You are on page 1of 6

Gabriel Harris Midot

770908135011001

BAB 3
METODOLOGI

3.1 Pengenalan

Dalam bab ini, akan membincangkan mengenai metodologi yang akan digunakan untuk
membina sistem yang akan dicadangkan. Ia akan menjelaskan mengenai metodologi
sebagai garis panduan, rujukan dan membuat penilaian dalam setiap fasa bagi
membina Sistem Pendaftaran Cakera Padat Sains PPSMI Tahap 1, Sekolah
Kebangsaan Batang Ai.

3.2 METODOLOGI

Metodologi merujuk kepada Gabungan paradigma, kaedah, polisi, prosidur, peraturan,


piawai, teknik, alatan, bahasa pengaturcaraan & metodologi lain yg digunakan utk
menganalisa keperluan & rekabentuk sistem ( Dort &T, 1997).

Mengikut Longman Dictionary Of Contemporary English Edisi Ketiga ( 1995 ),


metodologi bermaksud satu set kaedah atau prinsip yang digunakan untuk mengkaji
sesuatu perkara atau membuat kerja. Metodologi pembangunan sistem merupakan satu
panduan lengkap yang harus diikuti bagi melakukan semua aktiviti yang terdapat di
dalam Kitar Hayat Pembangunan sistem. Jadi ditakrifkan bahawa metodologi adalah
satu strategi dan kaedah yang digunakan untuk membangunkan sistem.

Di dalam membangunkan Sistem Pendaftaran Cakera Padat Sains PPSMI Tahap 1,


Sekolah Kebangsaan Batang Ai, metodologi air terjun ( waterfall ) telah dipilih kerana ia
melibatkan sisihan dari satu fasa ke fasa yang lain. Bagi menguruskan data ini,
pendekatan Relational Database Management System ( RDBMS ) dijadikan sebagai
panduan.

3.2.1 Metodologi Air Terjun


Gabriel Harris Midot
770908135011001

Ini merupakan model kitar hayat yang paling awal diperkenalkan. Terdapat beberapa
fasa pembangunan sistem dalam kitar hayat ini. Pelaksanaan fasa-fasa pembangunan
adalah berbentuk linear. Ini bermakna, setiap fasa dilakukan secara spesifikasi
keperluan berturutan.

Fasa 1
Analisa Sistem
Semasa

Fasa 2
Spesifikasi
Keperluan

Fasa 3
Rekabentuk Sistem

Fasa 4
Pembangunan dan
Pengujian

Fasa 5
Perlaksanaan
Sistem

Fasa 6
Penilaian dan
Penyelenggaraan
Gabriel Harris Midot
770908135011001

Untuk membina sistem pendaftaran kelab komputer Sekolah Kebangsaan Nanga Kesit,
terdapat enam fasa pembangunan sistem digunakan berdasarkan kepada metodologi
air terjun.

Keenam-enam fasa pembangunan sistem tersebut ialah :

 Spesifikasi Keperluan
 Rekabentuk Arkitektur
 Rekabentuk Terperinci
 Pengekodan Dan Pengujian Unit
 Integrasi Dan Pengujian
 Penyelenggaraan

3.2.1.1 Spesifikasi Keperluan

Pada peringkat ini, segala maklumat yang dikumpul untuk mengenalpasti masalah yang
terdapat pada sistem yang telah sedia ada di sekolah. Teknik pengumpulan maklumat
tertentu akan digunakan untuk mengumpul data atau maklumat. Setelah masalah
dikenalpasti, peluang-peluang atau keperluan yang wujud daripada masalah akan di
ambil perhatian. Peluang-peluang atau keperluan ini akan menentukan objektif untuk
pihak pengurusan sekolah serta guru penasihat kelab komputer berbincang untuk
mengenal pasti utiliti atau kemudahan yang bakal disediakan oleh sistem. Seterusnya,
sistem manual yang sedia ada juga akan dianalisa. Untuk tujuan ini, soal selidik atau
tinjauan akan dijalankan untuk menentukan permasalahan, keperluan untuk sistem baru
dan keperluan pengguna dan pihak pentadbir. Terdapat dua perkara yang perlu diambil
kira. Diantaranya ialah seperti berikut :

a) Soal selidik atau tinjauan keperluan sistem yang baru

Soal- selidik atau tinjauan dijalankan bagi menentukan keperluan sekolah untuk
membina sistem baru yang lebih berkesan. Soal- selidik ini tertumpu kepada masalah
yang dihadapi oleh guru penasihat kelab komputer dan pihak pentadbir sekolah.
Gabriel Harris Midot
770908135011001

b) Analisa sistem yang sedia ada

Analisa sistem manual yang digunakan adalah bertujuan memahami masalah timbul
atau yang akan dihadapi. Ia juga untuk menentukan keperluan dan perkara-perkara
yang boleh diperbaiki daripada sistem manual. Dengan ini, hasil daripada soal- selidik
atau tinjauan dapat dijadikan panduan dalam membangun sistem yang baru.

