You are on page 1of 4

1.

0 PENGENALAN

Sekolah Amanah adalah sekolah awam


yang diurus secara bersama di antara
pihak swasta dengan pemimpin sekolah
kerajaan, di bawah kawal selia KPM.
Sekolah Amanah akan diberi lebih
kebebasan dalam membuat keputusan
dan dengan itu dipertanggungjawabkan
bagi meningkatkan prestasi pelajar.

Sekolah Amanah bermatlamat untuk membawa perubahan kepada prestasi


sekolah tanpa mengira pencapaian semasa: daripada sederhana kepada baik, baik
kepada lebih baik. Sekolah Amanah akan dipilih daripada sekolah kerajaan dan
sekolah bantuan kerajaan sedia ada di seluruh negara (contohnya, rendah dan
menengah, bandar, pinggir bandar dan luar bandar).

Bagi mencapai matlamat jangka panjang ekonomi negara, Yayasan Amir


memenuhi keperluan negara untuk program transformasi sekolah yang lengkap dan
boleh direplikasi dengan mewujudkan Sekolah Amanah. Antara fungsi pelaksanaan
Program Sekolah Amanah ialah:
 Melonjakkan prestasi sekolah
 Meningkatkan keberkesanan pengurusan sekolah
 Menambahbaik proses penyampaian pengajaran
 Menghasilkan lebih ramai guru cemerlang yang serba boleh
 Meningkatkan pembangunan modal insan
 Memupuk pemimpin masa depan melalui kecemerlangan pendidikan yang holistik

Program Sekolah Amanah dimulakan oleh Kementerian Pendidikan bagi


menjalankan program transformasi dalam persekitaran pembelajaran di sekolah
awam melalui kerjasama bijak antara sektor awam dan swasta.

Setakat ini, Yayasan AMIR merupakan satu-satunya penaja sulung Program


Sekolah Amanah dan melantik LeapEd Services Sdn Bhd (LeapEd Services),
sebuah penyedia perkhidmatan pendidikan tempatan yang diasaskan di Malaysia.
Sekolah Amanah akan mempunyai lebih autonomi dalam membuat keputusan
berkaitan kurikulum, kewangan dan sumber manusia bagi menggalak inovasi dan
menjadi lebih responsive terhadap keperluan komuniti sekolah. Autonomi yang diberi
merangkumi kebebasan memilih kandungan kurikulum, pengagihan peruntukan
mengikut keperluan, penyediaan insentif berasaskan prestasi dan pemilihan guru
dan kakitangan bukan guru.
Program perintis bermula dengan 10 buah sekolah di Johor dan Sarawak
pada 2011 dengan tumpuan menambah baik pengajaran.
 Sekolah Kebangsaan Uda 2
 Sekolah Jenis kebangsaan Tamil Kangkar Pulai
 Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang Patah
 Sekolah Menengah Kebangsaan Semenchu
 Sekolah Kebangsaan Kampung Layau
 Sekolah Menengah Sains Kuching
 Sekolah Kebangsaan Combined
 Sekolah Kebangsaan Tabuan
 Sekolah Kebangsaan Empila
 Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Setia

Tiga buah sekolah baharu di Lembah Klang dimasukkan ke dalam Program


Sekolah Amanah bermula tahun ini. Antara sekolah yang menjalani Program
Sekolah Amanah bagi kohort 2 ialah:
 Sekolah Convent Jalan Peel
 Sekolah Kebangsaan Desa Pandan
 Sekolah Kebangsaan Sultan Hishamuddin Alam Shah

Setiap Sekolah Amanah Yayasan AMIR dibantu sepasukan Rakan Pendidik


yang berganding bahu dengan kakitangan sekolah untuk menambah baik amalan
kepimpinan dan juga kemahiran pengajaran. Sementara itu, Pengerusi LeapEd
Services, Tan Sri Dzulkifli Abdul Razak berkata, program itu dirangka dengan
tumpuan mengubah peranan guru dalam bilik darjah dan mentakrif semula konsep
kerja rumah dan aktiviti bilik darjah.

