You are on page 1of 8

PENERIMA TV

Televisyen ialah satu alat penerima isyarat video dan audio.


PRINSIP ASAS KENDALIAN PENERIMA TV

Blok asas penerima TV 

 Pada bahagian penerima, isyarat yang dipancar akan dipintaskan oleh antena.  
 Isyarat yang diterima akan dikuatkan dan dihantar ke litar pengesan suara oleh
gambar. 
 Pada bahagian ini, kedua-dua isyarat akan dipisah dan diubah semula kepada
isyarat audio dan video yang asas. 
 Proses pengimbasan akan disusun semula untuk menghasilkan gambar.
 Proses ini akan dilalui apabila isyarat video digandingkan dengan ti ub gambar.
 Bagi tujuan ini, isyarat penyegerakan yang diterima sebagai sebahagian isyarat
video komposit akan digunakan sebagai isyarat rujukan.  
 Bagi penghasilan bunyi pula, isyarat audio akan digandingkan dengan pembesar
suara.

RAJAH BLOK PERINGKAT-PERINGKAT PENERIMA TV

WARNA 
Gambar rajah blok penerima TV warna.

FUNGSI SETIAP BLOK PENERIMA TV WARNA


Info khas 

 Kroma ialah maklumat gambar warna


 Isyarat lar (Y) ialah maklumat gambar monokrom (hitam-puti h)  
 Raster adalah cahaya yang terhasil pada layer ti ub gambar, dengan adanya alur
electron yang depesongkan dari kiri ke kanan dan dari atas ke bawah pada skrin
ti ub gambar. 
 Penguat kroma : menguatkan isyarat warna.  
 Matriks : menghasilkan warna merah, hijau dan biru untuk memacu senapang
electron pada ti ub gambar.
Mengenal pasti litar dan komponen utama seti ap peringkat. Gambar dibawah
menunjukkan sebahagian bahagian-bahagian sebuah penerima TV warna:

 Bahagian penala. 
 Bahagian IF video. 
 Penguat video
 Bahagian bekalan kuasa voltan rendah

Papan tercetak utama sebuah penerima TV warna.  

 Bahagian Audio - Didalam penerima TV bahagian audio ini terletak pada


peringkat dimana ianya disambung ke pembesar suara.    
 Bahagian warna Gambar

Penguat pemacu merah (R), hijau (G) dan biru (B)

 Bahagian pesongan

menunjukkan gambar foto bahagian pesongan ufuk dan voltan ti nggi


 
Gelung pesongan (gegelung dening)

PENGUJIAN DAN KESELAMATAN

Mengesan kerosakan Sebuah penerima TV yang baik mesti mempunyai gambar yang
jelas bermutu dan baik. Alat uji yang digunakan untuk menguji dan mengesan
kerosakan adalah seperti berikut:

 Penjana corak ujian


 Penjana isyarat audio 
 Penjana isyarat RF 
 Osiloskop 
 Meter pelbagai

Gambar dibawah menunjukkan alat uji yang biasa digunakan untuk menguji dan
mengesan kerosakan.
Langkah-langkah mengesan kerosakan

 Dapatkan corak ujian pada skrin TV dengan kaedah memasukan isyarat corak
ujian bar warna dari penjana isyarat corak ujian ke masukan antena TV warna.  
 Kenalpasti simptom kerosakan seperti dalam jadual dibawah. Gunakan alat uji
yang sesuai untuk mengesan kerosakan:
-Menyurih isyarat menggunakan osiloskop atau menyunti k isyarat menggunakan
penjana isyarat untuk menentukan peringkat rosak.
-Mengukur voltan pada seti ap kaki transistor, IC dan talian bekalan kuasa pada
peringkat yang telah dikesan rosak.
-Mengukur kerintangan pada komponen yang rosak untuk menentukan jenis
kerosakannya.

Gambar bergulung ke atas atau ke bawah


 Gambar berkoyak

 Raster satu garisan ufuk

Gambar Bersalji

LANGKAH-LANGKAH KESELAMATAN

Keselamatan diri
 Anda merupakan individu yang melakukan tugas atau kerja. Kecuaian semasa
melakukan kerja boleh mengakibatkan kemalangan diri anda. Oleh yang demikian
dengan mematuhi peraturan keselamatan dengan betul amatlah penti ng demi untuk
mengelakkan diri daripada terlibat dengan sebarang kemalangan. Antara peraturan
yang perlu diikuti dan diamalkan adalah :  

 Cara berpakaian
- Memakai pakaian bengkel
- Memakai kasut bertebat dan bertumit rendah
- Tidak memakai barang kemas - Tidak memakai tali leher  
 Sikap
- Senti asa mematuhi arahan
- Merancang akti viti sebelum memulakan kerja
- Melaporkan sebarang kerosakan
- Menggunakan alat yang betul
- Menggunakan alat mengikut prosedur yang ditetapkan  
 Fizikal
- Sihat
- Tidak rabun warna
- Jelas penglihatan 

Keselamatan alat 

Sebelum melakukan akti viti , pasti kan : 

 Keadaan tempat kerja baik dan sempurna.  


 Peralatan ujian dalam keadaan baik. 
 Peralatan tangan dalam keadaan baik.

 
Semasa melakukan akti viti , pasti kan :  

 Menggunakan peralatan tangan yang sesuai dan betul.  


 Punca sambungan voltan bekalan AC dilindungi untuk mengelakkan dari
tersentuh. 
 Menggunakan julat alat mengukur dengan betul.  
 Kekutuban meter volt dc disambung dengan betul apabila membuat pengukuran
voltan dc. 
 Voltan bekalan radio dimati kan apabila membuat pengukuran rintangan.

Selepas melakukan akti viti , pasti kan : 

 Alat ujian berfungsi dengan sempurna.  


 Mati kan bekalan kuasa. 
 Peralatan disusun dengan kemas. 
 Keadaan tempat kerja kemas. 
 TV adalah salah satu alatan elektronik yang ti dak mempunyai sambungan bumi
dan casis TV juga adalah ‘hidup’ (live), pengubah pemencil perlulah digunakan
untuk mengelakkan dari litar pintas keti ka menggunakan alat uji.  
 Gunakan kuar voltan ti nggi (kV) apabila mengukur voltan anod ti ub gambar.
Pasti kan anda meminta kebenaran guru terlebih dahulu sebelum membuat
pengukuran voltan ti nggi. 
 Melakukan kerja secara teliti dan sabar adalah satu amalan yang perlu ada
semasa kerja mengesan kerosakan sebab bukan mudah untuk mengesan sesuatu
kerosakan itu.

You might also like