You are on page 1of 27

MANUAL PENGGUNA

Sistem etukar bukan guru

MANUAL PENGGUNA

SISTEM PENGURUSAN PERTUKARAN


KAKITANGAN BUKAN GURU KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA
( e-Tukar Bukan Guru)

Disediakan oleh:

Bahagian Pengurusan Sumber Manusia


dan
Bahagian Pengurusan Maklumat

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1
MANUAL PENGGUNA
Sistem etukar bukan guru

PENDAHULUAN

Manual ini disediakan khas bagi kegunaan kakitangan Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai
panduan dalam menggunakan Sistem Pengurusan Petukaran Kakitangan Bukan Guru Kementerian
Pendidikan Malaysia (e-Tukar Bukan Guru).

Ia mengandungi panduan lengkap berserta skrin antaramuka sebenar e-Tukar Bukan Guru bagi
memberi penjelasan yang lebih mudah difahami dan diaplikasi oleh pengguna. Ia juga merupakan
rujukan awal bagi pengguna mengenalpasti kaedah penggunaan e-Tukar Bukan Guru yang betul dan
berkesan.

Semoga manual pengguna ini dapat membantu pengguna membuat permohonan secara atas talian.

2
MANUAL PENGGUNA
Sistem etukar bukan guru

KANDUNGAN
BAB 1 Pengenalan
1.1 Tujuan 4
1.2 Skop 4
1.3 Objektif 4
1.4 Keterangan modul 4
1.5 Kategori pengguna 5

BAB 2 Pemasangan
2.1 Keperluan sistem 6
2.2 Pemasangan sistem 6

BAB 3 Ciri-ciri Aplikasi


3.1 Ciri keselamatan 7
3.2 Keselamatan katalaluan 7
3.3 Keselamatan sesi 7
3.4 Panduan keselamatan 7

BAB 4 Memulakan Aplikasi


4.1 Panduan Pengguna 8
4.2 Menentukan Paparan Skrin 8
4.3 Menghalang Pop-up Window 9

BAB 5 Penggunaan Aplikasi – Pemohon


5.1 Log Masuk ke e-Tukar Bukan Guru 10
5.2 Tukar Kata Laluan 11
5.3 Modul Permohonan 12
5.4 Keputusan Permohonan 17

BAB 6 Penggunaan Aplikasi – Pengesah 1 dan Pengesah 2


6.1 Modul Pengesah 1 dan Pengesah 2 18
6.2 Modul Laporan : Laporan Pengesahan Lapor Diri 25

BAB 7 PerkhidmatandanSokongan
7.1 Senarai Pegawai Untuk Dihubungi 26
LAMPIRAN

3
MANUAL PENGGUNA
Sistem etukar bukan guru

BAB 1Pengenalan
1.1 Tujuan
e-Tukar Bukan Guru adalah sistem pengurusan pertukaran kakitangan bukan guru di
Kementerian Pendidikan Malaysia. Sistem ini dibangunkan bagi tujuan membuat urusan
pertukaran dan menyimpan data-data permohonan pertukaran kakitangan secara lebih efisien
dan efektif.

1.2 Skop
i. Pengumpulan maklumat pemohon yang terdiri dari pelbagai skim dan gred ; dan
ii. Penghasilan laporan bagi maklumat-maklumat yang berkaitan dengan urusan
permohonan

1.3 Objektif
e-Tukar Bukan Guru dibangunkan bagi memenuhi objektif seperti berikut :
i. Menyediakan Sistem Permohonan Pertukaran Bukan Guru Secara DalamTalian;
iii. Memproses permohonan pertukaran secara sistematik dan efisyen melalui pengkalan data
berpusat ;dan
iv. Memendekkan tempoh pemprosesan permohonan pertukaran

1.4 Keterangan modul


Terdapat 8 modul utama dalam e-Tukar Bukan Guru:

BIL MODUL PENERANGAN

1. Modul Permulaan Modul ini digunakan oleh BPSM bagi pengemaskinian


maklumat kekosongan jawatan.
2. Modul Iklan Modul ini adalah modul yang digunakan oleh BPSM untuk
mengeluarkan Iklan permohonan pertukaran

3. Modul Permohonan Modul ini digunakan bagi pemohon yang terdiri daripada
kakitangan bukan guru yang berhasrat membuat permohonan
pertukaran

4
MANUAL PENGGUNA
Sistem etukar bukan guru

4. Modul Pengesah 1 Modul ini digunakan oleh Pengesah 1 yang terdiri di kalangan
Pengetua/Gurubesar/Pengawai/Pengarah/Setiausaha
Bahagian yang melaksanakan tugas sebagai ketua jabatan
bagi pemohon.

