You are on page 1of 2

8.

1 PENERAPAN KONSEP WASATIYYAH

Wasatiyyah secara asasnya merupakan perkataan bahasa Arab bagi tengah, pusat dan


seimbang. Dalam konteks Islam, ia merujuk kepada "jalan tengah", cara yang adil dan
pilihan hidup, mengelakkan keterlaluan dan mengalami perkara secara sederhana.
Ulama telah memberikan definisi wasatiyyah dengan maksud keseimbangan,
kecemerlangan dan keadilan. Ia tidak bermaksud kesederhanaan, jauh sekali dari
bersikap lebih kurang atau biasa-biasa sahaja kerana Islam merupakan agama yang
seimbang dan telah mengambil kira kepentingan keseluruhan aspek manusia. Pada
asasnya, kesederhanaan bukanlah terjemahan yang tepat kepada al-wasatiyyah. Para
ulama tidak mendefinsikan al-wasatiyyah dengan maksud sederhana seperti yang
mungkin difahami oleh sesetengah pihak, namun alwasatiyyah mempunyai elemen
pertengahan kerana perkataan alwasatiyyah juga ada kaitan dengan perkataan wast
(al-Sallabi, 2001) .

Wasatiyyah merupakan salah satu konsep yang penting terdapat dalam Islam kerana
ia berkaitan dengan cara dan pembawaan agama dalam kehidupan seseorang dan
masyarakat. Asalnya, konsep wasatiyyah diambil dari perkataan wasat yang
membawa maksud terbaik dan terpilih (Lisan al-`Arab, 1993). Ia diambil dari firman
Allah S.W.T. dalam surah al-Baqarah ayat 143 yang menyebutkan bahawa umat Nabi
Muhammad adalah ummat wasata yang menjadi saksi terhadap umat yang terdahulu.
Dalam mentafsirkan maksud ummah wasata, para mufassir seperti al-Qurtubi, al-
Shawkani dan al-Tabari bersepakat bahawa ummah wasata, membawa maksud
ummah yang terpilih dan terbaik. Tambahan pula, ummah yang terbaik dan terpilih ini
tentulah umat yang bertaqwa iaitu dengan melaksanakan semampu mungkin segala
perintah Allah S.W.T. dan meninggalkan segala larangan Allah-Nya. Dimaksudkan
juga disini umat yang terbaik adalah umat yang menjalankan Amar Makruf Nahi
Mungkar iaitu dengan mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran.
Ringkasnya, konsep wasatiyyah sangat luas. Ia bermula dengan keseimbangan,
keadilan, kesederhanaan dan usaha menjadi umat yang terbaik dan dalam usaha
mencapainya, banyak tugas dan tanggungjawab yang perlu dilaksanakan dan
diperintah oleh Allah.
WASATIYYAH DALAM ISLAM

POLITIK

Konsep Wasatiyyah boleh digunakan didalam konteks politik di seluruh dunia.


Contoh yang boleh diketengahkan ialah di Malaysia, Dasar Wasatiyyah Negara
(DWN) yang diluluskan Kabinet pada 26 Oktober 2016 menekankan enam bidang
strategik yang merangkumi semua aspek kehidupan. Salah satu bidang tumpuan
DWN ialah politik dan kenegaraan. Melalui dasar ini, gerakan politik berasaskan
pendekatan wasatiyyah telah diangkat menjadi agenda nasional dan tunjang ke arah
mewujudkan persekitaran dan acuan politik Malaysia yang matang, sekali gus
mensejahterakan rakyat dan mengharmonikan negara. Dasar ini diwujudkan bagi
membendung konsep politik kasar dan agresif yang jelas membawa kepada
perpecahan, kebencian dan permusuhan, sama ada sesama bangsa atau berlainan
bangsa. Dasar ini juga dapat melahirkan pemimpin politik yang adil,amanah dan
bertanggungjawab dalam melakukan tugasan dan berani untuk melontarkan suara
suara rakyat dibawah pimpinanya. Tambahan pula, ia akan mewujudkan sistem politik
yang lebih progresif dan cemerlang seterusnya mampu memberikan impak positif
kepada pembangunan ekonomi negara , hubungan sosial rakyat berbilang kaum dan
dapat mencerminkan kebijaksanaan pemimpin dalam mentadbir negara dan
rakyatnya.

Sosial

Seterusnya, konsep wasatiyyah juga mampu dipraktikkan dalam hubungan sosial


individu, masyarakat dan masyarakat berbilang kaum. Hubungan sosial yang
disebutkan disini adalah lebih kepada hubungan dengan Allah S.W.T dan hubungan
dengan manusia. Dari segi akidah, kita perlulah yakin bahawa Allah itu merupakan
tunggal dan Muhammad merupakan pesuruhnya. Kita juga perlulah mengajak kepada
kebaikan dan mencegah kemungkaran. Contohnya dengan menegur rakan kita apabila
mereka sengaja melambat-lambatkan solat dan tidak berpuasa ketika bulan ramadhan.
Kita juga perlu berakhlak mulia dengan semua manusia dengan menjaga adab
berkomunikasi, adab berpakaian , dan hormat menghormati sesama sendiri bagi
mewujudkan persekitaran yang aman,kondusif dan harmoni.

You might also like