You are on page 1of 23

CUKAI PERKHIDMATAN 2018

PANDUAN :
PERTARUHAN DAN PERJUDIAN

Diterbitkan oleh :

Jabatan Kastam Diraja Malaysia


Bahagian Cukai Dalam Negeri
Putrajaya

23 Ogos 2018
Penerbitan

Tarikh: 23 Ogos 2018.

Notis Hakcipta

Hak Cipta 2018 Jabatan Kastam Diraja Malaysia

Hak Cipta terpelihara. Tertakluk kepada Akta Hakcipta, 1987 (Malaysia).

Panduan ini boleh ditarik balik, sama ada secara keseluruhannya atau
sebahagiannya, dengan penerbitan panduan baru. Tiada bahagian daripada
penerbitan ini boleh diterbitkan semula, disimpan dalam sistem pengambilan atau
dihantar dalam apa-apa bentuk, termasuk di tempat untuk tujuan komersil tanpa
kebenaran bertulis daripada Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Dalam
menghasilkan semula atau mengutip kandungan, pengiktirafan sumber diperlukan.

Penafian

Maklumat ini bertujuan untuk memberikan pemahaman umum mengenai layanan


yang relevan di bawah Cukai Perkhidmatan dan bertujuan untuk memberikan
pemahaman umum tentang kewajipan pembayar cukai. Ia tidak bertujuan untuk
mengatasi semua masalah cukai yang mungkin timbul secara komprehensif.
Walaupun JKDM telah mengambil inisiatif untuk memastikan bahawa semua
maklumat yang terkandung di dalam Panduan ini adalah betul, JKDM tidak akan
bertanggungjawab terhadap sebarang kesilapan dan ketidaktepatan yang mungkin
terkandung, atau apa-apa kerugian kewangan atau lain-lain yang dilakukan oleh
individu menggunakan maklumat dari Panduan ini. Semua maklumat adalah semasa
persediaan dan tertakluk kepada perubahan apabila perlu.
KANDUNGAN

PENGENALAN .......................................................................................................... 1

PENGENAAN DAN SKOP CUKAI ............................................................................ 1

CUKAI PERKHIDMATAN KE ATAS PERTARUHAN DAN PERJUDIAN ................. 3

Apabila Cukai Perkhidmatan Yang Genap Masa dan Kena Dibayar .................................. 3
Nilai Perkhidmatan Pertaruhan dan Perjudian ................................................................... 4

PENDAFTARAN DAN TANGGUNGJAWAB ORANG BERDAFTAR ..................... 14

SOALAN-SOALAN LAZIM ...................................................................................... 15

Pembekalan Menjangkaui Perubahan daripada GST (0%) kepada SST (6%) ................. 19

PERTANYAAN ............................................................... Error! Bookmark not defined.

BANTUAN SELANJUTNYA DAN INFORMASI BERKAITAN SST .. Error! Bookmark


not defined.

i
Panduan Pertaruhan Dan Perjudian
Sehingga 23 Ogos 2018

PENGENALAN

1. Cukai Perkhidmatan adalah cukai kepenggunaan yang ditadbir oleh Akta Cukai
Perkhidmatan 2018 dan perundangan subsidiarinya. Tarikh kuat kuasa Akta Cukai
Perkhidmatan 2018 adalah 1 September 2018.

2. Cukai perkhidmatan dikenakan ke atas perkhidmatan yang dipanggil


"perkhidmatan bercukai".

3. Seseorang yang menyediakan perkhidmatan bercukai yang melebihi nilai


ambang yang ditetapkan perlu didaftarkan di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018
dan dikenali sebagai "orang berdaftar" yang dikehendaki mengenakan cukai
perkhidmatan ke atas perkhidmatan bercukai yang dibekalkan kepada pelanggannya.

4. Panduan ini disediakan untuk membantu anda dalam memahami cukai


perkhidmatan yang berkaitan dengan pertaruhan dan perjudian.

PENGENAAN DAN SKOP CUKAI

5. Mulai 1 September 2018, di bawah Kumpulan F, Jadual Pertama Peraturan


Cukai Perkhidmatan 2018, penyediaan penerbangan domestik di bawah keadaan
yang ditetapkan adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan.

6. Operator perjudian adalah orang yang dilesenkan di bawah mana-mana


undang-undang bertulis yang melibatkan pertaruhan, ambil tagan, loteri, mesin
perjudian, permainan mengadu nasib dan dia menawarkan dan mengendalikan
perkhidmatan pertaruhan dan perjudian.

7. Industri bagi perkhidmatan pertaruhan dan perjudian adalah terdiri daripada


aktiviti-aktiviti seperti berikut:

(i) Perjudian di kasino


Contoh 1:
Roulette, Bacarat, and Pai Kow

Hak Cipta Terpelihara © 2018 Jabatan Kastam Diraja Malaysia 1


Panduan Pertaruhan Dan Perjudian
Sehingga 23 Ogos 2018

(ii) Pertaruhan pada perlumbaan kuda


Contoh 2:
Dijalankan oleh kelab turf

(iii) Pertaruhan pada ramalan nombor


Contoh 3:
Sports Toto

(iv) Loteri
Contoh 4:
Big Sweep

(v) Mesin perjudian


Contoh 5:
Dikendalikan oleh kelab dan kasino seperti mesin jackpot dan slot

(vi) Cabutan bertuah


Contoh 6:
Dikendalikan oleh masyarakat yang diluluskan oleh Bahagian
Pengurusan Aset Awam, Kementerian Kewangan

8. Penyediaan suatu aktiviti perjudian adalah sama ada:

(i) Penjualan tiket yang memberi hak kepada pembeli untuk menyertai
suatu acara cabutan bagi mendapatkan hadiah. Misalnya: tiket loteri

(ii) Atau operator perjudian menerima pertaruhan berkaitan dengan hasil


atau keputusan dalam suatu acara pertaruhan dan perjudian seperti
suatu perlumbaan

(iii) Atau permainan mengadu nasib, di mana seorang penjudi boleh


menang atau kalah bergantung kepada hasil atau keputusan dalam
suatu acara itu.

