You are on page 1of 1

Minit Mesyuarat Kali Ke 3

Jabatan Jualan
Perniagaan Makanan Ringan Sdn. Bhd.

Tarikh: 30 Mac 2015


Masa: 9.30 pagi – 11.30 pagi
Tempat: Bilik Mawar
Pengerusi: Rosman bin Harun

Kehadiran:
1. Rosman bin Harun
2. Ahmad bin Abd. Samad
3. Soraya binti Mustafa
4. Zuraidah binti Zakaria
5. Alex Lim

Tidak Hadir:
Tiada

1 Ucapan Alunan Pengerusi


1.1 Pengerusi mengalu-alukan dan mengucapkan terima kasih atas kehadiran staf jabatan jualan ke
Mesyuarat Jabatan Jualan kali ke tiga 2016.
1.2 Memaklumkan bahawa tujuan mesyuarat adalah untuk membincangkan laporan jualan syarikat dan
memantapkan lagi pengurusan Jabatan Jualan.

2 Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lepas


Minit mesyuarat yang lepas telah disahkan oleh En Ahmad bin Abd. Samad dan disokong oleh En Alex Lim.
Tindakan: Makluman

3 Perkara Berbangkit
Tiada perkara berbangkit

4 Laporan Jualan
4.1 Ketua Jabatan Jualan, En Alex Lim membentangkan Laporan Jualan syarikat yang mana berlaku
peningkatan jualan bagi Biskut Krim Coklat yang memberangsangkan manakala jualan Biskut Susu
menunjukkan sedikit penurunan.
Tindakan: Makluman
4.2 En Alex Lim menerangkan punca kemerosotan hasil jualan syarikat adalah disebabkan oleh persaingan
daripada Syarikat Biskut Enak Sdn. Bhd. dan aktiviti promosi kurang dijalankan.
Tindakan: Bahagian Pemasaran
4.3 En Alex Lim mencadangkan syarikat mengiklankan produk mereka di media cetak dan
mempelbagaikan jenis produk biskut seperti perisa kopi, teh hijau dan buah-buahan seperti strawberry
dan durian.
Tindakan: Bahagian Pemasaran

5 Hal-hal Lain
Mesyuarat bersetuju hari keluarga di adakan pada akhir tahun.
Tindakan: Makluman

6. Ucapan Penangguhan
6.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli yang terlibat dan berharap semua staf dapat
memberikan kerjasama yang baik untuk meningkatkan jualan dan menaikkan imej syarikat
6.2 Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 pagi.

Disediakan oleh: Disahkan oleh :

................................................. ...........................................................
Setiausaha Pengurus Syarikat
Perniagaan Makanan Ringan Sdn. Bhd. Perniagaan Makanan Ringan Sdn. Bhd.

You might also like