You are on page 1of 10

UNDANG-UNDANG KONTRAK : PELEPASAN

KONTRAK DAN REMEDI

5.1 PELEPASAN KONTRAK

Faktor-faktor

Kekecewaan Pelaksanaan Kemungkiran Persetujuan

5.1.1 Pelepasan melalui Kekecewaan

 Menurut Seksyen 57(2) Akta kontrak suatu kontrak yang pada mulanya sah
dan boleh dilaksanakan dikatakan kecewa apabila berlaku keadaan –keadaan
yang menjadikannya mustahil untuk dilaksanakan.
 Seksyen 57 (2) Akta Kontrak menyatakan perjanjian untuk melakukan
perbuatan yang mustahil adalah batal.Ini bermakna kekecewaan menjadikan
sesuatu kontrak itu sebagai batal dari mula lagi dan bukannya boleh batal.
 Contoh : A dan B berkontrak untuk berkahwin.Sebelum hari perkahwinan tiba
A menjadi gila. Kontrak itu menjadi batal. Ini menunjukkan apabila berlakunya
kematian atau ketakupayaan mana-mana pihak yang berkontrak ia boleh
menjadikan sesuatu kontrak itu kecewa.
5.1.2 Pelepasan melalui Pelaksanaan

 Mengikut Seksyen 38 (1) Akta Kontrak , pihak-pihak kepada kontrak mestilah


melaksanakan atau menawar untuk melaksanakan janji masing-masing
kecuali jika pelaksanaan dikecualikan atau tidak diperlukan di bawah akta ini
atau mana-mana undang-undang lain.
 Seksyen 40 Akta Kontrak pula menyatakan apabila sesuatu pihak berkontrak
telah enggan melaksanakan atau menyebabkan dirinya tidak berdaya
melaksanakan janjinya sepenuhnya, pihak penerima janji boleh menamatkan
kontrak kecuali dia menunjukkan dengan kata-kata atau kelakuan,
persetujuannya untuk meneruskan kontrak itu.
 Pelaksanaan kontrak mesti lengkap dan menyeluruh
 Sekiranya pelaksanaan sesuatu kontrak itu tidak lengkap dan
menyeluruh pihak yang lain itu tidak terikat untuk melaksanakan
kewajipan di pihaknya.
 Contoh kes Cutter lwn Powell (1795), suami plaintif dijanjikan bayaran
sebanyak 30 Pound jika beliau berkhidmat dengan defendan sehingga
pelayaran berakhir di Liverpool, Kensington. Malangnya dua minggu
sebelum pelayaran berakhir suami plaintif meninggal dunia..
Mahkamah memutuskan bahawa pelaksanaan penuh kontrak adalah
syarat yang mesti dipenuhi dahulu sebelum bayaran boleh dibuat.
Justeru pihak plaintif tidak berhak mendapatkan bayaran yang telah
dijanjikan daripada pihak defendan.

5.1.3 Pelepasan melalui kemungkiran

 Seksyen 40 Akta Kontrak menerangkan apabila sesuatu pihak berkontrak


telah enggan melaksanakan atau menyebabkan dirinya tidak berdaya
melaksanakan janjinya sepenuhnya , pihak penerima janji boleh menamatkan
kontrak, kecuali dia menunjukkan dengan kata kata atau kelakuan ,
persetujuannya untuk meneruskan kontak itu.
 Ini bermakna jika mana-mana pihak didapati enggan melaksanakan
kewajipannya dibawah satu kontrak, pihak yang terkilan diberi pilihan.Jika dia
mahu, dia berhak menamatkan kontrak tersebut dengan menyatakan kepada
pihak yang lain itu, sama ada dengan perkataan atau perbuatan , bahawa
dia tidak mahu meneruskan kontrak itu. Seterusnya gantirugi bolehlah dituntut
daripada pihak yang memungkiri.
 Contoh : A seorang penyanyi membuat kontrak dengan B seorang pengurus
panggung, untuk menyanyi dua malam setiap minggu selama dua bulan di
panggungnya dan akan dibayar sebanyak RM1000 bagi setiap pertunjukan.
Pada malam keenam A sengaja tidak dating ke panggung itu. B adalah bebas
untuk menamatkan kontrak.
 Kes Ban Hong Joo Mines Ltd lwn Chen & Yap Ltd (1969) , pihak apellan
meminta responden untuk menjalankan kerja-kerja pengorekan tanah dan
sebagai balasan apellan akan membayar responden setiap dua
minggu.Responden kemudiannya diminta memberhentikan kerjanya kerana
apellan gagal membayar.Responden membuat tuntutan kerana menganggap
tindakan apellan itu sebagai satu tindakan menamatkan kontrak. Mahkamah
memutuskan tindakan apellan sememangnya satu penolakan dan responden
berhak membuat tuntutan sama ada gantirugi kerana pecah kontrak atau
quantum meruit untuk kerja yang telah dilaksanakan oleh responden.

