You are on page 1of 1

TUGASAN SEJARAH

TINGKATAN 2
2020
SOALAN 1

Tema: Kesultanan Melayu Melaka Sebagai Asas Kerajaan Masa Kini

Standard Kandungan: Kesultanan Johor Riau dan Kerajaan-kerajaan Melayu

Pernyataan Masalah:

Kesultanan Johor Riau mewarisi dan meneruskan kegemilangan Kesultanan Melayu Melaka.Kepimpinan Kesultanan
Johor Riau berjaya menghadapi cabaran kearah kegemilangan. Buktikan.

Persoalan Kecil:

i) Nyatakan cabaran yang dihadapi oleh Kesultanan Johor Riau untuk mempertahankan kedaulatannya.
ii) -Huraikan kegemilangan yang dicapai oleh Kesultanan Johor Riau.
-Jelaskan strategi Kesultanan Johor Riau untuk mengatasi cabaran tersebut.
iii) -Berikan cadangan anda untuk mengekalkan kedaulatan negara.
-Pelbagai cabaran dihadapi kearah membentuk negara maju. Bagaimanakah langkah yang perlu diambil
untuk mengatasi cabaran tersebut. Beri pendapat anda.

Objektif Kajian:

i) Menyatakan cabaran yang dihadapi oleh Kesultanan Johor Riau untuk mempertahankan kedaulatannya.
ii) -Menghuraikan kegemilangan yang dicapai oleh Kesultanan Johor Riau.
-Menjelaskan strategi Kesultanan Johor Riau untuk mengatasi cabaran tersebut.
iii) Menilai kepentingan sifat kepimpinan dalam pembinaan negara.

SOALAN 2

TEMA: Kesultanan Melayu Melaka Sebagai Asas Kerajaan Masa Kini

Standard Kandungan: Kesultanan Melayu Melaka

Pernyataan Masalah:

Pada abad ke-15M, Melaka telah berjaya mencapai kejayaan yang lebih besar kesan daripada kegiatan
perdagangan yang semakin berkembang pesat. Benarkah kegemilangan pelabuhan kerajaan Melayu Melaka pada
abad ke-15M menjadikan Melaka terkenal di seluruh dunia?

Persoalan Kecil:

i) Nyatakan faktor kegemilangan Melaka pada abad ke-15M?


ii) Senaraikan kemudahan-kemudahan yang disediakan di pelabuhan Kerajaan Melaka.
iii) -Huraikan peranan pemerintah dalam menarik pedagang luar untuk berdagang di Melaka?
-Pelbagai cabaran dihadapi untuk mengekalkan kegemilangan negara Malaysia. Beri hujah anda.

Objektif Kajian:

i) Menyatakan faktor kedudukan Geografi yang menjadikan pelabuhan Kerajaan Melayu Melaka tempat yang
strategik.
ii) Menyenaraikan faktor-faktor yang mendorong Melaka muncul sebagai sebuah pelabuhan entrepot pada
abad ke-15M.
iii) -Menghubungkaitkan kematangan hubungan luar dengan kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka.
- Menilai kepentingan sifat kepimpinan dalam pembinaan negara.

You might also like