You are on page 1of 5

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS PENDIDIKAN ISLAM

TUGASAN KERJA KURSUS (ALTERNATIF )

TAHUN AKADEMIK: 2021

Program: PISMP Nama Pelajar:

Kod: MPU3062 Semester/Tahun: 1 / 2

Ambilan: Jun 2020


Nama Kursus: Kokurikulum- Unit
Beruniform PISMP3.01, 3.02, 3.03, 3.04, 3.05, 3.06, 3.07,
3.08, 3.09

Tugasan Tarikh Mula Tarikh Hantar

1. Buku Log/Folio 05/07/2021 14/07/2021

2. Perancangan Orientasi UB (SR) 13/09/2021 17/09/2021

3. Pengurusan Perkhemahan 02/08/2021 06/08/2021

4. Ujian Kawad Kaki 14/08/2021 20/08/2021

5. Ujian Ikatan Simpulan 14/08/2021 20/08/2021

6. Ujian Asas Pertolongan Cemas 14/08/2021 20/08/2021

7. Ujian Kraf Perkhemahan (Kumpulan) 14/08/2021 20/08/2021

8. Ujian Masakan (Kumpulan) 14/08/2021 20/08/2021

Hasil Pembelajaran :
1. Menjelaskan perlembagaan, sejarah, struktur dan organisasi serta pengurusan dan
pentadbiran unit beruniform Pengakap / Pandu Puteri Kadet / Bulan Sabit Merah Malaysia /
Pergerakan Puteri Islam Malaysia / Kadet Remaja Sekolah yang diperolehi dari pelbagai
sumber. ( C2, LO1, LO6, LL1)
2. Menyediakan perancangan orientasi unit beruniform sekolah (C6, LO1, LO3, CTPS2)
3. Mengaplikasikan kemahiran kepemimpinan dalam pengurusan serta persiapan
perkhemahan Unit Beruniform. (A4, LO2, LO9, LS3)
4. Mempamerkan kemahiran asas dalam aktiviti semasa perkhemahan Unit Beruniform secara
individu dan berkumpulan. (P4, LO2, LO5, TS2)
Kerja kursus ini menilai Hasil Pembelajaran 1, 2, 3 dan 4

Objektif projek :
Pelajar dapat melaksanakan tugas-tugas berikut:
1. Menerangkan perlembagaan, sejarah, struktur dan organisasi serta pengurusan dan
pentadbiran unit beruniform yang diperolehi dari pelbagai sumber dalam buku log
2. Menghasilkan perancangan orientasi unit beruniform di sekolah rendah
3. Melaksanakan kemahiran kepemimpinan dalam pengurusan serta persiapan perkhemahan
Unit Beruniform dalam tiga tahap iaitu sebelum, semasa dan selepas.
4. Menunjukkan secara praktikal kemahiran asas dalam aktiviti semasa perkhemahan Unit
Beruniform secara individu dan berkumpulan

Tugasan Kerja Kursus / Projek (100%)

Perancangan dan pengelolaan aktiviti unit beruniform akan berkesan dan berjaya dilaksanakan
sekiranya guru pemimpin unit beruniform berkemahiran dan berupaya merancang mengurus
dan mentadbir dengan baik dan sempurna. Sehubungan itu, tugasan ini memberi ruang
kepada bakal pemimpin unit beruniform untuk menguasai kemahiran asas dalam unit
beruniform. Bagi tujuan tersebut maka para pelajar dikehendaki melaksanakan tugasan berikut:

Tugasan 1:
Penulisan buku Log dalam bentuk salinan lembut ( Soft Copy) (20%)

Menjelaskan dengan lengkap perkara-perkara berikut:

i. Perlembagaan
ii. Sejarah
iii. Struktur dan Organisasi
iv. Pengurusan dan Pentadbiran

Tugasan 2:
Penyediaan Perancangan Orientasi Unit Beruniform Sekolah Rendah dalam bentuk penulisan
salinan lembut (Soft Copy). (10%)

Menerangkan perkara yang berkaitan;

i. Program unit beruniform di sekolah rendah


ii. Merancang program
iii. Program jangka pendek dan panjang
Tugasan 3:
Melaksanakan kemahiran kepemimpinan dalam pengurusan serta persiapan
perkhemahan Unit Beruniform dalam tiga tahap iaitu sebelum, semasa dan selepas.(10%)
Menyediakan power point taklimat salah satu daripada jawatan atau tugas yang wujud dalam
kertas kerja perkhemahan tersebut.

