You are on page 1of 3

Permohonan Cuti Bersalin 90 hari Swasta 2020 

Seperti yang diketahui, sektor swasta ada menawarkan kemudahan kepada semua
pekerja berkenaan cuti bersalin 90 hari. Ramai juga yang tidak tahu bahawa seorang
wanita yang berkerja di sektor swasta dan bersalin, layak mendapat cuti sehingga 90
hari.

Hal ini berikutan dengan pemindaan akta kerja 1955 yang mana membolehkan
perkerja swasta wanita boleh mengambil cuti bersalin daripada 60 hari kepada 90
hari.

Berikut adalah cara dan prosedur permohonan cuti bersalin sebanyak 90 hari.

Syarat Kelayakan Untuk Mendapat Cuti 90 Hari

Ini adalah beberapa syarat yang perlu dipenuhi bagi membolehkan anda mendapat
kemudahan ini:

 Bersalin selepas hamil 22 minggu.


 Satu kesalahan kepada majikan jika memberhentikan perkerja di dalam
tempoh bersalin.( Kecuali syarikat ditutup).
 Terhad kepada 5 orang anak untuk mendapat elaun.
 Tidak dibolehkan bercuti 30 hari lebih awal daripada tempoh bersalin.
 Jika perkerja wanita tidak ingin mendapat rawatan, ianya boleh dibatalkan
kelayakan mendapat elaun.

Cara Permohonan Cuti Bersalin

Cara permohonan adalah dengan terus berurusan dari HR syarikat tempat anda


berkerja.

Kami mengucapkan selamat memohon cuti bersalin 90 hari perkerja swasta.

Berita baik buat pekerja sektor swasta.

Kementerian Sumber Manusia telah mempertimbangkan untuk meluluskan permohonan


cuti bersalin swasta dari 60 hari kepada 90 hari.

Golongan bapa juga akan menikmati cuti ‘paterniti’ (cuti isteri bersalin) selama tiga hari.

Timbalan menterinya, Datuk Mahfuz Omar berkata draf pindaan Akta Kerja 1955 telah
pun disiapkan dan akan dibawa ke mesyuarat Kabinet untuk dibentangkan di Parlimen
dalam tempoh terdekat.
Cuti Bersalin Swasta

Berikut beberapa maklumat yang anda perlu tahu tentang maternity leave dan faedah
bersalin (maternity allowance).

Sebelum ini cuti bersalin bergaji hanya sah untuk tempoh 60 hari berturut-turut (Seksyen
37 Akta Kerja 1955).

Antara yang dibincangkan dalam akta tersebut ialah:

 Perkataan digunakan adalah ‘wanita‘ sahaja, maka ia terpakai kepada pekerja


wanita samada berkahwin atau tidak berkahwin.
 Cuti bersalin tidak boleh bermula lebih awal daripada tempoh 30 hari sebelum
bersalin (confinement) seseorang pekerja wanita. (Seksyen 37 (b) AK 1955)
 Cuti bersalin tidak boleh lewat daripada hari berikutnya selepas seseorang
pekerja wanita itu bersalin (confinement). (Seksyen 37 (b) AK 1955)
 60 hari berturut-turut adalah termasuk hari rehat, cuti sakit, cuti umum dsb. Jika
terdapat cuti umum semasa cuti bersalin di ambil, bermakna tiada cuti gantian
atau tambahan untuk pekerja.
Dalam Seksyen 37(2) (c) jelas menyatakan pekerja yang bergaji bulanan yang menerima
gajinya sepanjang cuti bersalin dianggap sebagai telah menerima elaun bersalinnya.

Bermaksud jika anda dibayar gaji sepanjang tempoh cuti bersalin maka anda tidak berhak
untuk menuntut elaun bersalin.

Tuntutan elaun lebih relevan kepada pekerja bergaji hari yang dibayar jika datang kerja
sahaja.

Kelayakkan elaun bersalin ini adalah tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

 Belum mempunyai 5 orang anak atau lebih (‘Anak’ bagi maksud peruntukkan di
atas adalah anak sebenar tidak kira umurnya)
 Dia telah diambil berkerja oleh majikannya pada bila-bila masa dalam tempoh
empat bulan sebelum sahaja dia bersalin
 Dia telah diambil bekerja oleh majikannya bagi tempoh atau tempoh-tempoh
yang berjumlah kesemuannya kepada tidak kurang daripada 90 hari dalam masa
sembilan bulan sebelum sahaja dia bersalin

Akta Kerja 1955

Tahukah anda jika mengikut perundangan golongan bapa di sektor swasta tidak layak
memohon paternity leave.

Berbeza di sektor kerajaan pula di mana golongan bapa menikmati tujuh hari cuti
paterniti bergaji manakala segelintir kakitangan kerajaan negeri diberi cuti sehingga 14
hari.
Namun ada syarikat yang memberikan ehsan cuti paterniti 1-3 hari sahaja.

Selain paternity leave, antara perkara lain yang dibincangkan dalam Akta Kerja 1955 ini
termasuklah:

 pekerja wanita yang bersalin selepas hamil 22 minggu layak menerima cuti
bersalin berbayar seperti wanita mengandung 28 minggu
 adalah menjadi satu kesalahan sekiranya majikan menamatkan perkhidmatan
seseorang pekerja wanita semasa tempoh cuti bersalin kecuali atas alasan
penutupan syarikat
 Subseksyen 37 (C) Akta Kerja 1955, kelayakan cuti bersalin yang dibayar elaun
adalah dihadkan sehingga 5 orang anak dan ia sama seperti mana had kelayakan
bagi pekerja di sektor awam
 tempoh cuti bersalin tidak boleh bermula lebih awal 30 hari sebelum bersalin atau
lewat hari berikutnya selepas bersalin melainkan mendapatkan pengesahan
daripada pegawai perubatan
 pekerja wanita yang gagal atau enggan mendapatkan rawatan yang dianggap
amat perlu untuk kehamilannya, akan terbatal kelayakan mendapat elaun ketika
cuti bersalin

Notis Cuti Bersalin

Mengikut undang-undang, untuk menikmati semua faedah bersalin yang ditetapkan di


dalam kontrak pekerjaan anda, anda mesti memberitahu majikan tentang kehamilan anda
sekurang-kurangnya 4 bulan dari tarikh bersalin.

Notis rasmi ini perlu dihantar ke majikan anda dan jabatan sumber manusia tempat anda
bekerja. Kegalalan memberikan notis boleh mengakibatkan anda tidak layak mendapat
faedah cuti bersalin serta elaun.

Semoga anda jelas tentang cuti bersalin swasta ini.

You might also like