You are on page 1of 2

LAMPIRAN B

GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PENTAKSIRAN


JAWI, BAHASA ARAB DAN KUALITI BACAAN AL-
QURAN BAGI PROGRAM j-QAF KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2018

PENDAHULUAN

1. Program j-QAF merupakan usaha memperkasa Pendidikan Islam dalam


Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam ke arah melahirkan murid sekolah
rendah yang boleh membaca seterusnya menguasai tulisan Jawi, Bahasa
Arab serta bacaan al-Quran dengan baik. Bagi memenuhi hasrat tersebut
Pentaksiran Jawi, Bahasa Arab dan Kualiti Bacaan Al-Quran telah disusun
untuk dilaksanakan dalam kalangan murid yang mengikuti program j-QAF.
Pencapaian yang diperolehi akan digunakan oleh pihak sekolah untuk
merancang pelan intervensi yang sesuai bagi mendapatkan impak yang
lebih bermakna.

KAEDAH PELAKSANAAN PENTAKSIRAN JAWI DAN BAHASA ARAB

2. Instrumen Pentaksiran Jawi dan Bahasa Arab disediakan oleh Bahagian


Pendidikan Islam, Kementerian Pendidikan Malaysia.

3. Pentaksiran Jawi dan Bahasa Arab hendaklah dilaksanakan 2 kali setahun


secara serentak di seluruh negara pada bulan Mei dan Oktober.

4. Pelaksanaan pentaksiran ini dilaksanakan secara bertulis menggunakan


instrumen pentaksiran yang dibekalkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia.

5. Peruntukan markah bagi setiap instrumen tersebut adalah 100 markah.

6. Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) hendaklah memastikan instrumen ini


diserahkan kepada pihak sekolah sebelum tarikh yang telah ditetapkan.

7. JPN perlu memastikan status SULIT dan kerahsiaan instrumen ini terpelihara
serta dikendalikan sepenuhnya oleh Sektor Pendidikan Islam, Jabatan
Pendidikan Negeri.
KAEDAH PELAKSANAAN PENTAKSIRAN KUALITI BACAAN AL-QURAN

8. Pentaksiran Kualiti Bacaan aI-Quran dilaksanakan sepanjang tahun oleh


Guru Pendidikan Islam (GPI) kepada murid-murid Islam yang mengikuti
Program j-QAF (Rujuk Takwim Pelaksanaan Pentaksiran yang dilampirkan).

9. Pelaksanaan pentaksiran ini dilaksanakan secara lisan mengikut tahap


penguasaan semasa murid.

10. Penilaian kualiti bacaan diukur daripada aspek berikut:


a. Menyebut kalimah dengan fasih; dan
b. Menepati hukum tajwid yang betul.

11. Penetapan markah kualiti bacaan adalah seperti julat markah dalam jadual
berikut:

BIL TAHAP BACAAN MARKAH CATATAN


1 Iqra’ 1 1-3
2 Iqra’ 2 4-6
3 Iqra’ 3 7-10
Penilaian guru
4 Iqra’ 4 11-12
5 Iqra’ 5 13-15
6 Iqra’ 6 16-19
Setiap satu kesalahan dipotong
dua markah. Manakala setiap
7 Al-Quran 20-40 kesalahan yang berulang
dipotong satu markah sahaja.

12. Markah pencapaian hendaklah disimpan secara kelompok mengikut kelas


seterusnya rekod tersebut perlu dikunci masuk dalam
Sistem e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF mengikut Garis Panduan
Pengisian Data e-Pelaporan Bersepadu Program j-QAF.

Disediakan oleh:

Unit Pendidikan Islam Rendah


Sektor Operasi Pendidikan Islam
Bahagian Pendidikan Islam
Kementerian Pendidikan Malaysia

Tahun 2018

You might also like