Tugasan 4:
Rakaman Kawad kaki (10%)
Kemahiran sepuluh bahasa hukuman beserta pergerakan kawad kaki yang di buat serentak.

1. Melapor dalam keadaan sedia


2. Senang diri dan sedia
3. Bergerak ke kiri pusing
4. Menghadap kebelakang
5. Menghadap kehadapan
6. Bergerak ke kanan pusing
7. Cepat jalan
8. Selaku terima sijil dalam masa cepat jalan
9. Berhenti
10. Menghadap ke hadapan dan keluar baris.

Tugasan 5:
Rakaman Ujian Ikatan dan Simpulan (20%)
Kemahiran membuat simpulan dan ikatan:
i. Simpulan (Enam jenis simpulan asas)
a. Simpul manok
b. Simpul Buku Sila
c. Simpul Tindih Kasih
d. Simpul Bunga Geti
e. Simpul Balak
f. Simpul Belit

ii. 3 Jenis Ikatan


a. Seraya
b. Serong
c. Lilit kacang

Tugasan 6:
Ujian Asas Pertolongan Cemas (10%) power point
Menyediakan power point berkaitan perkara di bawah
i. Anduh dan Balutan
ii. Merawat luka dan gigitan
iii. Melecur Pitam dan patah
iv. Keracunan dan terseliuh
v. Pemulihan dan pernafasan
Tugasan 7:
Rakaman Ujian Kraf Perkhemahan (berkumpulan ) (10%)
Pengurusan khemah ( buka, pasang dan kemas khemah ). Mendirikan khemah menggunakan
khemah jenis Dorm Tent, Jenis A atau bahan-bahan yang sesuai untuk membina khemah.

Tugasan 8 :
Rakaman Ujian masakan (berkumpulan ) (10%)
Menyediakan 1 jenis masakan dengan menyatakan menu, cara penyediaan dan persembahan
masakan yang menggunakan salah satu kaedah memasak di bawah

i. Masakan solar ATAU


ii. Masakan rimba

Arahan Pelaksanaan Tugasan:

Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus


1. Tugasan ini adalah tugasan secara individu dan berkumpulan (2/3 orang). Tugasan
terdiri dari penyediaan buku log (individu) dan Amali kemahiran (berkumpulan)
2. Anda boleh bergerak secara kolaboratif untuk mengumpul maklumat.
3. Format penulisan tugasan adalah seperti berkut :
3.1. Muka depan hendaklah mengikut templat terkini
3.2 Fon Arial
3.3. Saiz huruf ialah 11
3.4 Langkau 1.5 baris
3.5 Rujukan mengikut format APA (American Psychological Association)
3.6 Lampiran adalah wajib
3.7 Jawab dalam Bahasa Melayu

4. Rujukan tidak termasuk dalam jumlah pengiraan muka surat


5. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali
6. Tugasan ini membawa markah 100%

Disediakan oleh: Disemak oleh:

Halimi naharawi Ahmad Mohzir


(Nama: HALIMI BIN NAHARAWI ) (Nama :AHMAD MOHZIR BIN ABU BAKAR)
Pakar Bidang (SME) / Penyelaras Kursus /
Pensyarah / Penyelaras Kursus Pensyarah Kanan

Disahkan oleh:

Wan Nazrol Wan Noh


__________________________
(Nama: WAN NAZROL BIN WAN NOH)
Ketua Unit,
Unit Kokurikulum,
IPG Kampus Pendidikan Islam

You might also like