You are on page 1of 4

MODUL PdP

#LEARNING@HOME
BAHASA MELAYU TINGKATAN 4
TAHUN 2020

BAHASA MELAYU KERTAS 2


KEMAHIRAN TATABAHASA : SET 1

Sektor Pembelajaran
Jabatan Pendidikan Negeri Perak

1
LATIHAN PENGUKUHAN
PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN TATABAHASA
30 MARKAH

SET 1

a. Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham
akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, atau
menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.

i. bebenang
ii. dedaun
iii. gegelang
iv. jejari
v. lelaki
vi. rerambut
[6 markah]

b. Nyatakan pola bagi ayat-ayat di bawah sama ada ayat tersebut berpolakan Frasa Nama+
Frasa Nama (FN + FN), Frasa Nama + Frasa Kerja (FN + FK), Frasa Nama + Frasa
Adjektif (FN + FA) atau Frasa Nama + Frasa Sendi Nama (FN + FS).

i. Nasi lemak ibu sangat sedap.


ii. Anjing itu sedang menyalak.

iii. Rumah saya di atas bukit.

iv. Hadiah itu untuk ibu saya.

v. Kedai buku itu kedai datuk saya.

vi. Jalan menuju ke rumah Salmah lurus.

[6 markah]

2
c. Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan
ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada
satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.

i. Sampah-sarap yang dibuang dengan sesuka hati oleh penduduk disebabkan


longkang tersumbat.

ii. Kaum wanita yang berhasrat untuk mengambil pekej rawatan kecantikan muka
dinasihati agar berjumpa dengan pakar kosmetik yang berkelayakan dan diluluskan
oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

iii. Golongan belia haruslah mempunyai penahanan diri yang kental demi mengikis
gejala negatif yang boleh mengkucar-kacirkan masa depan mereka

[6 markah]

d. Dalam setiap ayat di bawah, terdapat satu kesalahan penggunaan kata atau
istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan
itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
penggunaan kata atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin
ayat itu semula.

i. Kita tidak boleh bergantung pada sektor perindustrian semata-mata oleh kerana
sektor pertanian juga memainkan peranan untuk meningkatkankan pendapat negara.

ii. Pihak ibu bapa-ibu bapa begitu marah kerana pihak sekolah tidak menunaikan
hukuman rotan mengikut prosedur yang betul.

iii. Sistem penghawa dingin yang tidak berfungsi telah menyebabkan lima orang
daripada pekerja-pekerja syarikat itu mati ketika berada di dalam terowong yang panas.

[6 markah]

3
e. Baca ayat-ayat di bawah dengan teliti kemudian nyatakan peribahasa yang sesuai dengan
ayat-ayat tersebut.

i. Seseorang yang semakin berilmu atau semakin berpangkat maka dia akan
menjadi rendah diri dan tidak sombong.
ii. Setelah Cikgu Osman berpindah ke sekolah lain, Cikgu Salleh pula mengambil alih
tugasnya sebagai guru bahasa Melayu di sekolah itu.

iii. Alex Wong memandu dengan cermat dan berhati-hati agar selamat.

[6 markah]

You might also like