You are on page 1of 21

KERTAS KONSEP

PERTANDINGAN KESENIAN
KARNIVAL KOKURIKULUM SECARA DALAM TALIAN
PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2020

KARNIVAL eMAS 2020

ZON SELATAN
ZON TENGAH I
ZON TENGAH II
ZON UTARA

Anjuran
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak

Kelolaan
Pejabat Pendidikan Daerah
Sarawak

Tarikh
15 Julai hingga 10 Ogos 2020
Karnival eMAS 2020: Kesenian

KERTAS KONSEP PERTANDINGAN KESENIAN


KARNIVAL KOKURIKULUM SECARA DALAM TALIAN
PERINGKAT NEGERI SARAWAK TAHUN 2020

‘KARNIVAL e-MANSANG ANAK SARAWAK (eMAS)’

UNIT PEMBANGUNAN BAKAT MURID (KOKURIKULUM)


SEKTOR PEMBANGUNAN MURID
JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SARAWAK

1.0 LATAR BELAKANG

Bagi tahun 2020, berikutan penularan wabak Covid-19 dan pelaksanaan Perintah
Kawalan Pergerakan (PKP), semua aktiviti pertandingan Kokurikulum disatukan di dalam
satu karnival yang diberi nama Karnival Kokurikulum Secara Dalam Talian Peringkat
Negeri Sarawak, “Karnival e-Mansang Anak Sarawak (eMAS)”. Karnival eMAS
menjadi satu platfom menghimpunkan semua pertandingan yang melibatkan program
Kokurikulum Koakademik, Sains, Teknologi, Kejuruteraan, Matematik (STEM), Kesenian
dan Kebudayaan dan Persatuan Badan Beruniform.

2.0 RASIONAL

Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak telah membuat perubahan dalam


pelaksanaan pertandingan-pertandingan mengikut kesesuaian semasa selaras dengan
panduan yang diberikan oleh Majlis Keselamatan Negara dan Kementerian Kesihatan
Malaysia kepada Kementerian Pendidikan Malaysia. Pelaksanaan karnival ini diharap
dapat memperkembangkan bakat murid secara holistik dengan meningkatkan pelibatan
dan penyertaan murid dalam aktiviti pembangunan bakat murid di samping membuka
ruang dan peluang kepada murid untuk mendapat markah yang lebih tinggi dalam
PAJSK.

2
Karnival eMAS 2020: Kesenian

Pertandingan-pertandingan yang akan diadakan sepanjang tempoh PKP Covid19


ini berfokuskan kemahiran murid secara individu. Dalam pertandingan-pertandingan ini,
murid diberi peluang untuk menyerlahkan bakat dan keupayaan mereka dalam
menghasilkan projek atau karya di rumah masing-masing.

3.0 KAEDAH PELAKSANAAN

Sebanyak 11 pertandingan dalam bidang kesenian akan dilaksanakan untuk


peringkat negeri Sarawak bagi Tahun 2020. Peserta boleh mendaftar penyertaan dan
menghantar projek atau karya yang dihasilkan kepada pengelola yang dilantik oleh Unit
Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri
Sarawak melalui pautan Google Form secara dalam talian yang akan disediakan oleh
pihak urus setia untuk dikumpulkan dan dinilai di peringkat negeri. Pertandingan akan
dilaksanakan di empat zon negeri Sarawak iaitu Zon Selatan, Zon Tengah 1, Zon Tengah
2 dan Zon Utara, dan dijalankan secara serentak di zon masing-masing pada jangka
masa (timeline) yang telah ditetapkan.

4.0 PERTANDINGAN-PERTANDINGAN YANG DITAWARKAN:

Berikut merupakan pertandingan bidang kesenian yang akan ditawarkan kepada


murid-murid sepanjang Tempoh Kawalan Pergerakan (PKP) Covid19 :

4.1 Pertandingan Sekolah Rendah

i. Pertandingan Tarian Etnik Sarawak Sekolah Rendah


ii. Pertandingan Tarian Zapin Malaysia Sekolah Rendah
iii. Pertandingan Nyanyian Solo Sekolah Rendah
iv. Pertandingan Muzik Instrumental Tradisional Solo Sekolah Rendah
v. Pertandingan Doodles Sekolah Rendah

4.2 Pertandingan Sekolah Menengah

i. Pertandingan Tarian Etnik Sarawak Sekolah Menengah


ii. Pertandingan Tarian Zapin Malaysia Sekolah Menengah
iii. Pertandingan Nyanyian Solo Sekolah Menengah
iv. Pertandingan Muzik Instrumental Tradisional Solo Sekolah
Menengah
v. Pertandingan Doodle Poster Sekolah Menengah
vi. Pertandingan Monolog Sekolah Menengah

