You are on page 1of 7

 

PUSAT PENGAJIAN ILMU KEMANUSIAAN

HPA201E/4 MAJOR THEMES IN SELECTED WORLD RELIGIONS

SEMESTER KE-3 SIDANG AKADEMIK 2020/2021

Soalan : Bincangakan Konsep Pemujaan dalam Agama Sikh

Disediakan Oleh: 

Nama: Siti Hadijah Ibrahim

Nombor Matrik: 145120

Disemak Oleh:

Assoc. Prof. Dr. Muhammad Azizan Sabjan

Tarikh Hantar:

24 MEI 2021
PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang terkenal dengan rakyat yang

berbilang bangsa. Rakyat Malaysia mempunyai kebebasan untuk mengamalkan

agama yang mereka anuti. Malah, rakyat digalakkan untuk menghormati agama lain

supaya dapat membentuk sebuah masyarakat yang bersatu-padu. Antara agama yang

diamalkan oleh rakyat Malaysia adalah agama Islam, Budha, Sikh, Kristian dan

banyak lagi. Kaum sikh yang menganuti agama Sikh merupakan kaum minoriti yang

terdapat di Malaysia. Pada peringkat awal kedatangan mereka di Malaysia,

masyarakat lain menganggap mereka sebagai penganut agama Hindu kerana cara

kehidupan yang hampir sama. Sejarah kedatangan kaum sikh ke Tanah Melayu

bermula apabila tentera British yang membawa masuk mereka ke Tanah Melayu

untuk menggunakan tenaga kaum sikh di Tanah Melayu. Menurut Aman Daima

(2017), ada segelintir masyarakat Malaysia sering menganggap penganut agama Sikh

adalah Benggali sedangkan ia tidak ada perkaitan langsung. Sikh membawa maksud

pelajar, bermaksud mempelajari agama tersebut. Ada juga pendapat bahawa sikh ini

berasal daripada perkataan Panjabi yang membawa maksud penganut atau pengikut.

Agama Sikh diperkenalan oleh seorang Guru iaitu Guru Nanak I. Dalam agama Sikh,

penganutnya menyembah Guru seperti menyembah tuhan. Penganut agama Sikh

sangat mengagumkan Guru. Mereka menganggap dan membayangkan Guru sebagai

bayangan tuhan yang membawa ajaran agama Sikh. Oleh itu, penganut agama Sikh

sangat menghormati dan menyembah Guru yang membawa agama Sikh. Guru Nanak

I mulai mengasaskan agama Sikh sejak tahun 1469 sehingga tahun 1539, dan

diteruskan oleh 9 orang Guru Sikh yang lain iaitu, Guru Angad, Guru Amar Das,

Guru Ram Das, Guru Arjan, Guru Har Gobind, Guru Har Rai, Guru Har Krishan,

Guru Tegh Bahadur dan Guru Gobind Singh yang merupakan Guru terakhir bagi

1
agama Sikh (Aman Damia, 2017). Tambahan lagi, perpaduan antara Guru juga

menjadi rukun kepercayaan bagi masyarakat yang beragama Sikh. Setelah tamat

sepuluh delegasi Guru dalam agama Sikh, penganut agama Sikh berpegang kepada

kitab Suchi dan kaum Khalsa yang dianggap sebagai pengganti yang akan memberi

tunjuk untuk penganut agama Sikh meneruskan agama itu. Kitab Suchi yang menjadi

pegangan penganut agama Sikh adalah Guru Granth Sahib yang mengandungi segala

ajaran yang dibawa oleh Guru Nanak. Menurut Elianor Nesbitt (2019), Guru Granth

Sahib merupakan pusat atau panduan bagi penganut agama Sikh dan menjadi amalan

doa, mana pembacaannya adalah secara berterusan selama 48 jam. Oleh itu, penganut

agama Sikh diwajibkan untuk menghormati kitab ini kerana ia merupakan ajaran yang