9. Aktiviti pertaruhan dan perjudian juga boleh dijalankan melalui mesin perjudian
di mana unsur permainan mengadu nasib disediakan oleh mesin tersebut.

Hak Cipta Terpelihara © 2018 Jabatan Kastam Diraja Malaysia 2


Panduan Pertaruhan Dan Perjudian
Sehingga 23 Ogos 2018

10. Penyediaan perkhidmatan yang dijalankan oleh orang yang dilesenkan atau
diluluskan di bawah mana-mana undang-undang bertulis di Malaysia yang melibatkan
pertaruhan, ambil tagan, loteri, mesin perjudian atau permainan mengadu nasib
adalah perkhidmatan yang kena dibayar cukai dan tertakluk kepada cukai
perkhidmatan.

CUKAI PERKHIDMATAN KE ATAS PERTARUHAN DAN PERJUDIAN

Apabila Cukai Perkhidmatan Yang Genap Masa dan Kena Dibayar

11. Cukai perkhidmatan yang dikenakan ke atas aktiviti pertaruhan dan perjudian
adalah berdasarkan peruntukan khas kepada penyediaan perkhidmatan pertaruhan
dan perjudian dan hendaklah genap masa dan kena dibayar pada masa yang berikut:

(i) Berhubung dengan ramalan nombor, loteri dan suatu permainan


mengadu nasib selain daripada mesin perjudian adalah pada masa
nombor itu dicabut;

(ii) Berhubung dengan permainan mengadu nasib melalui mesin perjudian


adalah pada masa kutipan dikeluarkan daripada mesin atau pada masa
transaksi dicatat oleh mesin;

(iii) Berhubung dengan ambil tagan adalah pada masa perlumbaan itu
berlaku; atau

(iv) Berhubung dengan perjudian kasino adalah pada hari terakhir tempoh
bercukai di mana perkhidmatan yang kena dibayar cukai itu berlaku.

12. Jika suatu perkhidmatan yang kena dibayar cukai disediakan oleh operator
perjudian selain daripada yang disebutkan dalam perenggan 23, cukai perkhidmatan
hendaklah genap masa dan kena dibayar berdasarkan amaun agregat pembayaran
yang diterima.

Contoh 7:

Operator ramalan nombor menerima pertaruhan daripada penjudi bagi No.


Draw 36/2019. Tarikh cabutannya adalah pada 15 April 2019, dan
keputusannya diterbitkan pada 16 April 2019.

Cukai Perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar adalah pada 15
April 2019, iaitu hari pengumuman nombor-nombor yang dicabut dan

Hak Cipta Terpelihara © 2018 Jabatan Kastam Diraja Malaysia 3


Panduan Pertaruhan Dan Perjudian
Sehingga 23 Ogos 2018

diketahui oleh penjudi. Dia akan menyerahkan cukai yang genap masa dan
kena dibayar penyata tempoh bercukai dua bulan yang meliputi tarikh 15
April 2019.

Contoh 8:

Sebuah kelab turf menjalankan perlumbaan kuda pada 15 Mei 2019.

Cukai Perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar adalah pada 15
Mei 2019, iaitu keputusan perlumbaan kuda yang diumumkan pada hari
perlumbaan.

Contoh 9:

Seorang operator kelab persendirian memasukkan wang dalam bank pada


6 Jun 2019, sehari selepas dia mengeluarkan syiling daripada mesin
jackpot di kelabnya.

Cukai Perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar adalah pada 5
Jun 2019, iaitu pada hari dia mengeluarkan kutipan itu daripada mesin.

Contoh 10:

Operator kasino mengira jumlah kutipannya bagi bulan Mei dan Jun 2019.

Cukai perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar adalah pada 30
Jun 2019, iaitu pada hari yang terakhir dalam suatu tempoh bercukai bagi
menentukan sama ada dia membuat kemenangan bersih atau kerugian
bersih. Sekiranya situasi adalah pada kemenangan bersih, cukai
perkhidmatan akan genap masa dan kena dibayar ke atas nilai positif dan
sekiranya situasi adalah pada kerugian bersih, cukai perkhidmatan yang
genap masa dan kena dibayar adalah kosong.

Nilai Perkhidmatan Pertaruhan dan Perjudian

13. Loteri, cabutan atau aktiviti yang serupa

(i) Bagi tujuan cukai perkhidmatan, amaun yang dibayar untuk tiket bagi
loteri, cabutan atau aktiviti yang serupa adalah pembayaran oleh

Hak Cipta Terpelihara © 2018 Jabatan Kastam Diraja Malaysia 4


Panduan Pertaruhan Dan Perjudian
Sehingga 23 Ogos 2018

pemegang tiket untuk mendapatkan tempat dalam suatu acara cabutan


bagi mendapatkan hadiah. Operator perjudian memberi hak kepada
pemegang tiket untuk menyertai aktiviti pertaruhan dan perjudian
termasuk hak untuk mendapatkan hadiah.
(ii) Walau bagaimanapun, ia adalah bersyarat untuk menuntut hadiah yang
dimenangi iaitu pemegang tiket tidak berhak ke atas hadiah tersebut
melainkan dan sehingga nombor tiketnya ditentukan sebagai nombor
kemenangan.

