Professional Documents
Culture Documents
Kertas Kerja BKR 2018
Kertas Kerja BKR 2018
Tarikh
15 MEI 2018 HINGGA 15 JUN 2018
Tempat
SELURUH MALAYSIA DAN LUAR NEGARA
Disediakan oleh
MOHAMAD FATHIL AQIL ABDULLAH,
PEMBANTU PEGAWAI OPERASI, YAYASAN
IKHLAS
ISI KANDUNGAN
2.0 PENGENALAN
Projek yang dijenamakan dengan nama Bakul Kasih Ramadhan (BKR) ini
merupakan salah satu daripada program kebajikan tahunan yang dilaksanakan oleh
Yayasan Ikhlas dengan kerjasama pelbagai pihak bagi meringankan sedikit bebanan
serta menceriakan penerima sumbangan yang terdiri daripada golongan fakir miskin
dan asnaf. BKR yang kini menjangkau tahun kelima penganjurannya ini bukan
sahaja berjaya mencapai cakupan sasaran penerima sumbangan yang semakin luas
setiap tahun bahkan telah melibatkan kerjasama syarikat-syarikat korporat dan
badan bukan kerajaan serta persatuan mahasiswa di institusi pengajian tinggi juga.
Pada penganjuran BKR tahun 2016, Yayasan Ikhlas telah menjalankan 19 misi dan
berjaya menyampaikan bantuan kepada seramai 1554 orang asnaf di seluruh
Malaysia; 1180 buah keluarga miskin, 274 orang anak-anak yatim dan miskin, 80
orang mualaf serta 20 buah keluarga bukan Islam telah mendapat manfaat
sumbangan. Manakalah pada tahun lalu, Yayasan Ikhlas berjaya melaksanakan 42
misi dimana cakupan penerima bertambah kepada seramai 1887 buah keluarga dan
individu yang memerlukan terdiri daripada ibu tunggal, mualaf, anak yatim, dan
pesakit hospital.
Berbekalkan prestasi penganjuran BKR tahun lalu serta pengalaman yang ada,
Yayasan Ikhlas akan meluaskan cakupan sasaran penerima sumbangan pada
Ramadhan kali ini kepada beberapa lokasi komuniti muslim luar negara yang
memerlukan seperti di kem pelarian Rohingya, Bangladesh dan perkampungan
Melayu Cham di Tboung Khmom, Kemboja disamping lokasi-lokasi tempatan tetap
menjadi keutamaan Yayasan Ikhlas.
Dengan sasaran seramai 3000 orang penerima sumbangan untuk BKR tahun 2018,
Yayasan Ikhlas bersedia untuk menggerakkan para sukarelawan di lokasi-lokasi
terpilih ini dalam usaha bukan sahaja untuk mencari individu atau keluarga yang
layak menerima sumbangan tetapi membantu melaksanakan juga majlis
penyerahan sumbangan atau aktiviti seperti menyampaikan sumbangan ke
kediaman penerima sumbangan jika ada penerima yang uzur, dan lain-lain. Program
kemuncak BKR 2018 pula bakal dilaksanakan di peringkat pusat pada 9 dan 10 Jun
2018 dimana akan melibatkan penyertaan para sukarelawan dari Team Ikhlas yang
akan menyantuni anak-anak yatim dan miskin sepanjang dua hari satu malam.
Justeru ini, Yayasan Ikhlas dengan rendah hati mengajak mana-mana badan,
syarikat, dan individu untuk bersama kami menjayakan projek Bakul Kasih
Ramadhan 1439H/2018M. Moga dengan pelaksanaan projek ini menjadi bukti
keprihatinan kita kepada mereka yang kurang bernasib baik dalam menempuhi
ibadah dalam bulan Ramadhan disamping membawa keberkatan kepada para
penyumbang, insyaAllah.
3.0 OBJEKTIF
Memberi keringanan beban hidup serta keceriaan buat individu serta keluarga
yang kurang bernasib baik bersempena bulan Ramadhan.
Menyuntik semangat buat penerima sumbangan untuk menjalani kehidupan
dengan lebih baik.
Memobilisasikan para sukarelawan Team Ikhlas yang terdiri dari pelbagai
lapisan umur untuk bersama prihatin terhadap kesusahan golongan miskin
serta asnaf terutamanya di lokasi terdekat dengan mereka.
