You are on page 1of 4

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AGAMA SLIM RIVER

35800 SLIM RIVER, PERAK

LAPORAN MINGGU BAHASA INGGERIS 2017

ANJURAN : PERSATUAN BAHASA INGGERIS


TAJUK AKTIVITI : MINGGU BAHASA INGGERIS 2017
TARIKH : 13 Februari – 17 Februari 2017
TEMPAT : SMK AGAMA SLIM RIVER
KUMPULAN SASARAN : Tingkatan 1 hingga tingkatan 5

Aktiviti yang dilaksanakan :

Pada 13 Februari -17 Mac 2017, Minggu Bahasa Inggeris telah dijalankan. Pelancaran minggu bahasa
telah diadakan di DSAB dengan ucapan pelancaran telah dilaksanakan oleh Tuan Pengetua. Semua bahasa telah
dijalankan serentak pada bulan tersebut. Pelancaran bulan bahasa telah berjalan dengan lancar.

Tema untuk minggu bahasa Inggeris adalah “Language is the reflection of the mind”. Antara aktiviti yang
telah dijalankan oleh panitia dan persatuan bahasa Inggeris adalah, “bookmark”, “poem”, “I think Map”, “poster”,
dan “essay writing”. Semua pertandingan yang dijalankan telah mendapat sambutan yang menggalakkan daripada
pelajar. Kerjasama daripada para pelajar persatuan bahasa Inggeris dan juga panitia bahasa Inggeris adalah baik.
Mereka dapat menjalankan semua aktiviti dengan baik dan jayanya.

Dari segi kewangan pula, sebanyak RM400.00 telah diberikan oleh Panitia Bahasa Inggeris kepada
persatuan bahasa Inggeris dan sumbangan RM100 daripada pihak PIBG untuk menjalankan minggu bahasa Inggeris
pada kali ini. Kesemua wang telah digunakan untuk menjalankan minggu bahasa Inggeris ini. Sebanyak RM 500.00
telah dibelanjakan untuk membeli hadiah kepada para peserta dan selebihnya digunakan untuk membeli keperluan
pertandingan seperti kertas warna, pembalut hadiah dan peralatan menulis.

Secara keseluruhannya minggu bahasa yang dijalankan pada tahun ini amat memberangsangkan. Tema
yang digunakan pada tahun ini juga menarik perhatian pelajar sekali gus membuka minda pelajar mengenai
penggunaan bahasa Inggeris. Diharap pada tahun hadapan pelbagai lagi pertandingan dapat dijalankan untuk
member peluang dan juga keyakinan kepada pelajar untuk menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa
komunikasi.

Terima kasih diucapkan kepada semua guru dan pelajar yang telah terlibat secara langsung dan juga secara
tidak langsung dalam menjayakan minggu bahasa pada tahun ini.

Yang menjalankan tugas,

________________

(MARIAM BINTI HASSAN)


Setiausaha Minggu Bahasa
Guru penasihat Persatuan Bahasa Inggeris
LAMPIRAN
Senarai pemenang setiap pertandingan:
Bookmark 1 Jabir
Poem 2 Jabir
I Think map 3 Sina
Poster 4 Jabir
Essay Writing 5 Biruni

You might also like