You are on page 1of 14

UNIT PENGAJIAN LUAR KAMPUS

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)


UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

SEMESTER OKTOBER 2020 / 2021 (JA202) BPMN3123


ETIKA PENGURUSAN

TUGASAN BERKUMPULAN
DEEPWATER HORIZON (2016)

DISEDIAKAN UNTUK:
DR. ABDUL SHUKOR BIN SHAMSUDIN

NO. NAMA NO MATRIK

1. CHIK LIZA BINTI AHMAD 259839

2. NORAZRINA BINTI AZMAN 260123

3. NURHIDAYAH BINTI MOHAMED ESA 260159

TARIKH SERAHAN
10 JANUARI 2021

0
SENARAI ISI KANDUNGAN

Bil PERKARA MUKA


SURAT
1.0 RINGKASAN FILEM 1-5
2.0 PERBINCANGAN 5-6
2.1 PEKERJA ADALAH ASET SYARIKAT 6-7

2.2 TANGGUNGJAWAB ETIKA 8-9

2.3 TANGGUNGJAWAB MAJIKAN TERHADAP 9 - 10


PEKERJA

2.4 PEMATUHAN TERHADAP PROSEDUR ATAU SOP 10


DALAM DUNIA PEKERJAAN TIDAK BOLEH
DIKOMPROMIKAN

2.5 PEMIMPIN SEHARUSNYA BERTANGGUNG 10-11


JAWAB

3.0 KESIMPULAN 11 - 12
3.1 RUJUKAN 13

1
DEEPWATER HORIZON (2016)

1.0 RINGKASAN FILEM

Filem Deepwater Horizon (2016) adalah sebuah filem yang diarahkan oleh Peter
Berg. Filem ini dibintangi oleh Mark Wahlberg, Kurt Russell, John Malkovich, Gina
Rodriguez, Dylan O'Brien dan Kate Hudson. Filem ini telah di adaptasikan daripada
kisah benar berkenaan peristiwa tumpahan minyak yang berlaku di Teluk Mexico pada
20 April 2010 pada jam 10.00 malam. Ia diambil daripada artikel New York Times
Deepwater Horizon's Final Hours pada 25 Disember 2010 yang ditulis oleh David
Barstow, David Rohde dan Stephanie Saul. Sejak hari pertama filem Deepwater Horizon
ditayangkan, filem ini meraih keuntungan sebanyak $61.433.527 di Amerika Utara dan

2
$60.356.846 di negara lain. Hasil kutipan daripada tayangan filem ini telah meraih
keuntungan sebanyak $121.790.373 di mana ia melebihi anggaran kos penerbitan filem
iaitu sebanyak $110 juta.
Filem Deepwater Horizon telah memberi pengiktirafan terhadap semua pekerja di
pelantar minyak. Di dalam filem ini, ia memberi gambaran tentang pengorbanan besar di
dalam mengajar orang ramai mengenai kepentingan menjaga keselamatan terutamanya
apabila bekerja di dalam bidang yang berkaitan dengan pengurusan minyak dan gas.
Peristiwa ini bermula apabila berlaku satu letupan yang besar pada pelantar cari gali
minyak di luar pantai Louisiana di Teluk Mexico. Peristiwa ini dianggap tumpahan
minyak yang paling teruk dalam sejarah Amerika Syarikat. 11 daripada 126 pekerja telah
mati ekoran daripada peristiwa tersebut dan 17 lagi dilaporkan telah tercedera.
Kisahnya bermula apabila syarikat swasta bernama Transocean yang diberikan
lesen oleh Syarikat Minyak British Petroleum (BP) untuk menggerudi minyak di Pantai
Selatan Louisiana. Projek pembinaan telaga minyak dibawah dasar laut yang
dikendalikan oleh Syarikat Minyak British Petroleum (BP) ini dikatakan mempunyai
masalah kerana tempoh pembinaan telaga minyak tersebut terlalu cepat dan
berkemungkinan simen yang digunakan untuk membina dinding telaga dikatakan belum
cukup matang atau simennya masih belum cukup kering. Sekiranya simen di dalam
telaga tersebut tidak kering sepenuhnya, berkemungkinan besar minyak yang digali akan
bercampur dengan lumpur simen dan ini akan memberi kesan yang berbahaya di dalam
operasi penyedutan minyak ke atas permukaan pelantar minyak.
Kesilapan teknikal ini kemudiannya telah diajukan oleh Penyelia Utama Operasi
penggerudi minyak (Syarikat Transocean) iaitu Jimmy Harrell (Kurt Russell) dan Ketua
Jurutera Eloktronik Mike Williams lakonan Mark Wahlberg terhadap Syarikat Minyak
British Petroleum (BP). Namun begitu, pegawai eksekutif dari Syarikat Minyak British
Petroleum (BP) yang ditugaskan untuk memantau projek tersebut tidak mempercayai
masalah yang telah berlaku walaupun amaran awal telah diberikan oleh Jimmy Harrell
dan Mike Williams. Kedua-dua mereka ini telah memberi amaran mengenai bahaya yang
akan berlaku kepada pegawai eksekutif Syarikat Minyak British Petroleum (BP).
Disebabkan Syarikat Minyak British Petroleum (BP) ini merupakan pemegang