3
Karnival eMAS 2020: Kesenian

5.0 KONSEP DAN SYARAT PERTANDINGAN

5.1 Pertandingan Tarian Etnik Sarawak Sekolah Rendah

5.1.1 Terbuka kepada murid Tahun 1 hingga Tahun 6 sekolah kerajaan


dan bantuan kerajaan.
5.1.2 Pertandingan dijalankan secara individu. Satu penyertaan disertai
oleh seorang murid lelaki atau perempuan.
5.1.3 Satu video rakaman dihasilkan di rumah masing-masing.
5.1.4 Tarian etnik yang dipilih adalah dari tarian etnik di Sarawak sahaja.
5.1.5 Persembahan hendaklah tidak kurang dari 2 minit dan tidak melebihi
3 minit.
5.1.6 Markah akan ditolak sebanyak 1 markah bagi setiap minit yang
kurang atau lebih.
5.1.7 TIDAK DIBENARKAN membawa tarian yang berunsur spiritual dan
yang menggugat sensitiviti kaum dan agama.
5.1.8 Lagu atau muzik iringan semasa persembahan boleh terdiri daripada
lagu lama atau baru tetapi mestilah terdiri daripada lagu-lagu yang
mengekalkan rentak asal tarian yang ditarikan.
5.1.9 Penggunaan lagu atau muzik iringan mestilah jelas dan sesuai
dengan video yang dihasilkan.
1.1.11 Pakaian dan aksesori hendaklah bersesuaian dan sopan.
5.1.11 Prop yang digunakan hendaklah bersesuaian dan tidak berbahaya.
5.1.12 Peserta mestilah menggunakan peralatan merakam sendiri sama
ada menggunakan telefon pintar/ perakam video untuk
menghasilkan video. Video boleh disimpan dalam pilihan format
MP4 / 3GP / AVI / MOV / WMV.
5.1.13 Video rakaman bersaiz maksimum 1GB hendaklah dimuat naik ke
dalam Google Form pendaftaran yang disediakan.
5.1.14 Sinopsis tarian hendaklah disediakan dan dihantar bersama
rakaman karya semasa pendaftaran.
5.1.15 Penilaian adalah berdasarkan:

i. Koreografi dan keaslian tari 30 markah


ii. Koordinasi muzik 30 markah
iii. Pecahan tari dan pola lantai 20 markah
iv. Kesantunan 10 markah
v. Busana dan tatarias 10 markah

4
Karnival eMAS 2020: Kesenian

5.2 Pertandingan Tarian Etnik Sarawak Sekolah Menengah

5.2.1 Terbuka kepada murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 sekolah


kerajaan dan bantuan kerajaan.
5.2.2 Pertandingan dijalankan secara individu. Satu penyertaan disertai
oleh seorang murid lelaki atau perempuan.
5.2.3 Satu video rakaman dihasilkan di rumah masing-masing.
5.2.4 Tarian etnik yang dipilih adalah dari tarian etnik di Sarawak sahaja.
5.2.5 Persembahan hendaklah tidak kurang dari 2 minit dan tidak melebihi
3 minit.
5.2.6 Markah akan ditolak sebanyak 1 markah bagi setiap minit yang
kurang atau lebih.
5.2.7 TIDAK DIBENARKAN membawa tarian yang berunsur spiritual dan
yang menggugat sensitiviti kaum dan agama.
5.2.8 Lagu atau muzik iringan semasa persembahan boleh terdiri daripada
lagu lama atau baru tetapi mestilah terdiri daripada lagu-lagu yang
mengekalkan rentak asal tarian yang ditarikan.
5.2.9 Penggunaan lagu atau muzik iringan mestilah jelas dan sesuai
dengan video yang dihasilkan.
5.2.10 Pakaian dan aksesori hendaklah bersesuaian dan sopan.
5.2.11 Prop yang digunakan hendaklah bersesuaian dan tidak berbahaya.
5.2.12 Peserta mestilah menggunakan peralatan merakam sendiri sama
ada menggunakan telefon pintar/ perakam video untuk
menghasilkan video. Video boleh disimpan dalam pilihan format
MP4 / 3GP / AVI / MOV / WMV.
5.2.13 Video rakaman bersaiz maksimum 1GB hendaklah dimuat naik ke
dalam Google Form pendaftaran yang disediakan.
5.2.14 Sinopsis tarian hendaklah disediakan dan dihantar bersama
rakaman karya semasa pendaftaran.
5.2.15 Penilaian adalah berdasarkan:

i. Koreografi dan keaslian tari 30 markah


ii. Koordinasi muzik 30 markah
iii. Pecahan tari dan pola lantai 20 markah
iv. Kesantunan 10 markah
v. Busana dan tatarias 10 markah

