You are on page 1of 1

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mentakrifkan perkataan sihat sebagai:

"Keadaan sempurna fizikal, mental, dan sosial, dan tidak hanya ketika ketiadaan
sakit"

Bagi mana-mana organisma, kesihatan ialah satu bentuk homeostasis. Ini merupakan satu
imbangan di mana tenaga dan jisim masuk dan keluar (input and output) berada dalam
keseimbangan (membolehkan pertumbuhan). Kesihatan juga membawa erti kemampuan
untuk meneruskan hidup dengan prospek positif.

Bagi manusia, dengan kemampuan untuk menganalisa dan menjangka, kesihatan adalah lebih
daripada itu. Maknanya bukan sahaja semuanya perlu tepat pada masa yang tepat, tetapi
pemahaman subjektif penting bagi meneruskan pengimbangan yang sihat. Pemahaman ini
datangnya daripada persepsi somatik termasuk sakit dan tidak selesa dan persepsi kognitif.
Untuk merasai sihat, seseorang itu perlu merasakan dirinya sihat dan tiada risiko dalaman
atau luaran yang boleh menggangu kesihatannya.

Dari segi pemakanan pula,masyarakat perlu menjaga pemakanan sesama mereka demi
penjagaan kesihatan. Masyarakat di negara ini, boleh dikatakan terlalu mewah dengan segala
jenis makanan. Pelbagai jenis juadah makanan yang dimakan oleh setiap orang saban hari
kadangkala mengundang pelbagai jenis penyakit yang jelas berbahaya. Namun begitu,
masyarakat masih memandang rendah terhadap hal ini. Juadah yang dimakan selalunya
mengandungi bahan yang boleh menjejaskan kesihatan tubuh badan mereka sendiri. Lantaran
itu, masyarakat hendaklah memilih makanan yang berkhasiat agar dapat membendung
daripada masalah ini. Tambahan lagi, individu itu sendiri hendaklah pandai memilih makanan
mengikut amalan piramid makanan agar dapat melahirkan generasi yang sihat dan
cergas.Selain itu,ahli masyarakat perlu memainkan peranan penting untuk mengadakan
aktiviti-aktiviti yang sihat.

Akhir kata, seluruh ahli keluarga haruslah selalu bersenam demi menjaga kesihatan dan pada
yang sama dapat mengeratkan hubungan sesama keluarga.

You might also like