3
telaga minyak yang terbesar dan mempunyai pengaruh yang amat kuat, Syarikat
Transocean yang hanya berkerja dan menerima arahan untuk melaksanakan tugasan
tersebut terpaksa akur di dalam melaksanakan kerja-kerja menggerudi minyak tersebut.
Mereka terpaksa meneruskan aktiviti menggerudi minyak di Pantai Selatan Louisiana
seperti biasa sehingga selesai.
Pada 20 April jam 10.00 malam, akhirnya kebimbangan daripada Syarikat
Transocean terhadap kesan yang akan berlaku apabila projek ini diteruskan menjadi
kenyataan apabila telah berlaku suatu letupan yang besar pada salah sebuah pelantar
carigali minyak di luar pantai Louisiana di Teluk Mexico tersebut. Bacaan tekanan dalam
well (telaga) meningkat secara tiba-tiba. Sejumlah gas telah meresap keluar melalui
(derrick floor) dan mengeluwap dengan pantas di sekitar dinding dan lantai pelantar
minyak akibat cuaca malam yang sejuk tanpa disedari sesiapa pada ketika itu. Selain itu,
sistem pengesan gas yang dipasang untuk mengesan kebocoran gas gagal berfungsi dan
seterusnya mulai merebak ke kawasan yang berbahaya.
Akibatnya, beribu-ribu meter padu air lumpur (mud) bersama gas dan minyak
mentah memancut keluar dari bawah laut ke atas platform Deepwater Horizon tanpa
amaran siren kecemasan. Pancutan lumpur dari perut bumi yang bertekanan sangat tinggi
itu menyebabkan beberapa (oil rigger) yang sedang menjalankan tugas di bawah derrick

4
tower terpelanting ke sana-sini. Pancutan air lumpur ini telah mengakibatkan bahan bakar
yang sensitif ini merebak ke bahagian bilik enjin dan percikan yang berpunca dari enjin
telah mencetuskan letupan dahsyat dan bebola api memenuhi ruang udara Teluk Mexico,
sehingga dilaporkan ia boleh dilihat dari jarak 60 km.
Pada letupan pertama, para pekerja dihujani dengan serpihan kaca dan besi dan
gelombang letupan (explosion wave) ini telah menyebabkan ada pekerja yang
terpelanting dan mengalami kecederaan yang teruk. Di dalam masa yang sama, minyak
mentah dan gas terus memancut keluar dari (well tube) meskipun ada pekerja yang cuba
untuk mengaktifkan sistem blowout preventer (BOP). Ini seterusnya menyebabkan api
terus marak dan masa antara letupan demi letupan bebola appi berlaku dan pekerja-
pekerja yang masih hidup berusaha untuk mencari jalan keluar dari bilik enjin, bilik
kawalan dan bilik kediaman (living quarters).
Akibat bahang panas kesan letupan bahan bakar minyak dan gas menyebabkan
penghuni Deepwater Horizon terpaksa terjun dari deck floor setinggi 60 kaki terus ke
dalam laut untuk menyelamatkan diri. Deepwater Horizon adalah unit penggerudian di
mana sebelum menjalankan aktiviti di Teluk Mexico, ia sudah beroperasi di pelbagai
lapangan telaga minyak sejak tahun 2001. Letupan Deepwater Horizon dan kemusnahan
di persekitaran tersebut yang amat teruk ini telah menjadi salah satu bencana terburuk di