5
Karnival eMAS 2020: Kesenian

5.3 Pertandingan Tarian Zapin Malaysia Sekolah Rendah

5.3.1 Terbuka kepada murid Tahun 1 hingga Tahun 6 sekolah kerajaan


dan bantuan kerajaan.
5.3.2 Pertandingan dijalankan secara individu. Satu penyertaan disertai
oleh seorang murid lelaki atau perempuan.
5.3.3 Satu video rakaman dihasilkan di rumah masing-masing.
5.3.4 Tarian zapin yang dipilih adalah zapin asli yang berada di Malaysia
sahaja.
5.3.5 Persembahan hendaklah tidak kurang dari 2 minit dan tidak melebihi
3 minit.
5.3.6 Markah akan ditolak sebanyak 1 markah bagi setiap minit yang
kurang atau lebih.
5.3.7 TIDAK DIBENARKAN membawa tarian yang berunsur spiritual dan
yang menggugat sensitiviti kaum dan agama.
5.3.8 Lagu atau muzik iringan semasa persembahan boleh terdiri daripada
lagu lama atau baru tetapi mestilah terdiri daripada lagu-lagu yang
mengekalkan rentak asal tarian yang ditarikan.
5.3.9 Penggunaan lagu atau muzik iringan mestilah jelas dan sesuai
dengan video yang dihasilkan.
5.3.10 Pakaian dan aksesori hendaklah bersesuaian dan sopan.
5.3.11 Prop yang digunakan hendaklah bersesuaian dan tidak berbahaya.
5.3.12 Peserta mestilah menggunakan peralatan merakam sendiri sama
ada menggunakan telefon pintar/ perakam video untuk
menghasilkan video. Video boleh disimpan dalam pilihan format
MP4 / 3GP / AVI / MOV / WMV.
5.3.13 Video rakaman bersaiz maksimum 1GB hendaklah dimuat naik ke
dalam Google Form pendaftaran yang disediakan.
5.3.14 Sinopsis tarian hendaklah disediakan dan dihantar bersama
rakaman karya semasa pendaftaran.
5.3.15 Penilaian adalah berdasarkan:

i. Koreografi dan keaslian tari 30 markah


ii. Koordinasi muzik 30 markah
iii. Pecahan tari dan pola lantai 20 markah
iv. Kesantunan 10 markah
v. Busana dan tatarias 10 markah

6
Karnival eMAS 2020: Kesenian

5.4 Pertandingan Tarian Zapin Malaysia Sekolah Menengah

5.4.1 Terbuka kepada murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 6 sekolah


kerajaan dan bantuan kerajaan.
5.4.2 Pertandingan dijalankan secara individu. Satu penyertaan disertai
oleh seorang murid lelaki atau perempuan.
5.4.3 Satu video rakaman dihasilkan di rumah masing-masing.
5.4.4 Tarian zapin yang dipilih adalah zapin asli yang berada di Malaysia
sahaja.
5.4.5 Persembahan hendaklah tidak kurang dari 2 minit dan tidak melebihi
3 minit.
5.4.6 Markah akan ditolak sebanyak 1 markah bagi setiap minit yang
kurang atau lebih.
5.4.7 TIDAK DIBENARKAN membawa tarian yang berunsur spiritual dan
yang menggugat sensitiviti kaum dan agama.
5.4.8 Lagu atau muzik iringan semasa persembahan boleh terdiri daripada
lagu lama atau baru tetapi mestilah terdiri daripada lagu-lagu yang
mengekalkan rentak asal tarian yang ditarikan.
5.4.9 Penggunaan lagu atau muzik iringan mestilah jelas dan sesuai
dengan video yang dihasilkan.
5.4.10 Pakaian dan aksesori hendaklah bersesuaian dan sopan.
5.4.11 Prop yang digunakan hendaklah bersesuaian dan tidak berbahaya.
5.4.12 Peserta mestilah menggunakan peralatan merakam sendiri sama
ada menggunakan telefon pintar/ perakam video untuk
menghasilkan video. Video boleh disimpan dalam pilihan format
MP4 / 3GP / AVI / MOV / WMV.
5.4.13 Video rakaman bersaiz maksimum 1GB hendaklah dimuat naik ke
dalam Google Form pendaftaran yang disediakan.
5.4.14 Sinopsis tarian hendaklah disediakan dan dihantar bersama
rakaman karya semasa pendaftaran.
5.4.15 Penilaian adalah berdasarkan:

i. Koreografi dan keaslian tari 30 markah


ii. Koordinasi muzik 30 markah
iii. Pecahan tari dan pola lantai 20 markah
iv. Kesantunan 10 markah
v. Busana dan tatarias 10 markah