5. Modul Pengesah 2 Modul ini digunakan oleh Pengesah 2 yang terdiri di kalangan
Pengarah/Setiausaha Bahagian di peringkat Jabatan
Pendidikan Negeri atau Bahagian-bahagian di Kementerian
Pendidikan.

6. Modul Kelulusan Modul ini adalah modul yang digunakan oleh pihak BPSM bagi
urusan kelulusan pertukaran di antara negeri atau di antara
bahagian.
7. Modul Laporan Modul ini digunakan oleh BPSM bagi urusan laporan
permohonan mengikut kategori jawatan, negeri dan bulan
permohonan. Lain-lain laporan juga disediakan seperti laporan
calon Berjaya, calon gagal dan lain-lain.
8. Modul Pentadbir Modul ini digunakan oleh pentadbir sistem iaitu pihak BPSM

1.5 Kategori Pengguna


Terdapat tiga(3) kategori utama pengguna e-Tukar Bukan Guru seperti yang dinyatakan
dalam jadual berikut:
BIL. KATEGORI TAHAP CAPAIAN
1. Pentadbir Sistem Memiliki tahap capaian sepenuhnya bagi mengubahsuai
sistem, mencapai dan mengemaskini data. Pentadbir
juga bertanggungjawab menyelesaikan masalah teknikal
yang dihadapi oleh pengguna sistem.
2. Pengurusan
- Pelulus - Melaksanakan proses kelulusan
- Pengesah 1 atau 2 - Membuat pengesahan sama ada menyokong atau
- Pendaftar tidak menyokong permohonan pertukaran.
Kekosongan - Mendaftarkan kekosongan jawatan yang ada.
3. Operasi - Membuat permohonan pertukaran
- Pemohon - Mengemaskini data permohonan sebelum tarikh
tutup permohonan dan selagi permohonan belum
dihantar.

5
MANUAL PENGGUNA
Sistem etukar bukan guru

BAB 2 Pemasangan
2.1 Keperluan sistem
2.1.1 Perkakasan :
i. Keperluan minimum Pentium IV++
ii. Tetikus.
iii. Papan kekunci.
iv. Rangkaian internet.
v. Kad rangkaian dan alat-alat rangkaian yang lain.
vi. Pencetak
vii. Pengimbas

2.1.2 Perisian :
i. Internet Explorer 7 ke atas.
ii. Windows XP ke atas.
iii. Skrin resolusi 1024 x 768
iv. Java Runtime Environment
v. Adobe Reader

2.2 Pemasangan sistem


e-Tukar Bukan Guru merupakan sistem berasaskan web dan memerlukan pelayar web seperti
Internet Explorer dan Google Chrome. Alamat URL bagi e-Tukar Bukan Guru ialah
https://etukar.moe.gov.my/

Sila rujuk langkah-langkah memulakan e-Tukar Bukan Guru dalam Bab 4 untuk maklumat
lanjut.

6
MANUAL PENGGUNA
Sistem etukar bukan guru

BAB 3 Ciri-ciri Aplikasi


3.1 Ciri-ciri Keselamatan
e-Tukar Bukan Guru dilengkapi dengan ciri-ciri keselamatan yang terjamin. Antara fungsi
keselamatan dalam e-Tukar Bukan Guru adalah:
 Nama Pengguna dan Kata Laluan
 Data disimpan secara automatik di server KPM.
 Sesi ditamatkan secara automatik sekiranya sistem tidak aktif.

3.2 Keselamatan katalaluan


Untuk mencapai e-Tukar Bukan Guru, pengguna perlu memasukkan kata laluan terlebih
dahulu. Sekiranya individu tidak memiliki ID pengguna dan kata laluan yang didaftarkan, akses
adalah tidak dibenarkan.

3.3 Keselamatan Sesi


Sekiranya sistem tidak aktif dalam masa lebih dari 15 minit, pengguna akan dilog keluar secara
automatik. Pengguna perlu log semula untuk mencapai sistem.

3.4 Panduan Keselamatan


Untuk memastikan keselamatan data-data yang disimpan di dalam e-Tukar Bukan Guru adalah
terjamin, pengguna perlu mematuhi panduan keselamatan yang tertentu selain dari ciri-ciri
keselamatan yang sedia ada dalam e-Tukar Bukan Guru.
Antara perkara yang perlu dipatuhi adalah:
i. Gunakan kata laluan yang tidak mudah diteka dan elakkan daripada mempunyai
ID pengguna dan kata laluan yang sama.
ii. Rahsiakan kata laluan daripada pihak lain.
iii. Pastikan log keluar daripada sistem apabila tidak menggunakan sistem.

