You are on page 1of 3

D21042769

EDUP2082

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN


Semester 1

KUIZ 1 a : Jun 2021

KAMPUS : BATU LINTANG

ANGKA GILIRAN : D 2 1 0 4 2 7 6 9

KOD KURSUS : EDUP2082

KURSUS : PSIKOLOGI PENDIDIKAN

MASA : 30 Minit

JUMLAH MARKAH : 10

ARAHAN KEPADA CALON

1. Buku soalan ini mengandungi satu bahagian sahaja: Bahagian A : 2


soalan struktur pendek
2. Jawab semua soalan dalam Bahagian A

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA


Markah

No. Pemeriksa Pemeriksa Jumlah


Soalan 1 2

1
D21042769
EDUP2082

BAHAGIAN A
2

Jumlah

Bahagian A
(10 Markah)

Jawab semua soalan

1. Psikologi merupakan bidang yang wajib dikuasai oleh setiap pendidik dalam
melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Jelaskan 2
kepentingan bidang psikologi wajib dikuasai oleh seorang pendidik.

[5 Markah]

2. Psikologi pada asasnya merupakan satu disiplin yang mengkaji secara saintifik
tingkahlaku manusia dari segi pemikiran, sikap, perasaan, naluri dan potensi.
Berikan 2 matlamat utama bidang psikologi dapat membantu seseorang pendidik
dalam merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah dengan bersertakan contoh.

[5 Markah]

KERTAS SOALAN TAMAT


D21042769
EDUP2082
2

BAHAGIAN JAWAPAN :-

1. Bidang psikologi sememangnya memainkan peranan penting di dalam


sesebuah aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Ianya wajib dikuasai oleh
setiap pendidik sehingga wujudnya suatu cabang psikologi yang khusus
kepada sector pendidikan, iaitu Psikologi Pendidikan. Antara kepentingan
utama bidang psikologi adalah untuk membantu guru dalam memahami
kecenderungan tindak laku pelajar dan membantu mereka memahami diri
sendiri. Ini kerana apabila guru sudah memahami perasaan pelajar, barulah
beliau dapat menyesuaikan apa yang mahu diajar kepada murid. Contohnya
apabila guru sedar bahawa pelajar sedang sedih, beliau boleh menggunakan
kaedah belajar yang ceria kepada murid tersebut. Bidang psikologi juga
penting kepada guru untuk mengetahui tahap perkembangan pelajar dari segi
fizikal, kognitif, sosial, dan emosi. Pemahaman dalam hal ini adalah vital
dalam proses guru untuk merancang Bahan Bantu Mengajar dan strategi
pedagogi yang tepat kepada anak murid. Contohnya, guru yang mengajar
tadika perlu banyak menggunakan bahan maujud di dalam proses pengajaran
dan pembelajarannya.

2. Matlamat utama bidang psikologi dalam membantu sesorang pendidik


merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam
bilik darjah adalah untuk memberi penerangan yang berkesan kepada para
pelajar. Contohnya apabila guru memahami tahap dan peringkat kognitif
pelajar, maka guru dapat menyediakan bahan yang sesuai untuk
menyampaikan pelajaran kepada mereka. Hasil daripada itu misalannya guru
yang mengajar pelajar tahun 6 akan lebih memfokuskan kepada Kbat dan
perkara-perkara abstrak berbanding perkara konkrit. Selain itu, matlamat
bidang psikologi kepada perancangan pengajaran dan pembelajaran juga
adalah untuk guru membuat ramalan yang tepat terhadap tingkah laku
pelajar. Guru yang menguasai psikologi dapat memberi sebab kepada setiap
tabiat pelajar, dan seterusnya membuat ramalan dan tindakan yang sesuai
dalam mendepani tabiat tersebut. Contohnya guru mengetahui pelajarnya
suka bersaing, jadi dia menggalakkan persaingan sihat dalam pelajaran dan
selalu membuat kuiz di dalam kelas.

You might also like