You are on page 1of 2

Semua kanak-kanak perlu diberikan pendedahan dan bimbingan yang sewajarnya supaya

mereka dapat memahami kepentingan semangat cintakan negara. Selain itu, mereka juga
perlu diberikan pendedahan mengenai kepentingan mengamalkan cara hidup yang sihat,
sekali gus berupaya untuk mengetengahkan segala potensi yang ada dalam diri kanak-kanak
ini.

Bila dilihat secara terperinci, banyak cara boleh dilakukan untuk


memartabatkan semangat patriotisme antaranya melalui kanak-kanak.Pepatah pernah
mengatakan “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”.Kita perlu sedar bahawa guru
memainkan peranan yang penting dalam memupuk semangat patriotism dalam diri murid.
Guru dan pihak sekolah boleh menganjurkan aktiviti yang boleh memupuk semangat
patriotic seperti nyanyian lagu Negaraku,Bulan Kemerdekaan dan lain-lain.

Pihak kerajaan boleh memainkan peranan penting dalam memupuk semangat


patriotisme. Hal ini kerana pihak kerajaan mempunyai sumber kewangan bagi melaksanakan
pelbagai program kesedaran bagi memupuk semangat patriotisme. Contohnya, pihak
kerajaan telah mengadakan Program Sambutan Bulan Kemerdekaan pada setiap tahun dan
program ini mesti diteruskan kerana ia dapat memupuk semangat patriotisme. Selain itu,
pihak kerajaan juga perlu mengadakan kempen kesedaran tentang semangat patriotisme
melalui stesen televisyen dan radio milik kerajaan.

Keluarga juga boleh memainkan peranan dalam memupuk semangat


patriotisme. Contohnya, ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka melawat ke tempat-
tempat bersejarah seperti di negeri Melaka dan Pulau Pinang. Semasa Sambutan Bulan
Kemerdekaan pula, ibu bapa perlu mengibarkan Jalur Gemilang di rumah dan kenderaan
mereka. Ibu bapa juga boleh membawa anak- anak menyaksikan perbarisan semasa
Sambutan Hari Kemerdekaan negara.

Media massa juga boleh memainkan peranan untuk memupuk semangat


patriotisme. Hal ini kerana media massa seperti televisyen berupaya untuk mempengaruhi
minda masyarakat. Oleh itu, sewajarnyalah stesen televisyen perlu menyiarkan program dan
filem yang bertemakan semangat patriotisme. Surat khabar pula boleh menyiarkan rencana
tentang kebaikan semangat patriotisme bagi memupuk lagi semangat patriotisme di
kalangan rakyat negara ini.

Kesimpulannya, terdapat beberapa cara untuk memupuk semangat


patriotisme. Semangat patriotisme ini perlu dipupuk di kalangan rakyat kerana ia dapat
memberikan kebaikan kepada masyarakat dan juga negara. Pada pendapat saya, semua
pihak mesti berganding bahu untuk memupuk semangat patriotisme di kalangan rakyat.
Semangat patriotisme yang menebai di kalangan rakyat akan membolehkan Malaysia terus
aman dan bertambah maju.

You might also like