“Sekolah Amanah dikehendaki mencapai prestasi yang telah ditetapkan dalam


tempoh lima tahun. Pihak KPM akan mengambil alih pengurusan dari
penajasekiranya sekolah gagal mencapai prestasi yang ditetapkan.”

2.0 Penulisan Objektif Pembelajaran dan Kriteria Kejayaan

Penulisan objektif pembelajaran dan kriteria kejayaan yang betul amat penting untuk
membantu murid memahami proses dan hasil yang dihasratkan pada akhir
pembelajaran.

Antara ciri-ciri Objektif Pembelajaran dan Kriteria Kejayaan ialah:


1. Penentuan Objektif pembelajaran adalah berdasarkan Dokumen Standard
Kurukulum dan Pentaksiran (DSKP).
2. Pemilihan Kriteria Kejayaan adalah berdasarjan Objektif Pembelajaran.
3. Dipamerkan dan boleh dilihat semua murid semasa pembelajaran di dalam
bilik darjah.
4. Ditulis dalam bahasa yang mudah difahami murid.
5. Sentiasa menjadi rujukan semasa pembelajaran, seawal kelas bermula
sehinggalah tamat.

3.0 Kepentingan Berkongsi Kriteria Kejayaan

Kriteria Kejayaan ini dikongsi bersama murid-murid untuk memudahkan rujukan guru
dan juga murid-murid sepanjang sesi pembelajaran. Dengan adanya penulisan
kriteria kejayaan yang dikongsikan bersama, murid akan lebih berdikari untuk
menyelesaikan tugasan.

Ini juga akan mengelakkan soalan yang berulang-ulang daripada murid semasa
proses pembelajaran berlangsung. Murid lebih terbimbing apabila dapat melihat
‘destinasi akhir’ setiap sesi pembelajaran.

Melalui modul Sekolah amanah dan sekarang ini disebar luas melalui transformasi
pengajaran abad ke-21, Objektif Pembelajaran (Learning Objective) dan Kriteria
Kejayaan (Success Criteria) merupakan paparan penting di dalam bilik darjah. Murid
akan lebih peka tentang apa yang mereka pelajari dan apa yang sepatutnya mereka
capai sejurus tamatnya sesi pengajaran dan pembelajaran.

4.0 Apa dan Bagaimana?

Pada permulaan penggunaan elemen ini, guru mungkin keliru untuk


menggunakannya. Elemen ini akan lebih mudah difahami melalui penyoalan.
Apabila ingin menulis tentang objektif, guru perlu menyoal, “Apa?”. Contohnya, “Apa
yang akan murid pelajari?”. Maka penulisan objektif akan menunjukkan isi
pembelajaran yang hendak disampaikan.
Bagi penulisan kriteria kejayaan pula, ajukan persoalan melalui kata tanya
“bagaimana?”. Melalui kriteria kejayaan, murid dan guru akan dapat mengetahui
bagaimanakah bentuk pencapaian yang perlu dicapai oleh murid, berpandukan
objektif pembelajaran tadi. Contohnya, “Bagaimanakah percapaian yang boleh
dikatakan mereka berjaya?”.
5.0 Contoh Objektif Pembelajaran dan Kriteria Kejayaan
 Objektif pembelajaran:
5.2.3 Memahami dan seterusnya menggunakan kata majmuk yang telah
mantap dengan betul.

 Kriteria Kejayaan:
Murid dapat:
– Menyenaraikan sekurang-kurangnya 10 contoh kata majmuk yang telah
mantap dengan betul.
– Mengisi sekurang-kurangnya 5 tempat kosong menggunakan kata majmuk
yang telah mantap dengan betul.
– Membina sekurang-kurangnya 5 ayat menggunakan kata majmuk yang telah
dengan betul.

6.0 Pembelajaran Lebih Teratur


Apabila objektif pembelajaran dan kriteria ini dipaparkan pada setiap kali sesi
pembelajaran bermula, maka perjalanan pembelajaran akan menjadi lebih bermakna
dan teratur. Alaf ke-21 bukan lagi zaman mengurung objektif pembelajaran di dalam
rekod pengajaran guru sahaja, kongsikan bersama murid-murid kita.

You might also like