You are on page 1of 7

Kertas Model SPM

Bahagian A
[50 markah]
Jawab semua soalan.

 1 Pernyataan di bawah berkaitan dengan budaya hedonisme dalam kalangan generasi muda.

Hedonisme bermaksud pegangan atau pandangan hidup yang mementingkan keseronokan atau
kesenangan hidup sahaja.

(a) Nyatakan dua nilai universal yang dapat membantu generasi muda supaya tidak dipengaruhi oleh
budaya hedonisme.
(i)
(ii)
[2 markah]

(b) Berikan dua contoh budaya hedonisme yang mempengaruhi generasi muda.
(i)
(ii)
[2 markah]

(c) Nyatakan faktor yang menyebabkan budaya hedonisme semakin berleluasa.



[2 markah]

(d) Terangkan dua kesan budaya hedonisme terhadap norma masyarakat jika budaya ini diamalkan secara
berterusan.

[4 markah]

Modul A+ Moral Tg5 KM QR 4th.indd 1 1/26/2021 3:14:30 PM


 2 Petikan di bawah berkaitan pembelian dalam talian.

Pembelian dalam talian merupakan suatu proses yang dilakukan oleh pengguna dengan membeli barang
atau produk yang diingini melalui perkhidmatan dalam Internet. Pengguna akan membeli barang atau
produk yang diperlukan daripada peniaga yang wujud dalam talian. Pada masa ini, pembelian dalam
talian semakin mendapat sokongan pengguna dan pengguna lebih gemar membeli barang atau produk
secara dalam talian berbanding dengan pembelian yang dilakukan secara bersemuka di kedai.

(a) Nyatakan tiga kebaikan pembelian dalam talian.


(i)
(ii)
(iii)
[3 markah]

(b) Pembelian atas talian merupakan salah satu faktor yang menyebabkan pengguna tidak menguruskan
perbelanjaan secara beretika. Ramalkan kesan pengurusan perbelanjaan yang tidak beretika terhadap
pihak berikut:
(i) Diri

(ii) Keluarga

(iii) Masyarakat

(iv) Negara

[4 markah]

(c) Kebanyakan perniagaan dalam talian menawarkan pelbagai iklan dan promosi yang menarik sehingga
menggalakkan pengguna berbelanja secara boros. Bagaimanakah cara pengguna menguruskan
perbelanjaan secara beretika semasa berbelanja?



[3 markah]

Modul A+ Moral Tg5 KM QR 4th.indd 2 1/26/2021 3:14:30 PM


 3 Maklumat di bawah mengenai sikap golongan remaja yang semakin mementingkan jenama luar.

Golongan remaja sering memilih untuk membeli produk yang berjenama luar berbanding dengan
produk yang berjenama tempatan. Mereka lebih gemar menggunakan produk yang dihasilkan di luar
negara dan diimport ke dalam Malaysia. Pada pandangan mereka, penggunaan produk yang berjenama
luar adalah lebih baik daripada produk yang berjenama tempatan kerana status sosial akan kelihatan
lebih tinggi. Kadang kala, memang tidak dapat dinafikan bahawa mereka membuat keputusan untuk
membeli sesuatu produk berdasarkan jenama luar tanpa mengambil kira kualiti produk tersebut.

(a) Apakah perasaan anda, apabila mengetahui bahawa golongan remaja semakin mementingkan produk
jenama luar?


[2 markah]

(b) Senaraikan dua faktor yang menyebabkan golongan remaja semakin mementingkan produk yang
berjenama luar.
(i)
(ii)
[2 markah]

(c) Bagaimanakah ibu bapa dapat mengelakkan anak-anak daripada mementingkan produk jenama luar?
Berikan dua cara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa.
(i)
(ii)
[2 markah]

(d) Terdapat sesetengah remaja yang amat mementingkan produk berjenama tanpa mengambil kira sama
ada jenama tempatan atau jenama luar semasa membeli sesuatu produk. Huraikan kesan yang akan
berlaku jika remaja meneruskan tabiat ini.


