You are on page 1of 17

TUGASAN PENYEDIAAN PROPOSAL

NAMA PELAJAR: NUR AFIQAH NADHRAH BINTI ALI HASSAN

PROGRAM: PENDARASAN ISLAM

NO MATRIK: BA19110404

NO TEL: 01140118127

KUMPULAN:A2

NAMA KURSUS: REVOLUSI INDUSTRI DAN METODOLOGI PENYELIDIKAN

TAJUK PROPOSAL: USAHA MEMARTABATKAN TULISAN JAWI MELALUI MEDIA ELEKTRONIK


DALAM KALANGAN PELAJAR PENDARASAN ISLAM DI UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS).

NAMA PENSYARAH: PROF. DR FONG SOON FOOK

NAMA TUTOR: MISS NAZIHIYA BINTI ASLI

1
ISI KANDUNNGAN ................................................................................................... MS

1.0 PENDAHULUAN ................................................................................................. 3-4

2.0 ISU DAN PERMASALAHAN KAJIAN .................................................................... 4-4

3.0 PERSOALAN KAJIAN.......................................................................................... 5-5

4.0 OBJEKTIF KAJIAN .................................................................................................6

5.0 KEPENTINGAN KAJIAN ..................................................................................... 6-6

6.0 METODOLOGI KAJIAN ...........................................................................................6

6.1 Reka Bentuk Kajian ...................................................................................................... 7

6.1.1 Kaedah Kajian ...................................................................................................... 7

6.2 Persampelan Kajian ...................................................................................................... 7

6.2.1 Instrumen Kajian .................................................................................................. 8

6.2.2 Kaedah Pengumpulan Data .................................................................................... 8

6.2.3 Analisis Data......................................................................................................... 8

7.0 SOROTAN LITERATUR ..................................................................................... 9-13

8.0 SKOP KAJIAN ......................................................................................................14

9.0 RUJUKAN....................................................................................................... 15-17

2
1.0 PENDAHULUAN

Tulisan Jawi merupakan warisan bangsa Melayu semenjak kedatangan Islam ke


Kepulauan Melayu pada abad ke-10 (Ahmad Farid bin Abdul Jalal, 2005). Kewujudan tulisan Jawi
amat sinonim dengan penduduk Tanah Melayu yang beragama Islam pada ketika itu. Malahan,
tulisan Jawi ini dikenali sebagai tulisan Melayu-Arab di Nusantara (Musa, 2005) ada mengesahkan
bahawasanya mengatakan orang Melayu menerima secara langsung tulisan Jawi daripada orang
Arab. Tulisan Jawi merupakan salah satu daripada dua sistem tulisan rasmi di Brunei dan juga
dijadikan sistem tulisan alternatif di Malaysia. Dari segi penggunaannya, tulisan Jawi dahulunya
merupakan abjad piawai bahasa Melayu tetapi sudah diganti oleh abjad Rumi (Seock, 1986),
maka penulisan Jawi hanya terhad kepada kegunaan keagamaan dan kebudayaan. (Ahmad Farid
bin Abdul Jalal, 2005)
Pada masa kini tulisan Jawi semakin hilang daya kemampuan untuk mengangkat
kebesaran ilmunya untuk dijadikan rujukan utama dalam penulisan dan penyebaran bahasa. Oleh
itu, orang Melayu tidak ada alasan yang menyatakan bahawa mempelajari tulisan Jawi ini
merupakan sesuatu yang mustahil untuk dipelajari, kerana mereka telah lama mengenali tulisan
Jawi ini melalui pengajian al- Quran sejak dari kecil jika dibandingkan dengan tulisan bahasa
Melayu yang baru dibawa pada abad ke-15 Masihi (Ahmad Farid bin Abdul Jalal, 2005). Keadaan
ini jauh berbeza berbanding dengan zaman kegemilangan pada abad ke-18, yang menjadikan
tulisan Jawi ini sebagai bahan rujukan utama semua pihak dalam pelbagai aspek dan tidak
terkecuali dalam penyebaran ilmu kesusasteraan (Collins, 2005). Hal ini dapat dibuktikan dengan
penemuaan akhbar- akhbar seperti Utusan Melayu dan Utusan Zaman. Justeru kita perlu
memartabatkan semula tulisan Jawi di bumi Malaysia ini.
Sesuai dengan isu pada masa kini, pelbagai polemik isu yang timbul dalam masyarakat
mutakhir ini mengenai pemartabatan dan pemeliharaan tulisan Jawi yang kian samar-samar dan
lemah tahap kemampuan daya saing (Aziz, 2009). Kebenaran yang nyata tersebut
mendukacitakan nilai martabat sesebuah warisan bangsa. Rentetan pelbagai persoalan yang
berbangkit dewasa ini menyeru para pelajar Pendarasan Islam UMS memartabatkan tulisan Jawi.
Dimana keadaan tulisan Jawi kini yang terumbang-ambing dalam kemajuan dunia yang penuh
fulus perlu digiatkan semula dengan suatu cara dan usaha yang selari dengan perkembangan
masa iaitu melalui media elektronik. Hal ini kerana pelajar merupakan golangan yang sinonim
dan dekat dengan penggunaan teknologi masa kini khususnya yang pada bidang Pendarasan

