You are on page 1of 3

2.

SEJARAH HEDONISME

Aristippus dari Cyrene membangunkan sebuah sekolah “Socrates”. Iaitu merupakan contoh
awal falsafah Cyrenaics. Mereka telah merasakan keseronookan yang luar biasa, terutamanya
pada bahagian fizikal. Ia semakin luar biasa dan wajar melebihi keseronokan ilmiah atau
mental yang dianggap oleh Aristippus dan terutamanya tujuan mendapatkan keuntungan
jangka panjang merupakan satu kepuasan yang tidak harus dicegah.

Terdapat dua jenis ahli falsafah semasa zaman pertengahan. Jenis ahli falsafah pertama
adalah mereka menggunakan hedonism sebagai alasan bahawa keseronokan telah dipadankan
dengan Hasrat tuhan secara sempurna dari segi kebahagiaan manusia dan mereka telah
membantu untuk memulakan pandangan hendonisme, mereka merupakan ahli falsafah
Renaissance. Jenis ahli falsafah yang kedua adalah di mana hendonisme sebahagian besarnya
dikutuk kerana mereka percaya ia tidak boleh dipercayai kerana Kristian perlu mengekalkan
jarak yang strategik di antara salah laku dan melakukan kehendak tuhan, mereka adalah
merupakan ahli-ahli falsafah kristian.1

Pada abad ke-19, sebuah teori yang telah dibangunkan oleh John Stuart Mill dan Jeremy
Bentham iaitu teori etis Utilitarianism. Hedonisme diiktirafkan sebagai memaksimumkan
kebaikan terbesar bagi nombor terastas didalam teori ini. Walaubagaimanapun, tokoh
hedonis, John Stuart Mill dan Jeremy Bentham Mempunyai pandanagan yang berbeza dari
sudut menilai keseronokan yang di terapkan didalam teori Hedonisem. Menurut Mill,
keseronokan itu perlu dinilai menggunakan kaedah kualitatif yang bergantung pada kualiti
gabungan antara keseronokan yang tinggi dan juga yang rendah. Selain itu, beranggapan
bahawa keseronokan merupakan kebaikan dan kesakitan adalah kejahatan. Manakala
Bentham pula menilai keseronokan melalui kaedah kuantitatif dan bepandangan hubungan
dengan fitrah yang menghubungkaitkan manusia dengan faktor kesakitan dan kegembiraan
merupakan prinsip hedonisme.
Menurut Jeremy Bentham (1748), hedonisme mempunyai hubungan secara tidak langsung
dengan fitrah yang menghubungkan manusia dengan faktor kegembiraan dan kesakitan.
Faktor ini akan mempengaruhi kehidupan manusia dalam mengambil sesuatu tindakan seperti
menunjukkan apa yang mesti dilakukan di samping menentukan sesuatu tindakan yang patut
dilakukan. Maksudnya disini ialah dalam kehidupan manusia mempunyai beberapa perasaan
seperti gembira, sedih, marah dan sebagainya. Setiap perasaan berikut akan hadir mengikut
keadaan atau situasi yang dihadapi. Sebagai satu contoh situasi atau keadaan adalah apabila
seseorang itu mengalami situasi yang mana salah seorang ahli keluarganya meninggal maka
perasaan sedih itu akan datang pada diri seseorang kerana telah kehilangan seorang ahli
keluarga. Sebagai contoh situasi atau keadaan kedua adalah jika seseorang itu menerima
hadiah dari rakan atau keluarganya maka seseorang itu akan merasakan sesuatu perasaan
yang gembira atau Bahagia kerana dapat hadiah daripada seseorang dari kenalan mereka. Jadi
ini merupakan antara keterangan dan contoh menurut Jeremy Bentham.

