You are on page 1of 3

Cara-cara memupuk perpaduan

Malaysia merupakan sebuah Negara yang unik kerana terdiri


daripada masyarakat berbilang kaum. Perpaduan amat penting
dalam usaha membentuk masyarakat yang harmoni. Oleh itu, isu
perpaduan kaum tidak boleh dipandang ringan oleh masyarakat.
Terdapat beberapa cara bagi memupuk perpaduan kaum di negara
kita.

Antara cara-cara memupuk perpaduan adalah ibu bapa boleh


mendidik anak-anak agar menghormati kaum lain bak kata pepatah
melentur buluh biarlah dari rebungnya. Oleh itu, ibu bapa mesti
menjadi contoh kepada anak-anak dengan mengamalkan nilai
hormat-menghormati terhadap jiran berbilang kaum. Semasa hari
perayaan kaum pula, ibu bapa boleh membawa anak-anak
menziarahi rumah jiran tetangga.

Selain itu, masyarakat juga boleh memainkan peranan untuk


memupuk perpaduan kaum. Contohnya, masyarakat hendaklah
mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan seharian. Antara
nilai-nilai murni yang perlu diamalkan ialah nilai bekerjasama dan
bertolak ansur. Jika ada wujudnya masalah kaum, pemimpin kaum
hendaklah berbincang untuk menyelesaikan masalah yang
dihadapi.
Di samping itu, pihak sekolah juga boleh memainkan peranan
untuk memupuk perpaduan kaum. Contohnya, pihak sekolah boleh
memberi kesedaran kepada pelajar tentang kebaikan perpaduan
kaum secara berterusan. Pihak sekolah juga boleh merancang
program yang melibatkan pelbagai kaum dalam kalangan pelajar
sekolah. Antara program yang boleh dilaksanakan ialah program
sukan dan bergotong-royong bagi menceriakan kawasan sekolah.

Kesimpulannya, perpaduan merupakan anugerah yang tidak


ternilai harganya. Perpaduan kaum dapat direalisasikan dengan
kerjasama semua pihak. Oleh itu, semua warga perlu memelihara
dan mengekalkan semangat perpaduan demi mewujudkan sebuah
masyarakat yang harmoni.
Peta buih di bawah menunjukkan cara-cara menjaga kebersihan dan
kesihatan diri. Tulis sebuah ulasan tentang cara-cara menjaga
kebersihan dan kesihatan diri dalam bentuk perenggan. Panjang
ulasan mestilah dalam 40 hingga 70 patah perkataan.

Menjalani
Bersenam pemeriksaan
badan

Cara-cara
Menjaga
Kebersihan
dan Kesihatan

Mencuci
Mandi
tangan

Peta buih tersebut menunjukkan cara-cara menjaga kebersihan dan


kesihatan. Terdapat pelbagai cara untuk menjaga kebersihan dan
kesihatan. Antaranya, kita perlulah bersenam untuk mengeluarkan toksin
dalam badan. Selain itu, kita perlulah menjalani pemeriksaan badan
sekurang-kurangnya sekali setahun bagi memastikan badan kita berada
dalam keadaan yang sihat. Di samping itu, kita perlulah mencuci tangan
supaya bakteria tidak melekat pada tangan kita. Seterusnya, kita perlulah
mandi menggunakan sabun agar sentiasa segar dan nyaman.
Kesimpulannya, kita mestilah mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk
menjaminkan kehidupan yang harmoni.

You might also like