7
MANUAL PENGGUNA
Sistem etukar bukan guru

BAB 4 Memulakan Aplikasi


4.1 Panduan Pengguna
i. Anda dinasihatkan menggunakan pelayar internet Microsoft Internet Explorer versi 7 ke
atas. Aplikasi ini dibangunkan dan diuji sepenuhnya menggunakan pelayar internet
berkenaan.
ii. Sekiranya tiada apa - apa yang berlaku setelah anda menggunakan pelayar internet yang
dicadangkan seperti skrin log masuk ke aplikasi e-Tukar Bukan Guru tidak dipaparkan,
semak penghalang popup pada pelayar internet anda. Rujuk Perenggan 4.3 untuk
maklumat lanjut.
4.2 Menentukan paparan skrin (windows XP).
i. Klik kanan di skrin
ii. Pilih Properties

iii. Pilih tab Settings

8
MANUAL PENGGUNA
Sistem etukar bukan guru

iv. Tukar paparan skrin kepada 1024 x 768 pixel

v. Klik butang Apply dan kemudian klik butang OK.

4.3 Menghalang Pop-Up Window (Windows XP)


i. Buka web browser Internet Explorer.

ii. Taip alamat https://etukar.moe.gov.my/


iii. Tekan Enter.
iv. Klik pada ikon "blocked". Seterusnya pilih “Always allow pop-ups from www.moe.gov.my”
dan pilih “Always allow pop-ups from etukar.moe.gov.my”

9
MANUAL PENGGUNA
Sistem etukar bukan guru

BAB 5 Penggunaan Aplikasi – Pemohon


5.1 Log masuk ke e-Tukar Bukan Guru
i. Buka web browser seperti Internet Explorer, Google Chrome dan firefox mozila.

Taip alamat https://etukar.moe.gov.my/


ii. Tekan Enter.
iii. Masukkan ID Pengguna dan Kata Laluan.

iv. Jika ID Pengguna dan Kata Laluan adalah betul, skrin seperti dibawah akan dipaparkan.

10
MANUAL PENGGUNA
Sistem etukar bukan guru

v. Jika anda baru pertama kali, login sila daftar terlebih dahulu dengan Klik Login Kali
Pertama.

vi. Masukkan Nama penuh, nombor kad pengenalan, ID pengguna dan katalaluan. Kemudian
klik daftar

Peringatan : Pengguna adalah dinasihatkan menggunakan nombor kad


pengenalan sebagai ID Pengguna dan menggunakan sekurang-kurangnya
10 aksara bagi katalaluan.

vii. Sekarang anda boleh masuk semula menggunakan ID pengguna dan kata laluan tadi.

5.2 Tukar Kata Laluan:


i. Klik Profil Pengguna
ii. Klik butang Tukar Kata Laluan

Katalaluan mestilah sekurang-


kurangnya 10 aksara

11
MANUAL PENGGUNA
Sistem etukar bukan guru

Peringatan : Pengguna adalah dinasihatkan tidak mendedahkan ID


Pengguna dan Katalaluan kepada mana-mana pihak.

iii. Skrin seperti berikut akan dipaparkan selepas maklumat berjaya dikemaskini.

Peringatan: Pengguna adalah diingatkan supaya menyediakan dokumen


selengkapnya yang telah diimbas di dalam format pdf/bitmap/jpeg.

5.3 Modul Permohonan


Klik Modul Permohonan dalam Senarai Menu:

5.3.1 Tab Peribadi


i. Klik butang Mohon untuk membuat permohonan tukar.

ii. Skrin seperti berikut akan dipaparkan. Maklumat Tab Peribadi perlu
dilengkapkan oleh pemohon.

12
MANUAL PENGGUNA
Sistem etukar bukan guru

iii. Maklumat-maklumat lain di dalam Tab Peribadi adalah Alamat Tetap, Alamat
Surat Menyurat, Status Perkahwinan, dan Maklumat Pasangan Suami/Isteri.

iv. Untuk ruangan Status Perkahwinan sijil nikah yang telah di imbas ke dalam format
pdf/jpeg/bitmap perlu di muat naik.

v. Akhir sekali pemohon perlu klik butang Simpan untuk menyimpan maklumat di Tab
Peribadi.

vi. Maklumat Pasangan Suami/Isteri juga wajib diisi. Setiap pemohon perlu mendapat
persetujuan pasangan sebelum Klik butang PERSETUJUAN PASANGAN.

