You are on page 1of 2

MINIT MESYUARAT

KAKITANGAN PEMASARAN DAN JUALAN


SYARIKAT HALINA BISKUT DAN KEK SDN. BHD.

Tempat Mesyuarat

Mesyuarat kakitangan Pemasaran dan Jualan, Syarikat Halina Biskut dan

Kek Sdn. Bhd. telah diadakan pada hari Selasa, 9 Disember 2016 di Bilik Mesyuarat

Utama pada jam 8:30 pagi.

Kehadiran

Ahli-ahli yang hadir adalah:

Encik Arif Daniel Ibrahim, Pengerusi


Puan Anis Malini Shukor
Cik Farahani Nabilah Kasim
Puan Ernie Shuhana Hamid
Cik Norhidayah Saad
Encik Mohd Syafiq Halim
Puan Wan Maimunah Wan Ismadi
Encik Muhammad Haziq Azman, Setiausaha

Kata-kata Aluan Pengerusi

Pengerusi mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua kakitangan

Pemasaran dan Jualan ke mesyuarat kali ini.

Meluluskan Minit Mesyuarat yang Lepas

Minit mesyuarat yang lepas diluluskan tanpa sebarang pindaan dan

pembetulan dan disokong sebulat suara oleh semua kakitangan yang hadir.

Perkara-perkara Berbangkit

Encik Mohd Syafiq Halim membangkitkan isu penggunaan bahan bermutu

tinggi bagi menjaga kualiti agar produk syarikat dapat bersaing dan kekal dalam

industri ini.
2

Pengambilan Pekerja Baru

Bagi memenuhi tempahan biskut dan kek yang semakin meningkat, Puan

Anis Malini Shukor mencadangkan agar syarikat menambah bilangan pekerja

separuh masa dan melatih pekerja sedia ada agar lebih mahir dan cekap dalam

mengendalikan pemprosesan biskut dan kek.

Pakej Hamper

Cik Farahani Nabilah Kasim memperkenalkan pakej hamper biskut terkini

yang mengandungi pelbagai jenis biskut moden dan tradisional. Ini kerana pakej

begini didapati lebih mendapat sambutan.

Penangguhan Mesyuarat

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11:30 pagi dan mesyuarat seterusnya

akan diadakan pada 2 Mei 2016. Tempat dan masa akan dimaklumkan kemudian.

_______________________ _______________________
Pengerusi Tarikh

You might also like