You are on page 1of 1

Latihan

Kenal pasti kesalahan frasa nama yang terdapat dalam ayat-ayat di bawah.
Tulis frasa yang tepat dalam ruangan jawapan.

Bi Ayat Jawapan
l
1 Abang saya merupakan pengusaha telur ayam yang sangat popular di ayam telur
kawasan Sekinchan.
2 Fatimah membeli lima biji ayam telur di Kedai Runcit Haji Sabu yang telur ayam
terletak di bandar kecil itu.
3 Beliau sedang menikmati kehijauan padi sawah sambil bersyair di sawah padi
bawah pokok yang rendang.
4 Tauke Lim membeli 200 kilogram sawah padi daripada Haji Daud yang padi sawah
sangat kaya di kampung kami.
5 Kami sebak apabila mata air anak muda yang kematian isteri tersayang air mata
itu jatuh bercucuran.
6 Mereka menemukan air mata semasa berkhemah di tepi hutan yang mata air
terletak di kaki gunung.
7 Nenek saya tidak suka makan telur kuning kerana berkolesterol tinggi kuning telur
dan kurang sesuai dengan warga emas.
8 Pengantin perempuan meletakkan kuning telur pada pulut tersebut telur kuning
untuk diberikan kepada tetamu.
9 Warna kegemaran Puan Sharifah Bahum ialah laut biru manakala anak biru laut
perempuannya pula menyukai warna kuning langsat
10 Tuan Salim dan keluarganya suka akan permandangan biru laut yang laut biru
amat mendamaikan
11 Ibu yang suka pokok hijau daun itu membelinya di sebuah kebun bunga daun hijau
yang berdekatan
12 Adik saya memakai baju kurung yang berwarna daun hijau manakala hijau daun
ibu saya memakai baju kebaya yang dijahit oleh nenek.

You might also like