7
Karnival eMAS 2020: Kesenian

5.5 Pertandingan Nyanyian Solo Sekolah Rendah

5.5.1 Terbuka kepada murid-murid sekolah rendah Tahun 1 hingga


Tahun 6 sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.
5.5.2 Pertandingan dijalankan secara solo. Satu penyertaan disertai oleh
seorang murid lelaki atau perempuan.
5.5.3 Setiap peserta akan mempersembahkan sebuah lagu.
5.5.4 Lagu mestilah dalam Bahasa Melayu (Malaysia). Pilihan lagu
adalah BEBAS.
5.5.5 Lagu yang DILARANG ialah lagu-lagu yang menyentuh mana-mana
sensititiviti kaum di Malaysia dan lagu yang DIHARAMKAN di
Malaysia.
5.5.6 Peserta tidak dibenarkan mengguna khidmat penari atau bantuan
prop.
5.5.7 Lagu yang dipilih hendaklah dinyanyikan secara Minus-One.
5.5.8 Setiap persembahan nyanyian lagu tidak boleh melebihi 6 minit.
5.5.9 Persembahan yang melebihi 6 minit akan dipotong 1 markah bagi
setiap minit yang lebih.
5.5.10 Peserta hendaklah berpakaian sopan dan bersesuaian.
5.5.11 Persembahan dibuat dalam dalam bentuk rakaman video (camera
RAW file). Video boleh disimpan dalam pilihan format MP4 / 3GP /
AVI / MOV / WMV.
5.5.12 Video rakaman bersaiz maksimum 1GB hendaklah dimuat naik ke
dalam Google Form pendaftaran yang disediakan.
5.5.13 Lirik lagu hendaklah disediakan dan dihantar bersama rakaman
karya semasa pendaftaran.
5.5.14 Penilaian adalah berdasarkan:

Pic : 20 markah
Ton Suara : 15 markah
Sebutan : 15 markah
Dinamik : 10 markah
Tempo : 15 markah
Attack / Release : 10 markah
Penghayatan (ekspresi) : 10 markah
Keterampilan : 5 markah

8
Karnival eMAS 2020: Kesenian

5.6 Pertandingan Nyanyian Solo Sekolah Menengah

5.6.1 Terbuka kepada murid-murid sekolah menengah Tingkatan


Peralihan hingga Tingkatan 6 sekolah kerajaan dan bantuan
kerajaan.
5.6.2 Pertandingan dijalankan secara solo. Satu penyertaan disertai oleh
seorang murid lelaki atau perempuan.
5.6.3 Setiap peserta akan mempersembahkan sebuah lagu.
5.6.4 Lagu mestilah dalam Bahasa Melayu (Malaysia). Pilihan lagu
adalah BEBAS.
5.6.5 Lagu yang DILARANG ialah lagu-lagu yang menyentuh mana-mana
sensititiviti kaum di Malaysia dan lagu yang DIHARAMKAN di
Malaysia.
5.6.6 Peserta tidak dibenarkan mengguna khidmat penari atau bantuan
prop.
5.6.7 Lagu yang dipilih hendaklah dinyanyikan secara Minus-One.
5.6.8 Setiap persembahan nyanyian lagu tidak boleh melebihi 6 minit.
5.6.9 Persembahan yang melebihi 6 minit akan dipotong 1 markah bagi
setiap minit yang lebih.
5.6.10 Peserta hendaklah berpakaian sopan dan bersesuaian.
5.6.11 Persembahan dibuat dalam dalam bentuk rakaman video (camera
RAW file). Video boleh disimpan dalam pilihan format MP4 / 3GP /
AVI / MOV / WMV.
5.6.12 Video rakaman bersaiz maksimum 1GB hendaklah dimuat naik ke
dalam Google Form pendaftaran yang disediakan.
5.6.13 Lirik lagu hendaklah disediakan dan dihantar bersama rakaman
karya semasa pendaftaran.
5.6.14 Penilaian adalah berdasarkan:

Pic : 20 markah
Ton Suara : 15 markah
Sebutan : 15 markah
Dinamik : 10 markah
Tempo : 15 markah
Attack / Release : 10 markah
Penghayatan (ekspresi) : 10 markah
Keterampilan : 5 markah

9
Karnival eMAS 2020: Kesenian

5.7 Pertandingan Muzik Instrumental Tradisional Solo Sekolah Rendah

5.7.1 Terbuka kepada murid Tahun 1 hingga Tahun 6 sekolah kerajaan


dan bantuan kerajaan.
5.7.2 Pertandingan dijalankan secara solo. Satu penyertaan disertai oleh
seorang murid lelaki atau perempuan.
5.7.3 Persembahan hanya melibatkan seorang peserta sahaja diiringi
muzik latar (backing track) dan tiada pemuzik latar.
5.7.4 Setiap peserta WAJIB mempersembahkan dua (2) buah lagu:
5.7.4.1 Lagu wajib- Lan E oleh Jerry Kamit
5.7.4.2 Lagu bebas – Pilih satu (1) lagu daripada senarai lagu
berikut. Tidak dibenarkan membawa lagu selain daripada
yang disenaraikan. Lagu yang dipilih hendaklah dalam
bentuk Minus-One.