5.1.4 Pelepasan melalui Persetujuan

 Sesuatu yang dicapai dengan persetujuan, juga boleh ditamatkan dengan


persetujuan. Justeru jika sewaktu berkontrak pihak-pihak yang terlibat telah
bersetuju untuk mengikat hubungan sesama mereka berasaskan persetujuan,
maka mereka juga boleh melepaskan diri mereka daripada kewajipan-
kewajipan di bawa kontrak tersebut melalui persetujuan Seksyen 63 dan
Seksyen 64 Akta Kontrak memperuntukan pelepasan kontrak dengan cara
ini.
 Seksyen 63 Akta Kontrak menjelaskan jika pihak yang berkontrak bersetuju
untuk menggantikannya dengan suatu kontrak yang baru atau untuk
membatal atau memindanya maka kontrak yang asal tidak perlu dilaksanakan
 Novasi , Pindaan dan Pembatalan
 Novasi : Apabila kontrak asal digantikan dengan kontrak yang baru ia
dikenali sebagai novasi.Kesan novasi adalah menghapuskan
kewajipan dalam kontrak yang asal.
 Pindaan : Mana-mana satu atau lebih syarat-syarat yang terkandung
dalam sesuatu kontrak boleh diubah atau dipinda sekiranya mendapat
kebenaran daripada pihak-pihak berkontrak
 Pembatalan : Kontrak boleh dibatalkan dengan persetujuan kedua-dua
pihak pada bila-bila masa sebelum ia dilaksanakan.
5.2 REMEDI KEMUNGKIRAN KONTRAK

 Remidi bermaksud penyelesaian melalui saluran undang-undang bagi


mengatasi kerugian atau kehilangan yang dihadapi oleh seseorang. Remedi
diberikan apabila berlaku kemungkiran atau pelanggaran kontrak.
 Jenis-jenis remedi
1. Penamatan kontrak
2. Pengembalian
3. Ganti rugi
4. Pelaksanaan spesifik
5. Injunksi
6. Perintah Anton Piler
7. Quantum Meruit

5.2.1 Penamatan Kontrak

 Seksyen 40 Akta Kontrak 1950 menyatakan bahawa apabila suatu pihak


enggan melaksanakan janjinya berdasarkan kontrak, maka penerima janji
boleh menamatkan kontrak itu, melainkan jika ia telah menunjukkan dengan
kata-kata atau kelakuan dan persetujuannya untuk meneruskan kontrak itu.
 Pihak yang mengalami kerugian akibat kontrak yang dimasuki gagal
disempurnakan berhak menamatkan kontrak dan menuntut ganti rugi.