(iii) Terdapat peraturan khas untuk menentukan nilai perkhidmatan


pertaruhan dan perjudian untuk tujuan pengenaan cukai perkhidmatan.

14. Subperaturan 7(1) Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 2018


memperuntukkan bahawa nilai perkhidmatan yang kena dibayar cukai yang
melibatkan pertaruhan, ambil tagan, loteri, mesin perjudian atau permainan mengadu
nasib adalah dikira mengikut formula di bawah:

100 X (A–B)

100 + C

Di mana A ialah jumlah keseluruhan yang diterima oleh operator perjudian bagi
perkhidmatan yang kena dibayar cukai itu sama ada dalam bentuk
wang, cip, kupon atau apa-apa bentuk lain dan hendaklah termasuk
cip dan kupon percuma yang dikurangkan apa-apa cukai atau duti di
bawah apa-apa cukai atau duti di bawah apa-apa undang-undang
bertulis lain kecuali duti eksais;

B ialah amaun wang, jika ada, yang kena dibayar kepada mana-mana
orang yang terlibat yang berjaya dalam pertaruhan, ambil tagan,
loteri, mesin perjudian atau permainan mengadu nasib; dan

C ialah kadar cukai perkhidmatan.

Hak Cipta Terpelihara © 2018 Jabatan Kastam Diraja Malaysia 5


Panduan Pertaruhan Dan Perjudian
Sehingga 23 Ogos 2018

15. Istilah ‘apa-apa cukai atau duti di bawah apa-apa undang-undang bertulis lain’
dalam pembolehubah ‘A’ di atas merujuk kepada cukai seperti cukai perjudian, duti
kasino, duti pertaruhan pool, duti pertaruhan dan ambil tagan, dan cukai jualan negeri
(di Sabah dan Sarawak).

16. Istilah ‘jumlah keseluruhan yang diterima oleh operator perjudian’ dalam
pembolehubah ‘A’ di bawah subperaturan 7(1) Peraturan-Peraturan Cukai
Perkhidmatan 2018 bermaksud jumlah amaun pendapatan sama ada dalam bentuk
wang, cip atau pemindahan kredit secara elektronik, dan termasuk apa-apa kredit,
sama ada atau tidak dibayar sepenuhnya serta cip percuma atau kupon percuma yang
diterima oleh operator perjudian.

17. Subperaturan 7(2) Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 2018


menyatakan bahawa jika nilai perkhidmatan yang kena dibayar cukai itu bernilai
negative, maka nilai perkhidmatan yang kena dibayar cukai itu dianggap sebagai
kosong. Ini menunjukkan bahawa, nilai negative tidak boleh ditolak daripada nilai
perkhidmatan pertaruhan dan perjudian pada acara pertaruhan dan perjudian yang
berikutnya kerana nilainya adalah sifar.

18. Istilah ‘mana-mana orang yang terlibat yang berjaya’ dalam pembolehubah ‘B’
di bawah subperaturan 7(1) Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 2018
bermaksud pemegang tiket yang menyertai acara pertaruhan dan perjudian itu adalah
pemenang yang berjaya dan berhak untuk mendapatkan hadiah wang tunai.

19. Istilah ‘kena dibayar’ dalam pembolehubah ‘B’ di bawah subperaturan 7(1)
Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 2018 bermaksud operator perjudian kini
boleh membayar pemenang hadiah wang tunai sama ada dalam tempoh bercukai
yang dimenangi oleh pemenang atau dalam tempoh bercukai yang lain. Walau
bagaimanapun, operator perjudian hendaklah mengakaunkan cukai perkhidmatan
dalam tempoh bercukai pada masa peristiwa yang berjaya itu berlaku. Ini bermaksud,
dalam mengira amaun cukai perkhidmatan, ‘hadiah untuk pemenang’ mestilah
diisytiharkan dalam tempoh bercukai pada masa peristiwa menang itu berlaku tanpa
mengira bila pemenang itu dibayar. Operator perjudian tidak perlu menyatakan
bahawa pemenang hadiah tunai sudahpun dibayar, tetapi seolah-olah wujudnya
liabiliti untuk membayar hadiah tersebut.

Hak Cipta Terpelihara © 2018 Jabatan Kastam Diraja Malaysia 6


Panduan Pertaruhan Dan Perjudian
Sehingga 23 Ogos 2018

Contoh 11:

Sebuah kelab turf menerima pertaruhan berjumlah RM16,203,740 untuk


mengendalikan perlumbaan kuda pada 15 Mei 2019. Hadiah tunai yang perlu
dibayar kepada penjudi yang berjaya adalah berjumlah RM12,250,000.