i. Anak Kampung – Jimi Palikat


ii. Original Sabahan - Atmosfera
iii. Hijau – Zainal Abidin
iv. Cindai – Siti Nurhaliza
v. Apo Nak Dikato – Blues Gang
vi. Lagenda – Shila Majid
vii. Dondang Dendang – Siti Nurhaliza & Noraniza Idris
viii. Cek Mek Molek – M. Daud Kilau
ix. Bekikis Bulu Betis – Andrewson Ngalai
x. Kampung Love – Harry Acid Rain

5.7.5 Hanya satu (1) jenis alatan muzik dibenarkan untuk dimainkan oleh
peserta bagi kedua-dua lagu.
5.7.6 Penggunaan alatan tambahan atau gajet seperti efek gitar atau
mana-mana alatan yang mengubah bunyi asal alatan muzik tidak
dibenarkan (contoh- delay, reverb, chorus, audio interface, DAW
dan sebagainya).
5.7.7 Penggunaan amplifier dan sistem pembesar suara dibenarkan dan
tanpa tambahan bunyi efek (rujuk perkara 5.7.6).
5.7.8 Masa yang diperuntukkan ialah tidak melebihi 10 minit bagi kedua-
dua lagu.
5.7.9 Persembahan yang melebihi 10 minit akan dipotong 2 markah bagi
setiap minit yang lebih.
5.7.10 Peserta hendaklah berpakaian sopan dan bersesuaian.

10
Karnival eMAS 2020: Kesenian

5.7.11 Persembahan dibuat dalam dalam bentuk rakaman video (camera


RAW file). Video boleh disimpan dalam pilihan format MP4 / 3GP /
AVI / MOV / WMV.
5.7.12 Video rakaman bersaiz maksimum 1GB hendaklah dimuat naik ke
dalam Google Form pendaftaran yang disediakan.
5.7.13 Peralatan muzik tradisional yang dibenarkan:

5.7.13.1 Sape
5.7.13.2 Seruling
5.7.13.3 Kulintangan
5.7.13.4 Angklung
5.7.13.5 Sompoton
5.7.13.6 Gambus
5.7.13.7 Rebab
5.7.13.8 Erhu
5.7.13.9 Sitar
5.7.13.10 Pipa
5.7.13.11 Akordion

5.7.14 Pemarkahan:
Markah keseluruhan adalah gabungan markah kedua-dua lagu.

5.7.14.1 Lagu Wajib - 100 markah


5.7.14.1.1 Gubahan - 30 markah
5.7.14.1.2 Melodi/Irama - 20 markah
5.7.14.1.3 Harmoni - 10 markah
5.7.14.1.4 Imbangan - 10 markah
5.7.14.1.5 Tempo - 10 markah
5.7.14.1.6 Attack/Release - 10 markah
5.7.14.1.7 Intonasi/Artikulasi - 10 markah

5.7.14.2 Lagu Bebas - 100 markah


5.7.14.2.1 Gubahan - 30 markah
5.7.14.2.2 Melodi/Irama - 20 markah
5.7.14.2.3 Harmoni - 10 markah
5.7.14.2.4 Imbangan - 10 markah
5.7.14.2.5 Tempo - 10 markah
5.7.14.2.6 Attack/Release - 10 markah
5.7.14.2.7 Intonasi/Artikulasi - 10 markah

11
Karnival eMAS 2020: Kesenian

5.8 Pertandingan Muzik Instrumental Tradisional Solo Sekolah Menengah

5.8.1 Terbuka kepada murid Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan 6


sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan.
5.8.2 Pertandingan dijalankan secara solo. Satu penyertaan disertai oleh
seorang murid lelaki atau perempuan.
5.8.3 Persembahan hanya melibatkan seorang peserta sahaja diiringi
muzik latar (backing track) dan tiada pemuzik latar.
5.8.4 Setiap peserta WAJIB mempersembahkan dua buah lagu:
5.8.4.1 Lagu wajib - Lan E oleh Jerry Kamit
5.8.4.2 Lagu bebas – Pilih satu (1) lagu daripada senarai lagu
berikut. Tidak dibenarkan membawa lagu selain daripada
yang disenaraikan. Lagu yang dipilih hendaklah dalam
bentuk Minus-One.