5.2.2 Pengembalian

 Perintah yang memerlukan defendan untuk memulangkan harta kepada


pemilik yang sah 
5.2.3 Ganti rugi

 Gantirugi adalah pampasan dalam bentuk wang berdasarkan seksyen 74


hingga 76. Pampasan ini diberikan diberikan oleh pihak yang pecah kontrak
kepada pihak yang lain. Seksyen 74 membuat peraturan berkaitan penentuan
jumlah gantirugi yang layak dimohon apabila berlaku pecah kontrak
 Gantirugi juga tidak boleh dituntut sewenang-wenangnya oleh mangsa pecah
kontrak. Jika kadar kerugian yang dialami itu boleh dikurangkan oleh mangsa
pecah kontrak, maka kadar tuntutan gantirugi akan dikira setakat kadar
kerugian yang tidak boleh dielakkan sahaja.
 Contoh: Syarikat Jati bersetuju dalam satu kontrak dengan Syarikat Nipis
untuk membekalkan 700 batang balak dan menghantarnya ke kilang milik
Syarikat Nipis. Sebahagian balak iaitu sebanyak 300 batang tidak dihantar ke
kilang itu tetapi sebaliknya dilambakkan di satu tempat kira-kira 500 kaki dari
kilang itu. Untuk menampung kekurangan balak ini Syarikat Nipis membeli
300 balak gantian dari syarikat lain dengan kos RM700,000. Kos mengangkut
300 balak ke kilangnya hanya RM150,000. Syarikat Nipis tidak berhak
menuntut RM700,000 kerana kos kerugian sebenar adalah hanya
RM150,000.
 Sesetengah kontrak menyebut secara nyata jumlah gantirugi yang layak
dituntut apabila berlaku pecah kontrak. Jumlah gantirugi ini tidak muktamad
dan boleh diubah. Tujuan gantirugi atau penalti ini adalah untuk dijadikan
panduan asas dalam penentuan gantirugi di samping berperanan sebagai
amaran atau ingatan kepada pihak-pihak yang berkontrak agar tidak
melakukan pecah kontrak.
 Pihak yang melakukan pecah kontrak tidak semestinya dikehendaki
membayar jumlah yang sama seperti yang terdapat dalam kontrak. Jumlah
yang dinyatakan itu dianggap sebagai jumlah maksimum bagi tuntutan
gantirug
Jenis-jenis Gantirugi

Ganti Rugi Ganti rugi Ganti rugi Ganti rugi Penalti


Am Khusus nominal teladan
Ganti rugi Ganti rugi yang Dalam kes ini Satu bentuk Sejenis
kewangan timbul daripada pihak yang hukuman gantirugi
yang di kemungkiran menuntut tidak terhadap yang telah
arahkan oleh kontrak. mengalami pihak yang ditentukan
mahkamah Contohnya sebarang dituntut dan
apabila kehilangan kerugian sebagai dipersetujui
terdapat pendapatan sebenar atau pengajaran oleh pihak-
kemungkiran pada masa tidak dapat kepadanya. pihak
kontrak yang hadapan dibuktikanamau semasa
wujud daripada perbelanjaan n sebenar yang membuat
kemungkiran perubatan dan ia rugi, maka kontrak .
kontrak tempat tinggal ganti rugi yang Jumlah
dituntut hanya penalty agak
berbentuk besar sedikit
sejumlah daripada
bayaran yang ganti rugi
cukup untuk biasa
memberitahu walaupun
bahawa pihak nilai kerugian
menuntut adalah sebenarnya
berhak menuntut tidaklah
dan memenangi begitu besar
kesnya
5.2.4 Pelaksanaan Spesifik