muktamad bagi penganut agama tersebut (Aman Damia, 2017). Dalam agama Sikh, ia

sangat menentang dan memprotes pemerintahan kuku besi serta sistem kasta yang

terdapat dalam agama Hindu. Oleh kerana agama Sikh menolak sistem kasta maka

kaum lelaki dan perempuan mempunyai hak yang sama dalam menunaikan segala

upacara keagamaan yang terdapat dalam agama Sikh. Tambahan lagi, kaum wanita

dianggap sebagai mulia kerana mereka merupakan seorang ibu yang melahirkan. Jadi

golongan wanita mempunyai hak yang sama, sama ada di dunia atau akhirat. Malah,

penganut agama Sikh tidak pernah menganggap wanita sebagai penghalang untuk

mereka memiliki kebenaran menunaikan ibadah dalam agama ini. Menurut Muhamad

Firmanullah (2020), agama Sikh tidak tertutup untuk orang Punjabi sahaja. Ia

merupakan sebuah agama yang luas dan boleh dianuti oleh sesiapa sahaja. Umum

mengetahui bahawa agama Sikh merupakan sebuah agama yang berpegang dengan

konsep ketuhanan dengan mengaggap tuhan sebagai sebuah kebenaran yang mesti

dipegang dan dipercayai. Menurut Aman Daima (2017), rumah-rumah ibadat bagi

agam Sikh adalah gurdwara yang merujuk kepada bilik yang dikhususkan untuk Guru.

2
Gurdwara adala satu-satunya tempat yang suci bagi penganut agama Sikh

menjalankan upacara ibadat bagi agama ini.

KONSEP PEMUJAAN DALAM AGAMA SIKH

Pada pandangan saya pemujaan membawa maksud menyembah sesuatu yang

bersifat mati tetapi wujud pada pandangan mata kasar. Contohnya, memuja patung-

patung, alam semesta dan roh-roh. Masyarakat yang mengamalkan pemujaan ini

selalunya akan mempersembahkan sesuatu samasa upacara pemujaan itu dengan

menganggap itu seumpama buah tangan atau hadiah yang dipersembahkan kepada

barang yang mereka. Amalam pemujaan ini sangat popular dalam anutan agama

Hindu. Malah, menurut kepercayaan shamanisma juga ada mengamalkan upacara

pemujaan ini. Pemujaan mempunyai konsep yang berbeza dengan penyembahan. Ada

segelintir masyaarakat beranggapan bahawa upacara pemujaan merupakan sebuah

upacara yang karut dan sia-sia. Menurut Firo Har (2013), konsep pemujaan adalah

sebuah upacara dalam amalan sesebuah agama, mana upacara pemujaan diadakan

bagi tujuan tertentu. Antara tujuan pemujaan dijalankan adalah untuk mendapatkan

keberkahan dalam hidup, demi keselamatan dan mengelakkan diri daripada bahaya

dan bala tertentu. Dalam amalam pemujaan seringkali mereka memuja benda-benda

yang tidak bernyawa, tambahan lagi benda yang mereka puja adalah ciptaan manusia

sendiri. Agama Sikh menentang amalan pemujaan sejak diasaskan oleh Guru Nanak

Dev I lagi. Menurut Aman Daima (2017), Guru Nanak Dev I menghalang dan

menentang keras pengikut agama Sikh yang menjalankan upacara memuja dan

menyembah berhala. Ia adalah perbuatan yang sia-sia apabila seseorang itu memuja

atau menyembah sesuatu yang tidak hidup, malah ia merupakan buatan manusia

sendiri. Penganut agama yang mengamalkan pemujaan menganggap apa-apa yang

3
mereka sembah itu mempunyai roh yang mampu memberi mereka perlindungan dan

mengabulkan segala permintaan mereka. Sedangkan, jika difikirkan secara logik ia

sekadar patung-patung yang tidak mampu memberi kelebihan saripada segi batiniah

dan rohaniah.

Walaubagaimana pun, agama Sikh juga adala melakukan pemujaan. Iaitu

pemujaan terhadap tuhan yang satu, kerana kepercayaan penganut agama sikh

hanyalah kepada tuhan sahaja. Menurut Hamid (2020), Guru Nanak Dev I

mempunyai matlamat iaitu menjadi pemimpin bagi penganut agama sikh, supaya

mereka berada dijalan kebenaran tuhan. Oleh kerana matlamat tersebut, Guru Nanak

Dev I telah mewujudkan beberapa sabda yang diisi di dalam kita Guru Granth Sahib

mana sabda-sabda berikut adalah bertujuan untuk memuja tuhan mereka. Selain itu,

konsep memuja tuhan yang dibawa dalam agama Sikh adalah dengan menghafal dan

menyanyikan nama-nama tuhan. Bagi Guru Nanak Dev I, melalui cara ini penganut

agama sikh akan bersikap lebih merendah diri dan menanamkan rasa sayang terhadap

tuhan. Selain itu, sikap memuja tuhan yang satu bagi mereka juga mendorong mereka