Peringatan : Semua maklumat yang mempunyai tanda * adalah maklumat


penting yang wajib diisi oleh pengguna

13
MANUAL PENGGUNA
Sistem etukar bukan guru

5.3.2 Tab Perkhidmatan

i. Klik Tab Perkhidmatan di dalam Modul Permohonan. Melalui Tab ini semua
maklumat perkhidmatan seperti nama jawatan, tarikh lantikan, tarikh
pengesahan dalam perkhidmatan, dan tarikh berkhidmat ditempat sekarang
perlu dilengkapkan. Pemohon perlu memastikan semua maklumat yang
diberikan adalah sah. Sebarang pemalsuan maklumat atau dokumen akan
menyebabkan permohonan tidak akan dipertimbangkan.

ii. Setelah semua maklumat dilengkapkan di dalam Tab Perkhidmatan klik


butang Simpan untuk menyimpan maklumat berkenaan.
14
MANUAL PENGGUNA
Sistem etukar bukan guru

5.3.3 Tab Asas Permohonan


i. Klik Tab Asas Permohonan dan lengkapkan semua maklumat yang berkaitan.
Semua dokumen berkaitan asas permohonan juga perlu dimuat naik. Seterusnya
klik butang Simpan.

5.3.4 Tab Tempat Dipohon


i. Klik Tab Tempat Permohonan dan pemohon boleh memilih tiga tempat yang
dipohon untuk bertukar.Seterusnya klik butang Simpan.

Peringatan :Semua asas permohonan tukar perlu di muat naik bersama-


sama dokumen yang telah diimbas di dalam format pdf/bitmap/jpeg.

15
MANUAL PENGGUNA
Sistem etukar bukan guru

5.3.5 Tab Pengakuan Pemohon.


i. Klik Tab Pemohonan dan skrin seperti berikut dipaparkan.

Butang
Hantar

ii. Klik HANTAR untuk memastikan permohonan dihantar ke Pengesah 1.

Peringatan : Butang HANTAR yang telah diklik akan memastikan


permohonan telah dihantar ke Pengesah 1. Pengguna tidak boleh
membatalkan permohonan atau membuat sebarang kemaskini maklumat

iii. Setelah butang Hantar di klik, slip permohonan pertukaran akan kelihatan
seperti paparan berikut. Slip berkenaan boleh digunakan oleh pemohon untuk
simpanan sebagai bukti permohonan telah dibuat. Setiap slip mempunyai nombor
permohonan yang boleh dijadikan nombor rujukan permohonan

Maklumat bahawa permohonan Nombor permohonan pertukaran


diajukan kepada Pengesah 1 dan
Pengesah 2 terlebih dahulu

Peringatan : Slip permohonan perlu dicetak atau disimpan oleh


pemohon untuk rujukan16 pada masa hadapan. Setiap slip mempunyai
nombor unik tersendiri iaitu nombor permohonan pertukaran.
MANUAL PENGGUNA
Sistem etukar bukan guru

5.4 Keputusan Permohonan


Klik Keputusan Permohonan dalam modul permohonan, paparan seperti berikut akan
dipaparkan.

Pemohon perlu klik Surat Kelulusan untuk memaparkan surat kelulusan serta membuat
Cetakan surat tersebut.

17
MANUAL PENGGUNA
Sistem etukar bukan guru

BAB 6 Penggunaan Aplikasi – Pengesah 1 dan 2


6.1. Modul Pengesah 1 dan 2

i. Pengesah 1 adalah Ketua Jabatan di tempat pemohon bertugas. Pengesah 1


perlu membuat pengesahan dalam tempoh 2 minggu sebelum permohonan
berkenaan dimajukan kepada Pengesah 2.

ii. Paparan berikut adalah apabila Pengesah 1, login ke akaun Pengesah 1.

Login ID dan
Katalaluan bagi
Pengesah 1/2. ID
pengesah adalah
hakmilik jabatan
dan bukan milik
pegawai pengesah

iii. Sekiranya Pengesah 1 terlupa ID dan katalaluan, sila hubungi BPSM melalui
emel: etukar@moe.gov.my dengan menyatakan nama ketua jabatan, no kad
pengenalan, nombor telefon bimbit, kod jabatan, nama jabatan dan alamat
jabatan.
iv. Paparan berikut adalah apabila Pengesah 1, login ke akaun Pengesah 1.

