You are on page 1of 2

bank soalan

Bab
Pendekatan Sejarah Seni Visual
10
Soalan Struktur

1 Terdapat beberapa perbezaan pengolahan karya dalam kaedah untuk mendekati aspek
sejarah dalam seni visual. Berdasarkan penyataan di atas, berikan perbezaan penyataan
perkataan di bawah.
(a) Idealisasi
(b) Representasi

Soalan Esei

1 Gaya penampilan merupakan salah satu pendekatan yang digunakan dalam mengaitkan
sejarah dalam sesebuah karya seni visual. Bincangkan.

ACE AHEAD  Seni Visual Penggal 1, 2 & 3


© Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018 1
Jawapan Cadangan
Soalan Struktur

1 (a) Idealisme – karya yang dipersembahkan melibatkan/merujuk aspek kepercayaan,


contohnya karya yang berkaitan dengan imej keagamaan. Imej biasanya diolah
dengan cara melebih-lebihkan sifat imej yang ada.
(b) Representasi – cara pengolahan karya yang dipersembahkan dengan gaya
penceritaan kepada audiens dengan kaedah dialog atau naratif.

Soalan Esei

1 • Gaya penampilan ialah cara imej dalam sesebuah karya dipersembahkan dan
menyentuh soal gaya/cara imej dipersembahkan seperti olahan imej realistik, separa
abstrak atau abstrak. Ia bertujuan untuk menyampaikan pelbagai maksud, emosi
atau ekspresi melalui sesuatu karya
• Gaya penampilan dalam sesebuah karya disampaikan secara realistik. Realistik
bermaksud gaya penampilan imej yang dipersembahkan dengan gambaran yang
sebenar dan hampir sempurna dengan imej asal yang ditiru
• Gaya penampilan juga disampaikan secara separa abstrak. Separa abstrak
bermaksud gambaran imej sebenar yang diubah suai dan dipermudahkan atau
dimujarabkan. Walau bagaimanapun imej tersebut masih dikenali dan masih
mempunyai ciri-ciri sebenar imej asal yang digambarkan
• Gaya penampilan karya juga disampaikan secara abstrak. Abstrak dalam gaya
penampilan karya seni ialah gambaran yang dipermudahkan (di mujaradkan) dari
segi bentuk dan imej sebenar. Olahan karya abstrak diolah pada bentuk dan kualiti
objek kepada rupa bentuk yang mustahak atau asas sahaja. Kadangkala imej
abstrak sukar dikenali dan sangat berbeza dengan imej asal

ACE AHEAD  Seni Visual Penggal 1, 2 & 3


2 © Oxford Fajar Sdn. Bhd. 2018

You might also like