You are on page 1of 1

Definisi kesihatan http://mariam-wwwpu3kayangancom.blogspot.com/2009/03/definisi-kesihatan.

html Pada asalnya, konsep 'kesihatan' bermakna dalam keadaan sihat dan selamat, bebas daripada kecederaan, kecacatan dan penyakit. Kini konsep kesihatan mencakupi aspek yang lebih luas. Pada tahun 1948, dalam Persidangan Kesihatan Sedunia kali pertama anjuran Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), kesemua 54 orang wakil negara sebulat suara menerima usul bahawa 'kesihatan' bermakna sihat daripada aspek fizikal, mental dan sosial, dan bukan sekadar terbebas daripada penyakit, kecacatan dan kecederaan sahaja. Mengikut definisi ini, ketiga-tiga komponen mental, fizikal dan sosial adalah bersepadu dan saling betindak antara satu sama lain. Sebarang perubahan (baik atau buruk) yang berlaku pada salah satu komponon itu tentu akan menganggu dua komponen lain. Ekoran daripada definisi tersebut, kini terdapat dua lagi komponen yang dikenalpasti penting dalam kesihatan, iaitu komponen emosi dan rohani.Hoyman (1962) menakrifkan 'kesihatan' sebagai 'keadaan sihat yang optimum bagi kehidupan yang sempurna, produktif dan kreatif. Ini ditunjukkan dalam satu hierarki yang bermula dengan kesihatan optimum dan berakhir dengan kematian (kesihatan sifar). Bila ditanya apa yang dimaksudkan dengan sihat?, mungkin ramai yang akan menjawab jawapannya ialah tidak sakit. Tidak salah mentafsirkan sihat sebagai tidak sakit kerana sihat dalam bahasa inggeris healthy.(1) memberi maksud tidak sakit. Sihat juga bermaksud ; berada dalam keadaan sihat dan mampu melawan penyakit (Healthy :having good health:well and able to resisit disease.)(2) Walaubagaimanapun ianya bukanlah satu jawapan yang dapat mengambarkan maksud kesihatan yang menyeluruh. Mengikut Pertubuhan Kesihatan Sedunia maksud kesihatan yang lebih menyeluruh (holistic) ialah suatu keadaan kesempurnaan fizikal, mental dan social yang mencukupi , dan bukan hanya ketiadaan penyakit atau kelemahan.

You might also like