18
MANUAL PENGGUNA
Sistem etukar bukan guru

v. Pengesah 1 perlu klik butang pengesahan untuk melihat senarai permohonan


tukar.

vi. Paparan seterusnya adalah senarai nama pemohon-pemohon yang memohon


pertukaran. Pengesah 1 perlu klik pada nama pemohon bagi melihat maklumat
permohonan

Pengesah 1 boleh
membuat pengesahan
dengan Klik Nama
Pemohon

19
MANUAL PENGGUNA
Sistem etukar bukan guru

vii. Paparan berikut akan dipaparkan. Sila baca perkara 1 sehingga 4 sebelum
pengesah membuat sebarang pengesahan.

viii. Pengesah perlu menyemak maklumat pemohon bagi memastikan kesahihah


maklumat dengan klik Tab A,B,C,D dan E.

ix. Jika lebih dari satu permohonan yang wujud, sistem akan mempaparkan
kesemua permohonan seperti dibawah.

x. Bagi Pengesah 2 terutamanya JPN, semua permohonan yang memohon keluar


dari negeri JPN berkenaan akan dipaparkan. Semua permohonan ini perlu
disahkan oleh pihak JPN, bagi memastikan permohonan berkenaan sampai ke
BPSM.

20
MANUAL PENGGUNA
Sistem etukar bukan guru

xi. Maklumat permohonan akan dipaparkan seperti di atas. Pengesah 1 atau 2 perlu
klik nama pemohon dan membuat pengesahan sama ada menyokong atau tidak
permohonan berkenaan. Pengesahan yang dibuat membolehkan permohonan
berkenaan akan sampai kepada Pelulus di BPSM.

xii. Jika pengesah 1 atau 2 tidak membuat pengesahan di dalam tempoh yang
diberikan permohonan berkenaan tidak akan sampai ke Pelulus di BPSM. BPSM
hanya akan memproses permohonan yang telah mendapat pengesahan dari
kedua-dua peringkat pengesahan.

xiii. Paparan dibawah adalah paparan yang membolehkan Pengesah 1 atau 2


melihat semua maklumat permohonan yang telah diisi oleh pemohon.

xiv. Pengesah 1 atau 2 perlu memastikan maklumat yang diberikan adalah tepat,
lengkap dan benar.

xv. Seterusnya Pengesah 1 atau 2 perlu membuat catatan(jika perlu) di ruang


catatan

xvi. Kemudian Klik butang Status Permohonan untuk membuat sokongan dengan
memilih sama ada SAP(Sokong Ada Pengganti), STP(Sokong Tanpa

21
MANUAL PENGGUNA
Sistem etukar bukan guru

Pengganti), SPK(Sokong Pengganti Hantar Kemudian) atau TS (Tidak


Disokong).
xvii. Kemudian Pengesah perlu Klik butang perakuan bahawa semua maklumat
yang diberikan adalah benar.
xviii. Sekiranya pemohon ingin membatalkan permohonan yang telah dibuat, Ketua
Jabatan boleh pilih Tidak Sokong dan membuat catatan seperti PERMOHONAN
BATAL OLEH PEMOHON SENDIRI.

xix. Akhirnya Pengesah perlu Klik butang DIPERAKUI untuk memastikan


permohonan dihantar ke peringkat kelulusan.
xx. Bagi memastikan pengesahan telah dilakukan Pengesah 1 boleh menyemak
melalui butang SENARAI PENGESAHAN

22
MANUAL PENGGUNA
Sistem etukar bukan guru

Pengesah 1atau II
perlu Klik butang
DIPERAKUI

xxi. Pengesah 1 juga boleh menyemak status permohonan termasuk Pengesahan


dan Keputusan dengan Klik Butang LAPORAN PERMOHONAN.

23
MANUAL PENGGUNA
Sistem etukar bukan guru

6.2. Modul Laporan : Laporan Pengesahan Lapor Diri


i. Pengesah 1(Ketua Jabatan baru) hendaklah membuat pengesahan lapor diri
dalam tempoh 2 minggu selepas pegawai tersebut telah melapor diri bertugas.

ii. Paparan berikut adalah apabila Pengesah 1, login ke akaun Pengesah 1.

iii. Pengesah 1 klik Laporan Pengesahan lapor diri dalam modul laporan dan klik
status serta tekan butang simpan untuk menyimpan tarikh pengesahan lapor
diri.