i. Anak Kampung – Jimi Palikat


ii. Original Sabahan - Atmosfera
iii. Hijau – Zainal Abidin
iv. Cindai – Siti Nurhaliza
v. Apo Nak Dikato – Blues Gang
vi. Lagenda – Shila Majid
vii. Dondang Dendang – Siti Nurhaliza & Noraniza Idris
viii. Cek Mek Molek – M. Daud Kilau
ix. Bekikis Bulu Betis – Andrewson Ngalai
x. Kampung Love – Harry Acid Rain

5.8.5 Hanya satu (1) jenis alatan muzik dibenarkan untuk dimainkan oleh
peserta bagi kedua-dua lagu.
5.8.6 Penggunaan alatan tambahan/gajet seperti efek gitar atau mana-
mana alatan yang mengubah bunyi asal alatan muzik tidak
dibenarkan (contoh- delay, reverb, chorus, audio interface, DAW
dan sebagainya).
5.8.7 Penggunaan amplifier dan sistem pembesar suara dibenarkan dan
tanpa tambahan bunyi efek (rujuk perkara 5.8.6).
5.8.8 Masa yang diperuntukkan ialah tidak melebihi 10 minit bagi kedua-
dua lagu.
5.8.9 Persembahan yang melebihi 10 minit akan dipotong 2 markah bagi
setiap minit yang lebih.
5.8.10 Peserta hendaklah berpakaian sopan dan bersesuaian.

12
Karnival eMAS 2020: Kesenian

5.8.11 Persembahan dibuat dalam dalam bentuk rakaman video (camera


RAW file). Video boleh disimpan dalam pilihan format MP4 / 3GP /
AVI / MOV / WMV.
5.8.12 Video rakaman bersaiz maksimum 1GB hendaklah dimuat naik ke
dalam Google Form pendaftaran yang disediakan.
5.8.13 Peralatan muzik tradisional yang dibenarkan:

5.8.13.1 Sape
5.8.13.2 Seruling
5.8.13.3 Kulintangan
5.8.13.4 Angklung
5.8.13.5 Sompoton
5.8.13.6 Gambus
5.8.13.7 Rebab
5.8.13.8 Erhu
5.8.13.9 Sitar
5.8.13.10 Pipa
5.8.13.11 Akordion

5.8.14 Pemarkahan:
Markah keseluruhan adalah gabungan markah kedua-dua lagu.

5.8.14.1 Lagu Wajib - 100 markah


5.8.14.1.1 Gubahan - 30 markah
5.8.14.1.2 Melodi/Irama - 20 markah
5.8.14.1.3 Harmoni - 10 markah
5.8.14.1.4 Imbangan - 10 markah
5.8.14.1.5 Tempo - 10 markah
5.8.14.1.6 Attack/Release - 10 markah
5.8.14.1.7 Intonasi/Artikulasi - 10 markah

5.8.14.2 Lagu Bebas - 100 markah


5.8.14.2.1 Gubahan - 30 markah
5.8.14.2.2 Melodi/Irama - 20 markah
5.8.14.2.3 Harmoni - 10 markah
5.8.14.2.4 Imbangan - 10 markah
5.8.14.2.5 Tempo - 10 markah
5.8.14.2.6 Attack/Release - 10 markah
5.8.14.2.7 Intonasi/Artikulasi - 10 markah

13
Karnival eMAS 2020: Kesenian

5.9 Pertandingan Doodles Sekolah Rendah

5.9.1 Terbuka kepada murid tahap 2 (Tahun 4, 5, 6) sekolah kerajaan dan


bantuan kerajaan.
5.9.2 Karya yang dihasilkan adalah karya yang belum pernah mengikuti
mana-mana pertandingan serta belum disiarkan dalam mana-mana
penerbitan sama ada bercetak, elektronik atau digital.
5.9.3 Media adalah bebas.
5.9.4 Saiz karya: A4.
5.9.5 Murid membuat Doodles bertemakan “Covid-19”.
5.9.6 Gambar karya diambil kemudian dimuat naik ke dalam Google Form
pendaftaran yang disediakan.
5.9.7 Penilaian adalah berdasarkan:

Tema - 15 markah
Ilustrasi - 25 markah
Gubahan/ Komposisi/ Olahan - 30 markah
Warna - 20 markah
Kemasan - 10 markah

14
Karnival eMAS 2020: Kesenian

5.10 Pertandingan Poster Sekolah Menengah

5.10.1 Terbuka kepada murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 sekolah


kerajaan dan bantuan kerajaan.
5.10.2 Poster hendaklah diolah sendiri dan belum pernah mengikuti mana-
mana pertandingan serta belum disiarkan dalam mana-mana
penerbitan sama ada bercetak, elektronik atau digital.
5.10.3 Teknik catan menggunakan media warna poster.
5.10.4 Saiz karya: A3.
5.10.5 Murid membuat Poster bertemakan “Covid-19”.
5.10.6 Gambar karya diambil kemudian dimuat naik ke dalam Google Form
pendaftaran yang disediakan.
5.10.7 Penilaian adalah berdasarkan:

