You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN PERMATANG PASIR

KERTAS KERJA

PROGRAM 1 MURID 1 BUKU

PERINGKAT SEKOLAH 

DI BAWAH DASAR MEMARTABAT BAHASA MALAYSIA

DAN

MEMPERKUKUH BAHASA INGGERIS

(MBMMBI)

TAHUN 2012

1. Nama Program  :
   

”1 Murid 1 Buku”

2.  Latar belakang program

     Program 5 minit Membaca Bersama termasuk dalam Program Galakan Tabiat membaca.

Ia merupakan salah satu aktiviti utama dibawah Program Memartabatkan Bahasa Melayu dan

Memperkasakan Bahasa Inggeris di bawah agenda Kementeri Pelajaran Malaysia . Ia

merupakan anjuran bersama Panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Program ini bertujuan membina tabiat membaca dalam kalangan murid sekolah dan

pembelajaran sepanjang hayat. Program dan aktiviti gerakan tabiat membaca akan

dilaksanakan sepanjang masa.

   3.  Tema :

           ”MEMBACA MENJANA PEMIKIRAN SEMUA”

4. Matlamat

      Memupuk minat membaca dan cintakan buku dikalangan murid-murid.

5.  Objektif  Penganjur


5.1              Meningkatkan minat membaca di kalangan warga Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir

terutama murid-murid.

5.2              Beri pendedahan kepada warga SKPK mengenai wujudnyanya Program 1 Murid 1 Buku

agar mengelakkan masa terbuang tanpa melakukan aktiviti berfaedah terutamanya semasa

rehat.

5.3              Memberi peluang kepada terutama murid untuk menjalankan  aktiviti-aktiviti berkaitan

dengan perbukuan.

5.4              Memberi peluang kepada murid untuk mengenali penulis-penulis buku tersohor

dan menjadikan  penulis tersebut sebagai model.

6. Kumpulan Sasaran

         Seluruh warga Sekolah Kebangsaan Permatang Pasir terutama murid-murid Sekolah

Kebangsaan Permatang Pasir.

      7.  Perlaksanaan

     7.1 Masa – 10.30 pagi hingga 10.45 pagi

     7.2 Tempat – Tapak Perhimpunan dan bilik MBMMBI

     7.3 Jangkamasa –waktu rehat sepanjang tahun

     7.4 Aktiviti – membaca bersama rakan-rakan 15 minit setiap hari 

7.5Bahan Bacaan –Bahan bacaan samada di bawa oleh murid atau dibaca di bilik
MBMMBI dipantau oleh pustakawan bertugas

      

8. Tarikh perlaksanaan

          Februari hingga November

9.Strategi perlaksanaan

1.      Bina kertas kerja

2.      Perbincangan dalam Mesyuarat Guru.

3.      Perbincangan bersama pengerusi panitia Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris

4.      Perlaksanaan program

5.      ”Post Mortem” dan Penyediaan laporan

6.      Hantar laporan ke pejabat.

    

    10.  Anggaran Kos

           -tiada-

    11. Ahli Jawatankuasa Program –Rujuk lampiran

     12. Jadual Tugasan Pustakawan Bertugas di bilik MBMMBI-Rujuk lampiran


Bermula 10.30-10.45 pagi
Setiap hari

Disediakan oleh Disemak oleh

Puan Nurussana Harun Puan Hajah Khairunnisa Zainuddin

Setiausaha Guru Besar

Program MBMMBI SK Permatang Pasir

SK Permatang Pasir
LAMPIRAN
JAWATANKUASA PROGRAM 1 MURID I BUKU

PENGERUSI : GURU BESAR

PN HJH KHAIRUNNISA BT ZAINUDDIN

TIMB PENGERUSI : PENOLONG KANAN 1

PN HJH ROSNAH BT. AHMAD

NAIB PENGERUSI 1 : PENOLONG KANAN HEM

PN HJH SOLEHAH BT ABDUL WAHAB

NAIB PENGERUSI 2 : PENOLONG KANAN KORIKULUM

ENCIK KHAIRULNIZAM MOHD KHAIRY

SETIAUSAHA : PN. NURUSSANA HARUN

PEN. SETIAUSA : ENCIK KHAIRUL AZMI BIN MD ZAIN

AHLI JAWATANKUASA

1. PN. HASNI BT MOHD SALLEH

2. ENCIK YUSRI SHAH BIN YAACOB

3. PN. JAMILAH M. KALANDAR

4. PN. AMILIA BT. SAAD

5. PN. HASHIMAH BT. HASHIM


Jadual Tugasan Pustakawan Bertugas di bilik MBMMBI

You might also like