You are on page 1of 2

Sambungan telefon:-

i) KPPUB : 7068
ii) JUB : 7069-7076
MEMO
iii) Lain : 7077-7094
(BAHAGIAN UKUR BAHAN)
iv) Fax : 2661631
v) Email :
PPUB@po.jaring.my
Daripada Juruukur Bahan Penguasa, JKR Johor

Kepada Jurutera Awam Penguasa Bangunan, JKR JOHOR


Bil. Fail : JKRJ UB.060/100/119/1/2/21/1 ( ) Haribulan : September 2021

Tuan,

PERKARA : KERJA-KERJA MENAIKTARAF UNIT KEWANGAN JKR NEGERI


JOHOR DAN BAHAGIAN BANGUNAN JKR JOHOR DAN KERJA-
KERJA BERKAITAN

PERKARA : SEMAKAN KELULUSAN PERUBAHAN KERJA NO 1


(SEBUTHARGA)

Adalah dengan hormatnya perkara di atas dan surat tuan Ruj (32)
JKRJ.B(FB)090/234/1/2021/20 bertarikh September 2021 dan diterima oleh pejabat ini pada
15 September 2021 adalah dirujuk.

2. Semakan pejabat ini mendapati peratus (%) nilai perubahan kerja bagi kerja
tambahan yang dikemukakan ini telah melebihi 20% dan peruntukan yang diluluskan bagi
projek ini tidak mencukupi untuk melaksanakan kerja-kerja tambahan yang dikemukakan.
Berdasarkan AP 202.2 menerangkan bahawa peruntukan hendaklah mencukupi bagi PK
tambahan. Manakala dalam Surat Arahan KPKR Bil 22/2016 menerangkan bahawa jumlah
perubahan kerja terkumpul yang dicadangkan dan termasuk jumlah harga tambahan tidak
melebihi 20% daripada nilai kontrak atau tidak melebihi RM100,000.00 mengikut mana yang
terendah. Dan sekiranya nilai tambahan yang melebihi 20% daripada nilai kontrak atau
RM100,000.00 hendaklah dirujuk untuk kelulusan Pegawai Kewangan Negeri Johor terlebih
dahulu. Semakan pejabat ini juga mendapati tiada lagi kelulusan kerja tambahan melebihi
20% bagi kerja sebut harga yang diluluskan oleh Pegawai Kewangan Negeri Johor
sebagaimana surat permohonan tuan Ruj : Bil(22)dlmJKRJ.B.(FB)090/234/1/2021/20
bertarikh 6 September 2021 adalah dirujuk.

3. Bersama – sama ini dikembalikan semula Permohonan Kelulusan Perubahan Kerja


bagi projek di atas yang telah disemak untuk pindaan dan tindakan pihak tuan selanjutnya
sebagaimana ulasan di LAMPIRAN A. Pejabat ini juga mencadangkan agar pihak tuan dapat
memastikan perkara-perkara di perenggan No 2 dipatuhi sebelum mengemukakan kembali
KPK ini.
Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(Sr HJ. MD RAZIP BIN ISHHAK)


Juruukur Bahan Penguasa,
b.p Pengarah Kerja Raya,
Negeri Johor.
s.k – Flimsies
Bil Perkara Ulasan
1. Borang Kelulusan 1.1 Sila pastikan borang kelulusan JKR-KPK
Perubahan Kerja (KPK) (Pin.1/2008) digunakan. Sila pinda sebagaimana
contoh yang dikepilkan.

1.2 Perkara A
- Sila masukkan Harga Kontrak Asal, Tarikh
Milik Tapak Asal dan Tarikh Siap Asal. Sila
pastikan hendaklah sama seperti di dalam
Dokumen Sebutharga.
- Sila masukkan tarikh siap dilanjutkan.
- Sila masukkan kemajuan kerja semasa
yang terkini.

1.3 Perkara D
- Sila pastikan pegawai yang diberikuasa untuk
menandatangani KPK.

1.4 Perkara E
Sila kosongkan nilai. Perlu diisi oleh
Jawatankuasa.

2. Lampiran 2.1 Sila buat pengesahan pada ringkasan senarai


kuantiti. Disediakan, Disemak dan Disahkan.

2.2 Setiap helaian senarai kuantiti perlu dibuat


pengesahan (cop bulat dan initial)

2.3 Didapati item bagi 2(e) dan 2(h) tidak sama dalam
dokumen sebutharga. Sila selaraskan.

3. Umum 3.1 Sila pastikan Penyelia Pembinaan dan Jurutera


Tapak untuk mengesahkan semua kerja-kerja
yang telah disenaraikan ini mengikut spesifikasi
dan kualiti kehendak kontrak dan
bertanggungjawab ke atas dokumen,
kemunasabahan kualiti serta kadar harga
dipersetujui selaras dengan kerja-kerja sebenar di
tapak bina.

LAMPIRAN A

You might also like