 Pelaksanaan spesifik adalah arahan mahkamah supaya kontrak itu


dilaksanakan secara tertentu sebagaimana yang dipersetujui dalam terma
kontrak.
 Pelaksanaan spesifik berdasarkan Akta Pemulihan Spesifik 1950. Arahan ini
boleh dibuat samada bersama-sama gantirugi atau tanpa gantirugi.
 Contoh: Ahmad membuat kontrak membeli satu lukisan oleh seorang pelukis
terkenal dari Daud. Daud melakukan pecah kontrak kerana menjual lukisan
itu kepada pihak lain. Ahmad berhak menuntut pelaksanaan spesifik agar
mahkamah mengarahkan lukisan itu dijual kepadanya.
 Pelaksanaan Spesifik adalah mengikut budibicara mahkamah.
 Ia sesuai dalam keadaan tertentu seperti:
a. Apabila gantirugi tidak memadai terutamanya jika perkara yang
dikontrakkan itu tiada gantinya hartanah.
b. Apabila kerugian tidak dapat dinilai dengan kadar pampasan kerana tiada
standard khusus untuk menilainya seperti barang antik atau barangan
seni.
c. apabila sukar untuk menentukan nilai kerugian yang tepat
d. Apabila tindakan yang dipersetujui dilakukan dalam pelaksanaannya,
kesemua atau sebahagian, amanah itu.
e. Apabila terdapat kemungkinan bahawa pampasan wang tidak dapat
diperolehi bagi yang tidak melaksanakan tindakan yang telah dipersetujui
untuk dilakukan

5.2.5 Injunksi

 Adalah satu arahan mahkamah memerintahkan pihak defendan supaya


membetulkan salah lakunya yang menjadi punca kemungkiran kontrak
 Injunksi diberi mengikut budi bicara mahkamah berdasarkan seksyen 50 Akta
Relif Spesifik
 Injuksi prohibitari melarang sesuatu tindakan daripada dilakukan.
 Kes Pertama Cabaret Nite Club Sdn Bhd lwn Roman Tam (1981) ,
perjanjian yang dimasuki antara plaintif dan defendan menyatakan
bahawa sekiranya defendan mungkir kontrak, defendan tidak
dibenarkan membuat persembahan dimana-mana tempat di Kuala
Lumpur untuk baki tempoh yang tinggal. Apabila defendan
kemudiannya mungkir kontrak dan cuba menyanyi di sebuah kelab
malam yang merupakan pesaing plaintif, mahkamah telah
mengeluarkan arahan injunksi ke atas defendan bagi menghalang
beliau berbuat demikian.
 Injuksi mandatori mengkehendaki tindakan tertentu dilakukan supaya
mengekalkan status pihak-pihak yang berkontrak.
 Kes Neoh Siew Eng & Anor lwn Too Chee Kwang (1963) mahkamah
telah mengeluarkan injunksi memerintahkan defendan ( tuan punya
rumah ) meneruskan bekalan air kepada plaintif /penyewa rumah dan
mematuhi segala peraturan Jabatan Kerja Air

5.2.6 Perintah Anton Piler

 Adalah perintah mahkaman yang membolehkan penggunaan tenaga


munasabah untuk memasuki premis defendan untuk mendapatkan harta /
dokumen dengan kebimbangan bahawa ia akan dimusnahkan sebelum
perbicaraan
 Ia biasanyan difailkan dengan cara permohonan ex parte ( permohonan oleh
plaintif (penuntut) untuk mendengar kes tanpa kehadiran defendan)
 Persoalannya ialah, bagaimana membuktikan yang terdapat risiko yang aset-
aset dipindahkan sebelum penghakiman disempurnakan? Hakim Edgar
Joseph Jr dalam kes Pacific Centre Sdn Bhd lwn United Engineers (M) Bhd
(1984) memberi jawapannya sebagai yang berikut:
"...adalah memadai untuk plaintif cuma menunjukkan bahawa ada risiko akan
aset itu dilupuskan yang memberi kesan kekecewaan kepada plaintif dalam
cubaannya untuk mendapat hasil daripada sesuatu penghakiman yang
mungkin ia akan perolehi terhadap defenden..."
5.2.7 Quantum Meruit

 Bermaksud seberapa yang patut diterimanya, iaitu tuntutan untuk


mendapatkan sejumlah wang atau ganti rugi dalam satu jumlah yang
munasabah atau yang patut diterima hasil daripada perkhidmatan yang
diberikan.
 Kes Planche lwn Colburn (1831) , plaintif bersetuju menulis dalam majalah
terbitan defendan. Setelah plaintif menulis sebahagian daripadanya, defendan
memberhentikan penerbitan majalah. Mahkamah memutuskan , plaintif
berhak membuat tuntutan Quantum Meruit.

You might also like