You are on page 1of 5

MAJLIS GURU BESAR

SEKOLAH RENDAH AGAMA JAIM DAERAH MELAKA TENGAH

GARIS PANDUAN PENGGUNAAN BILIK GERAKAN

1.0 Tujuan

Garis panduan ini bertujuan untuk menerangkan syarat-syarat, peraturan dan proses
kerja yang terlibat dalam urusan penggunaan Bilik Gerakan.

2.0 Kapasiti Pelanggan

Minimum 3 orang; maksimum mengikut keluasan Bilik Gerakan.

3.1 Tempoh Penggunaan:

3.2 Mengikut masa tempahan.


3.3 Pelanggan mengembalikan kunci bilik selepas waktu penggunaannya tamat.
3.4 Lanjutan tempoh dibenarkan sekiranya tiada penempah lain yang akan
menggunakan bilik tersebut.
3.5 Tempahan hanya boleh dibuat secara harian.
3.6 Tempahan akan dibatalkan jika penempah tidak datang melebihi 15 minit
masa tempahan.

4.1 Peraturan Penggunaan:

4.2 Semua sekolah dan kakitangan MGB boleh menempah dan menggunakan
bilik tersebut.
4.3 Hendaklah mencatatkan maklumat diri dalam buku khas penggunaan Bilik
Gerakan.
4.4 Pintu dikunci selepas menggunakan Bilik Gerakan.
4.5 Matikan suis lampu dan penghawa dingin selepas menggunakannya.
4.6 Pengguna tidak boleh menampal sebarang kertas atau notis di dinding /
pintu Bilik Gerakan.
4.7 Pengguna tidak dibenarkan mengubah susunan perabut di dalam Bilik Gerakan
tanpa kebenaran.
4.8 Pengguna hendaklah menjaga kebersihan Bilik Gerakan.
4.9 AJK Induk MGB berhak memeriksa Bilik Gerakan dari semasa ke semasa.
4.10 Sebarang kerosakan pada kelengkapan Bilik Gerakan hendaklah
dilaporkan kepada AJK Induk MGB.
4.11 MGB tidak akan bertanggungjawab di atas kehilangan buku / barang-
barang yang ditinggalkan di dalam Bilik Gerakan.

TARIKH KUATKUASA : 01/07/2021

1 drp.
5
5.1 Proses Kerja

5.2 Tempahan Bilik

Langkah Tindakan Tanggungjawab

5.1.1 Terima permohonan dan pastikan ada Induk MGB


kekosongan Bilik Gerakan.
a) Jika tiada kekosongan, maklumkan
kepada pelanggan.
b) Jika terdapat kekosongan, ikut langkah
5.1.2

5.1.2 Minta pelanggan mengisi Borang Penggunaan Induk MGB


Bilik Gerakan.

5.1.3 Semak butiran maklumat di dalam borang Induk MGB


tersebut.

5.1.4 Tentukan penggunaan Bilik Gerakan mengikut Induk MGB


bilangan pelanggan selepas menyemak
borang-borang tempahan / penggunaan yang
telah diterima.

5.1.5 Maklumkan kepada pelanggan di mana Bilik Induk MGB


Gerakan yang ditempah dan waktu
mengambil kunci.

5.1.6 Tuliskan alamat Bilik Gerakan dan copkan Induk MGB


“Tempahan” pada borang dan simpan borang
tersebut
5.1.7 Penggunaan Bilik Gerakan akan dikenakan Induk MGB
bayaran sebanyak RM50.00 sahaja.

5.1.8 Bayaran hendaklah dibuat ketika serahan Induk MGB


kunci kepada petugas Bilik Gerakan.
5.3 Pengambilan Kunci

Langkah Tindakan Tanggungjawab

5.2.1 Terima permohonan. Induk MGB

5.2.2 Semak Borang Penggunaan Bilik Gerakan. Induk MGB


Pastikan maklumat penempah adalah betul.
Jika tidak, maklumkan kepada pelanggan.
5.2.3 Ambil kunci bilik perbincangan yang Induk MGB
ditempah
dari tempat simpanan kunci.
5.2.4 Minta pelanggan menandatangani Induk MGB
ruang “pengesahan penerimaan kunci”
pada borang.
5.2.5 Serahkan kunci bilik kepada pelanggan. Induk MGB

5.4 Perlanjutan Tempoh Penggunaan

Langkah Tindakan Tanggungjawab

Induk MGB
5.3.1 Terima permohonan perlanjutan
tempoh penggunaan bilik.

5.3.2 Semak Borang Penggunaan Bilik Gerakan Induk MGB


yang telah diisi oleh pelanggan-pelanggan
lain.
Sekiranya ada tempahan, maklumkan kepada
pelanggan dan minta pelanggan
memulangkan kunci.
5.3.3 Sekiranya tiada tempahan oleh pelanggan Induk MGB
lain, tambah masa tamat yang baru pada
Borang Penggunaan Bilik Gerakan pemohon.
5.5 Pemulangan Kunci

Langkah Tindakan Tanggungjawab

5.4.1 Terima kunci bilik yang dipulangkan. Induk MGB

5.4.2 Tandatangan ruang “pengesahan pemulangan Induk MGB


kunci” dan minta pelanggan mengisi catatan
kepuasan pelanggan terhadap perkhidmatan.

5.4.3 Simpan kunci di tempat simpanan kunci. Induk MGB

5.4.4 Cop “Tamat Penggunaan” pada Borang Induk MGB


Penggunaan Bilik Gerakan
berkaitan dan failkan borang tersebut di
dalam Rekod Penggunaan Bilik Gerakan.

5.4.5 Sekiranya pelanggan menghilangkan kunci, Induk MGB


pelanggan dikenakan denda sebanyak
RM10.00.
5.6 Pemantauan

Langkah Tindakan Tanggungjawab

5.5.1 Uruskan penggantian kunci yang hilang. Induk MGB

5.5.2 Batal tempahan yang tidak dituntut oleh Induk MGB


penempah.

You might also like