Pertaruhan / Perolehan RM16,203,740.00


(-) Cukai perjudian & Duti pertaruhan RM 1,892,596.83
Pembolehubah A RM14,311,143.17
Pembolehubah B (Hadiah tunai) RM12,250,000.00
Perolehan Bersih (A – B) RM 2,061,143.17
Nilai Perkhidmatan [(100/106) x (A – B)] RM 1,944,474.69

Cukai Perkhidmatan [(6/106) x (A – B)] RM 116,668.48

[Nota: Andaikan kadar cukai perkhidmatan adalah 6%]

Contoh 12:

Operator ramalan nombor menerima pertaruhan berjumlah RM18,500,000,


RM16,500,000, RM19,500,000 dengan wang tunai yang kena dibayar
kepada pemenang yang dikenalpasti berjumlah RM7,500,000,
RM22,500,000, RM6,600,000 bagi tiga undian berturutan pada bulan Julai
dan Ogos 2019.

Permainan Cabutan 1
Pertaruhan / Perolehan RM18,500,000.00
(-) Cukai perjudian @ 8% RM 1,480,000.00
(-) Duti pertaruhan pool @ 8% RM 1,361,600.00
Pembolehubah A RM15,658,400.00
Pembolehubah B (Hadiah tunai) RM 7,500,000.00
Perolehan bersih (A – B) RM 8,158,400.00
Nilai Perkhidmatan [(100/106) x (A – B)] RM 7,696,603.77
Cukai Perkhidmatan [(6/106) x (A – B)] RM 461,796.23

Hak Cipta Terpelihara © 2018 Jabatan Kastam Diraja Malaysia 7


Panduan Pertaruhan Dan Perjudian
Sehingga 23 Ogos 2018

Permainan Cabutan 2
Pertaruhan /Perolehan RM16,500,000.00
(-) Cukai perjudian @ 8% RM 1,320,000.00
(-) Duti pertaruhan pool @ 8% RM 1,214,400.00
Pembolehubah A RM13,965,600.00
Pembolehubah B (Hadiah tunai) RM22,500,000.00
Perolehan bersih (A – B) (RM 8,534,400.00)
Nilai perkhidmatan [(100/106) x (A – B)] RM 0.00
Cukai perkhidmatan RM 0.00

Permainan Cabutan 3
Pertaruhan / Perolehan RM19,500,000.00
(-) Cukai perjudian @ 8% RM 1,560,000.00
(-) Duti pertaruhan pool @ 8% RM 1,435,200.00
Pembolehubah A RM16,504,800.00
Pembolehubah B (Hadiah tunai) RM 6,600,000.00
Perolehan bersih (A – B) RM 9,904,800.00
Nilai perkhidmatan [(100/106) x (A – B)] RM 9,344,150.94
Cukai perkhidmatan [(6/106) x (A – B)] RM 560,649.06

[Nota: Andaikan kadar cukai perkhidmatan adalah 6%]

Jumlah cukai perkhidmatan yang akan diambil kira untuk tempoh


bercukai bagi bulan Julai dan Ogos 2019 adalah RM1,022,445.29
(461,796.23 + 0 + 560,649.06)

20. Hadiah bukan tunai

Dalam kes hadiah bukan tunai, pemenang yang memenangi hadiah sebuah
kereta juga boleh memilih untuk menerima wang tunai bagi amaun yang
bersamaan dengan harga pembelian kereta itu. Bayaran tunai yang dibuat
kepada pemenang sebagai ganti hadiah bukan tunai, bukan merupakan
sebahagian amaun dalam pembolehubah ‘B’.

Hak Cipta Terpelihara © 2018 Jabatan Kastam Diraja Malaysia 8


Panduan Pertaruhan Dan Perjudian
Sehingga 23 Ogos 2018

Contoh 13:

Sherry Sweeptakes Sdn Bhd menjalankan loteri di mana 3,500,000 tiket pada
RM3 setiap satu dijual. Hadiah itu terdiri daripada hadiah tunai dan bukan tunai.
Hadiah tunai yang kena dibayar kepada pemenang yang dikenal pasti adalah
berjumlah RM2,800,000 dan hadiah bukan tunai iaitu kenderaan motor komersil
bernilai RM106,000 untuk cabutan pada 18 Oktober 2019. Walau
bagaimanapun, hadiah bukan tunai ditukar kepada wang tunai sebanyak
RM106,000 di atas permintaan oleh pemenang judi itu.

Kutipan daripada jualan Tiket Loteri RM10,500,000.00


(-) Cukai perjudian @ 8% RM 840,000.00
(-) Duti pertaruhan & ambil tagan @ 10% RM 966,000.00
Pembolehubah A RM 8,694,000.00
Pembolehubah B (Hadiah tunai) RM 2,800,000.00
Perolehan bersih (A – B) RM 5,894,000.00
Nilai perkhidmatan [(100/106) x (A – B)] RM 5,560,377.36
Cukai perkhidmatan [(6/106) x (A – B)] RM 333,622.64

[Nota: Andaikan kadar cukai perkhidmatan adalah 6%]

Contoh 14:

Kelab sukan mengendalikan acara cabutan bertuah telah menawarkan


hadiah bukan tunai iaitu lima unit hamper bernilai RM200 setiap satu. 500
tiket dijual dengan harga RM10 setiap satu. Semua hadiah ini telah
dimenangi.

