You are on page 1of 4

ULANG KAJI MENGHADAPI SPM - LATIHAN PENGETAHUAN &

KEMAHIRAN BAHASA
Soalan 3 iaitu pengetahuan & kemahiran bahasa dalam Kertas 2.
(Soalan di bawah adalah merupakan Soalan Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa
Kertas 2 Bahasa Melayu Peperiksaan Percubaan SPM MRSM 2009):
(a) Tulis satu ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah untuk menunjukkan bahawa
anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan
imbuhan, menukarkan imbuhan atau menggunakan perkataan itu sebagai
peribahasa atau nama khas.
(i) perilaku
(ii) prabayar
(iii) poliklinik
(iv) pancaindera
(v) prokerajaan
(vi) pascamerdeka
[ 6 markah ]
(b) Tulis semula cakap ajuk di bawah ini dalam bentuk cakap pindah dengan
mengekalkan maksud asalnya.
Cikgu Ani :Kenapa awak tak datang latihan bola jaring petang semalam?
Sara :Sssaya... minta maaf cikgu. Saya ada hal penting di rumah.
Cikgu Ani :Patutnya awak beritahu saya lebih awal. Taklah saya tertunggu-tunggu
awak.
Sara :Er...! Saya betul-betul dalam kecemasan.
Cikgu Ani :Sebenarnya apa yang berlaku, Sara?
Sara :Mak saya tiba-tiba jatuh sakit dan terpaksa dibawa ke hospital.
[ 6 markah ]

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu

kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan


itu. Bagi setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu
kesalahan ejaan dan kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin
ayat itu semula.

(i)Novel itu mempamerkan tema permasalahan sosial di dalam kalangan remaja di


ibu kota.
(ii)Guru menyapa perlakuan pelajarnya yang agak kurang sopan bila bercakap
dengan orang yang lebih tua.
(iii)Bersesuaian dengan kedudukan kampung kami di kawasan lapangan padi,
semua para petani mengusahakan sawah yang diwarisi turun-temurun.
[ 6 markah ]

(d)Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan EJAAN dan satu
kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi
setiap ayat anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
penggunaan kata atau istilah dan kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu
menyalin ayat itu semula.

(i) Darah merah manusia mengandungi pigmen hemoglobin iaitu molekul protin
yang besar dan amat penting dalam penghidupan.
(ii)Kitar semula dapat menjimatkan kegunaan sumber semulajadi di samping
menjamin kebersihan alam sekitar.
(iii)Sastrawan mendapat kepuasan dan keseronokkan jika buah fikiran mereka
dihargai oleh masyarakat.
[ 6 markah ]
(e)Baca ayat yang mengandungi peribahasa di bawah dengan teliti, kemudian
kemukakan peribahasa lain yang setara maksudnya dengan peribahasa tersebut.
(i)Pasangan pengantin yang sedang bersanding itu kelihatan seperti cincin dengan

permata kerana kedua-duanya sama cantik dan sama padan.


(ii)Sikap Liza yang melupakan jasa ibu angkatnya Marina, tidak ubah seperti ulat
lupa akan daun kerana dia sanggup mengikut ibu kandungnya berpindah ke luar
negara.
(iii) Walaupun Tan Sri Johan telah dilantik menjadi Pengerusi Syarikat Daya Maju
yang terkenal di Asia Tenggara, beliau masih mengamalkan sikap rendah diri dan
senang bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat.
[ 6 markah ]

Jawaban Untuk Latihan Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa Kertas 2


Bahasa Melayu Peperiksaan Percubaan SPM MRSM 2009

Soalan 3a - Perkataan yang diuji


perilaku -keadaan/sifat/cara
prabayar -telah dibayar terlebih dahulu
poliklinik -klinik/hospital tempat merawat pelbagai penyakit
pancaindera -deria atau alat perasa yang lima
prokerajaan -menyokong kerajaan
pascamerdeka -selepas kemerdekaan

Soalan 3b
i. Cikgu menanyakan sebab Sara tidak datang ke latihan bola jaring yang diadakan
pada petang semalamnya.
ii. Dengan tergagap-gagap Sara meminta maaf daripada gurunya dan menjelaskan
bahawa dia mempunyai urusan penting di rumahnya.
iii. Cikgu Ani menyatakan bahawa Sara sepatutnya memaklumkannya terlebih
dahulu supaya dia tidak tertunggu-tunggu akan kedatangan Sara.
iv. Dengan perasaan bersalah, Sara memberitahu Cikgu Ani bahawa dia memang
berada dalam kecemasan.
v. Cikgu Ani menanyakan sebab sebenar perkara yang berlaku kepada Sara.
vi. Sara menerangkan bahawa ibunya telah jatuh sakit secara tiba-tiba dan terpaksa
dibawa ke hospital.

Soalan 3c.
i. protin - protein
penghidupan - kehidupan
ii. kegunaan - penggunaan
semulajadi - semula jadi
iii.Sastrawan - Sasterawan
keseronokkan - keseronokan

Soalan 3d
i. mempamerkan - memaparkan/menggarapkan/
mengetengahkan/mengemukakan
di dalam kalangan - dalam kalangan
ii. menyapa - menegur
bila - apabila
iii.lapangan - jelapang/sawah/penanaman
semua para - semua/para
Soalan 3e
i. peribahasa lain yang setara - bagai pinang dibelah dua.
ii. peribahasa lain yang setara - seperti kacang lupakan kulit.
iii.peribahasa lain yang setara - ular menyusur akar, tidak akan hilang bisanya

You might also like