3
Islam itu sendiri.

Kajian ini dilakukan untuk menilai tahap penguasaan pelajar Pendarasan Islam di
Universiti Malaysia Sabah dalam menguasai bahasa dan tulisan jawi serta kajian ini juga sebagai
kajian tindakan bagi meneliti usaha yang boleh dilakukan bagi memartabatkan penggunaan
bahasa dan tulisan jawi dalam kalangan pelajar Pendarasan Islam melalui penggunaan media
elektronik. Hal ini bagi memastikan tulisan jawi terus berkembang subur kepada generasi
seterusnya yang berbilang kaum dan agama bukan sahaja tertumpu kepada pelajar Pendarasan
Islam. Selain itu, kajian ini juga dilakukan untuk mengentahui faktor yang mempengaruhi
penggunaan bahasa dan tulisan jawi dalam kalangan pelajar Pendarasan Islam. Hal ini kerana
penguasaan jawi di kalangan mahasiswa Pendarasan Islam amatlah penting, bagi seorang
penuntut ilmu agama kerana ianya melambangkan suatu bidang tersebut. Kajian ini menjadi titik
awal bagi memartabatkan tulisan jawi di peringkat Pengajian Tinggi dan diteruskan diperingkat
yang seterusnya demi memastikan tulisan jawi terus menjadi pilihan dan perhatian masyarakat
Islam dan bukan Islam di Malaysia.

2.0 ISU DAN PERMASALAHAN KAJIAN


Pada era revolusi 4.0 ini, penggunaan bahasa dan tulisan jawi melalui media elektronik
seharusnya berkembang seiring dengan tulisan dan bahasa lain seperti bahasa universal iaitu
Inggeris, Melayu, dan Cina. Perkembangan serta penerapan bahasa dan tulisan jawi ini juga dapat
dilihat melalui negara jiran iaitu, Brunei Darussalam. Dimana negara tersebut menggunakan
tulisan Jawi bagi menulis papan tanda (Yusof S. B., 2015)pada setiap jabatan, nama-nama
syarikat perniagaan, naman jalan serta kereta-kereta perniagaan .Tulisan Jawi dan tulisan
Rumi di seluruh negara Brunei harus dicontohi oleh Malaysia (Yusof S. B., 2015) kerana tulisan
jawi merupakan warisan bangsa. Ini seolah-olah menunjukkan bahawa penggunaan tulisan Jawi
oleh media tempatan belum lagi secara menyeluruh seperti yang diamalkan oleh negara jiran
Malaysia iaitu Brunei. Penggunaan tulisan Jawi secara meluas di Brunei menunjukkan seolah-olah
tulisan Jawi mendapat tempat yang tinggi dalam kalangan masyarakat di sana.

Namun secara realitinya, pada masa kini penggunaan tulisan jawi masih kurang
dipratikkan khususnya melalui media elektronik. Hal ini kerana sesuai dengan keadaan semasa,
penggunaan media elektornik seperti program realiti televisyen meupakan satu program yang

4
mendapat rating tertinggi dalam kalangan masyarakat. Namun masih terdapat dalam kajian lepas
yang menunjukkan ada segelintir masyarakat yang kurang bersetuju terhadap media tersebut
sebagai alat untuk mempraktikkan bahasa dan tulisan jawi (Noraziah Mohd Amin et al, 2018).
Sedangkan penggunaan media elektronik adalah sesuatu yang baik jika tulisan Jawi dapat
dijadikan salah satu perkara yang dipertandingkan dalam program popular seperti program realiti
televisyen serta sebagai alat bagi mempromosikan bahasa dan tulisan jawi.