Kutipan daripada jualan tiket RM 5,000.00


(-) Cukai perjudian @ 20% RM 1,000.00
Pembolehubah A RM 4,000.00
Pembolehubah B (Hadiah tunai) RM 0.00
Perolehan bersih (A – B) RM 4,000.00
Nilai perkhidmatan [(100/106) x (A – B)] RM 3,773.58
Cukai perkhidmatan [(6/106) x (A – B)] RM 226.42

[Nota: Andaikan kadar cukai perkhidmatan adalah 6%]


Hak Cipta Terpelihara © 2018 Jabatan Kastam Diraja Malaysia 9
Panduan Pertaruhan Dan Perjudian
Sehingga 23 Ogos 2018

21. Operator perjudian juga mengendalikan pelbagai bentuk aktiviti yang


melibatkan pembayaran hadiah tambahan dan cabutan untuk bonus dalam pelbagai
permainan jackpot. Bagi hadiah-hadiah ini boleh dianggap sebagai hadiah tunai,
pembolehubah ‘B’.

Contoh 15:
Kijang Jackpot adalah pengendali perkhidmatan pertaruhan dan perjudian
yang berdaftar untuk cukai perkhidmatan. Beliau mengendalikan empat
cabutan dalam bulan Jun dan Julai 2019. Hadiah Jackpot sebanyak
RM2,750,000 diperuntukkan untuk setiap cabutan. Amaun Jackpot itu akan
dibawa ke cabutan yang berikutnya sekiranya tidak ada pemenang dalam
cabutan itu. Kitaran ini akan berterusan sehingga hadiah Jackpot ini
dimenangi. Andaikan tidak ada hadiah wang terkumpul dari bulan sebelumnya
kerana hadiah tersebut telah dibayar.

* Tiada peserta yang berjaya memenangi hadiah pada cabutan itu.

Tempoh Bercukai (Jun and Julai 2019)


PERMAINAN JACKPOT: GRAND KJ 5/83
Butiran Cabutan 1 Cabutan 2 Cabutan 3 Cabutan 4
RM RM RM RM
Pertaruhan /
Perolehan
5,000,000 5,000,000 5,000,000 5,000,000
(Setelah tolak cukai
perjudian) (A)
Diperuntukan untuk
2,750,000 2,750,000 2,750,000 2,750,000
hadiah tunai

Diperuntukan untuk
hadiah tunai 2,750,000 5,500,000 8,250,000 2,750,000
(Terkumpul)

Amaun hadiah tunai


0* 0* 8,250,000 2,750,000
dimenangi (B)

A–B 5,000,000 5,000,000 (3,250,000) 2,250,000

Nilai Perkhidmatan 4,716,981.13 4,716,981.13 NIL 2,122,641.51

Amaun Cukai
283,018.87 283,018.87 NIL 127,358.49
Pkhidmatn (6%)

Jumlah cukai perkhidmatan bagi cabutan 1, 2 and 4 693,396.23

Hak Cipta Terpelihara © 2018 Jabatan Kastam Diraja Malaysia 10


Panduan Pertaruhan Dan Perjudian
Sehingga 23 Ogos 2018

[Nota: Andaikan kadar cukai perkhidmatan adalah 6%]

22. Mesin Perjudian

Dalam menentukan nilai perkhidmatan yang melibatkan mesin perjudian, baki


syiling dan token yang tinggal di setiap mesin perjudian semasa kutipan
dilakukan adalah perolehan bersih yang kena dibayar cukai dan cukai
perkhidmatan dikira dengan menggunakan pecahan cukai (6/106) kepada
jumlah ini selepas menolak cukai perjudian.

Contoh 16:

Operator kelab pensendirian menyediakan perkhidmatan mesin jackpot


iaitu mesin jackpot 1 & 2. Dia mengeluarkan duit syiling daripada mesin di
kelabnya pada 31th Mei dan 30th Jun 2019. Mesin perjudian itu
mencatatkan jumlah pertaruhan, kemenangan dan bonus seperti berikut:

Jumlah Pertaruhan Kemenangan Bonus


Mesin Perjudian (RM) (RM) (RM)
May Jun May Jun May Jun

Mesin Jackpot 1 11,490 12,616 7,930 1,180 2,400 2,300


&2

Mesin Jackpot 1 & 2 Bagi Bulan Mei 2019


Pertaruhan / Perolehan RM 11,490.00
(-) Cukai Perjudian @ 20% RM 2,298.00
Pembolehubah A RM 9,192.00
Kemenangan RM 7,930.00
Bonus RM 2,400.00
Pembolehubah B RM 10,330.00
Perolehan Bersih (A – B) (RM 1,138.00)
Nilai Perkhidmatan [(100/106) x (A – B)] RM 0.00

Hak Cipta Terpelihara © 2018 Jabatan Kastam Diraja Malaysia 11


Panduan Pertaruhan Dan Perjudian
Sehingga 23 Ogos 2018

Mesin Jackpot 1 & 2 Bagi Bulan Jun 2019


Pertaruhan / Perolehan RM 12,616.00

(-) Cukai perjudian @ 20% RM 2,523.20


Pembolehubah A RM 10,092.80
Kemenangan RM 1,180.00
Bonus RM 2,300.00
Pembolehubah B RM 3,480.00
Perolehan bersih (A – B) RM 6,612.80
Nilai perkhidmatan [(100/106) x (A – B)] RM 6,238.49
Cukai perkhidmatan [(6/106) x (A – B)] RM 374.31

[Nota: Andaikan kadar cukai perkhidmatan adalah 6%]


Jumlah cukai perkhidmatan yang perlu diakaunkan bagi tempoh bercukai
bulan Mei dan Jun adalah RM374.31.

