You are on page 1of 11

PEMBENTUKAN MALAYSIA 1963

GAMBAR 1: TUNKU ABDUL RAHMAN MENAIKI KAPAL TERBANG UNTUK MENANDATANGANI


PERJANJIAN MALAYSIA DI LONDON

Pada petang 6 Julai 1963, satu perjanjian penting telah ditandatangani di Pejabat Perhubungan

Komanwel di Malborough House, London. Tunku Abdul Rahman telah mengambil penerbangan ke

Singapura dan berlepas ke London untuk menandatangani Perjanjian Malaysia. Perjanjian Penubuhan

Persekutuan Malaysia itu telah ditandatangani wakil-wakil kerajaan British, Persekutuan Tanah Melayu,

Sabah, Sarawak dan Singapura. Persetujuan telah diperolehi untuk menubuhkan Malaysia pada 31

Ogos, 1963. Bagaimanapun, penubuhan Malaysia yang dirancang pada tarikh tersebut terpaksa

ditangguhkan kerana laporan Setiausaha PBB hanya dapat disiapkan pada 14 September. Malaysia

akhirnya diisytiharkan pada 16 September 1963.

- Sumber Arkib Negara

PEMBENTUKAN MALAYSIA 1963


GAMBAR 6: TUNKU ABDUL RAHMAN SEDANG MENERANGKAN PEMBENTUKAN MALAYSIA DI
HOTEL ADELPHI, SINGAPURA

Pada tahun 1961, Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu

mengemukakan Gagasan Persekutuan Malaysia yang membawa kepada penubuhan Malaysia.

Gagasan ini beliau kemukakan dalam satu majlis jamuan yang diadakan oleh Persatuan Wartawan-

wartawan Luar Negeri Asia Tenggara, di Singapura.

- Sumber Arkib Negara

PEMBENTUKAN MALAYSIA 1963

GAMBAR 5 : SIDANG AKHBAR RASMI DI KEDIAMAN TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ
PENGUMUMAN: Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj mengadakan sidang akhbar di kediaman rasmi

beliau pada 6 Julai, 1963 bagi mengumumkan keberangkatan ke London untuk menghadiri majlis

menandatangani perjanjian penubuhan Malaysia. Pendirian kerajaan ini adalah berdasarkan kepada

perkembangan politik di Singapura yang memperlihatkan peningkatan pengaruh golongan kiri. Di

samping itu, gagasan ini bertujuan mengimbangi jumlah penduduk, meningkatkan kemajuan ekonomi

dan mempercepat proses kemerdekaan bagi Singapura, Brunei, Borneo Utara (Sabah) dan Sarawak.

- Sumber Arkib Negara

PEMBENTUKAN MALAYSIA 1963

GAMBAR 3: TINJAUAN AHLI SURUHANJAYA COBBOLD KE JESELLTON (KINI DIKENALI KOTA


KINABALU, SABAH)
Lanjutan daripada persetujuan yang telah dicapai dalam Jawatankuasa Perundingan

Perpaduan Malaysia dan keputusan kerajaan Britain menyokong gagasan penubuhan

Malaysia, satu suruhanjaya telah dibentuk  dengan untuk tujuan meninjau dan mengkaji

pandangan penduduk Sabah dan Sarawak pada 16 Januari 1962. Ia telah dipengerusikan oleh

Lord Cobbold, manakala ahli-ahli yang dilantik oleh Britain ialah Sir Anthony Abell dan Sir

David Watherston. Selain dari itu jawatankuasa ini juga turut dianggotai oleh ahli-ahli yang

dilantik oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, iaitu Ghazali Shafie dan Datuk Wong Pow

Nee. Hasil dari  tinjauan yang telah dilakukan oleh jawatankuasa ini menunjukkan bahawa 81

peratus dari penduduk Sabah dan Sarawak menyokong dan mahu menyertai Malaysia.

- Sumber Arkib Negara

PEMBENTUKAN MALAYSIA 1963

GAMBAR 4 : PENGUMUMAN PENGISYTIHARAN PENUBUHAN MALAYSIA


Pada 31 Julai 1963, persetujuan dicapai oleh Persekutuan Tanah Melayu, Filipina dan Indonesia

bahawa Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu, U-Thant atau wakil perlu meninjau sokongan

daripada rakyat di negeri-negeri Borneo. Wakil Bangsa-Bangsa Bersatu selesai menjalankan tugas

mereka pada 14 September 1963. Oleh itu, perisytiharan Malaysia tidak dapat dilaksanakan pada 31

Ogos 1963, sebaliknya diisytiharkan pada 16 September 1963 dan DYMM Yang di-Pertuan Agong

telah menandatangani perisytiharan tersebut pada 29 Ogos 1963.