24
MANUAL PENGGUNA
Sistem etukar bukan guru

i. Berikut adalah carta aliran proses permohonan bagi maklumat tambahan


pemohon dan pengesah. Untuk maklumat lanjut berkenaan Pengesah 1 dan
Pengesah 2 sila rujuk Lampiran A.

PROSES TEMPOH MASA

Pemohon membuat permohonan 1 Bulan

Pengesah 1 membuat pengesahan 14 Hari

Pengesah 2 membuat pengesahan 14 Hari

Proses Kelulusan Di BPSM 14 Hari

Keputusan Permohonan 7 Hari

Arahan Pertukaran

Peringatan : Permohonan yang gagal boleh membuat permohonan semula


pada sesi yang berikutnya. ID Pengguna dan katalaluan yang sama boleh
digunakan semula.

25
MANUAL PENGGUNA
Sistem etukar bukan guru

BAB 7Perkhidmatan Dan Sokongan


7.1 Senarai Pegawai Untuk Dihubungi
Perkhidmatan dan sokongan bagi sistem ini adalah berterusan. Pengguna boleh menghubungi
pegawai yang bertanggungjawab sekiranya menghadapi masalah ketika menggunakan e-
Tukar Bukan Guru. Buat masa ini, pihak yang boleh dihubungi adalah seperti berikut:

No Nama Jawatan No Telefon E-mel

1. Encik Mohd Amin bin Penolong Setiausaha 03-8872 1543 amin.nawawi@moe.gov.my


Nawawi

2. Encik Ahmad Penolong Setiausaha 03-8872 1519 ruzaimee.abdrashid@moe.


Ruzaimee bin Abdul gov.my
Rashid

3. Encik Abdul Aziz bin Penolong Setiausaha 03-8884 3823 aaziz.cm@moe.gov.my


Che Man (K), UAPT, BPM

4. Encik Khairul Fadhli Penolong Pegawai 03-8884 3696 Khairul.abdul@moe.gov.my


bin Abdul Karim Teknologi Maklumat,
UAPT, BPM

5. Cik Norazliza binti Penolong Pegawai 03-8884 3833 norazliza.nayan@moe.gov.


Nayan Teknologi Maklumat, my
UAPT, BPM

26
LAMPIRAN A
P E M O H O N Mula P E M O H O N

SMT/ SBP/SBPI SABK SEK SENI SEK SRPK/ BTPN/ MATRIK IPG JNJK AUDIT PPD JPN BAHAGIAN SEKOLAH
SMV/ /SK/SBT/ SUKAN SMPK PKG SEKOLAH HARIAN
PPA SMS

P E N G E S A H 1 P E N G E S A H 1 P E N G E S A H 1
PENGETUA PENGETUA GURU PENGETUA GURU GURU PEGAWAI PENGARAH PENGARAH PEGAWAI PEGAWAI PEGAWAI PENGARAH SETIAUSAHA/ GURU
BESAR/ BESAR/ BESAR/ BTPN MATRIKULASI IPG JNJK AUDIT PPD JPN PENGARAH BESAR
PENGETUA PENGETUA PENGETUA NEGERI NEGERI SEKOLAH BAHAGIAN PENGETUA

P E N G E S A H 2 P E N G E S A H 2 P E N G E S A H
PENGARAH PENGARAH PENGARAH PENGARAH BHG PENGARAH PENGARAH PENGARAH PENGARAH REAKTOR KETUA 2 SUB PENGARAH TIADA TIADA PENGARAH J
BPTV BPSBPSK BPI KOKURIKULUM BHG BP KHAS BAHAGIAN BAHAGIAN IPG NAZIR BAHAGIAN JPN JABATAN
DAN KESENIAN SUKAN TEKNOLOGI MATRIKULASI INDUK AUDIT PELAJARAN
PENDIDIKAN SEKOLAH NEGERI

BPSM Tamat
P EL U L U S
CARTA ALIRAN PROSES PERMOHONAN E-TUKAR BUKAN GURU
SETIAP PERMOHONAN PERLU MENDAPAT PENGESAHAN DARI PENGESAH 1 DAN PENGESAH 2.27
BAGI PEMOHON YANG BERKHIDMAT DI BAHAGIAN-BAHAGIAN KEMENTERIAN ATAU
JABATAN PELAJARAN NEGERI PENGESAHAN DILAKUKAN OLEH PENGESAH 1 SAHAJA SEBELUM PERMOHONAN DIHANTAR KE BPSM.

You might also like