Akibatnya, penggunaan bahasa dan tulisan jawi sebagai suatu warisan yg seharusnya
dikuasai oleh masyarakat Melayu semakin dipinggirkan. Misalnya, dalam konteks pengajaran dan
pembelajaran program Pendarasan Islam, penggunaan tulisan jawi belum lagi dipratikkan
sepenuhnya khususnya dalam kalangan pelajar. Dalam hal ini, masih ramai pelajar yang tidak
tahu membaca dan menulis jawi dengan baik kerana tidak terlalu mementingkan tulisan jawi
pelajar timbul perasaan tidak minat (Yusof S. B., 2015) terhadap tulisan jawi disebakan kurangnya
pendedahan yang mendalam.

Oleh itu, kajian ini dijalankan agar dapat dijadikan satu cadangan kepada pihak yang
berkaitan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menilai tahap penguasaan pelajar
Pendarasan Islam berkaitan tulisan jawi. Kajian ini juga berhasrat untuk mengenal pasti faktor
yang mempengaruhi penggunaan tulisan jawi dalam kalangan pelajar Pendarasan Islam serta
meneliti usaha yang dilakukan bagi memartabatkan penggunaan tulisan jawi khususnya melalui
media elektronik. Oleh itu, kajian akan dapat dijadikan sumber maklumat kepada masyarakat lain
berkaitan peranan media elektronik sebagai alat untuk mempromosikan tulisan Jawi.

3.0 PERSOALAN KAJIAN


Persoalan kajian wujud daripada permasalahan kajian:
1. Bagaimanakah tahap penguasaan pelajar Pendarasan Islam terhadap penggunaan tulisan
jawi?
2. Apakah faktor yang yang mempengaruhi penggunaan tulisan jawi dalam kalangan
pelajara Pendarasan Islam?
3. Apakah usaha yang dilakukan bagi memartbatkan penggunaan tulisan jawi khususnya
melalui media elektronik.

5
4.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian bagi proposal ini adalah penentu kepada kejayaan pada sesebuah kajian ini.
Oleh itu, objektif kajian ini adalah:

1. Menilai tahap penguasaan pelajar Pendarasan Islam berkaitan penggunaan tulisan


jawi.
2. Mengenal pasti faktor yang mempengaruhi penggunaan tulisan jawi dalam kalangan
pelajar pendarasan Islam.
3. Meneliti usaha dilakukan bagi memartbatkan penggunaan tulisan jawi khususnya
melalui media elektronik.

5.0 KEPENTINGAN KAJIAN


Melalui kajian ini, penggunaan tulisan Jawi pada media elektronik diharap akan menjadi
sebahagian daripada aktiviti mempromosikan tulisan Jawi bukan sahaja kepada pelajar
Pendarasan Islam tetapi dapat diterapkan oleh seluruh mahasiswa di Universiti Malaysia Sabah
dan seterusnya masyarakat luar.
Selain itu, menerusi kajian ini juga berkemungkinan ianya menjadi satu dakwah kepada
bukan Islam kerana tulisan jawi juga merupakan satu lambang kesatuan dan budaya bagi agama
Islam. Secara tidak langsung pendedahan kepada tulisan Jawi ini juga sebagai satu medium
dakwah kepada masyarakat luar.
Oleh itu, kajian ini amatlah penting kerana ia akan dapat dijadikan sumber maklumat dan
panduan kepada pihak lain berkaitan peranan media elektronik sebagai alat untuk
mempromosikan tulisan Jawi.

6.0 METODOLOGI KAJIAN


Metodologi adalah aspek yang perlu diberi perhatian (Usman, 2008)bagi mendapatkan
hasil kajian yang baik dan boleh dipercayai. Kaedah-kaedah yang digunakan dalam kajian ini
adalah bagi mencapai objektif kajian yang telah ditetapkan. Pada bahagian ini, menjelaskan
metodologi yang digunakan oleh pengkaji untuk menyempurnakan kajian ini iaitu reka bentuk
kajian, kaedah kajian, instrumen kajian, teknik pengumpulan data, teknik Analisis dan
persembahan data dan persampelan kajian.