dalam sejarah di Amerika Syarikat.

2.0 PERBINCANGAN

Dalam pada itu, daripada pengenalan mengenai ceria Deepwater horizon ini, yang
boleh dibincangkan adalah sebagai seorang pengusaha yang memiliki syarikat pelantar
minyak mahupun syarikat yang melibatkan nyawa pekerja, beliau perlulah
menitikberatkan hal keselamatan pekerja bawahan beliau kerana mereka ini merupakan
aset yang pertama dalam syarikat.
Kenapa saya berkata sebegitu, ini kerana jika tiada pekerja bawahan yang
melakukan tugasan mereka yang diberikan untuk memberikan yang terbaik kepada
syarikat, syarikat mungkin tidak akan mendapat keuntungan daripada hasil keringat yang

5
telah mereka berikan kepada syarikat. Oleh itu, tidak kira pekerja itu mempunyai pangkat
rendah mahupun tinggi, sebagai seorang pengusaha syarikat tidak boleh pandang rendah
terhadap pekerjanya walhal pengusaha perlu menghargai pekerja mereka.
Disamping itu juga, sebagai seorang atasan, kita perlulah mengambil tahu
masalah yang bakal terjadi di syarikat dan tidak mengendahkan masalah yang
dibentangkan oleh pegawai kita sebegitu sahaja. Ini kerana daripada kejadian yang
berlaku didalam cerita Deepwater Horizon ini.
Dimana kita boleh mengambil pengajaran yang mana pengusaha syarikat ini tidak
mengendahkan Penyelia Utama Operasi penggerudi minyak (Syarikat Transocean) iaitu
Jimmy Harrell (Kurt Russell) dan Ketua Jurutera Eloktronik Mike Williams lakonan
Mark Wahlberg terhadap Syarikat Minyak British Petroleum (BP) mengenai masalah
yang bakal mereka hadapi. Tambahan pula, pengusaha itu mahu operasi diteruskan juga
kerana Syarikat Transocean itu merupakan syarikat pengeluar minyak yang utama pada
masa itu.
Justeru itu, didalam sesebuah syarikat mahupun peniaagaan, kita perlulah
mempunyai etika didalam pekerjaan tidak kira pangkat ataupun mahupun darjat. Jika kita
beretika didalam pekerjaan seharian kita, semestinya kita dibalas dengan layanan yang
baik dan sebaliknya jika kita tidak beretika didalam pekerjaan kita.

2.1 PEKERJA ADALAH ASET SYARIKAT

Pekerja merupakan aset utama yang menggerakkan dan menjayakan


pembangunan sesebuah organisasi itu. Namun begitu, tidak semua syarikat di dalam
sesebuah organisasi itu melihat kepentingan pekerja itu sebagai suatu sumber utama di
dalam kejayaan sesebuah syarikat tersebut. Ini kerana, pekerja dianggap sebahagian
daripada tanggungan kewangan di dalam sesebuah organisasi perniagaan yang
menyebabkan nilai-nilai kemanusiaan seringkali diabaikan oleh majikan. Terdapat
sebahagian syarikat tidak menghargai pekerja yang berkhidmat untuk syarikat mereka
dengan sebaik-baiknya. Kadangkala, pendapat dan pandangan yang diberikan oleh
pekerja ini hanya dipandang enteng dan tidak penting di dalam pembangunan dan
kejayaan sesebuah syarikat itu.