4.0 SASARAN
Seramai 3000 orang penerima sumbangan (bernilai RM 150 yang mengandungi
wang tunai dan barangan makanan) disasarkan pada BKR 2018 yang terdiri
daripada kalangan ahli keluarga fakir dan miskin, anak-anak yatim, ibu-ibu tunggal
serta para muallaf di setiap negeri. Selain di Malaysia, bantuan tajaan iftar dan
sahur serta persediaan sambutan Aidilfitri juga akan dihulurkan di kem pelarian
Rohingya, Bangladesh serta di Kampung Senjumren, Tboung Khmom, Kemboja.
11.0 PENUTUP
Semoga projek Bakul Kasih Ramadhan 1439H/2018M ini menjadi salah satu bukti
momentum keprihatinan umat Islam di Malaysia yang berterusan tanpa mengira
latar belakang diri dalam menghulurkan sumbangan serta mampu meringankan
sedikit kesusahan yang dialami oleh golongan yang kurang bernasib baik seperti
asnaf dan fakir miskin. Disamping itu, diharapkan usaha sebegini akan
mendekatkan lagi para penyumbang kepada taqwa serta penghayatan sebenar bulan
Ramadhan Al-Mubarak.
LAMPIRAN 1
TARIKH PELAN TINDAKAN
Sebelum 7 Februari Penyediaan kertas kerja
Penyediaan bahan media dan promosi
7 hingga 28 poster, gegantung, sepanduk, risalah promosi
Februari pelekat tabung
video promosi
Bina hubungan dengan badan-badan kerajaan, korporat
dan swasta untuk kerjasama dan tajaan
Bentuk kumpulan sukarelawan dan merancang
1 hingga 31 Mac
pelaksanaan projek bersama
Berhubung dengan media massa tempatan untuk tempahan
slot promosi sama ada di radio atau televisyen
Sebaran promosi BKR 2018 melalui:
media sosial (laman web YI, Facebook, Instagram,
Youtube)
poster, gegantung, sepanduk, risalah promosi, video
Segala sumbangan dalam bentuk wang tunai akan
1 hingga 30 April diselaraskan masuk ke dalam satu akaun sahaja iaitu akaun
Yayasan Ikhlas.
Surat permohonan keizinan meletakkan tabung di lokasi-
lokasi strategik mula dihantar
Mula kumpulkan senarai lokasi terpilih dan senarai nama
penerima sumbangan BKR 2018
Promosi melalui media massa tempatan (radio dan
televisyen) bermula
Edarkan tabung BKR 2018 ke lokasi-lokasi strategik
Senarai lokasi terpilih dan senarai nama penerima
1 hingga 16 Mei
sumbangan BKR 2018 dimuktamadkan
Standard Of Procedure (SOP) perjalanan kempen dan
program diedarkan kepada setiap kumpulan sukarelawan
di setiap lokasi
17 Mei hingga 10 Program BKR 2018 bermula dan program kemuncak akan
Jun diadakan pada 9 dan 10 Jun 2018
9 Julai Laporan penuh BKR 2018 disiapkan
LAMPIRAN 2
Kawasan :
30 KELUARGA
7 ALOR SETAR BAKUL KASIH RAMADHAN
MISKIN
40 KELUARGA
8 ALOR SETAR BAKUL KASIH RAMADHAN
MISKIN
100 KELUARGA
MISKIN, ANAK
9 PUSAT BAKUL KASIH RAMADHAN
ASNAF DAN
MUALAF
61 KELUARGA
10 SARAWAK BAKUL KASIH RAMADHAN
MISKIN
11 PUSAT SINGGAH SAHUR GELANDANGAN 300 GELANDANGAN
219 MANGSA
12 SABAH BAKUL KASIH RAMADHAN
KEBAKARAN KUDAT
13 KELANTAN BAKUL KASIH RAMADHAN 30 PESAKIT DI HRPZII
10 ASNAF MUKIM SRI
14 KELANTAN SUMBANGAN KEPADA ASNAF
CEMERLANG
200 PENERIMA (120
KELUARGA FAKIR
MISKIN, 20
15 KELANTAN BAKUL KASIH RAMADHAN
MUALLAF, 50 ANAK
YATIM, 10 BUKAN
ISLAM'
16 KELANTAN BAKUL KASIH RAMADHAN 50 FAKIR MISKIN
10 ORANG ASNAF
17 KELANTAN SUMBANGAN KEPADA ASNAF
ISMA DAN YI
125 KELUARGA
18 PERLIS SUMBANGAN RAMADHAN
MISKIN
50 KELUARGA
19 PUSAT BAKUL KASIH RAMADHAN
MISKIN DI JERAM
21 ORANG ANAK-
20 PUSAT SUMBANGAN RAMADHAN
ANAK
Projek Bakul Kasih Ramadhan 1438H/2017M yang disampaikan pada 1,887 penerima di
seluruh Malaysia.