You are on page 1of 2

Sekolah Amanah adalah sekolah awam yang diurus secara bersama di antara pihak

swasta dengan pemimpin sekolah kerajaan, di bawah kawal selia KPM. Sekolah
Amanah akan diberi lebih kebebasan dalam membuat keputusan dan dengan itu
dipertanggungjawabkan bagi meningkatkan prestasi pelajar.

Sekolah Amanah bermatlamat untuk membawa perubahan kepada prestasi sekolah


tanpa mengira pencapaian semasa: daripada sederhana kepada baik, baik kepada
lebih baik.
Antara fungsi pelaksanaan Program Sekolah Amanah ialah:

 Melonjakkan prestasi sekolah


 Meningkatkan keberkesanan pengurusan sekolah
 Menambahbaik proses penyampaian pengajaran
 Menghasilkan lebih ramai guru cemerlang yang serba boleh
 Meningkatkan pembangunan modal insan
 Memupuk pemimpin masa depan melalui kecemerlangan pendidikan yang
holistik

Program Sekolah Amanah dimulakan oleh Kementerian Pendidikan bagi menjalankan


program transformasi dalam persekitaran pembelajaran di sekolah awam melalui
kerjasama bijak antara sektor awam dan swasta.

Setakat ini, Yayasan AMIR merupakan satu-satunya penaja sulung Program Sekolah
Amanah dan melantik LeapEd Services Sdn Bhd (LeapEd Services), sebuah penyedia
perkhidmatan pendidikan tempatan yang diasaskan di Malaysia.

Sekolah Amanah akan mempunyai lebih autonomi dalam membuat keputusan


berkaitan kurikulum, kewangan dan sumber manusia bagi menggalak inovasi dan
menjadi lebih responsive terhadap keperluan komuniti sekolah. Autonomi yang diberi
merangkumi kebebasan memilih kandungan kurikulum, pengagihan peruntukan
mengikut keperluan, penyediaan insentif berasaskan prestasi dan pemilihan guru dan
kakitangan bukan guru.

Setiap Sekolah Amanah Yayasan AMIR dibantu sepasukan Rakan Pendidik yang
berganding bahu dengan kakitangan sekolah untuk menambah baik amalan
kepimpinan dan juga kemahiran pengajaran.

Program itu dirangka dengan tumpuan mengubah peranan guru dalam bilik darjah dan
mentakrif semula konsep kerja rumah dan aktiviti bilik darjah.
Sekolah Amanah dikehendaki mencapai prestasi yang telah ditetapkan dalam tempoh
lima tahun..
Matlamat Strategik Sekolah Amanah

You might also like