James Stuart Mill (1992) beranggapan bahawa keseronokan merupakan kebaikan dan
kesakitan adalah kejahatan. Pendapat ini secara tidak langsung mempunyai persamaan
dengan pandangan Jeremy Bentham iaitu sesuatu perkara yang baik merupakan keseronokan
atau kebahagiaan yang akan sentiasa dilakukan dan perkara yang tidak baik merupakan
kesakitan. Sesuatu keadaan itu dianggap lebih baik sekiranya keseronokan melebihi
kesakitan. Maksudnya disini ialah sesuatu perasaan seronok, Bahagia atau gembira
merupakan salah satu perkara yang mendatangkan kebaikan kerana seseorang itu akan
merasakan kehidupannya lebih tenang dan selesa apabila perasaan gembira atau Bahagia itu
datang ke dalam diri seseorang itu. Ia juga merupakan suatu tanda kebaikan pada hari
tersebut apabila seseorang itu mempunyai kegembiraan atau keseronokan dalam diri. Yang
kedua adalah jika kita mempunyai perasaan yang tidak baik seperti kecewa atau sedih, ini
bermakna kehidupan kita dalam seharian itu agak tidak baik atau bernasib malang kerana diri
kita ditimpa sesuatu yang tidak menyenangkan hati. Pandangan ini juga hampir sama dengan
pandangan Jeremy Bentham yang mana ia berpendapat bahawa setiap manusia menginginkan
sesuatu kebahagian atau keseronokan dalam diri seharian dan sesuatu perkara yang tidak baik
adalah kesakitan atau pun kesedihan. Jadi manusia lebih mahukan hari-hari mereka dengan
kegembiraan daripada kesakitan atau kesedihan.

Selain itu, Sidgwick (1981) pula menyarankan individu yang menjalani gaya hidup
hedonisme ini perlu peka terhadap tindakan yang mendatangkan impak kepada keseronokan
dan kebahagiaan tersebut. Peranan mereka adalah meningkatkan nisbah pengalaman
menyeronokkan dan mengurangkan nisbah kesakitan. Namun begitu, terdapat satu aliran
dalam hedonisme yang mendakwa jika wujud sesuatu prinsip moral dalam masyarakat yang
menjadi penghalang di dalam mencapai kebahagiaan, maka prinsip tersebut sepatutnya
diingkari. Ini bermaksud, kebahagiaan dan keseronokan merupakan matlamat utama dalam
budaya hedonisme sehingga dibenarkan melanggar prinsip moral tersebut. Maksudnya disini
adalah seseorang yang menjalani gaya hidup hedonisme ini perlu peka atau cakna dengan
perkaraperkara yang mendatangan kesan atau yang menghalang daripada keseronokan dan
kebahagiaan. Jadi seseorang itu perlu memastikan kehidupan seharian meraka dalam keadaan
seronok atau gembira untuk mengelak daripada sesuatu perkara kesedihan atau keresahan.
Matlamat utama dalam konsep hedonisme adalah kebahagian, jika ada sesuatu prinsip yang
boleh menghalang daripada kegembiraan maka hendaklah ia mengingkari prinsip tersebut
yang boleh menghalang daripada kebahagian.

Selain itu, Socrates (469-399 S.M.) dalam penulisannya menyatakan bahawa tujuan
kehidupan manusia ialah mencari kebahagiaan. Matlamat utama dalam kehidupan manusia
adalah mencapai kebahagiaan jiwa. Menurut Socrates, manusia perlu mengenali dirinya
sendiri yang memiliki ’diri yang nyata’. Kebahagiaan yang nyata terdapat dalam pengenalan
diri yang nyata tersebut. Apabila seseorang individu mengenal siapa dirinya, individu
tersebut akan mengetahui kaedah yang sebaik-baiknya untuk dilakukan bagi mencapai
kebahagiaan. Maksudnya disini menurut Socrates adalah dalam kehidupan manusia di dunia
ini adalah hanya bertujuan untuk mencari kebahagiaan dan ketenangan serta matlamat utama
kehidupan manusia hanya untuk memperolehi kebahagiaan jiwa semata. Jadi bagi seseorang
individu manusia perlu lah mereka untuk mengenal diri mereka masing-masing kerana
kebahagian diri dapat di cari melalui diri sendiri, diri sendiri lebih mengenal diri mereka
masing-masing untuk mencapai kebahagian yang dicari dan diperolehi.

You might also like