23. Perjudian Kasino

(i) Bagi kategori permainan di mana operator kasino adalah satu pihak
dalam suatu pertaruhan, pengiraan nilai perkhidmatan perjudian kasino
adalah selaras dengan subperaturan 7(1), Peraturan-Peraturan Cukai
Perkhidmatan 2018 dan apabila cukai perkhidmatan yang genap masa
dan kena dibayar bagi perjudian kasino, ianya dinyatakan di bawah
subperaturan 8(1)(d), Peraturan-Peraturan Cukai Perkhidmatan 2019
sebagai pertaruhan yang diterima oleh operator kasino dan pemenang
dalam perjudian itu dibayar oleh operator kasino. Misalnya meja
perjudian dan mesin perjudian di mana para pemain berlawan terhadap
operator kasino.

(ii) Bagi kategori permainan di mana operator kasino bukanlah satu pihak
dalam suatu pertaruhan, cukai perkhidmatan akan dikenakan ke atas
jumlah nilai semua bayaran wang atau sama dengan nilai wang yang
diterima oleh operator kasino untuk mengendalikan permainan
perjudian itu seperti yang ditetapkan dalam peraturan 7, Peraturan-
Peraturan Cukai Perkhidmatan 2018. Contoh permainan di bawah
kategori ini adalah perlawanan atau apa-apa pertaruhan yang diterima
Hak Cipta Terpelihara © 2018 Jabatan Kastam Diraja Malaysia 12
Panduan Pertaruhan Dan Perjudian
Sehingga 23 Ogos 2018

oleh operator kasino berhubung dengan pengendalian dan kebenaran


pengendalian permainan kad di mana para pemain bersaing di antara
mereka untuk mendapatkan hadiah dan bukannya berlawan terhadap
operator kasino.

(iii) Bagi pengiraan cukai perkhidmatan yang melibatkan pelbagai


permainan iaitu meja perjudian, mesin perjudian atau perjudian kaunter
untuk suatu tempoh bercukai hendaklah dikira secara berasingan
mengikut jenis permainan.

Contoh 17:

Pengiraan cukai perkhidmatan pada bulan Mei dan Jun 2019 adalah seperti
berikut:

No. Deskripsi RM

(a) ⃰ Menang bersih bagi meja perjudian 1,860,000.00

(b) ⃰ Menang bersih bagi mesin perjudian 3,100,000.00


(c) ⃰ Menang bersih bagi perjudian kaunter 1,240,000.00

(d) Duty kasino @ 25% daripada ⃰menang bersih 1,550,000.00

Jumlah ⃰ menang bersih


(e) 4,650,000.00
[ (a)+ (b) + (c) - (d) ]

(f) Cukai Perkhidmatan [(6/106) x (e)] 263,207.55

* Menang bersih adalah perbezaan antara jumlah yang diterima oleh operator
kasino dalam permainan dengan jumlah yang dibayar oleh operator kasino
sebagai hadiah tunai kepada pemenang.

No. Deskripsi RM
(a) Kutipan Fi Perlawanan 600,000.00

(b) Cukai Perkhidmatan [(6/106) x (a)] 33,962.26

[Nota: Andaikan kadar cukai perkhidmatan adalah 6%]

Hak Cipta Terpelihara © 2018 Jabatan Kastam Diraja Malaysia 13


Panduan Pertaruhan Dan Perjudian
Sehingga 23 Ogos 2018

Berdasarkan pengiraan di atas, jumlah cukai perkhidmatan yang kena dibayar


ke atas perkhidmatan perjudian kasino pada bulan Mei dan Jun 2019 adalah
berjumlah RM297,169.81 (263,207.55 + 33,962.26).

PENDAFTARAN DAN TANGGUNGJAWAB ORANG BERDAFTAR

24. Pembekal perkhidmatan yang mencapai nilai perkhidmatan bercukai yang


ditetapkan bagi perkhidmatan bercukai adalah dikehendaki berdaftar dibawah Akta
Cukai Perkhidmatan 2018. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Panduan Pendaftaran
Cukai Perkhidmatan.

25. Orang berdaftar adalah bertanggungjawab untuk:

(i) Mengenakan cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan bercukai;

(ii) Mengeluarkan invois dan resit kepada pelanggan berkenaan dengan apa-
apa transaksi yang berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan bercukai;

(iii) Mengemukakan penyata cukai perkhidmatan SST-02 secara elektronik


dan membayar cukai perkhidmatan sebelum tarikh tamat tempoh;

(iv) Menyimpan rekod yang sewajarnya berhubung dengan transaksi cukai


perkhidmatan.

Untuk maklumat lanjut mengenai tanggungjawab orang berdaftar, sila rujuk


Panduan Am Cukai Perkhidmatan.

Hak Cipta Terpelihara © 2018 Jabatan Kastam Diraja Malaysia 14


Panduan Pertaruhan Dan Perjudian
Sehingga 23 Ogos 2018

SOALAN-SOALAN LAZIM

1. S : Saya mengendalikan kedai ramalan nombor dan saya perlu


membayar kerajaan RM5,000 setiap tahun sebagai fi lesen.
Adakah fi lesen ini tertakluk kepada cukai perkhidmatan?
J : Tidak. Fi bagi pelesenan aktiviti pertaruhan dan perjudian seperti
ramalan nombor, mesin perjudian, kasino, loteri dan ambil tagan tidak
tertakluk kepada cukai perkhidmatan.

