You are on page 1of 2

PANDUAN PENYEDIAAN RANCANGAN PERNIAGAAN /

KERTAS KERJA

Bantuan buat kertas kerja KLIK SINI!

PENGENALAN 

Apa itu Rancangan Perniagaan

Rancangan perniagaan adalah merupakan dokumen bertulis yang memberikan keterangan berkenaan
perniagaan atau projek yang hendak dijalankan secara menyeluruh dan terperinci.

Rancangan Perniagaan juga dikenali sebagai Kertas kerja, kertas Projek atau Prospektus.

 
    Apakah Kepentingan Penyediaan Rancangan Perniagaan?

1.         Memberi peluang kepada usahawan/penternak melihat dan menilai idea atau projek perniagaan dengan
teliti, dan terperinci.
2.         Memberi gambaran sama ada projek yang dirancang dan dicadangkan berdaya maju atau tidak.
3.         Membantu usahawan/penternak menganggarkan keperluan sumber-sumber dan mengagihkan sumber-
sumber perniagaan yang ada dengan sistematik dan lebih jelas.
4.         Meyakinkan pihak-pihak lain (contoh bank) bahawa projek yang hendak dijalankan berdaya maju dan sesuai
untuk pelaburan atau pembiayaan.
5.         Memberi maklumat kepada bakal usahawan/penternak tentang masalah yang mungkin akan timbul semasa
melaksanakan projek perniagaan terbabit.

 
    Siapa yang Memerlukan Rancangan Perniagaan?

1.         Usahawan/Penternak
- Untuk membantu usahawan memahami projek sendiri dengan lebih mendalam.
- Untuk dijadikan garis panduan dalam menguruskan perniagaan.
- Untuk tujuan pelaburan, skim khas atau pelaburan rakan kongsi.

2.         Institusi Kewangan/pelabur
- Untuk menjustifikasikan permohonan bagi pembiayaan projek melalui pinjaman,
  skim khas atau pelaburan rakan kongsi.
3.          Pembekal
-  Untuk meyakinkan pihak pembekal terhadap kemantapan perancangan
   pernaigaan kearah mendapatkan bekalan barangan atau bahan secara kredit.
4.            Kakitangan
-  Untuk memberi pendedahan kepada kakitangan tertentu terutamanya
   pengurus-pengurus terhadap matlamat dan tujuan pernaigaan serta peranan
   mereka.

You might also like