6
Proses penghasilan sesuatu matlamat yang ingin dicapai menghendaki organisasi
syarikat terlibat di dalam urusan dengan pihak luaran dan juga pihak dalaman. Keadaan
ini telah menyebabkan berlakunya konflik yang tidak dapat dielakkan di antara pelbagai
pihak bagi memenuhi kehendak masing-masing.
Begitu juga di dalam jalan cerita filem Deepwater Horizon ini, sikap pihak
Syarikat Minyak British Petroleum (BP) yang begitu angkuh dan tidak menghiraukan
nasihat daripada Syarikat Transocean untuk memberhentikan aktiviti menggerudi minyak
di Pantai Selatan Louisiana. Ini kerana, apabila aktiviti menggerudi minyak ini diteruskan
juga, akan berlaku masalah di kemudian hari.
Namun begitu, disebabkan Syarikat Minyak British Petroleum (BP) ini
merupakan syarikat yang berpengaruh, mereka hanya menganggap nasihat yang
diberikan oleh Syarikat Transocean untuk memberhentikan sementara projek pembinaan
telaga minyak dibawah dasar laut ini hanya sebagai alasan untuk melambatkan proses
menggerudi minyak tersebut. Ini kerana, Syarikat Minyak British Petroleum (BP) yang
mewakili majikan ini hanya ingin mendapatkan keuntungan yang besar dan cepat apabila
selesai projek pembinaan telaga minyak tanpa menghiraukan risiko dan keselamatan
pekerja yang mewakili Syarikat Transocean apabila projek tersebut diteruskan.
Ada juga yang mempertikaikan mengapa gaji mereka yang bekerja ddi pelantar
minyak ini besar. Kejadian yang diadaptasikan di dalam filem Deewater Horizon telah
memperlihatkan mengenai betapa bahaya bekerja di pelantar minyak. Mereka ini ibarat
bertarung nyawa jika belaku sesuatu yang tidak diingini kerana berada jauh di tengah
laut. Sebahagian mereka perlu turun sehingga ke perut bumi untuk menjalankan tugas di
bawah (derrick tower). Ini diperlihatkan di dalam filem Deewater Horizon dimana
apabila letupan berlaku beberapa orang pekerja terpelanting ke sana-sini dari dasar perut
bumi akibat tekanan tinggi.
Di dalam filem ini juga ditayangkan berkenaan sikap kerjasama di dalam ahli
pasukan di mana seorang juruelektrik berusaha membantu mangsa-mangsa lain untuk lari
dari platform dan menjadi orang terakhir terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan diri.
Sikap pekerja ini seharunya diberikan penghormatan dan seharunya diharga oleh pihak
syarikat. Ganjaran yang setimpal seharusnya diberikan bagi menghargai setiap
sumbangan yang diberikan kepada syarikat.