2. S : Satu operator perjudian baru menyediakan perkhidmatan


pertaruhan dan perjudian dalam aktiviti melibatkan ramalan
nombor dan menerima pertaruhan berjumlah RM1,500,000
berserta hadiah tunai yang kena dibayar kepada penjudi yang
berjaya sebanyak RM700,000 untuk suatu cabutan yang berlaku
pada bulan Julai 2019. Adakah dia dikehendaki memohon untuk
pendaftaran? [Nota: Andaikan kadar cukai perkhidmatan adalah
6%]
J : Nilai perkhidmatan yang kena dibayar cukai bagi operator perjudian itu
perlu ditentukan seperti berikut:

Pertaruhan /Perolehan RM 1,500,000.00

(-) Cukai perjudian @ 8% RM 120,000.00


(-) Duti pertaruhan pool @ 8% RM 110,400.00
Pembolehubah A RM 1,269,600.00
Pembolehubah B (Hadiah tunai) RM 700,000.00
Perolehan bersih (A – B) RM 569,600.00
Nilai perkhidmatan [(100/106) x (A – B)] RM 537,358.49

Berdasarkan amaun nilai perkhidmatan yang kena dibayar cukainya


sebanyak RM537,358.49, operator perjudian itu adalah
bertanggungan untuk didaftarkan kerana nilai tersebut telah melebihi
nilai ambang pendaftaran.

3. S : Operator perjudian menganjurkan suatu pertandingan dengan


bayaran yuran pentadbiran sebanyak RM50 ke atas setiap peserta

Hak Cipta Terpelihara © 2018 Jabatan Kastam Diraja Malaysia 15


Panduan Pertaruhan Dan Perjudian
Sehingga 23 Ogos 2018

yang menyertai perlumbaan sulung terhad. Seorang peserta yang


mempunyai dua ekor kuda menyertai dalam pertandingan ini akan
membayar yuran berjumlah RM100. Adakah yuran pentadbiran
seperti ini tertakluk kepada cukai perkhidmatan?
J : Ya, yuran pentadbiran adalah tertakluk kepada cukai perkhidmatan
kerana ini adalah caj untuk perkhidmatan yang kena dibayar cukai.

4. S : Operator ramalan nombor dikehendaki membuat sumbangan


mandatori kepada Majlis Sukan Negara berdasarkan 10%
daripada keuntungan bersih sebelum penolakan cukai. Adakah
terdapat liabiliti cukai perkhidmatan ke atas sumbangan ini?
J : Tidak. Sumbangan itu tidak tertakluk kepada cukai perkhidmatan.

5. S : Bagaimanakah operator kasino perlu didaftarkan untuk cukai


perkhidmatan sekiranya mereka juga menjalankan perniagaan
lain?
J : Sekiranya operator kasino menjalankan perniagaan lain seperti hotel,
restoran, taman tema, kedai runcit dan pertunjukan konsert, operasi
kasino, operasi perniagaan lain akan didaftarkan bersama dengan
operasi kasino iaitu semua perkhidmatan lain akan tertakluk kepada
cukai perkhidmatan sekiranya operator kasino didaftarkan.

6. S : Adakah aktiviti perjudian atas talian tertakluk kepada cukai


perkhidmatan di Malaysia?
J : Tidak, aktiviti sedemikian tidak tertakluk kepada cukai perkhidmatan di
Malaysia.

7. S : Seorang pengendali kasino menerima jumlah kutipan sebanyak


RM1,000,000 dan jumlah pembayaran hadiah tunai kepada
penjudi yang berjaya adalah berjumlah RM400,000 untuk tempoh
bercukai bagi bulan September dan Oktober 2018. Operator
kasino itu mendapat kemenangan bersih sebanyak RM600,000.
Berapakah amaun cukai perkhidmatan yang perlu diakaunkan
pada tempoh bercukai tersebut sekiranya duti kasino adalah

Hak Cipta Terpelihara © 2018 Jabatan Kastam Diraja Malaysia 16


Panduan Pertaruhan Dan Perjudian
Sehingga 23 Ogos 2018

RM150,000 (25% x RM600,000)? [Nota: Andaikan kadar cukai


perkhidmatan adalah 6%]

J : Kutipan kasar RM 1,000,000.00

Tolak:
Duti kasino @ 25% daripada menang bersih RM 150,000.00
Hadiah tunai RM 400,000.00
Nilai perkhidmatan (100/106 x RM450,000) RM 424,528.30

Cukai perkhidmatan (6/106 x RM450,000) RM 25,471.70

8. S : Adakah operator perjudian yang berdaftar boleh menuntut rebat


ke atas cukai jualan atau cukai perkhidmatan yang dibayar ke atas
pembeliannya dalam menyediakan perkhidmatannya yang kena
dibayar cukai?
J : Tidak, operator perjudian tidak layak untuk menuntut rebat cukai jualan
atau cukai perkhidmatan yang dibayar ke atas pembeliannya dalam
menyediakan perkhidmatannya yang kena dibayar cukai.

9. S : Saya seorang peniaga dan menjual mesin perjudian, meja


perjudian dan alat gantinya di Malaysia. Adakah saya mendapat
pengecualian cukai jualan ke atas pengimportan barang tersebut
dalam perjalanan atau penerusan perniagaan saya?
J : Tidak. Pengimportan sedemikian adalah tertakluk kepada cukai jualan.

