You are on page 1of 1

Cara-cara Memupuk Amalan Nilai-nilai Murni dalam kalangan murid

Isu-isu yang berkaitan dengan amalan nilai-niiai murni kerap menjadi bahan perbincangan dalam
televisyen dan majalah keluarga. Hal ini kerana amalan nilai-nilai murni ini amat penting dalam
kehidupan seharian. Pada pandangan saya, amalan nilai-nilai murni ini patut dipupuk sejak kecil lagi.
Terdapat b cara yang boleh dilakukan untuk memupuk amalan nilai-nilai murni.

Selain itu, masyarakat juga boleh memainkan peranan penting dalam usaha memupuk nilai-
nilai murni. Contohnya, anggota masyarakat perlu mengamalkan nilai bekerjasama dan bertolak
ansur. Nilai bekerjasama dan bertolak ansur ini penting kerana masyarakat Malaysia adalah
berbilang kaum. Sesungguhnya, amalan nilai-nilai murni dalam masyarakat mempengaruhi sikap
generasi muda dan ia akan memberi kesan kepada keamanan dan kesejahteraan negara.

Pihak sekolah juga boleh memainkan peranan dalam memupuk nilai-nilai murni. Contohnya,
pihak sekolah boleh memberi nasihat kepada pelajar agar sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni
dalam kehidupan seharian. Antara nilai-nilai murni yang perlu diamalkan oleh pelajar ialah nilai
kerajinan dan bertanggungjawab. Amalan nilai kerajinan akan membolehkan pelajar menjadi pelajar
yang cemerlang dan dapat melanjutkan pelajaran ke universiti.

Di samping itu, media massa seperti televisyen juga boleh memainkan peranan untuk
memupuk amalan nilai-nilai murni. Hal ini kerana, media massa berupaya mempengaruhi sikap
seseorang. Televisyen perlu menayangkan filem yang dapat memupuk amalan nilai- nilai murni
dalam kehidupan seharian. Surat khabar pula boleh menyiarkan rencana tentang kebaikan amalan
nilai-nilai murni.

Pihak kerajaan juga boleh memainkan peranan untuk memupuk amalan nilai-nilai murni di
kalangan masyarakat. Hal ini kerana, pihak kerajaan mempunyai sumber kewangan untuk
melaksanakan program kesedaran. Contohnya, pihak kerajaan boleh melancarkan Kempen Amalan
Nilai Murni melalui stesen televisyen dan radio milik kerajaan. Pihak kerajaan juga boleh meminta
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melaksanakan program- program yang dapat memupuk
amalan nilai-nilai murni.

Sebagai kesimpulan, terdapat beberapa cara yang boleh dilakukan untuk memupuk amalan
nilai-nilai murni. Amalan nilai-nilai murni ini penting kerana ia dapat memelihara keharmonian
hidup masyarakat. Pada pendapat saya, kempen amalan nilai-nilai murni yang dilaksanakan oleh
pihak kerajaan mesti berterusan agar memberi kesan yang berpanjangan. Oleh itu, semua pihak mesti
menyokong usaha kerajaan dalam memupuk amalan nilai-nilai murni di kalangan rakyat.

You might also like