3.2.1.2 Rekabentuk Arkitektur

Di dalam fasa pembangunan ini, perancangan untuk membangun sistem yang akan
dicadangkan. Teknik-teknik tertentu digunakan untuk menformulasikan hasil spesifikasi
keperluan kepada rekabentuk arkitektur ini. Menentukan keperluan informasi atau
maklumat melalui pengkajian data, soal-selidik atau tinjauan dan mengkaji sistem yang
sedia ada.

3.2.1.3 Rekabentuk Terperinci

Di dalam fasa ini, sistem dipecahkan kepada beberapa komponen atau unit. Setiap
komponen atau unit akan direka bentuk dengan terperinci secara berasingan. Dalam
menjalankan fasa ini, terdapat beberapa alatan digunakan seperti berikut :

 Diagram Aliran Data ( DFD ) untuk menunjukkan bagaimana proses data dalam
sistem.
 Diagram Perhubungan Entiti ( ERD ) untuk menunjukkan hubungan di antara
entitii dalam rekabentuk dan mengurus pangkalan data.
 Struktur sistem yang menunjukkan keseluruhan sitem
 Konteks Diagram dan sebagainya.

3.2.1.4 Pengekodan Dan Pengujian Unit.

Di dalam fasa ini, kerja-kerja membangun sistem dijalankan agar ia berfungsi


sepenuhnya. Ini termasuklah kerja-kerja pseudocode dan coding. Untuk
melaksanakannya memerlukan banyak persediaan dan rujukan terutamanya
Gabriel Harris Midot
770908135011001

daripada modul, buku rujukan dan melalui internet. Di dalam media tersebut banyak
contoh-contoh coding, di antaranya seperti JavaScript, VBScript, ASP, HTML dan
sebagainya. Untuk membina sistem ini, penggunaan Visual Basic dan Microsoft
Access banyak digunakan. Pembangun sistem akan mengekodkan atau
melaksanakan rekabentuk mengikut unit masing-masing dan kemudian mengujinya.

3.2.1.5 Integrasi Dan Pengujian

Di dalam fasa ini, sistem yang telah dibangunkan diuji terlebih dahulu di mana
komponen atau unit digabungkan semula dan pengujian ke atas keseluruhan sistem
dilakukan. Pembangun sistem akan menguji sistem tersebut untuk memastikannya
terlaksana dan memenuhi kehendak pengguna. Terdapat beberapa orang respoden
akan dipilih untuk memberi sebarang maklum balas dan mengesahkannya berjaya.
Sistem yang telah disiap dibina akan digunakan oleh pengguna iaitu guru penasihat
kelab komputer sekolah dan juga pihak pentadbir sekolah. Perkara yang perlu di
ambil perhatian ialah peralihan dari sistem manual kepada sistem yang baru. Di
samping itu, penilaian terhadap sistem yang baru juga akan dijalankan.

3.2.1.6 Penyelenggaraan

Setelah selesai menguji sistem baru yang dibangunkan. Di dalam fasa ini bertujuan
untuk mengenalpasti masalah-masalah yang terdapat dalam sistem tersebut. Oleh
yang demikian beberapa orang respoden yang telah dipilih akan memberi
respon.Hasil respon mereka akan dijadikan panduan untuk membaik pulih sistem
seperti berikut :

 Memulih dan menaiktaraf sistem


 Memperbetulkan kesalahan ( debugging )
 Membaikpulih bahagian yang beisiko ( fix potential problem )
 Memenuhi keperluan baru

Pembetulan ralat, pengemaskinian dan pembaikan sistem dilakukan berdasarkan


kepada respon dari penguna atau pengujian yang dilakukan.
Gabriel Harris Midot
770908135011001

3.3 Kesimpulan

Proses merekabentuk sistem ini akan menggunakan metodologi air terjun. Setiap fasa
akan dijalankan dengan penuh teliti agar fasa-fasa tersebut berjaya dilaksanakan
sebelum memulakan fasa yang baru. Sekiranya terdapat ralat atau kelemahan dalam
sistem yang dibangunkan, maka sistem tersebut akan dikaji semula untuk diperbaiki.
Dalam pemilihan perisian, faktor kesesuaian diambil kira selain kebolehan pembangun
sistem itu sendiri. Walau bagaimanapun, perisian-perisian lain juga boleh digunakan
mengikut keperluan dari masa ke semasa dan juga kehendak pengguna.

You might also like