Pengisytiharan Penubuhan Malaysia pada hari ini dalam tahun 1963 bukan sahaja telah

memerdekakan Singapura, Sabah dan Sarawak daripada British tetapi juga menunjukkan kelahiran

sebuah negara baru di dunia.

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj melaungkan 'Merdeka' sebanyak tujuh kali diselang seli

laungan rakyat yang hadir selepas tamat membaca pemasyhuran Malaysia pada 17 September, 1963.

TANGGAL 16 September 1963, maka lahirlah sebuah negara baharu bernama Malaysia. Ia merupakan

detik paling bersejarah yang memperlihatkan penyatuan Persekutuan Tanah Melayu bersama Sabah,

Sarawak dan Singapura.

- Sumber Arkib Negara

PEMBENTUKAN MALAYSIA 1963

GAMBAR 2 : JAWATANKUASA PERUNDINGAN PERPADUAN MALAYSIA BERMESYUARAT


Ahli-ahli Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia bermesyuarat di Selangor Legislative

Assembly Chamber, Kuala Lumpur pada 6 dan 7 Januari 1962. Jawatankuasa ini ditubuhkan pada

bulan Julai 1961 dengan tujuan memberi penerangan kepada penduduk Borneo Utara, Sarawak dan

Brunei mengenai penubuhan Malaysia. Mesyuarat ini merupakan mesyuarat yang ketiga.

- Sumber Arkib Negara

KE ARAH KEMERDEKAAN 1957

GAMBAR 1: PERJANJIAN LONDON 1956


Pada bulan Januari 1956, satu rombongan yang terdiri dari lapan orang wakil yang telah dipersetujui,

berangkat ke London yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman. Ia bertujuan untuk berunding dengan

pegawai-pegawai British sebagai usaha menuntut kemerdekaan TM. Perundingan kemerdekaan

berlangsung dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956, iaitu kira-kira tiga minggu.Hasil daripada

rundingan tersebut, Perjanjian London telah ditandatangani pada 8 Februari 1956. Beberapa

persetujuan telah berjaya dihasilkan, iaitu:

 Kerajaan British akan memberikan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957;

 Tanah Melayu berada dalam lingkungan Komanwel dan menjalankan pemerintahan

secara demokrasi;

 Selaras dengan tanggungjawabnya terhadap Komanwel, British juga mendapat hak

menempatkan tenteranya di negara ini; dan

 Sebuah badan bebas ditubuhkan bagi menggubal perlembagaan Tanah Melayu yang

dinamakan Suruhanjaya Reid.

- Sumber Arkib Negara

KE ARAH KEMERDEKAAN 1957

GAMBAR 2 : 7 WASIAT RAJA-RAJA MELAYU

Sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957, telah berlaku satu
peristiwa besar yang mana Raja-Raja melayu di semenanjung Tanah Melayu telah membuat
satu persetujuan dan menandatangani atas kesepakatan terbentuknya Perlembagaan
Persekutuan Tanah Melayu. Dengan itu, tujuh wasiat Raja-Raja Melayu telah terkandung seperti
berikut;

PERTAMA

Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung
Persekutuan Tanah Melayu (sekarang Malaysia)

KEDUA

Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan
untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan
Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain

KETIGA

Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan
Rejimen Askar Melayu Diraja selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman
dari luar negara

KEEMPAT

Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu memerintah negara
ini

KELIMA

Kami isytiharkan Islam adalah agama persekutuan

KEENAM

Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah Bahasa Melayu

KETUJUH

Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi
kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah
kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak)

- Sumber Arkib Negara

KE ARAH KEMERDEKAAN 1957

GAMBAR 3: PEMASYHURAN KEMERDEKAAN


Pada 20 Februari 1956, Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu telah diumumkan di Padang Banda

Hilir, Melaka. Pada detik bersejarah ini YTM Tunku Abdul Rahman Putra, Ketua Menteri Persekutuan

Tanah Melayu yang juga merupakan Yang Dipertua Agong Umno mengumumkan bahawa menurut

Perjanjian Kemerdekaan yang ditandatangani pada 8 Februari 1956, Persekutuan Tanah Melayu akan

mencapai kemerdekaan secara rasminya pada 31 Ogos 1957. Serentak dengan pengumuman

kemerdekaan itu pekikan 'Merdeka' bergemuruh di angkasa raya Padang Banda Hilir yang dibanjiri

oleh lebih daripada 100,000 orang yang datang dari seluruh pelosok Persekutuan Tanah Melayu.