6
6.1 Reka Bentuk Kajian

Reka bentuk kajian merujuk kepada pengunaan cara yang paling berkesan bagi mencapai
matlamat kajian dengan kos yang minimum. Kajian deskriptif merupakan penyelidikan yang
bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku (Marshall, 1996)
menjelaskan bahawa reka bentuk kajian deskriptif mempunyai dua tujuan utama iaitu pertama
untuk mencari jawapan kepada soalan-soalan kajian dan kedua untuk mengawal pembolehubah.
Dalam kajian ini, pengkaji akan menggunakan pendekatan kuantitatif. Data kuantitatif ialah
daripada hasil ujian dan soal selidik. Secara dasarnya kuantatif adalah daripada perkataan kuantiti
iaitu jumlah atau bilangan (Kamus Dewan. Edisi keempat, 2007). Kuantitatif dikaitkan dengan
data numerik dan ketepatan (Hamdi, 2015), yang mana berdasarkan penyelidikan inkuiri positivis
yang menggunakan kajian eksperimental dan data numerika untuk dianalisis dengan ujian
statistik dan maklumat yang diperolehi adalah lebih tepat.

6.1.1 Kaedah Kajian

Kajian tinjauan digunakan dalam kajian ini untuk mendapatkan maklumat daripada responden
yang ditetapkan. Kajian tinjauan dijalankan ke atas sampel dalam sesuatu populasi tertentu
(Marican, 2005). Sampel yang terpilih mestilah mempunyai ciri-ciri atau sifat-sifat populasi yang
ingin dikaji supaya maklumat yang diperoleh melalui kajian berkenaan boleh memberi kenyataan
dan gambaran umum (Marican, 2005) tentang keseluruhan populasi yang dikaji. Justeru itu, salah
satu tujuan menjalankan kajian tinjauan ialah untuk membuat kenyataan umum (generalization)
tentang sesuatu populasi. Dimana dalam kajian ini memfokuskan kepada pelajar Pendarasan
Islam sahaja berkaitan usaha memartabatkan tulisan jawi khususnya pada media elektronik.
6.2 Persampelan Kajian

Persampelan merupakan satu usaha bagi seseorang pengkaji untuk memperolehi


maklumat daripada sampel kajian yang dapat mewakili populasi tersebut (Masri, 2005). Tujuan
persampelan ialah untuk meminimunkan kos membuat penyelidikan, menjimatkan masa dan
tenaga penyelidik, serta mendapatkan ketepatan yang maksimum dan jangkaan yang akan
berlaku dalam penyelidikan. Kaedah persampelan secara rawak iaitu rawak mudah akan

7
digunakan dalam kajian ini serta soal selidik ini akan diagihkan melalui pautan Google Form
kepada pelajar Pendarasan Islam untuk memperolehi data dan maklumat berkaitan objektif
kajian.
6.2.1 Instrumen Kajian

Kajian ini menggunakan borang soal selidik melalui penggunaan pautan Google Form sebagai
medium pengumpulan data kerana sesuai dengan keadaan sekarang yang mengalami pandemik
COVID-19 dan kerterbatasan pergerakan. Kemudian data dianalisis menggunakan perisian SPSS.
Soal selidik merupakan kaedah termudah dan berkesan (Burn, 1995) dalam memperoleh data
piawai daripada saiz sampel kajian yang besar dan menyeluruh. Selain itu, (Mukhtar,
2009)berpendapat bahawa menggunakan soal selidik memberi kebaikan kerana ia melibatkan
responden yang lebih ramai, secara meluas dan menyeluruh daripada maklum balas yang
diterima nanti dapat menjawab permasalahan kajian.

6.2.2 Kaedah Pengumpulan Data

Kaedah pengumpulan data terdiri daripada dua sumber iaitu data primer dan data
sekunder. Pengumpulan data primer kajian ini menggunakan kaedah borang soal selidik. Borang
soal selidik ini digunakan mengenai tujuan kajian, kaedah pelaksanaan (Arikunto, 2010)seperti
menyoal dan mendapatkan kerjasama daripada responden. Untuk mendapatkan data sekunder
pula pengkaji kumpul dan rujuk daripada buku-buku rujukan yang berautoriti mengenai topik
kajian, rujukan melalui internet yang meliputi. Seperti melihat dan merujuk usaha memartabatkan
tulisan jawi melalui media elektronik akan merujuk kepada kajian perpustakaan seperti jurnal,
buku,majalah, kertas kerja atau persidangan dan dokumen-dokumen berkaitan dengannya.