Tema - 15 markah
Ilustrasi - 25 markah
Gubahan/ Komposisi/ Olahan - 30 markah
Warna - 20 markah
Kemasan - 10 markah

15
Karnival eMAS 2020: Kesenian

5.11 Pertandingan Monolog Sekolah Menengah

5.11.1 Terbuka kepada murid Tingkatan 4 hingga Tingkatan 6 sekolah


kerajaan dan bantuan kerajaan.
5.11.2 Pelakon hanya seorang sahaja. Satu penyertaan disertai oleh
seorang murid lelaki atau perempuan.
5.11.3 Rakaman projek atau karya dihasilkan di rumah.

5.11.4 Tugasan:

5.11.4.1 Hasilkan monolog dalam tempoh durasi masa 3-4 minit


sahaja dengan menggunakan skrip dialog yang telah
diberikan dan seterusnya menyambung kesudahan
monolog tersebut. (watak monolog dari perspektif seorang
pesakit Covid-19)

5.11.4.2 Tema:

Sebelum, Semasa dan Selepas Serangan Covid-19


Nilai-nilai murni

5.11.4.3 Sila buat pengenalan diri dengan menyatakan :

5.11.4.3.1.1 Nama penuh


5.11.4.3.1.2 Nombor kad pengenalan
5.11.4.3.1.3 Nama sekolah
5.11.4.3.1.4 Daerah dan zon
5.11.4.3.1.5 Tajuk monolog

Pengenalan diri ini adalah termasuk dalam tempoh durasi


rakaman yang diperuntukkan.

5.11.4.4 Setiap penyertaan WAJIB menggunakan tanda pagar kami:


#MonologSM4-6Sarawak2020
#KokuJPNS
#FantasiPengalamanCovid-192020

16
Karnival eMAS 2020: Kesenian

5.11.4.5 Skrip monolog :


(Rujuk arahan 5.11.4.1)

Mulakan monolog dengan skrip ini…

Eh, di mana ni?


Macam di angkasawanlah…
Aku di atas bulankah?
Mana bintang-bintangnya?
Takut?...eh aku tak pernah takutlah
Kau siapa hah!
Tiba-tiba datang tanpa diundang
Korona? Korona? Korona?
Eh, macam pernah dengarlah nama ni?
Tapi di mana ya?
Tidak, tidak, pergi…pergi…pergi dari sini, nyah kau
Kau pembunuh kejam…kau syaitan
Jangan ganggu hidupku…aku mau bebas…aku mau
bebas
Aku ulang lagi…Aku mau bebas…

*Sila sambung*…

Gunakan kreativiti untuk menyelesaikan monolog ini.

5.11.5 Peserta hendaklah berpakaian sopan dan bersesuaian.


5.11.6 Peserta mestilah menggunakan peralatan merakam sendiri sama
ada menggunakan telefon pintar/ perakam video untuk
menghasilkan video. Video boleh disimpan dalam pilihan format
MP4 / 3GP / AVI / MOV / WMV.
5.11.7 Video rakaman bersaiz maksimum 1GB hendaklah dimuat naik ke
dalam Google Form pendaftaran yang disediakan.

5.11.8 Penilaian adalah berdasarkan:

5.11.8.1 Bahasa (40 markah)


-Struktur tatabahasa yang betul, sebutan jelas dan lancar
-Penghasilan bahasa yang baik, indah dan gramatis

17
Karnival eMAS 2020: Kesenian

5.11.8.2 Persembahan (20 markah)


- Meyakinkan
- Menarik
- Kreativiti/ Dramatik

5.11.8.3 Lakonan (20 markah)


- Penghayatan watak
- Gesture/ Gerak isyarat
- Kesatuan lakonan
- Pentafsiran watak

5.11.8.4 Sinematografi (10 markah)


- Rekaan set
- Prop, kesan bunyi dan cahaya
- Tatarias

5.11.8.5 Pengarahan (10 markah)


- Tafsir skrip
- Bentuk watak
- Kawalan keseluruhan

18
Karnival eMAS 2020: Kesenian

6.0 SYARAT-SYARAT TAMBAHAN

6.1 Setiap penyertaan hendaklah dihantar secara dalam talian melalui alamat
pautan yang disediakan. Penyertaan perlu mendapat pengesahan sekolah dan
Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) masing-masing. Penyertaan yang tidak
melalui PPD tidak akan diterima dan dianggap TERBATAL.
6.2 Jabatan tidak akan bertanggungjawab terhadap apa jua bentuk tuntutan
berkaitan dengan produksi terhadap peserta oleh mana-mana pihak yang
berkaitan.

