You are on page 1of 1

Laporan Perkhemahan Pasukan Kor Kadet Polis Peringkat Daerah Tawau.

Pada 27 hingga 31 Mac 2015 , IPD Tawau dengan kerjasama Pusat Kokurikulum Sabah dan
PGA Tawau telah mengadakan program perkhemahan pasukan kor kadet polis di Kem Pengakap
Tiku, Tawau . Terdapat 19 buah sekolah yang menyertai perkhemahan kor kadet iaitu 17 sekolah
daripada Tawau dan 2 buah sekolah dari Kunak .Sebanyak 63 peserta telah dipilih untuk
mewakili Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Apas ke perkhemahan tersebut. Para peserta
diiringi oleh 4 orang guru penasihat iaitu Encik Ramlan Abu Nawas, Cik Nurjarinah , Cik
Hasnah Binti Mamat dan Encik Sjiaola @ Umar . Semua peserta dan para AJK menaiki sebuah
bas yang disewa khas untuk ke kem tersebut yang terletak kira-kira 2 kilometer dari sekolah.

Di kem tersebut, para peserta bergilir-gilir untuk menyertai aktiviti yang diadakan di kem
tersebut . Antara aktiviti yang dijalankan semasa perkhemahan tersebut ialah mara lasak, ikhtiar
hidup, bantu mula , rempuh halangan serta malam kebudayaan . Para peserta perkhemahan
menunjukkan semangat kerjasama yang erat “umpama aur dengan tebing”. Mereka didedahkan
dengan pelbagai pengetahuan yang amat berguna terutama dalam aktiviti ikhtiar hidup. Mereka
belajar mengenal tumbuhan yang dapat dimakan dan yang beracun, cara memasak, serta cara
berlindung di dalam hutan.

“Aktiviti perkhemahan ini berjaya mencapai matlamatnya. Para peserta yang terlibat
menunjukkan sifat kepimpinan, keberanian, dan kerjasama mereka selain mempamerkan disiplin
yang tinggi dalam setiap aktiviti,” kata ketua polis daerah Tawau ACP Tuan Haji Awang Besar
Bin Dollah ketika majlis penutupan program tersebut.

Program yang bermanfaat ini akan diadakan lagi pada tahun hadapan. Sekalung tahniah kepada
semua yang terlibat dalam menjayakannya.

Laporan disediakan oleh,

(Norain Binti Nordin)


Setiausaha Kor Kadet Polis SMK Jalan Apas

You might also like