10. S : Saya seorang agen yang mempromosikan tiket ambil tagan


kepada orang awam. Adakah saya dikehendaki memohon untuk
berdaftar di bawah Akta Cukai Perkhidmatan 2018?
J : Tidak, anda menyediakan perkhidmatan bagi pihak principal kepada
pihak ketiga dan memperolehi komisen. Oleh itu, anda tidak
bertanggungan untuk didaftarkan kerana perkhidmatan yang anda
berikan bukanlah merupakan perkhidmatan yang kena dibayar cukai.

Hak Cipta Terpelihara © 2018 Jabatan Kastam Diraja Malaysia 17


Panduan Pertaruhan Dan Perjudian
Sehingga 23 Ogos 2018

11. S : Tiket-tiket dicetak di luar negara dan percetakan mengambil masa


lima bulan untuk disahkan awal dari tarikh tiket dikeluarkan untuk
dijual. Pencetak di luar negara akan mencetak tiket ambil tagan
dengan perkataan “termasuk GST” atau “termasuk 6% GST”
untuk cabutan yang dijalankan dari bulan Jun 2018 hingga
Januari 2019. Adakah dia dibenarkan menjual tiket-tiket itu dalam
tempoh tersebut?

J : Tiket sedemikian bagi cabutan nombor yang dijalankan dari bulan Jun
2018 hingga November 2018, dibenarkan dijual dalam tempoh
tersebut. Walau bagaimanapun, jualan tiket bagi cabutan nombor yang
dijalankan pada bulan Disember 2018 dan seterusnya adalah tertakluk
kepada kelulusan Ketua Pengarah.

12. S : Seorang operator perjudian menerima perkhidmatan teknikal


untuk penyelenggaraan mesin-mesin perjudiannya daripada ABC
Sdn Bhd. Adakah dia perlu membayar cukai perkhidmatan ke atas
perkhidmatan tersebut?

J : Operator perjudian perlu membayar cukai perkhidmatan sekiranya


ABC Sdn Bhd adalah berdaftar di bawah Akta Cukai Perkhidmatan
2018.

13. S : Seorang operator perjudian menerima perkhidmatan mengurus


kutipan yang dikeluarkan daripada mesin perjudian secara
bulanan daripada XYZ Sdn Bhd. Adakah dia perlu membayar
cukai perkhidmatan ke atas perkhidmatan tersebut?

J : Operator perjudian perlu membayar cukai perkhidmatan sekiranya


XYZ Sdn Bhd adalah berdaftar di bawah Akta Cukai Perkhidmatan
2018.

Hak Cipta Terpelihara © 2018 Jabatan Kastam Diraja Malaysia 18


Panduan Pertaruhan Dan Perjudian
Sehingga 23 Ogos 2018

Pembekalan Menjangkaui Perubahan daripada GST (0%) kepada SST (6%)

14. S : Platinum Sweep Sdn Bhd mengendalikan suatu acara loteri


dengan menawarkan hadiah bukan tunai iaitu Toyota Vios bernilai
RM90,000 dan hadiah tunai bernilai RM150,000. Platinum Sweep
Sdn Bhd menjual 200,000 tiket @ RM3 pada bulan Ogos 2018 dan
300,000 tiket @ RM3 pada bulan September 2018. Acara cabutan
dibuat pada 15.9.2018. Semua hadiah telah dimenangi. Berapakah
amaun cukai perkhidmatan yang perlu dibayar bagi acara cabutan
bertarikh 15.9.2018? [Nota: Andaikan kadar cukai perkhidmatan
adalah 6%]
J : RM

Jualan kutipan loteri bagi acara cabutan 1,500,000.00


Pada 15.9.2018
(Kutipan Ogos and September 2018)

(-) Cukai perjudian @ 8% 120,000.00


(-) Duti pertaruhan & ambil tagan @ 10% 138,000.00

Pembolehubah A 1,242,000.00
Pembolehubah B (Hadiah tunai) 150,000.00

Perolehan bersih (A - B) 1,092,000.00

Nilai perkhidmatan 100/106 X (A - B) 1,030,188.68


Cukai perkhidmatan 6/106 x (A - B) 61,811.32

15. S : Kutipan daripada mesin slot dikeluarkan setiap minggu oleh


pengendali kelab persendirian. Bagi tempoh 27.8.2018 to 2.9.2018,
kutipan tersebut dikeluarkan pada 3.9.2018. Adakah kutipan
tersebut tertakluk kepada GST pada kadar 0%? [Nota: Andaikan
kadar cukai perkhidmatan adalah 6%]
J : Kutipan yang dibuat pada 3.9.2018 adalah termasuk cukai
perkhidmatan pada kadar 6%.

Hak Cipta Terpelihara © 2018 Jabatan Kastam Diraja Malaysia 19


Panduan Pertaruhan Dan Perjudian
Sehingga 23 Ogos 2018

PERTANYAAN

Untuk sebarang pertanyaan mengenai panduan ini sila hubungi:

Bahagian Cukai Dalam Negeri


Jabatan Kastam Diraja Malaysia
Aras 3 – 7, Blok A, Menara Tulus,
No. 22, Persiaran Perdana, Presint 3,
62100 Putrajaya.

BANTUAN LANJUT DAN MAKLUMAT BERKENAAN SST

Maklumat lanjut tentang SST boleh diperolehi dari:

(i) Laman web SST : https://mysst.customs.gov.my/

(ii) Pusat Panggilan Kastam:


• Tel: 03-7806 7200 / 1-300-888-500
• Fax: 03-7806 7599
• Email: ccc@customs.gov.my

Hak Cipta Terpelihara © 2018 Jabatan Kastam Diraja Malaysia 20

You might also like