7.0 PENGHAKIMAN

7.1 Hakim/penilai dilantik oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak semasa


pertandingan ini berjalan.
7.2 Sistem Penghakiman adalah di bawah penyelarasan Unit Pembangunan
Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dan daerah pengelola
bersama Pegawai Teknikal Negeri.
7.3 Keputusan hakim/penilai adalah MUKTAMAD. Sebarang aduan dan
rayuan berkaitan dengan keputusan pertandingan tidak akan dilayan.

8.0 CADANGAN HADIAH PERTANDINGAN

8.1 Johan : Hadiah bernilai RM200.00 dan Sijil Pencapaian


8.2 Naib Johan : Hadiah bernilai RM150.00 dan Sijil Pencapaian
8.3 Tempat Ketiga : Hadiah bernilai RM100.00 dan Sijil Pencapaian
8.4 Tempat Ke-4 hingga Ke-10 : Hadiah bernilai RM50.00 dan Sijil Penyertaan
8.5 Tempat ke-11 dan seterusnya: Sijil Penyertaan

9.0 SIJIL PENYERTAAN DAN PENCAPAIAN

9.1 Setiap penyertaan layak menerima sijil penyertaan.


9.2 Sijil pencapaian hanya diberikan kepada peserta tempat pertama hingga
tempat ketiga sahaja.

19
Karnival eMAS 2020: Kesenian

10.0 TARIKH PERTANDINGAN

15 Julai 2020 hingga 10 Ogos 2020

11.0 GARIS MASA

Berikut adalah garis masa (Timeline) pengurusan pertandingan Kesenian


Peringkat Negeri Sarawak 2020.

Bil Tarikh Perkara


1. 15 Julai- 10 Ogos 2020 Pendaftaran Pertandingan Peringkat Negeri
di pautan Google Forms yang disediakan.
(Projek atau Karya dihantar semasa
pendaftaran)
2. 11 Ogos- 2 September 2020 Proses Penghakiman
3. 9 September 2020 Pengumuman Pemenang Pertandingan
Peringkat Negeri

12.0 JAWATANKUASA PERTANDINGAN PERINGKAT NEGERI

Jawatankuasa Pertandingan Peringkat Negeri dipengerusikan oleh Pengarah


Pendidikan Sarawak, Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak. Ahli Jawatankuasa terdiri
daripada semua Pejabat Pendidikan Daerah Sarawak.

Jawatankuasa pertandingan Peringkat Negeri berhak membuat keputusan yang


difikirkan wajar dan munasabah jika berlaku sebarang perkara yang tidak diingini demi
memastikan kelancaran perjalanan pertandingan pada satu-satu masa.

13.0 AM

13.1 Sebarang pindaan adalah tertakluk kepada Jabatan Pendidikan Negeri


Sarawak.
13.2 Pautan pertandingan akan dihebahkan melalui poster - poster pertandingan,
Facebook pages Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, Facebook pages Unit
Koku JPN Sarawak, dan hebahan melalui whatsapp etc.

20
Karnival eMAS 2020: Kesenian

LAMPIRAN

i. Agihan Zon Karnival eMAS 2020

Bil PPD PPD PPD PPD


Zon selatan Zon Tengah I Zon Tengah II Zon Utara
1. Kuching Sri Aman Sibu Miri
2. Bau Lubok antu Selangau Baram
3. Padawan Sarikei Kanowit Subis
4. Lundu Julau Kapit Limbang
5. Samarahan Meradong Song Lawas
6. Serian Betong Mukah Belaga
7. Simunjan Saratok Dalat Bintulu
8. Daro Tatau/Sebauh

ii. Sebarang pertanyaan boleh hubungi:

NOOR ZAIMAH BINTI BAKAR


Penolong Pengarah (Kesenian)
Unit Pembangunan Bakat Murid (Kokurikulum)
Sektor Pembangunan Murid
Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak
082-473654/ 013-8211621

ABDUL JAYA BIN ABDUL MANAN


Pegawai Teknikal Negeri Kesenian (Seni Tari)
019-8169771

MOHAMAD AL-BARR BIN YAHYA


Pegawai Teknikal Negeri Kesenian (Seni Muzik)
013-5273177

MOHD AMIR FIRDAUS ABDULLAH


Pegawai Teknikal Negeri Kesenian (Seni Visual)
013-8186901

JUNI BIN NOR


Pegawai Teknikal Negeri Kesenian (Seni Teater)
013-8450777

21

You might also like