6.2.3 Analisis Data


Dalam kajian ini akan menggunakan analisis deskriptif. (Silalahi, 2015) Fungsi analisis
deskriptif mengklasifikasikan suatu data variabel berdasarkan kelompoknya masing-masing
dan mudah diinterpretasikan. Selain itu, analisis deskriptif juga berfungsi mewujudkan informasi
yang asli, sehingga data yang dihasilkan dari kajian dapat dimanfaatkan oleh orang lain yang
memerlukan. Pengkaji juga akan menggunakan perisian SPSS version 17.0 (Statistical Package

8
for the Social Science) untuk menganalisis set soal selidik yang telah dijalankan kepada
responden. Analisis deskriptif dalam kajian ini diukur dalam bentuk ordinal (Nurgiyantoro, 2000)
kerana kajian ini melihat tahap kebolehan pelajar menguasai tulisan jawi. Penyampaian data
dalam kajian ini dalam bentuk jadual atau taburan frekuensi dan tabulasi silang crosstab. Oleh
itu, analisis ini akan mengetahui trend penemuan meneliti, sama ada tergolong dalam kategori
rendah, sederhana atau tinggi.

7.0 SOROTAN LITERATUR

Bahagian ini akan tertumpu kepada sintesis kajian lepas berkaitan tahap penguasaan
pelajar Pendarasan Islam berkaitan penggunaan tulisan jawi. Selain itu, faktor yang
mempengaruhi penggunaan tulisan jawi dalam kalangan pelajar serta usaha yang boleh
memartabatkan bahasa dan tulisan jawi dalam media elektronik.

A) Tema 1: Sintesis kajian lepas berkaitan tahap kebolehan pelajar membaca dan menulis
tulisan jawi:

(Haron, 2003) Dari aspek pembudayaan tulisan Jawi,


responden lebih cenderung menggunakan
tulisan rumi kerana lebih mudah, cepat dan
efektif berbanding tulisan Jawi yang tidak
bersifat global. Sebagai rumusannya, hasil
yang diperolehi ialah para penggunaan
tulisan Jawi di kalangan mahasiswa
Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya
berada pada tahap sederhana dan
memerlukan suatu usaha untuk
memperkasakan kembali tulisan warisan
tersebut.
(Abdullah, 2014) (Asyraf Ridwan Ali., Fakulti-fakulti pengajian Islam seperti
2015) Usuluddin, Syariah, Dakwah dan

9
sebagainya tidak menekankan pendidikan
jawi sedangkan para mahasiswa
merupakan pengamal tegar tulisan ini.
Impaknya, generasi bakal bergelar ustaz
dan ustazah ini tidak terdedah dengan
sistem ejaan jawi yang terkini.
(Jemali, 2018) Tahap pengguasaan bacaan dan tulisan
jawi Mahasiswa berada pada tahap
membimbangkan dan sederhana.
Kelemahan penguasaan tersebut boleh
membawa kepada kesilapan dalam proses
penyampaian pengajaran dan
pembelajaran.

Rumusan sintesis berkaitan sorotan tema 1 lebih kepada bersifat sederhana kerana
permasalahan tersebut berpunca daripada pelajar sendiri yang tidak dapat menguasai tulisan
Jawi sepenuhnya biarpun mereka adalah daripada kalangan yang belajar bidang agama. Namun,
tetap terdapat juga pelajar tidak menguasai bahasa dan tulisan jawi tersebut. Hal ini kerana
penguasaan mereka terhadap bahasa dan tulisan jawi juga adalah dipengaruhi oleh diri pelajar
itu sendiri dan juga tenaga pengajar itu sendiri dalam menyampaikan maklumat pembelajaran.

B) Tema 2:Faktor yang mempengaruhi penggunaan tulisan jawi dalam kalangan pelajar.

