain adalah penting dan sebahagian dari kehidupan kanak-kanak bermain adalah jiwa
mereka.
 Tanam permainan
Sebenarnya bermain adalah satu platform yang paling mudah, cepat dan banyak
kanak-kanak belajar secara tak langsung. Kanak-kanak akan lagi mudah ingat melalui
permainan. Oleh itu, tadika ini mestilah di bandar dan di taman perumahan tepi. Kemudian,
tadika tersebut saya ubah suai dan jadikan tadika tersebut lebih menarik dan menjadikan
tadika tersebut sebagai contoh kepada tadika-tadika yang lain.Tadika saya haruslah
mempunyai sebuah tanam permainan yang agak luas. Taman permainan tersebut mestilah ada
papan gelongsor, buaian dan sebuah pondok kayu atau wakaf.

 Zoo mini
Selain itu, saya juga membuat sebuah zoo mini untuk murid saya. Mini zoo tersebut
dibahagikan kepada beberapa buah bahagian. Bahagian pertama adalah haiwan yang jinak,
seperti kucing, arnab dan lain –lain. Kemudian, bahagian berikutnya pula saya akan
meletakkan kolam ikan yang kecil. Di kolam ikan tersebut mempunyai air terjun mini dan
terdapat beberapa ekor ikan.

 Kolam renang
Tambahan pula, saya turut membina kolam renang yang tidak begitu berbahaya
kepada murid saya. Kolam tersebut mempunyai beberapa peringkat. Peringkat pertama, tidak
dalam, kedua sederhana dalam dan ketiga dalam. Maksud dalam di sini bersesuaian dengan
umur kanak-kanak enam tahun.
 Bilik darjah
Di setiap bilik darjah tadika saya mempunyai penyaman udara. Ini bertujuan anak murid saya
lebih selesa menerima ilmu yang diberikan. Bilik darjah tersebut seharusnya bersih serta
tersusun kemas segala peralatan. Kemudian, di ruang tamu juga turun dilengkapi penyaman
udara.

 Keseluruhan bangunan tadika


Keseluruhan tadika juga perlu sesuai dan ceria... banyakkan warna-warna, gambar-gambar
yang pelbagai dalam bilik darjah dan sekitar tadika. Mereka akan lebih suka meneroka tadika
mereka sendiri. Ini juga akan menarik kanak-kanak untuk datang ke tadika tanpa disuruh.
Selain itu tadika saya akan dilengkapi dengan CCTV supaya saya boleh pantau pergerakkan
dan tingkahlaku guru juga ibu bapa boleh melihat perkembangan anak-anak mereka melalui
laman web online CCTV.

 Keselamatan
Keselamatan tadika amat penting bagi saya. Kerana ibu bapa meninggalkan anak mereka
dengan keadaan selamat dan baik, maka ketika mereka mengambil anak mereka juga dalam
keadaan baik. Saya akan pastikan setiap permainan, setiap pintu di tutup dan di kunci dengan
baik. Pagar utama sentiasa di kunci bagi mengelakkan kecurian, penculikan serta
pencerobohan berlaku.

Penutup
Saya harapkan tadika saya dapat diterima semua golongan masyarakat. Saya
menubuhkan tadika tersebut degan sepenuhnya mengikut teori Maria Montessori. Saya akan
terapkan segala teori dalam pengajaran saya. Saya juga ingin kan murid menjadi murid yang
menghormati guru, sentiasa ceria dan girang. Segala ciri di atas adalah ciri-ciri tadika idaman
saya.

You might also like