7
2.2 TANGGUNGJAWAB ETIKA

Asas tanggungjawab etika ini di dalam sesebuah syarikat lahir daripada


tanggungjawab moral yang perlu dimiliki oleh kedua-dua pihak iaitu majikan dan
pekerja. Tanggungjawab utama pekerja sememangnya adalah bekerja dengan mematuhi
segala arahan yang diberikan daripada pihak atasan di dalam mencapai matlamat yang
telah ditetapkan oleh majikan.
Namum begitu, sekiranya di dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan oleh
majikan itu akan memberi kesan sampingan pada masa akan datang untuk sesebuah
syarikat, pekerja seharusnya layak memberi nasihat kepada majikan agar tidak
menimbulkan kesan buruk terhadap pembangunan syarikat di kemudian hari. Majikan
pula seharusnya bersikap terbuka di dalam menerima pandangan dan pendapat daripada
pekerja mereka agar dapat bersama-sama saling membantu di dalam pembangunan dan
kejayaan sesebuah syarikat tersebut.
Sikap tidak beretika itu tidak seharusnya berlaku jika pekerja tidak melaksanakan
tanggungjawab yang telah diberikan oleh majikan. Ia adalah salah dan menyalahi
undang-undang apabila tidak mematuhi arahan yang diberikan majikan. Kecuali, pekerja
tersebut memberi nasihat dan pandangan untuk tidak melaksanakan tanggungjawab
tersebut atas alasan akan memberi kemudaratan terhadap penbangunan dan presetasi
syarikat apabila ia diteruskan juga.
Situasi ini dapat dilihat di dalam filem Deepwater Horizon ini di mana Syarikat
Minyak British Petroleum (BP) telah melanggari undang-undang etika dan telah
mengarahkan Syarikat Transocean untuk meneruskan juga projek pembinaan telaga
minyak dibawah dasar laut walaupun telah dinasihati oleh Syarikat Transocean untuk
memberhentikan seketika projek tersebut. Ini adalah kerana, tempoh arahan pembinaan
telaga minyak tersebut terlalu cepat dan berkemungkinan simen yang digunakan untuk
membina dinding telaga dikatakan masih belum cukup kering. Seterusnya, apabila
projek ini diteruskan juga, berkemungkinan besar minyak yang digali akan bercampur
dengan lumpur simen dan ini akan memberi kesan yang berbahaya di dalam operasi
penyedutan minyak ke atas permukaan pelantar minyak. Namun begitu, nasihat dari oleh

8
Penyelia Utama Operasi penggerudi minyak (Syarikat Transocean) iaitu Jimmy Harrell
(Kurt Russell) dan Ketua Jurutera Eloktronik Mike Williams lakonan Mark Wahlberg
terhadap Syarikat Minyak British Petroleum (BP) tidak dihiraukan dan projek itu
diarahkan supaya diteruskan agar segera dapat disiapkan.

2.3 TANGGUNGJAWAB MAJIKAN TERHADAP PEKERJA

Tanggungjawab hakiki yang sememangnya diketahui di dalam organisasi


sesebuah syarikat adalah pekerja perlu melaksanakan arahan yang diberikan oleh majikan
di dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan. Bagi majikan pula, mereka perlu
memberikan ganjaran, menjaga keselamatan dan kesihatan pekerja yang telah
memberikan sumbangan di dalam menjayakan matlamat yang telah ditetapkan oleh
syarikat.
Di dalam sesebuah organisasi, setiap tahu dapat dilihat ramai pekerja yang terlibat
dengan kemalangan di tempat. Kesedaran terhadap keselamatan di tempat kerja
kadangkala dipandang ringan oleh sebahagian majikan di dalam sesebuah organisasi
syarikat itu. Kebanyakan pekerjaan mempunyai risikonya. Namun, sikap mengambil
berat majikanterhadap keselamatan pekerja itu harus diteliti dan diambil berat dengan
sebaiknya. Ini kerana, ia akan memberi kesan yang baik atau buruk bergantung kepada
sikap peduli yang diambil oleh majikan terhadap pekerjanya.
Di dalam jalan cerita filem Deepwater Horizon ini, dapat dilihat sikap sambil
lewa Syarikat Minyak British Petroleum (BP) yang tidak ambil peduli nasihat daripada
Penyelia Utama Operasi penggerudi minyak daripada Syarikat Transocean yang
memberitahu kesan yang akan berlaku jika meneruskan juga projek pembinaan telaga
minyak di dalam masa yang singkat. Akibatnya, berlakunya suatu letupan yang besar
pada salah sebuah pelantar carigali minyak di luar pantai Louisiana di Teluk Mexico pada
20 April jam 10.00 malam. Letupan ini berlaku disebabkan berlakunya kekurangan
struktur di dalam sistem pembinaan telaga minyak dibawah dasar laut tersebut.
Nasihat awal yang diberikan oleh Penyelia Utama Operasi penggerudi minyak
daripada Syarikat Transocean terhadap Syarikat Minyak British Petroleum (BP) ini
akhirnya telah menyebabkan berlakunya kemusnahan di persekitaran tersebut yang amat

9
teruk dan telah menjadi salah satu bencana terburuk di dalam sejarah di Amerika

Syarikat. Sikap sambil lewa daripada Syarikat Minyak British Petroleum (BP) ini telah
menyebabkan 11 daripada 126 pekerja telah mati ekoran daripada peristiwa tersebut dan
17 lagi dilaporkan telah tercedera. Keangkuhan ini telah memberi kesan buruk terhadap
nama baik Syarikat Minyak British Petroleum (BP) yang sebelum ini merupakan
pemegang telaga minyak yang terbesar dan berpengaruh di Amerika Syarikat.