(Saiful Bahari bin Abdul Rahman et al., Faktor minat dalam kalangan pelajar itu
Mazlan Bin Ibrahim, 2019) sendiri terutamanya dari segi tulisan jawi
itu sendiri yang unik dan murid mempunyai
keazaman untuk pandai menulis jawi pada
masa akan datang serta pelajar itu sendiri
bersungguh, bertekad dan berazam untuk
memajukan diri dalam mata pelajaran jawi.
(Saiful Bahari bin Abdul Rahman et al., Penerapan nilai-nilai motivasi di kalangan
Mazlan Bin Ibrahim, 2019) guru kepada murid seperti sokongan,

10
galakan dan semangat akan melahirkan
murid-murid yang serba boleh dan aktif di
dalam sesi pengajaran dan pembelajaran di
dalam kelas. Dari segi faktor motivasi iaitu
murid berusaha belajar menulis jawi
disebabkan rakan-rakan mereka yang lain
pandai menulis jawi.
(Saiful Bahari bin Abdul Rahman et al., Pelajar akan sentiasa berusaha untuk
Mazlan Bin Ibrahim, 2019) menyaingi rakan yang lebih bijak dan cerdik
daripadanya. Jadi adalah menjadi satu
keperluan bagi guru guru untuk
mencampur murid yang mempunyai tahap
pencapaian yang berbeza di dalam satu
kelas yang sama agar faktor persaingan
rakan sebaya yang sihat ini dapat
diwujudkan.Murid akan lebih bersemangat,
aktif dan sentiasa ingin maju ke hadapan
untuk meningkatkan pencapaian dalam
penguasaan jawi.

(Saufee, 2006) Taraf sosioekonomi keluarga juga


mempengaruhi pencapaian tahap
penguasaan Jawi murid. Ibu bapa yang
berpendapatan dan berpendidikan tinggi
tidak menekankan aspek agama iaitu
mengajar mengaji al-Quran pada anak-
anak mereka di rumah kerana lebih
mementingkan mata pelajaran lain .
Manakala ibu bapa yang berpendapatan
rendah juga tidak memberi perhatian

11
khusus kepada anak-anak mereka di dalam
penguasaan Jawi mungkin disebabkan kos
kehidupan yang tinggi dan kedaifan di
dalam pendidikan Islam.

Rumusan ringkas sorotan kajian lepas temas 2 adalah faktor yang mempengaruhi
penggunaan tulisan jawi dalam kalangan pelajar itu adalah daripada minat pelajar itu sendiri. Hal
ini kerana dengan timbulnya minat seseorang pelajar berkaitan tulisan jawi akan melahirkan
kemahiran disebabkan minat. Selain itu, para pendidik juga memainkan peranan yang besar
dalam memupuk motivasi pelajar dalam sesuatu pembelajaran hal ini menyebabkan pelajar
berasa tersaing dengan rakan-rakan lain lalu wujudlah persaingan sihat untuk menguasai sesuatu
pembelajaran seperti penguasaan tulisan Jawi. Seterusnya, faktor yang mempengaruhi tulisan
jawi juga adalah daripadaa ibu bapa itu sendiri terutama dari segi tahap sosioekonomi mereka.
Terdapat sesetengah ibu bapa yang tidak menekankan serta mementingkan tulisan jawi samada
mereka daripada kalangan yang berada atau sederhana.

C) Tema 3: Usaha memartabatkan tulisan jawi melalui media elektronik.


(Yunus, 2007) Guru perlu menggunakan pelbagai alat
mengajar, seperti menyampaikan
pengajaran menggunakan alat bantu
mengajar, melalui web, internet, carta dan
sebagainya
(Mohd Amin, 2019) Media elektronik seperti televisyen boleh
menganjurkan program realiti penggunaan
tulisan Jawi yang melibat orang ramai
untuk mempromosikan tulisan Jawi
(Mohd Amin, 2019) Media cetak seperti akhbar dan majalah
boleh mewujudkan satu ruangan khas
berkaitan tulisan Jawi bagi menarik minat
orang ramai terhadap tulisan Jawi bukan
sahaja bersetuju televisyen memainkan

12
peranannya sebagai medium untuk
mempromosikan tulisan Jawi, malah media
cetak seperti akhbar dan majalah juga
perlu sama-sama mewujudkan ruangan
khas yang menggunakan tulisan Jawi.
Aishah(2009) Kekuatan murid mendalami penulisan Jawi
membabitkan kebolehan guru semasa
pembelajaran iaitu tidak hanya
menggunakan buku teks atau chalk and
talk tetapi juga sesuai dengan kemudahan
zaman sekarang.
(Naquiah Nahar et., al Jimaain Safar, Guru mempelbagaikan kaedah pengajaran
2016) dan pembelajaran agar murid tidak leka
dan ketinggalan dalam mata pelajaran jawi
seperti kartun animasi berkaitan jawi.