Pengumuman Kemerdekaan ini dibuat sejurus selepas rombongan rundingan kemerdekaan di London.

Kepulangan Rombongan Kemerdekaan ini disambut dengan meriah. Rombongan ini turut diarak

dengan diiringi sepasukan pemuda bermotosikal dan berpuluh-puluh buah kereta dari Lapangan

Terbang Batu Berendam, Melaka ke Padang Banda Hilir,Melaka.

(Sumber: Arkib Negara Malaysia)

KE ARAH KEMERDEKAAN 1957

GAMBAR 4: PENGISYTIHARAN KEMERDEKAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU


Upacara pengisytiharan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dimulai tepat pada jam 12.00

tengah malam pada 31 Ogos 1957 bertempat di Padang Kelab Selangor. Upacara dimulakan dengan

menurunkan bendera Union Jack dan digantikan dengan bendera Persekutuan Tanah Melayu.

Penurunan bendera Union Jack ini menandakan kemerdekaan Tanah Melayu. Pada pagi 31 Ogos

1957, Tuanku Abdul Rahman telah mengisytiharkan kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu di

Stadium Merdeka melalui pengisytiharan kemerdekaan yang diserahkan kepada beliau oleh wakil Ratu

Elizabeth. Tunku Abdul Rahman dilantik menjadi Perdana Menteri pertama. Manakala, Yang Di-

Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tunku Abdul Rahman ibni Al Marhum Yamtuan Muhamad pula

ditabalkan sebagai Yang Di Pertuan Agong yang pertama. Ahli Jemaah Menteri yang baru Persekutuan

Tanah Melayu yang pertama turut diumumkan. Tanah Melayu diterima menjadi ahli Pertubuhan

Bangsa-bangsa Bersatu ke-82 pada 17 September 1957.

Pada upacara bersejarah ini juga, wakil Queen Elizabeth II, Duke of Gloucester menyerahkan

Watikah Perlembagaan kepada Perdana Menteri menandakan berakhirnya naungan British ke atas

Tanah Melayu, Pengisytiharan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu dibacakan oleh Tunku Abdul

Rahman Putra. Selesai Pengisytiharan dibaca, Tunku Abdul Rahman Putra melaungkan ‘MERDEKA’

sebanyak tujuh kali dan disambut oleh ribuan rakyat yang membanjiri Stadium Merdeka.

Upacara ini kemudiannya disusuli dengan seruan azan yang melambangkan Islam sebagai

agama rasmi negara yang baru merdeka, diikuti dengan acara menaikkan bendera Persekutuan Tanah

Melayu sambil diiringi dengan lagu kebangsaan, ‘Negaraku’. Sebanyak seratus satu das tembakan

meriam dilepaskan menandakan Persekutuan Tanah Melayu telah menjadi sebuah negara yang

merdeka dan berdaulat. (Sumber: Arkid Negara Malaysia)

KE ARAH KEMERDEKAAN 1957

GAMBAR 5: PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN TANAH MELAYU 1957


Isi-isi penting Perlembagaan PersekutuanTanah Melayu 1957 ialah

 Pembentukan sebuah kerajaan Persekutuan

 Pemisahan antara kuasa persekutuan dengan kuasa negeri melalui Senarai Persekutuan dan

Senarai Negeri

 Institusi Raja dijadikan Raja Berpelembagaan pada peringkat negeri dan Negara

 3 jenis kerakyatan diwujudkan,iaitu secara Kuatkuasa Undang-undang,Permohonan dan

Naturalisasi

 Kedudukan istimewa orang Melayu dikekalkan

 Agama Islam sebagai agama rasmi Persekutuan

 Tanah Simpanan Melayu dikekalkan

 Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

 Yang di-Pertuan Agong menjadi ketua Negara

 Pentadbiran Negara bersifat demokrasi berparlimen,iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara

terletak di bawah kuasa Parlimen

 Pada peringkat negeri,Menteri Besar menjadi pelaksana pentadbiran dan beliau dibantu oleh

Dewan Undangan Negeri dan EXCO

(Sumber: Arkid Negara


Malaysia)

You might also like