2.4 PEMATUHAN TERHADAP PROSEDUR ATAU SOP DALAM DUNIA


PEKERJAAN TIDAK BOLEH DIKOMPROMIKAN.

Tragedi Deepwater Horizon boleh berlaku kerana terdapat prosedur kerja yang
tidak diendahkan atau dipandang rendah, terutama mengenai standard keselamatan kerja.
Tindakan pegawai BP meremehkan proses pengujian simen, dengan menarik pasukan
dari Schlumberger, dengan alasan ditekan oleh masa, akhirnya mengakibatkan
kemalangan yang mengorbankan 11 orang dan mencemarkan alam sekitar yang teruk dan
menyebabkan ekosistem kehidupan laut telah mati.

Setiap bidang pekerjaan yanng berat dan berbahaya seperti petroleum dan gas
mempunyai SOP yang tinggi untuk diikuti. Ini kerana setiap tindakan yang dibuat

melibatkan nyawa manusia dan juga kehidupan yang lain. Pengajaran yang harus

dipelajari oleh semua penonton filem ini, tanpa mengira latar belakang atau pangkat
seseorang mestilah mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) demi keselamatan dan
kepentingan bersama, walaupun kelihatan remeh dan membosankan. Jangan sekali-kali
berkompromi atau menurunkan ‘standard’ kita kerana risikonya boleh membawa maut.

2.5 PEMIMPIN SEHARUSNYA BERTANGGUNG JAWAB. 

Dalam filem ini, kepimpinan yang ditunjukkan oleh Tuan Jimmy selaku
ketuaprojek penggerudian Deepwater Horizon amatkah mengkagumkan. Beliau adalah
yangyang pertama yang terus memprotes keputusan BP untuk mengabaikan ujian simen.

10
Beliau bahkan pergi ke pejabat BP yang berpangkat tinggi dan tidak teragak-agak untuk
menghadapinya di ruang pertemuan, sebelum akhirnya terpaksa menyerah kerana tekanan
dari pegawai BP. Cedera parah, Tuan Jimmy cuba terus memimpin dan memberi arahan,
dan membiarkan "pemimpin palsu" dari BP pergi ke kapal penyelamat dan
menyelamatkan dirinya. Sekiranya dia tidak cedera parah dan dipaksa oleh Mike
Williams, saya yakin Tuan Jimmy tidak akan meninggalkan pelantar di kapal
penyelamat, dalam keadaan di mana pelantar mula hancur.

Kepimpinan Tuan Jimmy juga ditunjukkan ketika semua anak buahnya


dievakuasi, dia juga ingin memastikan keselamatan mereka dengan memanggil nama
mereka satu persatu. Sebagai pemimpin, setiap orang di bawah kepimpinannya mewakili
sebahagian daripada keluarga. Tidak hairanlah ketika dia memanggil nama seseorang,
maka tidak ada yang menjawab (maksudnya nama yang disebutnya meninggal dalam

kejadian itu), Tuan Jimmy sangat sedih. Sementara itu, dari lakonan Mike Williams,

dapat dipelajari mengenai dua perkara pertama iaitu, pemimpin mesti berada di
penghujungnya, dalam situasi yang tidak selesa. "Mike membuktikan kemampuan
kepemimpinannya dengan menjadi orang terakhir yang melompat dari pelantar. Kedua,
pemimpin harus berani mengambil risiko, dengan mengorbankan dirinya sendiri, bukan
orang yang dipimpin. Mike menunjukkan bahawa ketika menuju ke sisi lain rig untuk
menghidupkan generator, dia berdepan dengan risiko untuk mati akibat letupan atau
boleh terkena api marak di sekitar kawasan yang dilaluinya.