Secara ringkasnya, sorotan kajian lepas pada tema 3 adalah para pendidik memainkan
peranan yang besar dalam memartabatkan tulisan jawi. Hal ini kerana guru berperanan besar
dalam mempelbagaikan kaedah pengajaran yang menarik kepada murid terutamanya pada era
kini yang mencapai kemajuan teknologi terutama dari segi media elektronik. Selain itu, para pihak
yang berkuasa juga seperti kerajaan juga sepatutnya banyak menyiarkan dan menerbitkan
berkaitan tulisan jawi pada media elektronik sepeti televisyen dan lain-lain, secara tidak langsung
dapat menimbulkan minat pelajar dan seterusnya masyarakat lain-lain agar terus memartabatkan
tulisan jawi. Oleh itu, hasil daripada sorotan kajian lepas dapatlah dijadikan rangka kepada kajian
yang ingin dilakukan oleh pengkaji.

13
8.0 SKOP KAJIAN

Skop kajian ini tertumpu kepada pelajar Pendarasan Islam di Universiti Malaysia Sabah kerana
tulisan jawi merupakan sinonim dengan bidang itu sendiri iaitu pada penggunaan tulisan jawi
terutamanya melalui media elektronik pada era kini yang semakin maju. Hal ini kerana
penggunaan media elektronik dalam kalangan pelajar adalah sinonim. Selain itu, lokasi kajian
ini dilakukan di Universiti Malaysia Sabah adalah lebih memudahkan pengkaji untuk
mendapatkan maklumat dan data berkaitan tajuk kajian serta ianya lebih sesuai disebabkan
belum ada lagi kajian yang dilakukan berkaitan tajuk ini di lokasi tersebut.

14
9.0 RUJUKAN

Abdullah, A. R. (2014). Kaedah Transliterasi Beraneka: Satu Inovasi dalam Pengajaran dan
Pembelajaran Jawi, Seminar Antarabangsa Pengajian Melayu 2014, Keningau: Institut
Pendidikan Guru Kampus Keningau.
Ahmad Farid bin Abdul Jalal, Y. b. (2005). Tulisan Jawi: Sejarah, Seni dan Warisan. Pahang:
Lembaga Muzium Negeri Pahang, hlmn 23.
Ali, A. R. (2015). Falsafah Pendidikan Jawi Dalam Memperkasakan Tamadun Islam Di Malaysia.
In Proceedings of ICIC2015-International Conference on Empowering Islamic Civilization
in the 21st Century .
Arikunto, S. (2010). Metode Peneltian. Jakarta: Rineka Cipta. Jakarta: Rineka Cipta.
Asyraf Ridwan Ali., &. B. (2015). Falsafah Pendidikan Jawi Dalam Memperkasakan Tamadun Islam
di Malaysia. International Conference on empowering Islamic Civilization in the 21st. Kuala
Terengganu.
Aziz, H. b. (2009). Pemerkasaan Kembali Tulisan Jawi. Jurnal Aswara, 159-175.
Battuta, I. (2005). he Rihla. The Adventures of Ibn Battuta: A Muslim Traveler of the Fourteenth
Century. Beirut.
Burn, R. B. (1995). Introduction to Research Method. Melbourne: Longman . Melbourne:
Longman.
Collins, J. T. (2005). Bahasa Melayu Bahasa Dunia; Sejarah Singkat. Jakarta: Jakarta: JL.Plaju,
hlm. 47.
Din, R. A. (2009). Kesahan dan kebolehpercayaan soal selidik gaya e-pembelajaran (else) versi
8.1 menggunakan Model Pengukuran Rasch. Journal of Quality, Measurement and
Assessment,, 5(2), 15-27.
Hamdi, A. S. (2015). Metode penelitian kuantitatif aplikasi dalam pendidikan. Jogjakarta:
Deepublish.
Haron, M. J. (2003). Penggunaan tulisan jawi: suatu kajian di kalangan mahasiswa Akademi
Pengajian Islam Universiti Malaya. Jabatan Sejarah dan Tamadun Islam, Bahagian
Pengajian Usuluddin, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya.
Jemali, M. B. (2018). Tahap Penguasaan Jawi Baru Kalangan Pelajar Siswazah Pengajian Islam.
Kamus Dewan. Edisi keempat, K. L. (2007).
Marican, S. (. (2005). Kaedah penyelidikan sains sosial. . Petaling Jaya: Prentice Hall/Pearson