[4 markah]

Modul A+ Moral Tg5 KM QR 4th.indd 3 1/26/2021 3:14:30 PM


 4 Jadual di bawah menunjukkan hak yang dijamin sebagai seorang warganegara Malaysia.

Perkara Hak

Perkara 5 Kebebasan diri

Perkara 6 Keabdian dan kerja paksa dilarang

Perkara 8 Kesamarataan

Perkara 13 Hak terhadap harta

(a) Apakah maksud hak sebagai warganegara?



[1 markah]

(b) Nyatakan tiga kepentingan hak sebagai warganegara.


(i)
(ii)
(iii)
[3 markah]

(c) Lengkapkan jadual di bawah dengan menyenaraikan satu implikasi negatif pengabaian hak sebagai
warganegara.

Pihak Implikasi Negatif


(i) Diri

(ii) Masyarakat

(iii) Negara

[3 markah]

(a) Jelaskan satu batasan hak sebagai warganegara yang perlu dipatuhi berdasarkan perkara-perkara yang
berikut.
(i) Perkara 9 (Larangan buang negeri dan kebebasan bergerak)

(ii) Perkara 10 (Kebebasan bercakap, berhimpun dan berpersatuan)

(iii) Perkara 12 (Hak berkenaan dengan pendidikan)

[3 markah]

Modul A+ Moral Tg5 KM QR 4th.indd 4 1/26/2021 3:14:30 PM


 5 Maklumat berikut menunjukkan tokoh yang berjaya mengharumkan nama Malaysia.

Datuk Nicol Ann David Julian Yee


• Menjadi pemain skuasy profesional • Memenangi pingat emas dalam acara luncur ais
• Berjaya memegang gelaran pemain skuasy berirama lelaki dalam Sukan SEA 2017
nombor satu dunia selama 9 tahun berturut-turut • Menjadi atlet luncur ais pertama negara yang
• Memenangi 5 pingat emas dalam Sukan Asia, mewakili Malaysia dalam Sukan Olimpik Musim
2 pingat emas dalam Sukan Komanwel dan Sejuk 2018 di Pyeongchang, Korea Selatan
81 gelaran kejuaraan Jelajah Persatuan Skuasy • Atlet pertama negara yang mengambil bahagian
Profesional (PSA) dalam Kejohanan Luncur Ais Berbunga Dunia

(a) Selain Datuk Nicol Ann David dan Julian Yee, namakan dua orang tokoh lain yang berjaya mengharumkan
nama negara dalam bidang sukan.
(i)
(ii)
[2 markah]

(b) Apakah faedah yang diperoleh apabila rakyat Malaysia berjaya mengharumkan nama negara?

[3 markah]

(c) Nyatakan tiga kepentingan sukan kepada negara.


(i)
(ii)
(iii)
[3 markah]

(d) Sebagai seorang murid, bagaimanakah cara anda mengharumkan nama negara di seluruh dunia?
Jelaskan cara anda.

[2 markah]

Modul A+ Moral Tg5 KM QR 4th.indd 5 1/26/2021 3:14:30 PM


Bahagian B
[10 markah]
Jawab semua soalan.

 1 Foto di bawah menunjukkan jenis karya yang dilindungi di bawah perlindungan hak cipta.


Karya sastera Karya terbitan Karya seni

Jelaskan langkah melindungi hak cipta pemilik asal karya tersebut berdasarkan nilai universal yang
dipelajari. [10 markah]

 2 Maklumat di bawah berkaitan salah laku dalam sesebuah organisasi.

Apakah yang anda faham tentang salah laku dalam sesebuah organisasi?
Adakah anda menyedari bahawa salah laku yang dibuat dapat menyebabkan anda diberhentikan kerja?