3.0 KESIMPULAN

Pengajaran yang boleh dipelajari dalam filem “Deepwater Horizon” ialah


tindakan atau keputusan yang dibuat dalam sesebuah organisasi akan memberi kesan
kepada seluruh organisasi samada baik atau buruk. Ini dilihat jalan cerita ini di mana
pegawai eksekutif yang diberi kuasa untuk menilai kualiti pembinaan telaga minyak
mengeluarkan arahan untuk syarikat Transocean meneruskan proses menggali minyak.
Syarikat Transocean dilihat tersepit kerana pendapat mereka tidak diendahkan oleh

11
Syarikat British Petroluem (BP). Seharusnya Syarikat BP hendaklah melakakukan kajian
yang lebih mendalam dengan mengambil pendapat orang lain yang lebih lama dan
berpengalaman dalam mengendalikan sesuatu kes.
Begitu juga dalam pengurusan organisasi, majikan seharusnya berbincang dan
mengambil pendapat anak buah yang lain tanpa mengira pangkat dalam menyelesaikan
sesuatu masalah. Tindakan dan keputusan yang dibuat oleh Syarikat BP telah
menyebabkan ramai yang terkorban dan memberikan kesan buruk kepada alam sekitar
dan juga penduduk yang berdekatan dengan kejadian tersebut. Kerugian berjuta- juta
telah dilaporkan disebabkan perasaan tamak dan mementingkan keuntungan semata-
semata dengan mengambil jalan yang mudah.
Setiap keputusan yang dikelurkan seharusnya dikaji samada memberikan
kebaikan atau memberi risiko yang merbahaya kepada orang lain.Campur tangan politik
atau kuasa luar dalam sesebuah pegurusan organisasi juga dilihat menjadi punca dalam
kelemahan pentadbiran. Begitulah juga yang terjadi kepada Syarikat BP , mereka
sebenarnya sebuah syarikat yang terpenting dan mempunyai kepentingan dalam
pentadbiran kerajaan dan dilihat terdesak membuat keputusan yang tidak sepatutnya
kerana terdapat desakan dari pengurusan tertinggi yang sentiasa memikirkan keuntungan
yang berlipat ganda. Orang-orang bawahan sentiasa menjadi mangsa keadaan dan akur
dengan pihak pengurusan yang tidak beretika ini.
Suatu organisasi di dalam sesebuah syarikat mempunyai struktur yang
menghubungkan pekerja dan majikan dimana ia mempunyai tanggungjawab masing-
masing. Pekerja sebagai seoarang yang menerima arahan daripada majikan harus
melaksanakan tugasan yang diberikan secara beretika asalkan tidak melanggari undang-
undang yang sepatutnya diikuti. Bagi majikan pula, mereka seharusnya menjaga hak-hak
asasi pekerja dari segi keselamatan dan kesihatan pekerja agar sumbangan dapat terus
diberikan dengan baik oleh pekerja. Pandangan dari sudut positif juga seharusnya
diterima secara baik oleh majikan agar organisasi di dalam sesebuah syarikat dapat
bersama-sama bergerak maju ke hadapan untuk mencapai matlamat yang ingin dicapai.
Pekerja dan majikan saling berkait rapat di antara satu sama lain yang menjadi elemen
penting dalam persekitaran dalaman sesebuah organisasi itu.

12
4.0 RUJUKAN

1) https://tirto.id/sinopsis-deepwater-horizon-kisah-nyata-insiden-di-teluk-meksiko-
fXAR
2) https://www.cnnindonesia.com/hiburan/20201118141029-220-571352/sinopsis
deepwater-horizon-tayang-di-trans-tv-malam-ini
3) Nota Pace
4) https://ms.wikipedia.org/wiki/Deepwater_Horizon_(filem)
5) https://www.thevocket.com/deepwater-horizon/

13

You might also like