You are on page 1of 6

KERTAS KERJA

PEMBINAAN KAWASAN BERBUMBUNG


TEMPAT REHAT DAN AKTIVITI MURID
SK BELADAU KOLAM
21200 MANIR
KUALA TERENGGANU
TERENGGANU DARUL IMAN

DISEDIAKAN OLEH:

MOHD JAAFAR BIN TAIB


GURU BESAR
SK BELADAU KOLAM
21200 MANIR
KUALA TERENGGANU
TERENGGANU DARUL IMAN
MUKADDIMAH

Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam merupakan sebuah sekolah Kategori Luar Bandar.
Jumlah keseluruhan bilik darjah ialah sebanyak 15 kelas dan tidak termasuk makmal sains,
makmal komputer, pusat sumber dan bengkel kemahiran hidup. Jumlah muridnya adalah seramai
398 orang. Oleh yang demikian, timbul keperluan kepada sebuah kawasan rehat dan tempat
aktiviti berbumbung. Hal ini selaras dengan kehendak kerajaan yang menitiberatkan soal
keselesaan dan keselamatan kearah melahirkan murid aktif dan sihat. Adalah dimaklumkan
bahawa setiap kali waktu rehat, kantin yang sedia ada terlampau sempit dan hanya mampu
memuatkan seramai 80 orang murid dalam sesuatu masa. Untuk itu, sekolah satu sessi ini
terpaksa menyediakan masa rehat sebanyak dua kali iaitu untuk tahap 1 dan tahap 2. Walaupun
dipecahkan kepada dua kali namun tempat yang ada masih belum mencukupi dan tidak muat. 2
buah pondok rehat yang di bina berhampiran kantin seluas 15 kaki x 10 kaki dari sumbangan
PIBG masih belum mencukupi. Langkah tambahan dengan menggunakan peruntukannya
daripada sumbangan individu dan PIBG dalam menyediakan kerusi dan meja batu sebanyak 9 set
juga telah diambil. Namun begitu tapak letak kerusi dan meja batu ini adalah dikawasan terbuka
antara dua bangunan. Apabila cuaca tidak elok iaitu hujan maka murid terpaksa berasak di kantin
dan bila hari panas murid terpaksa berada di ruang terbuka dan panas. Adalah diharapkan
pembinaan kawasan berbumbung ini menjadi kenyataan.

OBJEKTIF
1. Mewujudkan satu tempat dan ruang rehat yang selesa kepada murid.
2. Mewujudkan suasana yang selamat kepada murid.
3. Menjadikan kawasan yang selesa kepada murid untuk mengadakan perbincangan.
4. Murid terhindar dari panahan matahari dan hujan.

JAWATANKUASA PEMBINAAN KAWASAN BERBUMBUNG


TEMPAT REHAT DAN AKTIVITI MURID
SK BELADAU KOLAM

Penasihat
En. Mohd Jaafar Bin Taib ( Guru Besar)

Pengerusi
Tuan Haji Wan Sagar Bin Wan Embong (YDP PIBG)

Naib Pengerusi
Tuan Haji Johari Bin Abu Bakar (NYDP PIBG)

Setiausaha
En. Zulkifli bin Yusof (PK Pentadbiran)

Bendahari
Puan Movita Binti Abdul Moris ( Bendahari PIBG)

Ahli Jawatankuasa
En. Azlisham bin Wahab ( PK KOKU)
En. Kamaruddin bin Kadir (Guru)
En. Nurlizan bin Abdul Rahman (Guru)
En. Khairul Azli bin Zaid (AJK PIBG)

ITEM NAIK TARAF DAN KOS

Kapasiti Muatan
60 Murid beserta Meja dan Kerusi Simen Ferro

Saiz
52 Kaki x 31 Kaki

Item Pembinaan
Peneduh Berbumbung Malterdecking.

KOS PEMBINAAN
BIL KETERANGAN ITEM KUANTITI UNIT JUMLAH
1 PENYEDIAAN TAPAK 6 set 3,000.00
Round Bar 12mm
Plywood/paku/kayu 1"x2"
Batu/pasir/simen
2 TIANG
Tiang I-Beam 8"x 6" x 30kg x 6m 6 btg 5,300.00
Black pipe 2" x 3.0 x 6m 40 btg 5,300.00
Black pipe 1" x 2.6 x 6m 35 btg 1,800.00
Flat Bar 6" x 6mm x 6m 2 btg 640.00
Angle 3" x 3" x 4mm x 6m 2 btg 420.00
Round Bar 10mm x 12mm 4 btg 320.00
Skrew & Nut 12mm 10 kg 150.00
Skrew & Nut 20mm 5 kg 100.00
Studbar 20mm 4 btg 330.00
cat undercoat/kilat/tiner 1,500.00
3 C PERLIN
c perlin 1½" x 3" x 8m 16 btg 1,640.00
c perlin 1½" x 3" x 6m 6 btg 620.00
Skrew & Nut 10mm 10 kg 150.00
4 ATAP MALTERDECKING 0.42 (G28)
(1) 32' 13 kpg 2,300.00
(2) 10' 23 kpg 1,400.00
(3) 12' 16 kpg 1,200.00
Silikon 10 pcs 150.00
Skrew Atap 4 ktk 220.00
5 UPVC Gutter Serta Air Buang (L/Sum) 104 kaki 4,400.00
LAIN-LAIN TAMBAHAN KOS (L/Sum) 18,800.00
Sewaan kren dan skylift      
upah kimpalan bahan      
4 pemasangan struktur      
Sewaan Lori      
pemasangan atap      
pemasangan upvc gulter      
       
JUMLAH 49,740.00
PENUTUP

Pembinaan teduhan berbumbung ini sememangnya ditunggu-tunggu dan diharapkan


oleh semua warga sekolah, murid-murid dan ibubapa. Ini kerana, dengan adanya bumbung ini
maka murid akan mendapat keselesaan dan keselamatan dari hujan dan panas. Murid juga aka
nada tempat yang selesa untuk mengadakan sesi perbincangan sewaktu petang dan aktiviti boleh
dilaksanakan di sini dengan lebih baik serta selesa. Sumbangan dari pihak penderma amatlah
dialu-alukan demi mencapai impian warga sekolah ini. Pihak jawatankuasa yang dilantik akan
sedaya upaya berusaha agar pembinaan kawasan berbumbung ini dapat disiapkan dengan
seberapa segera demi kemudahan semua murid khususnya dan warga sekolah amnya. Pihak
jawatankuasa mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua pihak
yang terlibat dalam menjayakan hasrat murni ini. Adalah diharapkan segala sumbangan yang
disalurkan mendapat kerahmatan dan keredhaan dari Allah SWT di dunia dan di akhirat.
InsyaAllah.
Sekian.

Disediakan oleh:

………………………………
(Mohd Jaafar bin Taib)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam
21200 Manir.
Kuala Terengganu.
LAMPIRAN

You might also like