Sebelum anda menghadapi masalah pembuangan kerja, anda perlu memahami dan mengetahui tentang
salah laku dengan lebih mendalam. Contoh salah laku yang biasanya dilakukan oleh pekerja adalah
seperti yang berikut.
•  Memberi atau menerima rasuah
•  Tidak menghadirkan diri ke tempat kerja secara berterusan tanpa mendapat keizinan
•  Merosakkan harta benda milik majikan dengan sengaja
•  Melakukan tindakan yang tidak sopan sepanjang tempoh waktu bekerja
•  Mencuri, menipu dan bersikap tidak jujur terhadap perkara yang berkaitan dengan urus niaga dan
harta benda milik majikan

Sekarang, anda sudah memahami dan mengetahui tentang salah laku yang sering berlaku dalam
sesebuah organisasi. Jika seseorang pekerja melakukan salah laku, maka pihak syarikat akan membuat
keputusan untuk membuang kerja pekerja tersebut. Oleh itu, setiap pekerja perlulah berusaha untuk
mengelakkan diri daripada sebarang salah laku yang boleh menyebabkan mereka menghadapi risiko
dibuang kerja.

Huraikan tindakan yang perlu diambil oleh setiap pekerja untuk mengelakkan diri daripada sebarang salah
laku dalam sesebuah organisasi. Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai universal yang dipelajari.
[10 markah]

Modul A+ Moral Tg5 KM QR 4th.indd 6 1/26/2021 3:14:30 PM


Bahagian C
[40 markah]
Jawab semua soalan.

 1 Maklumat yang berikut merujuk kepada gaya keibubapaan yang diamalkan oleh dua buah keluarga, iaitu
Keluarga A dan Keluarga B.

Keluarga Gaya Keibubapaan


A •  Ibu bapa sentiasa akur dengan permintaan anak-anak yang bersesuaian
•  Peneguhan berterusan
•  Ibu bapa bersikap peka terhadap kemampuan dan kehendak anak-anak
B •  Ibu bapa jarang membuat tuntutan terhadap anak-anak
•  Ibu bapa tidak mewujudkan pelbagai peraturan di rumah
•  Anak-anak mempunyai kebebasan untuk membuat keputusan sendiri dalam pelbagai
perkara
•  Ibu bapa sentiasa akur dengan setiap permintaan anak-anak tanpa memikirkan kesan
yang akan berlaku

(a) Antara gaya keibubapaan yang diamalkan oleh Keluarga A dan Keluarga B, gaya keibubapaan yang
manakah menjadi pilihan anda apabila anda menjalankan kehidupan dewasa dan berkeluarga? Jelaskan
pilihan anda berdasarkan nilai universal yang dipelajari. [10 markah]

(b) Jelaskan kesan negatif keluarga yang memilih untuk mengamalkan gaya keibubapaan dalam
Keluarga B. [10 markah]

 2 Maklumat di bawah menunjukkan pertukaran pelajar antara negara.

Program pertukaran pelajar antara negara bermaksud sesebuah negara akan menghantar beberapa
orang pelajar atau sekumpulan pelajar ke negara lain untuk belajar dan menerima pelajar dari luar
negara untuk belajar di negara ini untuk suatu tempoh masa tertentu. Program pertukaran pelajar antara
negara adalah sangat terkenal dan program ini biasanya melibatkan pelajar yang melanjutkan pelajaran
pada peringkat universiti. Walau bagaimanapun, pelajar yang masih belajar di sekolah menengah juga
dapat menyertai program ini jika mereka mempunyai peluang keemasan. Contoh program pertukaran
pelajar antara negara yang pernah dilaksanakan ialah Program Japan-East Asia Network of Exchange for
Students and Youth (JENESYS) yang melibatkan dua buah negara, iaitu Malaysia dan Jepun. Program
ini perlu dijalankan dengan lebih kerap kerana pelbagai faedah yang akan diperoleh pelajar dan negara
yang terlibat.

(a) Mampukah program pertukaran pelajar antara negara memupuk semangat kerjasama dalam kalangan
masyarakat global? Jawapan anda hendaklah berdasarkan nilai universal yang dipelajari.
[10 markah]

(b) Jelaskan faedah yang diperoleh melalui program pertukaran pelajar antara negara. [10 markah]

Modul A+ Moral Tg5 KM QR 4th.indd 7 1/26/2021 3:14:30 PM

You might also like