15
Malaysia.
Marshall, M. N. (1996). Sampling For Qualitative Research. Family Practice.
Masri, S. (2005). Kaedah penyelidikan dan panduan penulisan: esei, proposal, tesis. Utusan
Publication.
Mohd Amin, N. &. (2019). ersepsi Pelajar Melayu UNITEN terhadap Pembelajaran Tulisan Jawi di
Pelbagai Peringkat Pendidikan di MalaysiaSejauh Mana Usaha-usaha Meluaskan
Pembelajaran Jawi Dapat Dilaksanakan? Jurnal Sains Insani.
Mohd Amin, N. &. (2019). Sejauh Mana Usaha-usaha Meluaskan Pembelajaran Jawi Dapat
Dilaksanakan?. Jurnal Sains Insani.
Mukhtar, M. Z. (2009). Penguasaan bahasa Arab melalui program Tahbib al-Lughat al-Arabiyyat
(Doctoral dissertation, Universiti Malaya).
Musa, H. H. (2005). Peranan tulisan Jawi dalam perkembangan Islam di Malaysia. Jurnal
pengajian Melayu, 88.
Naquiah Nahar et., al Jimaain Safar. (2016). Pengajaran Jawi Berkesan Dalam Usaha
Memartabatkan Warisan Budaya Bangsa. Proceedings of the International Conference on
Education towards Global Peace. Selangor: Kulliyyah of Education, International Islamic
Education Malaysia.
Noraziah Mohd Amin et al, S. I. (2018). Pemeliharaan Tulisan Jawi dan Penggunaan Tulisan Jawi
di Media. Sains Insani, 5.
Norhazliana Mohd Hasan Abdullah, S. S. (2010). Isu Kritikal Penggunaan Tulisan Jawi dalam
Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam Peringkat Sekolah Menengah: Pandangan Pakar.
Jurnal Pendidikan, 63-84.
Nurgiyantoro, B. G.-I. (2000). Statistik Terapan untuk Penelitian Ilmu-IlmuSosial. Indonesia:
Yogyakarta: Gadjah Mada University Press.
Rubin, J. H. (1980). The Conversion of Scripts: Its Nature, History and Utilization. Language
Problems and Language Planning.
Saiful Bahari bin Abdul Rahman et al., Mazlan Bin Ibrahim. (2019). Tahap Dan Faktor Yang
Mempengaruhi Penguasaan Jawi Dikalangan Murid Tahun Enam di Sekolah Kebangsaan
Seri Duyong. Jurnal: At Tahkim, 5-6.
Saufee, S. F. (2006). Penguasaan Tulisan Jawi Di Kalangan Murid-Murid Tahap Sebuah Sekolah
Rendah Di Daerah Meradong.
Seock, K. K. (1986). Perkembangan Tulisan Jawi dalam Masyarakat Melayu. University Malaya.

16
Silalahi, U. &. (2015). Metode penelitian sosial kuantitatif.
Usman, H. &. (2008). Metodologi penelitian sosial. Bumi Aksara.
Yunus, K. R. (2007). Psikologi Pendidikan. Kuala Lumpur: Open University Malaysia.
Yusof, S. B. (2015). Sikap generasi muda terhadap tulisan Jawi: kajian kes pelajar university
Brunei Darussalam. Southeast Asia: A Multidisciplinary Journal, 15-16.
Yusof, S. B. (2015). Sikap generasi muda terhadap tulisan Jawi: kajian kes pelajar university
Brunei Darussalam. Southeast Asia: A Multidisciplinary Journal, 15, 8-16.

17

You might also like