You are on page 1of 2

Guidelines on The Use of Oil Spill Dispersant in Malaysia 2016

Panduan Penggunaan Dispersant Tumpahan Minyak di Malaysia 2016 (PPDTMM


2016) telah digubal oleh Kerajaan Malaysia dengan tujuan menangani isu tumpahan minyak
di perairan Malaysia. Panduan ini menjelaskan tentang penggunaan bahan pengurai
(dispersant) yang digunakan apabila berlakunya tumpahan minyak di laut. Bahan pengurai ini
mengandungi bahan kimia yang berupaya mengurangkan tekanan antara minyak dan air
sekaligus menyebabkan minyak itu boleh tersebar dalam bentuk titisan yang lebih kecil lalu
larut ke dalam air laut.1 Menurut Fasal 9 PPDTMM 2016, bahan pengurai (dispersant)
disebarkan melalui semburan oleh kapal terbang atau kapal. Oleh itu, permukaan air laut itu
tidak akan dilitupi dengan lapisan tumpahan minyak dan impak tumpahan minyak tersebut
terhadap hidupan marin dapat dikurangkan.

Di samping itu, Fasal 6 hingga 8 PPDTMM 2016 pula menggariskan prosedur


kelulusan penggunaan suatu bahan pengurai (dispersant). Menurut Fasal 6.3, bahan pengurai
(dispersant) tersebut mestilah diuji terlebih dahulu di Institut Penyelidikan Perikanan atau di
mana-mana makmal yang diiktiraf. Fasal 7.2 hingga Fasal 7.4 memperuntukkan bahawa
bahan pengurai (dispersant) yang memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan dan telah
diluluskan oleh Jabatan Alam Sekitar boleh digunakan untuk tumpahan minyak di kawasan
Zon Ekonomi Eksklusif manakala kelulusan daripada Pengarah Negeri Jabatan Alam Sekitar
diperlukan sebelum bahan pengurai (dispersant) boleh digunakan di perairan Malaysia. Akhir
sekali, sebarang penggunaan bahan pengurai (dispersant) perlu dilaporkan. Jadual IV
PPDTMM 2016 telah menggariskan perkara-perkara yang mesti terdapat dalam laporan
tersebut.

Fasal 3 PPDTMM 2016 menyatakan bahawa Jabatan Alam Sekitar telah diberi kuasa
oleh Arahan 20 Majlis Keselamatan Negara untuk menyelia isu tumpahan minyak dan Pelan
Kontigensi Kebangsaan bagi Kawalan Tumpahan Minyak. Sehubungan itu, Fasal 3.2
menyatakan bahawa Pengarah Jabatan Alam Sekitar diberi kuasa untuk memusnahkan,
menghalang dan mengurangkan pencemaran yang melibatkan tumpahan minyak seperti yang
telah termaktub Seksyen 14(1) Akta Zon Ekonomi Eksklusif 1984 dan Seksyen 47 Akta
Kualiti Alam Sekeliling 1974.

Proses pembersihan tumpahan pula bukan sahaja melibatkan Jabatan Alam Skitar
malah melibatkan beberapa agensi kerajaan dan bukan kerajaan yang lain. Rancangan

1
Fasal 1.1 Panduan Penggunaan Dispersant Tumpahan Minyak di Malaysia 2016.
Kontingensi Kebangsaan Kawalan Tumpahan Minyak (RKKKTM) menyatakan bahawa
Pengarah Jabatan Alam Sekitar akan dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kebangsaan
Kawalan Tumpahan Minyak. Sebarang tumpahan minyak akan dilaporkan kepada Pusat
Tumpahan Minyak Kebangsaan lalu tumpahan minyak itu akan dinilai dari segi pergerakan,
jenis minyak dan lokasi tumpahan itu. Keputusan ini akan menentukan cara tumpahan itu
dibersihkan. Kerja-kerja pembersihan tumpahan minyak terbahagi kepada tiga kategori iaitu
strategi pembersihan, Nett Environmental Benefit Analysis dan Teknik Pembersihan
Tumpahan seperti menggunakan bahan pengurai (dispersant).

Selain itu, Jabatan Laut Malaysia juga merupakan salah satu agensi yang memainkan
peranan besar dalam misi pembersihan tumpahan minyak. Rancangan Kontingensi
Kebangsaan Kawalan Tumpahan Minyak (RKKKTM) menggariskan bahawa Pengarah
Jabatan Laut Negeri akan bertindak sebagai pengerusi Jawatankuasa Operasi Negeri jika
berlakunya kejadian tumpahan minyak yang tidak mampu dibendung oleh jawatankuasa
tempatan pada peringkat awal tumpahan minyak berlaku.

Kerjasama antara Jabatan Alam Sekitar dan Jabatan Laut Malaysia dapat dilihat
dalam kejadian tumpahan minyak 12 Oktober 2020. Jabatan Laut Negeri Sembilan dan
Melaka telah mengeluarkan laporan kepada Jabatan Alam Sekitar berkenaan tumpahan
minyak di sebuah pantai di Port Dickson. Hasilnya, sebuah siasatan telah dijalankan oleh
Jabatan Alam Sekitar dan sebuah jawatankuasa telah dipertanggungjawabkan untuk
melakukan kerja-kerja pembersihan. Kes ini disiasat di bawah Seksyen 27 Akta Kualiti Alam
Sekeliling 1974.2 Jadi, kerjasama ini menunjukkan keseriusan kerajaan Malaysia dalam usaha
mengendalikan kejadian tumpahan minyak bagi mengekalkan kelestarian biodiversiti
perairan Malaysia.

2
Temu Ramah bersama Dato' Sri Tuan Ibrahim Bin Tuan Man, Menteri Alam Sekitar dan Air, Kementerian
Alam Sekitar dan Air, Putrajaya, 13 Oktober 2020.

You might also like