untuk menjadi manusia yang lebih bersikap berperikemanusiaan dan menyanyangi

sesama makhluk ciptaan tuhan. Selain daripada amalan menghafal dan menyanyikan

nama tuhan, Penganut agama Sikh turut menunjukkan cara pujaan mereka terhadap

tuhan melalui upacara sembahyang. Menurut Aman Daima (2017), upacara

sembahyang yang penting dalam agama Sikh adalah Naam Japna, Kirt Karni dan

Wand Shakna. Sembahyang-sembahyang ini dilaksanakan sebelum seseorang

penganut itu menjalankan sesuatu aktiviti, pengembaraan atau permulaan hidup yang

baharu. Mereka mempercayai Oleh itu jelaslah bahawa, pegangan teguh terhadap

tuhan membawa kepada keharmonian dan keamanan masyarakat yang menganut

agama Sikh tersebut.

4
Selain daripada memuja Tuhan, penganut agama Sikh juga memuja Guru.

Mereka menganggap Guru sebagai jelmaan tuhan yang menyampaikan ajaran agama

kepada mereka. Kedudukan Guru dalam agama Sikh adalah tinggi dan dimuliakan.

Kesepuluh ajaran agama daripa Guru-Guru Sikh diterapkan di dalam Guru Granth

Singh yang melambangkan bahawa kita Suchi itu adalah Guru seterusnya bagi

membimbing masyarakat Sikh. Menurut Aman Daima (2017), konsep Guru dalam

agama Sikh tidak sama dengan pengertian masyarakat lain. Guru dalam agama Sikh

memperlihatkan dia sebagai seorang insan yang bebas daripada segala kekotoran dosa

dan sangat sempurna pada mata manusia yang lainnya. Tambahan lagi, Guru dalam

konsep agama Sikh tidak perlu tunduk kepada pemerintah, raja-raja atau manusia

yang lainnya. Menurut Aman Daima (2017), penganut agama Sikh perlu

mempercayai Guru, kerana kepercayaan kepada Guru merupakan sebuah prinsip yang

sangat penting yang perlu ada dalam jiwa setiap penganutnya. Tambahan lagi, setiap

Guru Sikh mempunyai pengorbanan dan sumbangan yang berbeza bagi

mensejahterakan agama dan penganut agama Sikh. Oleh itu Jelaslah bahawa,

penganut agama Sikh sangat Memuja Guru mereka kerana Guru adalah perantaraan

manusia dan tuhan yang membawa ajaran agama tersebut.

PENUTUP

Kesimpulannya, kita dapat melihat agama Sikh merupakan sebuah agama

yang berpegang teguh kepada kepercayaan yang dibawa oleh Guru-Guru sebelum ini.

Sehinggalah muncul kitab Suchi Guru Granth Singh yang menjadi pembimbing

mereka untuk terus mengikut ajaran yang sebelum ini dan bagi memastikan agama

Sikh tidak dicemari oleh bawaan agama lain seperti memuja perkara yang tidak

bernyawa. Hal ini kerana, bagi penganut agama Sikh ia merupakan perkara yang sia-

sia.

5
RUJUKAN

Aman Daima. (2017). Sejarah Agama Sikh: Dipengaruhi Agama Wahyu Islam dan

Hindu?. Selangor. Hijjaz Records Publising.

Elianor Nesbitt. (2019). Sikh Prayer and Worship. Diakses pada 15 Mei 2021.

Diambil daripada:

Sikh prayer and worship - The British Library (bl.uk)

Muhamad Firmanullah. (2020). Kedudukan Perempuan dalam Upacara Keagamaan

Menurut Agama Sikh. Diakses pada 14 Mei 2021. Dambil Daripada:

http://repository.uinjkt.ac.id/dspace/handle/123456789/52051

Sikh Naujawan Sabha. (1969). Ugama Sikh. Negeri Sembilan. Sikh Naujawan Sabha

Malaysia.

Yasmin Azmi. (2016). Sejarah dan Kepercayaan Agama Sikh. Diakses pada 14 Mei

2021. Diambil Daripada:

https://maklumatkursus.files.wordpress.com/2016/02/50-3-sejarah-agama-dan-

kepercayaan-agama-sikh.pdf

You might also like